webnovel

Oh My Crush

Biasanya la kan...kalau kita sukakan seseorang itu, kita yang akan kejar orang yang kita sukakan tu ya tak? Tapi macam mana kalau kali ni, orang yang kita sukakan tu pulak yang kejar kita? Apa yang kau orang akan buat? Macam kisah si Naera Aleena ni..... Naera Aleena ada crush semasa dia sekolah menengah tinggi. Jadi dia berniat hendak lafazkan rasa Sukanya kepada crushnya itu. Cubaannya itu Berjaya. Crush dia sudi untuk menerima permintaannya untuk keluar dating Bersama. Tapi itulah...manusia hanya sekadar mampu merancang, Tuhan yang menentukan segalanya. ********************* Seperti biasa awal-awal pagi dia akan bersiap untuk ke pejabat bagi membuat persiapan bosnya. Selaku setiausaha, dia gemar hadir sejam lebih awal sebelum bosnya tiba. Namun kehadirannya itu disambut oleh orang lain, bukan bosnya. "Apa maksud tuan ditukar hak milik?"soal Naera dengan muka tergamam. "Ya Naera...mulai hari ini, Syarikat Di Clove berada di bawah pengurusan Triad Convenant...presiden baru syarikat ini adalah Tuan Seth Cain ini..." Seperti baru di siram dengan air sejuk dan ais ke atas kepala, Naera pandang lelaki di belakang meja bosnya Bersama mata terbutang luas. Oh my crush! Macam mana semua ni boleh berlaku? "Se-th?"sebut Naera tergagap sendiri. Kecik betul dunia ni kan?Elok dia nak larikan diri, boleh pulak ada didepan matanya! "Sila beri tunjuk ajar..."sapa Seth semasa memberi renungan tajam ke Naera dan tersenyum sinis. Susah payah, Naera menelan air liur. Sh*t betul! Tak boleh jadi ni! Esok pagi jugak dia pergi jauh dari sini! Naera mengetap gigi seeratnya!Kenapa la dia boleh bertemu semula dengan crushnya di sini?Di syarikat yang sama?Bos dia lagi tu! "Mulai hari ini kamu adalah setiausaha saya..."maklum Seth. Naera pandang tidak berkedip. Masih belum sober dari terkejutnya!

TintaHitamTanpaAra · Thành thị
Không đủ số lượng người đọc
57 Chs

Chapter 36 : Hujung Minggu

Flashback....

Terkebil-kebil matanya semasa dongak mahu menampak poster festival sukan tahunan sekolah, Naera berjengket di tepi dinding bangunan seorang diri dengan tangan sarat memegang gulungan poster sejak tadi. Sebagai AJK Kelab Festival dia yang bertugas untuk menampak poster dan edarkan flyers tidak berhenti dari bekerja.

Rakan-rakan sekelabnya sibuk dengan tugasan masing-masing.

Pasangan kerja dia pula tidak hadir kerana demam.

Itu yang dia sendirian seperti loser dekat sini.

Di bantu dengan baldi di bawah kakinya, tangan kanan dia cuba sentuh hujung poster, tapi tak Berjaya. Dia anjak lah sedikit ke tepi. Makin dia ke tepi, kakinya yang bertenggek pada baldi itu mahu hilang keseimbangan tanpa pengetahuannya.

KRAK!

Baldi itu tiba-tiba retak lalu dia gerak hendak terjatuh ke belakang sesaat kemudian.

KEDEBUK!

Menunggu impak sakit menyapa tubuhnya Naera pejam mata serapatnya. Tetapi bila dia tidak rasa sakit atau terjatuh, dia pun buka la mata. Pandang-pandang je muka bercermin mata berada hampir dengan depan wajahnya.

Oh!

My!

Crush!

"Awak buat apa?"

Naera berkedip mata, mulutnya yang ternganga terus terkatup. Pelukan pada sekeliling pinggang dan tepi lengannya dirasai.

"Senior Seth.."lafaz Naera dengan muka tergamamnya.

Seth berdirikan Naera semula ke lantai sebaik dia sambut tubuh itu sebelum terjatuh tadi. Mujur la dia lintas semasa perjalanan untuk ke padang bagi latihan futsalnya. Kalau tidak mahunya anak orang ini jatuh tergolek seperti kentang. "Kenapa awak sentiasa dalam masalah bila saya muncul?"

Naera tersengih malu. "Mungkin sebab nak suruh hero selamatkan heroin dia.."selorohnya.

Seth ketawa dan Naera pun.

End of flashback.....

BIP!

BIP!

BIP!

BIP!

Hujung minggu tiba dengan cepat. Dan kini sudah masuk hari Ahad.

Bunyi deringan yang berpanjangan dari alarm phone membangunkan Naera dari lenanya. Dalam keadaan mengantuk Naera capai telefonnya yang berada di bawah bantal lantas mematikan alarm tersebut.

Knock!

Knock!

Pada masa yang sama bunyi ketukan pintu kedengaran.

"Wakey..wakey sleepy head.."sapa Kade semasa berjalan masuk ke dalam dengan segelas jus oren di tangan.

Naera yang baring meniarap itu tersentak. Dia palingkan kepala ke arah pintu lantas disapa pemandangan Kade yang segak mengenakan pakaian casual dan berbau harum gentleman lelaki itu. "Morning.."sapanya dengan suara bangun tidur.

Kade duduk di tepi katil itu lalu serahkan gelas berisi jus oren itu kepada Naera. "Awak keluar jogging hari ni jugak ke?"

Sambil bangunkan dirinya dari perbaringan dia mengangguk, Naera selak rambutnya ke belakang dengan mata di kecilkan. lalu capai gelas berisi jus oren itu. "Nak ke mana pakai handsome macam ni?"selorohnya sebelum menyisip sedikit jus itu.

Sudah terbiasa dengan rupa Naera bangun tidur, Kade sikit pun tidak terkutik melihat rupa original Naera yang memang tiada beza sekiranya bersolek atau tidak. "Saya outstation beberapa hari ni.. Ni sekejap lagi akan pergi ke airport.."

Kening Naera terjungkit tinggi sebaik mendengarnya. "Huh?Hari ni?Awak tak beritahu saya pun?"

Kade beri senyuman serba salah. Bukan dia tak nak beritahu. Tapi ianya hal peribadi.

"It's okay...saya tak nak peningkan kepala awak dengan urusan saya."kata Kade sambil menyelak rambut Naera ke belakang telinga. "I need to go now...see you later.."maklumnya sebelum kucup dahi Naera dan bangun dari katil itu.

Oleh kerana masih mamai, Naera hanya termenung memerhatikan langkah lelaki lampai itu keluar dari biliknya. Meninggalkan bau minyak wangi di seluruh ruangan biliknya, "Mm...Bye."balasnya apabila Kade sudahpun keluar dari biliknya.

Dan bila bunyi pintu apartment di hempas tutup, Naera letak gelas berisi jus oren ke night stand lalu turun dari katil. Dia gerak ke bilik air untuk cuci muka dan gosok gigi. Setelah selesai dia tukar kepada pakaian jogging.

Lima minit kemudian Naera keluar dari bangunan apartment itu menuju ke kawasan taman dan tasik berkenaan untuk berjogging. Rutin biasa dia lakukan setiap kali hujung minggu.

Seusai memanaskan badan, barula Naera mula berjogging dengan kadar kelajuan biasa. Tidak laju tidak perlahan sambil mendengar lagu melalui air pod di kedua-dua belah telinga. Selain dirinya, kelihatan juga pejalan kaki lain yang turut berjoging atau berjalan-jalan keluar Bersama anjing perliharaan mereka.

Naera jogging dan terus berjogging selama sejam melalui laluan sama yang dia sering gunakan setiap kali berjogging. Namun ketika Naera sibuk minding her own business, tanpa pengetahuannya, ada yang mengekori dia sepanjang perjalanan itu.

Tiba-tiba..

"Woof!Woof!"

Tidak semena seekor anjing Siberian muncul di depan Naera ketika dia melewati pagar batu sepanjang tasik di situ.

Terkejut akan kemunculan binatang itu, Naera terus berhenti mendadak dan undur ke belakang dengan ketakutan.

"Woof!Woof!"anjing itu tidak garang tetapi suaranya sangat kuat dan membingitkan.

Terkebil-kebil mata Naera di buat gongongan anjing berbulu tebal dan seakan serigala di depannya. "Dah kenapa ni?"tanya Naera sendiri apabila anjing itu tidak henti-henti menggonggong ke arahnya.

Anjing itu menjelir lidah saat cuba mendekati Naera.

"Stop!!"teriak Naera kerana takut digigit dengan haiwan tersebut.

"Micah!"panggil suara anak kecil tiba-tiba.

Anjing itu tersentak lalu duduk di situ serta merta.

Dengan muka menahan nafas terkejut, Naera pandang empunya suara Budak-Budak itu, bila dia pandang seorang Budak lelaki muncul lalu bercangkung di tepi anjing itu dan memeluk sekeliling leher anjing itu.

"Sini pun awak...kenapa lari?"

What?

"Sylas?"sebut Naera dengan muka tergamamnya.

Mendengar namanya dipanggil Budak lelaki berbaju hoodie kanak-kanak warna biru dan seluar pendek hitam mengangkat kepala lantas dongak memandang Naera. Sama seperti Naera, Budak itu turut terkejut."Ooh. Aunt Naera"sebutnya.

Kening Naera terangkat tinggi. Sumpah!Terkejut dia jumpa Sylas di sini. "Apa kamu buat di sini seorang diri?Anjing kamu ke?"tak tahu pula dia yang Sylas bela anjing. Hari tu rasanya dia tak ada pulak Nampak haiwan ni di penthouse Seth. "Wait...kalau kamu ada di sini, maksudnya-"

"Saya datang dengan pakcik."jawab Sylas sewaktu berdiri lalu capai tali kekangan anjing yang dia terlepas pegang tadi sewaktu menunggu pakcik dia belikan dia hotdog di stall taman bertasik itu.

"Seth ada?"tanya Naera yang hampir bernada tinggi seperti fangirl jumpa idolnya.

Serius la!