webnovel

Acara Awal Hari Sukan

Kini telah tiba bulan September bagi tahun 2022, dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama  akan mengadakan acara awal hari sukan. Ternampak Hilal sedang mengatur barisan bagi pasukan rumah bendahara. "Okey, luruskan barisan!" lelaki itu meninggikan suara. Kawasan perempuan pula telah lurus, tetapi masih tidak nampak orang yang bertugas sebagai ajk tingkatan 4 perempuan.

   "Maaf saya lambat!" kedengaran suara sedang menghamipirinya. Hilal tidak sangka, yang Siti juga adalah ahli bendahara, malah ajk tingkatan 4 pula. Perempuan itu berjumpa dengan guru yang bertugas untuk mengambil nama-nama ahli. "Baiklah, saya panggil nama, tolong jawab ya?" sambung Siti sambil menanda nama ahli perempuan. Hilal terdiam, masih terkejut. Beberapa minit kemudian, Cikgu Asyraq tiba di padang. "Baiklah, kita akan mulakan acara awal, saya nak semua yang terlibat ke stesen masing-masing." katanya. 

   Asyraf menepuk bahu Hilal, "Yow, tengok aku nanti tau!" katanya dan terus pecut. "Ha goodluck." jawab Hilal. Kelihatan Siti sedang ke stesen lompat jauh, katanya dia adalah pakar dalam jauh di sekolah lamanya. Hilal hanya memberi pandangan sahaja, kebetulan dia berada berdekatan dengan stesen lompat jauh kerana diberi tugasan sebagai ahli BSMM di situ. "Baiklah, semua stesen boleh mula sekarang!" kata Cikgu Asyraq.

   Di lontar peluru, kelihatan Asyraf, rumah Panglima akan bermula dengan balingan. "Bismillah.." dia menarik nafas yang dalam dan terus pusing selaju mungkin. Dengan sekelip mata, Asyraf melontar peluru itu tadi. Peserta di situ hanya terdiam, nampaknya lontaran tadi adalah yang paling jauh bagi kalangan tingkatan 4. "WEII JAUH TU OI" sorakan daripada rumah Panglima bertukar kuat. "Baiklah peserta seterusnya." sambung Cikgu Sany.

   Di stesen lompat tinggi, kelihatan Haikal sedang bersedia untuk berlari. "Come on Haikal, kau boleh!" sorakan rakan-rakannya. Dengan lafaz bismillah, lelaki itu terus memecut dan lompat ke atas palang. Dengan hanya beberapa meter beza dengan palang tadi, dia berjaya lepas dan darat dengan sempurna. "AYE HAIKAL MANTAP!" penonton di tepi bersorak dengan liar. Hilal di tepi kelihatan sedang menepuk tangan dengan pencapaiannya.

   Seterusnya, di stesen lompat jauh, giliran murid perempuan untuk memulakan lompatan mereka. Siti akan bermula berlari dalam beberapa minit. "Baiklah, saya dah sedia cikgu." kata perempuan tadi. Guru yang bertugas mengangguk dan minta penonton untuk ke belakang. "Bismillah.." lafaz Siti dan terus pecut kemudian lompat sejauh mungkin.  Mata para penonton terbeliak besar, kagum dengan lompatan Siti tadi. "WOOO JAUH!" sorak oleh ahli bendahara perempuan. Ahli-ahli lain turut bersorak bersama. "Hehe." perempuan tadi senyum lebar selepas lompatan tadi. Secara tiba-tiba, kakinya terseliuh sewaktu sedang berjalan. "ADEH!" dia kemudian terjatuh ke tanah, kedua kakinya terseliuh akibat lompatan tadi.

   "Natasha, Iffah, pergi ke arah Siti, aku bawak kan medkit!" kata Hilal dan terus bergegas ke arah kem BSMM. "Siti, kau okey tak? Boleh bangun?" tanya Natasha. Iffah dan Natasha memimpin Siti ke salah satu stesen BSMM, di mana adanya Hilal bersama medkit. "Baringkan dia, aku bagi korang ubat, ikot langkah-langkah aku bagi." sambung lelaki itu dan terus beri ubat kepada mereka berdua. Setelah beberapa minit, mereka selesai merawat Siti. Mereka kemudian memimpin perempuan tadi ke kawasan teduh di bawah pokok dengan pemandangan yang merangkumi seluruh padang. "Thanks Nat, Fah, bawak aku sini." Siti berterima kasih kepada mereka berdua. "Hehe, sama-sama, Hilal teman dia tau, takut mungkin rase sakit lagi." kata Iffah. "Kitorang pergi dulu, tata." sambung Natasha sambil melambai kepada mereka berdua.

   Hilal kemudian menoleh ke arah Siti. Terlihat dia sedang menutup mukanya akibat malu. "Eh.. kenapa ni, ade sakit tempat lain ke?" tanya Hilal. "Eh tak, tak, malu je.. boleh pulak terseliuh on the way jalan tu.." kata peremuan itu. Lelaki itu hanya diam, dan menoleh ke hadapan. Mereka berdua hanya diam selama beberapa minit. "Hilal, kenapa kau tak bersukan? Dah sebulan kita kenal, aku tak tahu kenapa lagi.." tanya Siti. Pelajar itu terkejut, tidak sangka akan ditanya soalan tentang kesihatannya. "Itu.. heh, okeylah macam ni ceritanya.." Hilal menceritakan kepada Siti tentang sebab dia tidak bersukan. 

   Masa menunjukkan pukul 2 petang, dan akhirnya semua acara awal telah pun selesai. "Hilal, aku dah boleh jalan ni, aku masuk kelas dulu ya?" kata Siti. Hilal hanya mengangguk dan perempuan tadi kemudian pulang ke kelasnya. "Hmm.. eh, ni bukan purse Siti ke?" lelaki itu memegang purse yang tertinggal tadi. Dia tidak tahu jika hendak beri ke guru bertugas, atau pergi ke rumah Siti untuk memulangkannya. "Macam mana eh... ahh pergi je la rumah dia." kata Hilal dan terus bergegas ambil beg kemudian bergerak ke arah rumah Siti.

   "Hmm.. tak silap nombor rumah dia.. ni-" lelaki itu tergagap, kelihatan rumah yang besar di kawasan tersebut. "GILA BESAR RUMAH SITI NI WEI!" mata Hilal berkelip-kelip. Dia kemudian ke pintu dan mengetuk sebanyak tiga kali. "Assalamualaikum, Siti? Ni Hilal." katanya. Pintu kelihatan tiada orang, Hilal juga keliru dan berasa kekok berada di luar tanpa di jawab oleh tuan rumah. Dia kemudian mengetuk dan memberi salam sekali lagi, "Assalamualaikum!!". Kali ini, pintu utama dibuka, dan kelihatan Siti dalam pakaian santai tetapi menutup aurat di hadapan pintu. Pipi Hilal kemudian bertukar kemerah-merahan akibat malu. "Wa'alaikumussalam, lah Hilal, maaf tadi tengah settle kan kerja.. ha jemput masuk. " kata Siti. "Eh tak apalah-" kata-kata Hilal diganggu oleh Siti, "Masuk jelah." katanya dan terus ke dalam. Hilal dengan berasa segan, mengikuti Siti dari belakang.

   "Assalamualaikum..." salam Hilal. Kawasan di dalam rumah Siti begitu moden, malah semuanya juga kelihatan mewah. "Duduklah sini dulu, aku sediakan air." kata Siti dan terus ke dapur. Lelaki itu kemudian duduk di kawasan ruang tamu. Hilal kelihatan masih menerokai kawasan dalam rumah Siti yang besar, dia begitu kagum. "Aduh.. dalam beberapa bulan ni, aku tak pernah masuk rumah orang lain, rumah Asyraf pon tak pernah masuk, ni pulak rumah perempuan!" fikirnya. 

   Siti kemudian tiba bersama minuman dan makanan ringan dan letak di atas meja.  "Thanks Siti, sini duduk makan sekali." jawab Hilal, Siti kemudian duduk di sofa sebelah. Hilal kemudian menikmati teh yang disediakan tadi, sambil makan sedikit biskut yang dibawa. Siti kemudian memandang ke Hilal dan bertanya, "Kenapa kau bawak purse aku terus ke sini? Tak biar kat cikgu je ke?" tanya perempuan itu. "Oh, erm.. sebenarnya aku risau ade orang mungkin curi, kan aku jaga so aku diberi amanah. Jadi aku bawak balik ke sini teruslah, senang and tak payah risau dah." sambung Hilal. Siti terusik, terharu dengan sikapnya yang amanah, tidak selalu jumpa lelaki yang sanggup bersusah payah semata-mata untuk pulangkan purse seseorang.

Perempuan itu senyum nipis, "Terima kasih Hilal, sebab jaga barang yang aku amanahkan, hehe." katanya. Hilal balas dengan senyuman, dia kemudian menghulurkan pursenya kepada Siti.  Setelah beberapa minit, Hilal bersedia untuk pulang,  "Aku pulang dulu, Assalamualaikum." Hilal memberi salam. "Wa'alaikumussalam. Hati-hati tu!" Siti jawab salam oleh Hilal dan kemudiannya balas dengan senyuman. Hilal juga melambai balik kepada Siti. "Apa info yang aku dapat waktu borak dengan Siti tadi, pertama, dia baru pindah sini, kedua, dia suka matematik dan sains, wah pandai jugak dia ni.." katanya. Dia kemudian berhenti seketika, "Fikir balik.. Siti nampak macam, cantik pulak..", dia kemudian menampar kedua pipinya. "Astaghfirullahalazim, sabar Hilal, jom pulang ke kafe Pak Ngah dan sambung kerja!" Hilal bergegas pulang ke Latte DeCafe.

BERSAMBUNG...

༺ Kata-kata Penulis ༻

Assalamualaikum wahai readers! Yay dapat post chapter baru, alhamdulillah settle chapter ini. Saya nak tekankan bab "amanah", ramai tahu amanah yang diberikan tidak patut dimungkiri, tapi ramai yang masih buat. Padah akan tiba kepada mereka yang memungkiri amanah yang diberikan. Terimalah suatu hadis daripada saya.

Daripada Hadis Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda,

"Tanda-tanda orang munafik ada tiga: apabila dia berbicara niscaya dia berbohong, apabila dia berjanji niscaya mengingkari, dan apabila dia dipercaya niscaya dia berkhianat."

(Hadis Riwayat Muslim)

Jadi, amalkan amanah yang diberi dengan betul, jangan hampakan mereka yang memberinya kepada korang, nanti Allah marah, neraka yang menunggu. Orait tu jer dari saya, selamat membaca dan bersiap sedia untuk chapter seterusnya!

Assalamualaikum!

- Chissai

Chissaikuncreators' thoughts