Di Syarikat Lu. Pejabat CEO.
Lu Tingxiao menghubungi Lu Jingli dan menyuruhnya datang ke situ.
Lu Jingli serta-merta datang ke meja abangnya. "Abang, kamu panggil saya?"
"Kamu dah sediakan bahan mesyuarat?"
"Dah. Nah."
"Mm, maklumkan kepada semua jabatan yang kita akan ada mesyuarat dalam masa setengah jam lagi."
"Oh, okey..." Lu Jingli tidak beredar dari situ dengan serta-merta. Dia kelihatan risau dan fikirannya kosong.
Lu Tingxiao mendongakkan kepalanya dan memandang Lu Jingli dengan pelik. "Kenapa?"
Lu Jingli berasa takut, lalu dia menjawab, "Tak ada apa-apa. betul! Tak ada apa-apa!"
Lu Tingxiao meletakkan pen di tangannya dan merenung adiknya dengan mata yang tajam.
Lu Jingli bagaikan sedang diperiksa oleh kaptennya di kem tentera, jadi dia berdiri tegak dan cuba sedaya upaya untuk bertenang. Tetapi, dia tidak dapat menyembunyikan rasa bersalahnya.
Hỗ trợ các tác giả và dịch giả yêu thích của bạn trong webnovel.com