webnovel

Pulih

Dịch giả: EndlessFantasy Translation Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Dalam usaha mengejutkan Yao Lao kali ini, Xiao Yan bukan setakat telah mengeluarkan semua Dou Qi di dalam badannya sehingga kosong tetapi Kekuatan Rohnya turut menderita. Oleh itu, masih sukar untuk dia pulih ke kemuncak dalam jangka masa pendek meskipun Mantera Api telah berevolusi ke Tahap Di Rendah.

Bagaimanapun, mujur Yao Lao telah bangun. Xiao Yan tidak lagi perlu risau tentang perkara lain mengganggunya dengan 'malaikat' ini di sisinya. Oleh itu, dia boleh bertenang sepenuhnya dan memasuki mod latihan untuk berehat dan memulihkan diri. Tidak perlu lagi berasa risau tentang pengaruh dari dunia luaran.

Melalui pemulihan perlahan sebegini yang tiada sebarang gangguan, badan kosong Xiao Yan beransur-ansur diisi dengan ombak-ombak Dou Qi yang mengalir ke dalam. Keletihannya menjadi pudar bersama peredaran hari. Melihatkan daripada perkembangannya, badannya akan sembuh sepenuhnya tidak lama lagi.

Chương bị khóa

Hỗ trợ các tác giả và dịch giả yêu thích của bạn trong webnovel.com