webnovel

Our Precious Moments

{ Onze Dierbare Momenten } « Momen-Momen Yang Berharga Kita » Semua orang pasti ada kan? Momen dan saat-saat berharga dalam hidup. Cerita ini mengisahkan tentang gadis bernama Nur Aira Maisara, merupakan seorang pelajar yang insecure. Tak banyak bercakap. Sangat suka bersendirian. Dia suka tengok pokok-pokok yang mempunyai daun-daun yang indah macam bunga sakura. Tapi pohon bunga sakura kat Jepun je. Kat Malaysia ni iklim Khatulistiwa, panas dan lembap, tak sesuai untuk pokok bunga sakura hidup dan tumbuh dengan baik. Alah, bunga sakura yang lawa tu, pokok-pokok warna pink macam dalam cerita anime yang korang tengok tu! Bak kata orang putih, Cherry Blossom! Tapi kat Malaysia ade je pokok ni, namanya Pokok Tecoma, lawa gila beb. Warna pink gitu!! Jadinya, Aira suka tengok pokok yang namanya Pokok Anggerik Merpati. Korang pernah dengar tak nama pokok ni? Haha, mesti tak pernah kan? Nama saintifiknya, Pigeon Orchid. Kiranya pokok bunga Orchid la ni! Pokok bunga ni sangatlah besar dan berdekatan dengan Pokok Queen Palm di sekolahnya. "Hmm..Hidup ni memang kena sendirian ke? Aku nak jugak ada kawan macam orang lain...Cuma..aku tak reti nak berkawan..." - Aira - Dia tidak berapa suka apabila bercakap dengan orang, apatah lagi bergaul atau berkawan. Bak kata orang dulu-dulu, orang yang pendiam. Sebenarnya, dia bukan tak suka cuma tak reti! Aira sangat sukakan ketenangan bila dia sendirian. Rasa damai je. Walau bagaimanapun, dia tetap berasa sunyi, lagi-lagi bila dia kena jalan seorang diri. Makan pun sorang-sorang, belajar pon berseorangan. Semua benda pun dia buat sorang-sorang! Kau bayangkan, betapa sepinya hidup kat sekolah kalau macam ni! Tapi! Segalanya berubah bila hadirnya seorang pelajar lelaki yang berwajah tampan berpindah ke sekolah dia! Mamat Belanda pulak tu! "Lah, aku nak tolong kau la. Kau ingat aku nak buat apa?" - Tengku Rafie Dasuki A.K.A Ryker - Hidup Aira berubah 180• darjah bila bertemu dengan budak lelaki Happy Go Lucky ini! Perangainya, Ya ampun! Boleh tahan nakal jugak! Selamba pulak tu! Jadi sakit kepala kalau dilayan! Namun begitu, dengan hadirnya si dia dalam hidup Aira, kini hidupnya penuh dengan warna-warna pelangi! Suka dan duka! Gembira dan sedih! Nak tahu apa yang berlaku antara Aira dan Mamat Belanda ni, bacalah novel ini! >_

umayra_yusoff · Thành thị
Không đủ số lượng người đọc
10 Chs

DÉJÁ VŰ?

"..."

Aira hanya terdiam selepas dia selesai melakukan medical check-up dengan mamanya di hospital.

Dia mengimbas kembali tentang apa yang telah terjadi sewaktu dalam perjalanan ke hospital. Selepas mamanya memandu keluar kereta miliknya keluar daripada perkarangan sekolah, dia memecut laju keretanya ke hospital. Nampak je muka tenang dan serius tapi sebenarnya dalam hatinya risau bukan main! Dahlah pandu kereta mengalahkan mat rempit naik motor yang laju berlumba tu! Perghh!! Cayalah!! Hebat betul mama!!!

Sebaik sahaja dia sampai ke hospital dan diperiksa oleh seorang doktor perempuan sambil ditemani oleh beberapa orang jururawat, Aira hanya mampu menggelengkan kepalanya apabila dia melihat mamanya yang tidak senang duduk memerhatikannya. Kejap duduk! Kejap berdiri! Macam mama pulak yang sakit! Yelah, mak mana yang tak sayangkan anak kan?

Doktor berkata kepada mereka berdua yang kecederaan yang dia alami agak serius cuma tak adalah teruk sangat. Sebab tak ada tulang yang patah pun, cuma terseliuh. Sama seperti apa yang sudah dikatakan oleh Cikgu Adawiyah, doktor memberitahu bahawa dia perlu merehatkan dirinya di rumah untuk sementara waktu bagi menyembuhkan kembali luka yang tercedera. Doktor juga telah memberikan surat cuti sakit dan beberapa ubat-ubatan yang perlu dia makan dan wajib disapu pada pergelangan kakinya.

Lamunan Aira terhenti tatkala mendengar bunyi rintik-rintik hujan yang mulai turun.

*Tik*Tik*Tik*

Dia melihat ke luar tingkap kemudian mengalihkan pandangannya ke arah mama yang sedang duduk di sebelah kanannya. Kelihatan, Puan Diana sedang memandu sambil memegang dan menggerakkan stereng kereta dengan berhati-hati. Dia memandang lama muka mamanya yang sedang memandu. Fikirannya berkecamuk kerana memikirkan sama ada ingin bertanya atau tidak kepada mamanya soal Rafie.

'Haa...aku tanya mama bila sampai kat rumah jelah!' Dia bergumam perlahan-lahan sambil melentokkan kepalanya pada kerusi kereta dan mengeluh. Tanpa sedar, dia terlena dalam kepenatan. Hujan di luar semakin lebat kedengaran.

*****

"Aira!"

Aira membuka matanya perlahan-lahan apabila menyedari namanya dipanggil. Matanya ligat memandang kawasan di sekitarnya. Pemandangan yang agak asing sekali.

'Tempat apa ni? Aku mimpi ke? Aku tak pernah nampak pun tempat ni sebelum ini.' Hatinya kian tertanya-tanya.

Kelihatan sebuah pohon hijau yang agak rendang dan besar terletak di hadapannya. Dia memandang pohon tersebut. "Cantik..." Bisiknya perlahan.

Pokok di hadapannya agak tinggi dan mempunyai daun hijau yang kecil tetapi sangat lebat. Dahan pokoknya juga banyak dan nampak begitu tebal, ia bercambang dengan daun hijau tersebut. Terdapat juga padang rumput yang sangat luas berwarna hijau muda di sekitarnya. Seperti padang pasir saja. Tidak kelihatan langsung tumbuhan liar atau pokok-pokok yang lain. Seolah-olah hanya terdapat pokok dan rumput pendek ini sahaja.

"Aira! Dekat sini!"

Dia memandang ke arah suara yang sekali lagi memanggil namanya. Dia melangkah perlahan-lahan.

"..."

Langkahnya terhenti dan dia hanya mampu terdiam sebaik ternampak bayangan budak lelaki bertubuh kecil sedang berlari-lari dengan laju ke arah dirinya sambil memegang sesuatu di tangannya. Kelihatannya itu seperti coklat. Setelah dia berada di hadapannya, Aira dapat melihat dengan jelas bahawa kedua-dua belah tangan budak kecil itu memegang dua batang lolipop yang berwarna-warni. Malangnya, dia tidak dapat melihat wajah budak lelaki tersebut. Matanya agak kabur ketika dia ingin melihat mukanya. Seolah-olah ini semua seperti mimpi tetapi terasa amat nyata. Hanya tubuh badan kecilnya yang kelihatan dan suaranya sahaja yang kedengaran.

"Hehehe..! Aira, nah!"

Aira dapat mendengar budak itu ketawa kecil sambil memberikan lolipop itu kepadanya. Mendengar suaranya saja sudah cukup comel, kenapa aku tak boleh tengok mukanya?

"Terima kasih." Ujar Aira sambil mengambil lolipop daripada huluran tangan kecil itu. Dia memandang ke arah coklat lolipop pemberian budak kecil itu di telapak tangannya sambil bibirnya menguntum senyuman tatkala melihat keletehnya itu. Bagi pandangan Aira, gelagatnya sangatlah comel! Sayang sekali, dia tidak dapat melihat wajah yang memiliki suara comel itu!

Tak lama selepas itu, budak kecil itu membuka mulut.

"Aira, awak ingat saya lagi tak?" Budak kecil itu bertanya dengan suara yang agak sedih. Kelihatan nadanya yang ceria sebentar tadi berubah dengan serta-merta.

*****

"Aira..."

"Aira!"

"Aira!! Bangun anak perempuanku sayang! Kita dah sampai rumah!"

Aira terpisat-pisat bangun dan membuka matanya tatkala dia mendengar suara mamanya yang nyaring. Matanya membulat apabila memerhatikan dirinya masih ada di dalam kereta.

Apa?! Aku memang betul-betul bermimpi? Kenapa aku rasa macam pernah alami dan terjadi je sebelum ni? Kenapa aku rasa macam pernah jumpa dengan budak tu? Dia kata aku ingat dia lagi ke tak? Apa yang dia maksudkan? Déjà vu kah??

"....."

Mukanya bertukar terkejut dan mulutnya terkunci. Dia tidak dapat mentafsir tentang maksud sebenar daripada mimpi dia tadi. Badannya hanya membatu. Kaku dan tidak bergerak.

Puan Diana hanya memandang anak gadis disebelahnya. 'Apahal dengan anak aku ni? Dah macam orang kena sampuk dengan hantu!' Gerutunya dalam hati.

Kemudian, dia melangkah keluar daripada perut kereta yang berwarna hitam itu kemudian membuka pintu kereta di sebelah kiri anaknya. Puan Diana memapah lengan Aira ke bahunya perlahan-lahan.

Aira hanya mampu melangkah keluar daripada kereta Toyota Corolla Altis itu apabila mamanya keluar memapah badannya. Dia berjalan dengan terhincut-hincut mengikuti langkah kaki milik ibunya sambil memegang tongkat kaki yang telah diberikan oleh doktor kepadanya.

Puan Diana mengeluarkan kunci rumah daripada poket bajunya sambil cuba untuk membuka pintu rumah.

*Kcak!*

Pintu rumah dapat dibuka sebaik sahaja dia memasukkan kunci ke lubang kunci. Dia menyimpan semula kunci ke dalam poket hadapan bajunya. Puan Diana menolak pintu besar di hadapannya dengan sebelah tangan secara perlahan-lahan.

Dia menolong Aira menaiki tangga dengan berhati-hati. Dia menasihatinya dengan nada yang penuh prihatin "Hati-hati, anakku sayang. Nanti terjatuh kan susah."

"Baik, mama.." Aira hanya mampu membalas pendek dan mengikut mamanya. Dia ingin berehat saat ini di bilik tidurnya. Aku penat. Hanya itu saja yang difikirkannya. Banyak masalah yang hadir di fikirannya tika ini.

*****

Selesai Puan Diana membantu anaknya mandi dan menukar pakaian sekolahnya kepada pakaian yang casual, dia membantu Aira berbaring di atas katil. Kemudian dia menarik selimut menyelimuti badan anaknya. Dia mengusap-usap ubun-ubun kepala anaknya perlahan-lahan dengan rasa sayang. Benarlah kata pepatah, walau apa pun yang berlaku, kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya tidak akan pernah pudar.

"Aira rehatlah dulu ye, mama nak pergi bawah kejap. Mama ingat nak buat bubur ayam kat anak mama ni. Mesti Aira tak makan lagi kan? Doktor cakap bubur elok untuk orang sakit." Ujar Puan Diana dengan lembut.

"Baik, mama." Aira hanya mengangguk sambil tersengih-sengih. Macam tau-tau je mama yang aku ni tak makan lagi! Aku rasa dah berdangdut dah perut aku buat konsert lapar dari takdi! Kruyuk kruyuk je berbunyi! Hehe! Mama memang the bestlah! No. 1 di hatiku!

Puan Diana hanya tersenyum melihat wajah anaknya yang sedikit ceria berbanding sebentar tadi. Takdi dah macam muka orang putus cinta! Diam terus!

Dia berlalu pergi lalu menutup pintu bilik Aira dengan perlahan.

*Kriek*

Aira memerhati pintu bilik yang tertutup. Badannya berasa segar selepas mandi, mungkin sebab tu lah dia merasa relaks sedikit dan wajahnya terasa bersih. Semua masalah terasa hilang begitu saja. Rambutnya yang masih basah diikat dengan kain tuala putih ke atas. Dia termenung seketika dan termangu-mangu sendirian sambil memikirkan sesuatu.

Selepas itu, dia mengingat semula perkataan mamanya yang berkata dia tidak makan apa-apa lagi. Tiba-tiba Aira teringat tentang bekas 'Tupperware' miliknya yang berwarna kuning itu.

*Plak*

Aira menepuk dahinya sendiri. Dia menggigit bibir bawahnya.

"Alamak! Patutlah aku rasa macam aku terlupa sesuatu! Bekal makanan aku!" Tuturnya dengan wajah yang gelisah.

Dia menuju ke arah beg sekolah yang dibawakan oleh mamanya sebentar tadi. Begnya yang berdekatan dengan katilnya memudahkan lagi pergerakan kakinya kerana terletak hampir dengannya. Aira duduk bersila atas katil sambil kaki kirinya terjuntai-juntai ke bawah. Yelah, kaki kiri aku kan tengah sakit, mana boleh duduk macam biasa!

Aira membuka zip beg sekolahnya, dengan harapan bekas 'tupperware'nya ada dalam begnya.

'Harap-harap si Rafie tu letaklah bekas makanan aku dalam ni! Pleasee!! Dahlah aku susah-susah buat dengan special, Nasi Goreng Pattaya tu sorang-sorang pagi takdi!' Hatinya menjerit-jerit dengan perasaan bercampur aduk.

Alangkah bahagianya mukanya apabila sebaik sahaja dia membuka beg sekolahnya, dia melihat bekas 'tupperware' berwarna kuning itu berada tepat di atas buku-buku teks dan latihan miliknya. Dia menjerit-jerit keriangan.

"Yeay, yeay!! Yes! Rafie! Kau memang baik lah! Yelah, kan aku tertinggal tupperware aku kat Kawasan Pokok Bunga Anggerik Merpati tu takdi. Aku tertinggal bekas ni pun sebab kau yang jatuh atas aku! Tapi takpelah! Mesti kau yang baik hati ni pergi ambik kan? Mesti kau ambik tupperware ni masa kau pergi ambik beg sekolah aku tu!"

Aira tersenyum lebar sambil membuka penutup bekas makanan kuning itu.

Namun, senyumannya mati tatkala matanya melihat isi dalam tupperware tersebut.

"Hah?? A-Apa?!! Kosong???"

Mulutnya terlopong dan matanya terbuntang luas. Dia memandang ke arah sudu yang masih setia ada dalam bekas itu, namun tiada langsung sisa Nasi Goreng Pattaya yang dimasaknya!

Dia kebingungan sambil matanya tertangkap satu kepingan 'sticky note' berwarna biru yang dilekatkan pada penutup tupperware kuning itu.