Di kediaman lama keluarga Lu.
Si Cilik masih kaku di hadapan kuda-kuda. Di sisinya, matahari sedang terbenam di ufuk langit. Dia kelihatan sangat sunyi dan menyedihkan.
"Si Cilik, jom makan malam sekarang! Nenek buatkan kuih kegemaran kamu dan ikan Mandarin masak asam! Si Cilik... Si Cilik?"
Selepas Puan Lu memanggil namanya sebanyak lima enam kali, barulah Si Cilik memberi reaksi.
Tanpa sepatah kata, dia mula mengemas kuda-kudanya. Kemudian, dia memandang ke satu arah beberapa kali. Sepanjang tengah hari itu, dia asyik memandang ke satu arah itu. Kemudian, dia masuk ke dalam rumah dengan patuh.
Meja makan dipenuhi dengan juadah yang beraneka termasuk hidangan Cina dan Barat.
"Si Cilik, makan banyak sikit, okey? Ini semua makanan kegemaran kamu!"
"Ya, makan lebih sikit! Sini, biar Datuk suap kamu."
Hỗ trợ các tác giả và dịch giả yêu thích của bạn trong webnovel.com