webnovel

Part 3

<p>Sesampainya aku di KLIA aku terus bergerak balik ke rumah dengan harapan apa yang aku dengar itu cuma khayalan semata-mata. Tetapi apa yang aku fikirkan meleset 100% apabila sesampainya aku di beberapa block di hadapan rumah aku. Aku melihat seorang lelaki yang aku tidak kenali keluar dari rumah ku. Amarah ku semakin membuak apabila mereka berdua membalas ciuman tanpa segan pilu. Mereka tidak takut atau malu dengan perbuatan mereka. Air Mata jantan ku lagi sekali jatuh berlinangan, didunia ku seakan sedang bergoncang. Hasutan syaitan mula bermain di fikiran ku untuk bertindak diluar batas aku cuba untuk beristighfar sekuat-kuatnya. Aku terus menekan pedal minyak dan pergi dari situ, aku cuba mencari ketenangan di masjid. Aku solat istikarah untuk meminta petunjuk dari yang esa agar diberikan jalan yang benar kepada ku. Di atas sejadah aku duduk di antara dua sujud agar diberikan kekuatan untuk mengharungi dugaan yang diberikan kepada ku. Aku tidur di masjid selama dua hari dan isteriku cuba mengubungi ku tetapi aku tidak menjawab. Sakit di jiwa ni masih pedih tidak mungkin aku melupakannya semudah itu. Setelah beberapa hari aku tinggal di masjid aku membuat keputusan yang berani untuk pulang ke rumah ku. Sesampainya aku di sana aku terus masuk ke dalam rumah tanpa mengubungi isteriku bahawa aku sudah pulang ke Malaysia. Isteriku terus datang memeluk ku. Katanya dia rindu sangat kepada ku. Ketika itu hati ku terasa amat sakit, dia seolah-olah tidak berasa bersalah dengan apa yang telah dia lakukan. Aku membalasnya dengan senyuman yang pahit dan mencium di dahinya, aku mencari Muhammad di rumah tetapi Muhammad takde. Aku mula menggelabah risau, aku menanyakan kepada isteriku di mana Muhammad. Dia dengan membuat muka yang selamba menjawab "ayang hantar Muhammad ke pusat asuhan". Lagi la darah ku naik dan aku memarahinya kerana menghantar Muhammad ke pusat asuhan tanpa meminta persetujuan ku. Bukan nya dia tidak tahu yang aku tidak suka menghantar anak ku ke pusat asuhan. Lagi sekali dia menjawab "Ayang busy dengan kerja, nak buat postage tu lagi nak hantar barang lagi. Susah tau kalau Muhammad tu ada, dah la asyik menangis sahaja". "PANG!!!" Aku memberikan satu tamparan di pipinya. "Awak sedar tak apa yang awak cakap!! Muhammad tu anak awak tau kenapa awak sanggup buat macam tu pada dia?". Aku tidak dapat mengawal amarah ku. Hasutan syaitan telah berjaya mempengaruhi ku. Perkara yang ingin aku cuba untuk sembunyikan terlepas di mulutku dek kerana kemarahan yang membuak-buak. "Awak ingat saya tak tahu apa yang awak buat di belakang saya!! Sepanjang saya pegi ke outstation apa yang awak buat?!". Muka isteriku sedikit terkejut dengan apa yang aku katakan. "Saya telah curahkan segala-galanya pada awak. Tidakkah itu cukup bagi awak? Kasih sayang, cinta saya pada awak apakah itu tidak cukup?". Aku mengeluarkan rakaman video yang aku telah aku rekodkan semasa hari pertama aku menghubungi isteriku. Sebenarnya semasa aku cuba mematikan panggilan aku sempat merakam video tersebut untuk beberapa saat. Muka air isteriku berubah menjadi pucat, tubuhnya menggigil seolah-olah dia ternampak hantu. Aku menanyakan soalan kepadanya. "Suara siapa yang ada dalam video tu? Suara kau kann!! Wah-wah punya seronok kau main dengan jantan lain masa aku takde eh!!. Puas tak??!!. Kewarasan ku hiilang 100% amarah ku menguasi diri. Isteriku mendiamkan diri tiba-tiba berubah menjadi bisu. Dengan sekali lafaz, "Aku ceraikan kau dengan talak satu!!'. Air mata isteriku jatuh dan dia menangis teresak-esak merayu kepada ku agar memaafkannya. Tetapi aku tidak mengendahkannya, pada malam itu juga aku telah menghalau isteriku keluar dari rumah ku.</p>