Apabila Ning Xi nampak reaksi Lu Xinyan yang kelihatan berasa jengkel, dia bertanya dengan selamba, "Cik Lu, kedai ni kamu punya ke?"
Orang perlu dapatkan kebenaran dia ke untuk masuk?
Lu Xinyan terkelu dan naik berang apabila dia sedar apa yang Ning Xi maksudkan. "Kamu! Kenapa kalau kedai ni saya punya ke bukan!? Kamu berani kata yang kamu bukannya sengaja ikut kami sebab kamu nak rapat dengan Mak Cik?"
Ning Xi hendak kata sesuatu tapi akhirnya dia menggelengkan kepalanya dan ketawa. Dia terus berjalan ke arah kawasan rehat dan memejamkan matanya sementara menunggu pengurus kedai itu menyediakan stok.
Malam semalam, dia minum sehingga lewat malam. Hari ini, dia ada penggambaran sepanjang hari. Sebaik sahaja dia selesai penggambaran, dia pergi ke studio dan tergesa-gesa ke situ tanpa berehat. Dia sudah terlalu penat, jadi tidak perlulah dia bazirkan tenaganya untuk orang lain.
Hỗ trợ các tác giả và dịch giả yêu thích của bạn trong webnovel.com