webnovel

Latte DeCafe

Kini 30 Ogos, mereka akan meraikan hari kemerdekaan sehari sebelum hari kebangsaan iaitu pada 31 Ogos. Murid-murid semua kini berada di Dewan Al-Madani bagi meraikan hari yang gemilang tersebut. Ternampak semua ahli unit uniform yang berjawatan seperti Hilal, Aniq, Haikal dan Asyraf berada di hadapan bagi mewakili unit uniform masing-masing.

"Dengan ini, kita akan menyanyikan lagu Negaraku, diminta para murid dan guru untuk bangun bagi menyanyikan lagu-lagu kebangsaan." kata pengerusi majlis. Semua yang berada di dalam dewan itu bangun untuk menyanyikan lagu-lagu kebangsaan.

Lirik Lagu Negaraku:

Negaraku

Tanah tumpahnya darahku,

Rakyat hidup

bersatu dan maju,

Rahmat bahagia

Tuhan kurniakan,

Raja kita

selamat bertakhta,

Rahmat bahagia

Tuhan kurniakan.

Raja kita

selamat bertakhta

- Oleh Encik Saiful Bahri

Selepas selesai, semua murid dan guru duduk ke tempat masing-masing. Ternampak Siti yang sedang duduk bersama Nabila, Fariha dan Farah di barisan paling belakang. "Siti sekejap lagi kau pergi belakang kan?" tanya Fariha. Siti mengangguk tanda setuju. "Tapi, kenapa? Kau masih tak bagi tahu kitorang lagi tau.." sambung Nabila sambil menunduk. "Nanti tahulah~" kata Siti sambil tersengih. Ketiga-tiga perempuan tadi ketawa kecil. Kedengaran bunyi tapak kaki dari belakang. "Siti, jom ke belakang pentas." kata Iffah. "Okey, jom!" jawab Siti dengan semangatnya. Fariha, Farah dan Nabila melambai kepada rakannya tu.

"Haa Siti dah sampai, cepat salin pakaian." kata Cikgu Izyan. Siti terus ke belakang bagi menyalin pakaian. Sementara itu, Hilal ke hadapan dengan pakaian berjalur gemilang, seluar hitam, kemeja putih sambil bendera Malaysia mengelilingi bahunya, serta tengolok khas bersama keris di pinggangnya. Pakaiannya seolah dia adalah seorang sultan.

"WAU, DAMN HILAL LOOKING GOOD!" Asyraf dengan wajah terkejut terus memuji Hilal dengan kuat. "Pergh, Hilal nampak segak eh." sambung Iffah sambil menunjuk ibu jari. Hilal hanya ketawa kecil. "Tak adalah, biasa je.." kata Hilal.

"Haa tu Siti dah sampai." kata salah seorang senior. Hilal dengan segera toleh ke belakang. Matanya membulat selepas melihat Siti. Kelihatan perempuan itu memakai baju kurung putih dan tudung yang labur. Bendera Malaysia mengelilingi bahunya bersama solekan di mukanya. Memakai kasut warna seakan emas hitam dan juga barang kemas sebagai hiasan. "So.. macam mana, okey tak?" tanya Siti. "WEI SITI CANTIK DO!" kata Asyraf dengan gembiranya.

"Wah, macam tengah tengok model lah~" sambung Iffah. Siti ketawa kecil. Dia kemudian menoleh ke arah Hilal untuk mendapatkan pendapatnya. "..C- comel.. dan cantik.." kata-kata Hilal tergagap akibat malu sambil menoleh ke arah bertentangan. Siti terkejut buat seketika. Dia kemudian tersengih dan mengusik Hilal. "Hehe tahulah aku comel kan?~" katanye. Muka Hilal bertukar merah dan terus ke belakang Asyraf.

"Dah dah, cepat nak start dah. Pergi bersedialah." kata Asyraf sambil menolak belakang Hilal. "Siti kau pun sama perlu bersedia." kata Iffah sambil menepuk bahu Siti. Mereka berdua angguk dan terus ke belakang langsir pentas. "Dah sedia?" kata Hilal, ternampak wajahnya yang tenang. "Mhm, dah." sambung Siti dengan wajah yang mengatakan dia tidak sabar untuk memulakan majlis ini.

"Kini akan mengumumkan para pengerusi bagi majlis sambutan hari kebangsaan, Hilal Ahmad dan Siti Aisyah, berikan tepukan gemuruh untuk mereka!" kata guru yang bertugas. Langsir tadi pun buka dan ternampak mereka berdua sedang menyembahkan persembahan silat. "WAH tengok tu Hilal dan Siti sedang bersilat!" kata salah satu murid. Satu dewan bersorakan gemuruh sambil melihat persembahan tersebut.

Tamatnya persembahan tadi, mulalah majlis yang dinantikan, pertandingan kelas yang paling berpatriotik, hiasan basikal, dan lain-lain.

Selepas waktu persekolahan, murid-murid tingkatan 4 dan 5 bertugas untuk mengemas dewan yang digunakan. "HAHA AKU MENANG!" kata Siti. Dia telah menjadi juara bagi pertandingan fashion show tadi. Manakala Hilal dapat tempat kedua. "YEAH SITI NAISU!" sorak ketiga-tiga rakannya itu. "Tak apa Hilal, tahun depan insyaallah menang." tepuk Asyraf. Hilal mengangguk dan menoleh ke arah Siti, dia hanya senyum nipis. "Okey dengar, nanti lepas kemas jom ke kafe pak ngah aku, hari ni aku belanja." kata Hilal. "ORAIT JOM!" kata mereka semua.

Di Kafe Latte DeCafe

"Assalamualaikum, Hilal dah balik." kata Hilal sambil melangkah masuk ke kafe itu. "Wa'alaikumussalam, bawak kawan-kawan sekali ya? Ha korang duduk di meja ini." jawab Pak Harith sambil menunjuk ke arah meja mereka. "Terima kasih uncle!" jawab mereka. Pak Harith kemudian memanggil Hilal. "Hilal, kamu pasti nak bagi mereka tahu kamu kerja sini?" tanya pak ngahnya. Hilal mengangguk, "Ya pak ngah, saya dah tak nak rahsiakan." katanya. Muka Pak Harith lega dengan kata-kata anak buahnya, dia kemudian suruh Hilal bersiap di belakang.

"Mana Hilal?" tanya Siti. "Dia jumpa pak ngah dia." jawab Asyraf sambil melihat menu. Siti hanya mengangguk. "Lambat pulak hari ni Hilal?" kata-kata itu terdengar dari jauh. Murid-murid tadi menoleh ke arah suara tadi dan mereka terkejut dengan apa yang dilihat. Ternampak Hilal yang memakai seragam kerja, rambutnya disikat dengan kemas dan sedikit helaian rambut yang jatuh. "HEY HILAL KERJA SINI!?" kata 4 perempuan itu.

"Naufal kau tak bagitahu Nabila ya?" Asyraf mengusik rakanya. "Laa, lupa pulak, hehe." jawab Naufal sambil memandang Nabila. Perempuan itu terusik dan memandang bawah. "Adik-adik nak order apa?" didengari suara dari tepi. Ternampak Dzul Syakir, berumur 25 tahun. Dia terkenal dengan masakannya; Creamy Shrimp Pasta. Pelanggan yang datang ke Latte DeCafe sering datang untuk hidangan tersebut. "Hmm.. saya nak order Creamy Shrimp Pasta boleh?" tanya Nabila. "Orait, lagi?" kata Dzul sambil mengambil pesanan.

"Korang nak apa?" tanya Hilal. "Aku nak pesan ni." tunjuk Naufal. "Ha aku pon!" Asyraf mencelah. Hilal mengangguk dan terus ke dapur. "Kenapa dia pergi kat dapur?" tanya Fariha. "Apa lagi? Dia nak masak la." tunjuk Naufal. "DIA RETI MASAK?" tanya ketiga-tiga perempuan tadi. Siti hanya diam sahaja dan termenung ke arah Hilal.

"Wah.. aku kawan dengan Hilal sejak darjah 3, tapi tak tahu pulak dia reti masak.." kata Nabila. Fariha dan Farah mengangguk tanda setuju. Hilal dan Nabila kenal sejak mereka darjah 3, malah kelas juga sama. "Haa, Hilal pon ada masakan handal dia." kata Asyraf. "Kau pesan tu ke?" tanya Naufal. "Mestilah!" Asyraf jawab dengan bangganya.

Siti hairan, apa yang mereka pesan. "Apa masakan handal dia?" tanya Siti. Asyraf dan Naufal hanya tersengeh. "Nanti tahulah." kata Naufal. Mereka buat Siti berasa lagi ingin tahu. Beberapa minit kemudian, Hilal dan Dzul kembali dengan makanan mereka. "Wah, nampak sedap semua ni." kata Fariha. "Asyraf, Naufal, nah makanan korang." kata Hilal. "Alright, thanks Hilal." kata Asyraf dan Naufal serentak.

Siti memandang makanan Asyraf. "Tu.. Omurice ke?" tanya Siti. Asyraf mengangguk. "Haah, ni la masakan handal Hilal." Naufal mencelah. "HILAL, SAYA NAK ORDER!" kata salah seorang pelanggan. "Okay! Korang, akh pergi dulu ya?" kata Hilal sambil bergegas ke meja pelanggan tadi. Siti menoleh ke arab Hilal, ternampak wajahnya yang gembira apabila melayan pelanggan dan memasak berbanding di sekolah. Siti hanya senyum nipis.

"Asyraf, nak rasa sikit nasi tu." Lelaki ith mengangguk dan letak sesudu nasi dan telur di pinggan Siti. Dia kemudian menyuap ke dalam mulutnya. "Bismillah.." mulutnya mengunyah nasi itu. "WEI SEDAPNYA!" kata Siti. Hilal yang dengar daripada jauh hanya senyum. Tidak sangka Siti begitu suka dengan masakannya. "Eh apa termenung tu?" tanya Dzul. "Eh, takde apalah.." Hilal menoleh ke arah lain sambil berasa sedikit malu.

Setelah siap makan, mereka kemudian bersedia untuk pulang ke rumah masing-masing. "Aku dan Asyraf pergi dulu, Assalamualaikum." kata Naufal. "Kitorang pon nak gerak ni, Assalamualaikum Siti, Hilal, thanks belanja hari ni." Farah bersuara dan mereka keluar daripada kafe itu. Siti adalah orang yang terakhir untuk keluar. Hilal hanya terpegun di kaunter bayaran. "Dzul, tolong cover aku boleh?" kata Hilal. Dzul hanya mengangguk. Lelaki itu terus bergegas ke arah Siti. "Siti, kejap!" terdengar namanya, Siti menoleh ke belakang, ternampak Hilal yang sedang ke arahnya.

"Kenapa Hilal?" Siti tertanya-tanya. "Jom aku teman kau balik."

katanya. Perempuan itu terkejut, memang tidak disangkakan. "Eh- tak.." Siti tergagap. "Jom." Hilal mencelah dan terus keluar dari kafe. Siti terkedu tetapi terus ikut Hilal.

Di Luar...

Mereka berdua hanya diam ketika berjalan. Siti dari tadi hanya mencuri-curi pandang ke arah Hilal. "Hilal.." Siti bersuara. Lelaki itu menoleh ke belakang. "Kenapa kau teman aku? Kita kenal, memang kenal tapi, tak rapat sangat kan? Selalu kawan baik je buat macam ni.." sambung Siti dengan mukanya yang merah.

"Eh? Isn't it obvious? Kita kan dah kawan baik, apa masalahnya?" jawab Hilal sambil memandang ke atas langit. Siti terdiam. "Lagipun.." suara Hilal kedengaran. "Mana boleh aku biar orang yang comel macam kau sorang-sorang, bahaya tau." sambung Hilal sambil senyum. Ini membuatkan Siti betul-betul malu, malah dia siap pegang mukanya beberapa kali.

Setelah beberapa minit, mereka sampai di kawasan rumah Siti. "Alright Hilal, thanks temankan aku, aku masuk dulu, assalamualaikum.." kata Siti. "Wa'alaikumussalam." jawab Hilal. Siti masuk dan lambai ke arah rakannya tadi. "FUH! Nasib baik sempat tahan malu.." Siti menepuk dadanya. "Kakak dah balik?" terdengar suara seorang budak kecil. "Ya kakak dah balik!" jawab Siti. "YAY!" budak itu bergegas dan peluk Siti. Aqil Al Fahmi adalah adik kepada Siti, dia berumur 6 tahun, walaupun berkelakuan manja depan kakaknya, Aqil adalah seorang yang bijak dalam kalangan kelasnya.

"Aqil, kakak naik dulu ya? Ada makanan atas meja tu." kata Siti dan terus naik ke atas. Aqil angguk tanda faham. Siti letak begnya di kerusi dan terus baring di katil. "Hmm, kawan baik eh.." perempuan itu memeluk bantalnya sambil tertanya-tanya dengan pernyataan Hilal tu.

"Assalamualaikum, saya dah bailk." kata Hilal. "Wa'alaikumussalam, Hilal naik terus ya? Kejap lagi nak tutup kafe." Pak ngahnya bersuara. Hilal terus ke biliknya. "Kawan baik.. kan?" dia tertanya-tanya dengan apa yang dikatanya tadi.

BERSAMBUNG...

༺ Kata-kata Penulis ༻

Assalamualaikum wahai readers, ape pendapat pasal this chapter hm? Sori sebab lama tak post. Saya banyak kerja ha. Hilal sekarang pandang Siti sebagai 'Kawan Baik'. Kawan Baik memang diperlukan oleh setiap manusia di muka bumi ini. Carilah sahabat yang rapat, baik, dan soleh/solehah.

Dari Nu'man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda,

"Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur."

(Hadis riwayat Muslim)

Alright itu saja dari saya, jagalah sahabat baik-baik eh, Assalamualaikum!

- Chissai

Chissaikuncreators' thoughts