Sebaik sahaja Ning Xi katakannya, Si Ban Kecil berlari turun dari tingkat atas dan melompat ke dalam pelukannya dengan riak muka yang penuh dengan harapan.
Ning Xi berasa bersalah apabila melihat wajah Si Cilik yang teruja apabila mendengar tentang keluar bersiar-siar. "Mmm, Si Ban Kecil, maaf, dah lama Ibu tak bawa kamu keluar berseronok! Kita pergi esok! Kita berdua je!"
Bersama Ibu sahaja? Dan tak bawa Ayah?! Mata Si Ban Kecil serta-merta bersinar dengan lebih terang apabila mendengarnya. Cahaya yang terpancar daripada anak matanya seakan-akan hampir menyilaukan mata Ning Xi sehinggakan ia berkaca.
Ning Xi membalas, "Ya! Kita tak akan bawa mentol lampu yang besar tu!"
Lu Tingxiao terkesima. Secepat inikah karma datang?
"Kenapa? Kamu nak kata apa-apa ke?" Ning Xi memandang Lu Tingxiao dan mengangkat keningnya.
Lu Tingxiao berasa tidak berdaya. "Tak."
Hỗ trợ các tác giả và dịch giả yêu thích của bạn trong webnovel.com