webnovel

BAB 3 : Oyen dan Nur

Dengan dana yang diberi oleh Sulung, Pak-Teh sedang memikirkan cara untuk membesarkan geng mereka. Sementara itu Oyen sedang membuat kerja sekolah .

"Aduh peningnya kenapa soalan ini susah sangat???"

Ngeluh Oyen sambil menggaru kepala.

"Kenapa Oyen? Kau asyik mengeluh saja dari tadi. Baru 5 minit kita ulang kaji kot."

Sapa Nur yang duduk sebelah Oyen,

"Bukan apa tapi kalau subjek lain aku tak ada masalah malah aku boleh ulangkaji ia sampai Semalaman .Tapi kenapa mesti Matematik?!"

Oyen meluahkan rasa tidak puas hati kepada Nur sambil menggaru kepala.

"Nak buat macam mana? Dah tu sahaja Subjek yang kau lemah. Lagi pun ada manfaat kita ulangkaji bersama sebab selain Matematik dan Kewangan ,Subjek lain aku tak berapa nak faham hehe.."

Nur senyum sinis .

"Apalah kau ni, Kau berketurunan Melayu tapi langsung tak fasih Bahasa Melayu,"

Oyen kehairanan.

"Nak buat macam mana, Aku-"

Sebelum sempat Nur Menghabiskan kata-kata Oyen menutup mulut Nur .

"Nak Ikut aku tak petang ni?"

Oyen menanya Nur.

"Nak pergi mana? "

Nur Bertanya.

Pavilion KLCC Merupakan pusat membeli-belah yang terletak di daerah Bukit Bintang . Di sini Remaja terutama sekali di kalangan pelajar banyak menghabiskan masa di kafe,Karaoke dan arkad selain dari itu, pelbagai aktiviti dan barangan terdapat di sini.

"Oi Oyen asal kau tak cakap kita nak pergi sini? Kalau tak boleh aku bawa duit sikit."

Nur berasa teruja

"Tak apa aku belanja , jom kau nak pergi kafe yang mana satu ?"

Oyen Bertanya .

"Um Kalau macam tu jom kita pergi sini, Aku dengar Kek batik diorang adalah terbaik kat Kuala Lumpur."

Jelas Nur .

"OH macam tu, faham ,Faham."

Oyen berasa gembira kerana berjaya memahami formula ad math yang sudah sebulan ketinggalan.

"Takdala susah mana pun kan? Betul tak?"

Nur berkata sambil memsukkan kek batik ke dalam mulut.

"Eh ni macam mana pulak?"

Oyen Bertanya.

"Aight...Ni samalah macam soalan tadi. Cuma nombor lain."

Nur kebingungan melihat .

"Umm..Ni aku ada sikit nak tanya,`Kenapa sejak kebelakangan ni kau asyik tidur dalam Kelas?'

Tanya Nur.

"Eh mana ada, aku cuma tidur waktu kelas Matematik sahaja."

Oyen membalas dengan muka yang tak tahu malu.

' Haih Kalaulah kau tahu betapa bengangnya muka cikgu Ganita mesti kau takkan berani tidur dalam kelas dia, Nasib baik muka kau comel kalau tak dah lama dh dia rotan kau ."

Rintih Nur .

Maka untuk 1 jam lamanya mereka mengulang kaji dan membetul salah silap mereka berdua sehinggalah.

"Oi Siapa yang buat ni?! "

Lelaki berbadan besar menjerit memanggil pelayan .

"Maaf encik ada apa yang saya boleh bantu?"

Pelayan.

"Apa ni?! APA NI?!"

Lelaki itu menengking

"Li-Lipas tuan"

Pelayan itu membalas

" DAN MACAM MANA IA BOLEH ADA KEK AKU HA?!"

Lelaki itu menengking sambil mencekak kolar pelayan tersebut.

"Oi!!"

Oyen menjerit

"Kau SIAPA HA BuDAK?!"

Lelaki Itu menjerit.

"Heh, Nama aku Oyen, Oyen Bolkiah dari Geng Kuala Harimau !!"

Oyen memperkenal diri tanpa menyedari yang dia telah meletakkan dirinya dalam situasi yang bahaya.

"Oyen Apa kau buat ?! Du..Duduklah Bahaya!"

Nur ketakutan .

"Besar mulut kau untuk seorang budak. Tapi adakah kau kenal siapa Aku?"

Lelaki itu memaling perhatian dari pelayan ke Oyen .

"Aku Adalah Janjalani Fahaffad, Timbalan ketua bagi Geng Jakarta Jaya "

Bongak Fahaffad

"Kisah pulak aku? Takkanlah setakat Lipas dalam kek kau pun kau nak komplain melainkan...tak mungkin. Adakah kau takut Lipas? Hahahhahaha"

Suasana berubah dari ketegangan ke riang ketawa.

"TAk guna kau!! Nanti kau, jumpa kau malam nanti."

Fahaffad beredar dengan muka yang tak puas hati.

"Terima kasih Sebab Halau lelaki tu kalau tak mungkin kami terpaksa membayar ganti rugi lelaki tak beradab tu. Ada apa saya boleh buat untuk balas budi awak ?"

Pengurus berterima kasih kepada Oyen .

Oyen berfikir sejenak sebelum membuat keputusan untuk membungkus dua biji kek secara percuma dan pulang .

"Seriuslah kau Oyen Takkan kau nak lawan Lelaki Indon berbadan Besar tu...Ka..Kau tak takut ke?"

Nur Bertanya dengan badan yang menggigil.

"Nak buat macam mana? Seseorang perlu bangun untuk ajar sikit adab pada si Fahaffad u"

Oyen membalas .

"Ta..Tapi Kau mana mampu nak lawan lelaki sebesar itu sudahlah dia kata dia pengikut yang ramai Mustahil untuk kau lawan ke semua.."

Sedaya upaya Nur cuba untuk meyakinkan Oyen yang usahanya adalah sia-sia.

"Tak mustahil sebenarnya kalau kau tumpukan segala tumpuan dan fokus pada benda yang kau nak capai."

Oyen Membalas dengan komitmen yang membara di matanya.

"Wah "

Nur Terpegun .

"Baiklah kalau macam tu aku pun akan turut serta."

Nur membalas walaupun Badannya menggigil ketakutan.

Kemudian tiba hari perlawanan .antara Geng Kuala Harimau Yang Ahlinya hanya tiga orang melawan Geng Jakarta Jaya yang ahlinya Sebanyak 2,000 orang.

" Aight...Kenapa hanya lima orang sahaja yang muncul? "

Pak-Teh kehairanan

"Aku tak nak korang fikir aku pengecut jadi aku hanya bawa orang kanan aku sahaja, dan mereka jugalah antara yang terkuat. "

.Fahaffad Membalas dengan sombong .

"Alamak habislah kita."

Nur ketakutan. Tanpa dia sedar, seluarnya basah.

"Oyen , Nur Usah takut, Kita hadapi masalah ini bersama, jadi mari kita berganding bahu dan hentam mereka habis-habisan."

PAk-Teh memberikan kata-kat inspirasi.

"YEAHHHHHH"

Oyen membuta babi berlari ke arah Fahaffad ,membentuk tumbukan .

"Oyen apa kau buat!?!"

Panik PAk-teh.

"OYen!!"

Nur menjerit ketakutan.

Tiba-tiba kedengaran bunyi hentakan kaki dan sorakan dari pelbagai arah.

'Apa yang ?"

Oyen tertanya.

"Alamak"

Fahaffad menggigil.

"DIpersilakan , Ketua Mutlak, Geng Jakarta Jaya, RIzky...Rizky Bayu Soekarno!!"

Laungan jeritan pengenalan disambut dengan berpuluh-puluh Pujian .

"Rizky?!"

PAk-Teh kebingungan.

"Kenapa Kak-Teh? "

Nur bertanya.

"Kau siapa pulak ?!"

Oyen menjerit .

"Oi...Apa yang kau buat ni ha?"

Rizky bertanya kepada Fahaffad.

"ka..Kami sedang berlawanlah…"

Fahaffad menggigil sambil menjawab.

Tanpa berfikir sejenak Rizky menengdang Perut Fahaffad dan menyiku kepalanya berkali-kali sehingga berdarah.

" Lelaki yang memukul perempuan ...Adalah sampah! "

Rizky menambah.

"Ku..Kuatnya…"

Oyen dan Nur Terpegun.

"Uruskan dia."

Rizky mengarahkan dua lelaki yang kelihatan membawa dua batang paip besi lalu mereka memukul Fahaffad tanpa rasa belas kasihan .

"HENTIKAN!!"

Jerit Oyen .

"HUH?"

Rizky menoleh kebelakang hanya untuk menerima tamparan oleh Oyen.

"APA Dia..Tampar Ketua Kita!! "

BIsik salah seorang Ahli Jakarta Jaya.

"Dia dah cedera teruk kot,jadi sudah-sudahlah tu. "

Tengking Oyen.

"Ketepi, Dia adalah Sampah yang perlu dihapuskan,"

Rizky membalas.

"Tunggu walaupun dia sehina-hina sampah tapi sekiranya menerima hukuman yang setimpal mereka boleh berubah. Sekarang awak maaf kan lah dia dan teleponlah Ambulans."

Oyen merayu sambil menggenggam tangan Rizky.

"Hehe..Aku suka kau."

Rizky senyum dan mengusap rambut Oyen

"Pak-Teh… Aku nak pinjam Oyen sekejap untuk esok boleh tak?"

Rizky Menanya .

"TAK BOLEH !!"

Pak-Teh menjawab.

"Oh baiklah kalau macam itu. Dengar sini Semua...Mulai sekarang , Oyen adalah Timbalan Ketua yang baru menggantikan Fahaffad. "

Umum Rizky.

"HUH!?"

Oyen terkejut dan berpikir yang dia sedang bermimpi .

"Tunggu , serius takkanlah kau nak bagi posisi macam tu orang yang baru kau jumpa !?"

Pak-Teh Memberi reaks yang sama.

"Haha suka hati akulah, aku kan ketua , Semua keputusan aku adalah mutlak dan korang semua kena setuju walaupun korang tak suka."

Rizky membalas.

"Sekejap Kau nak ke mana tu?"

Nur bertanya .

"Oh biadabnya aku , nah mulai sekarang Divisi 8 dan 75 adalah di bawah jagaan kau, Ketua Geng Kuala harimau , Pak-Teh. Anggaplah mereka sebagai hadiah perpisahan dari aku ,Jadi jagalah mereka baik-baik ya."

Balas Rizky.

"HUH!?"

Pak-Teh dan Oyen terkejut.