webnovel

Nota Ular Danu

3 tahun. Ya, tiga tahun harus aku menetap di sebuah kota yang asing bagiku. Program Pertukaran Pelajar yang aku daftarkan diri pada bulan lalu sudah bermula dan aku ditukarkan di sebuah sekolah campuran berasrama. Sekolah yang dimana pelajarnya datang dari pelbagai tempat. Timur, barat dan selatan. Sekadar hobi dan juga minat, aku menawarkan diri untuk melakukan dokumentasi sepanjang berada di sana. Setiap kelompok pelajar telah aku temu ramah. Setiap seorang dari rakan kelasku telah aku kumpul isi hati mereka. Ada yang masih sesat di masa lampau, yang sudah bingung memikirkan masa depan, dan ada yang mempersoalkan masa kini. Ini adalah kembara aku dalam meneroka perspektif hidup dari jiwa yang berbeza. dan juga kisah aku bertemu dengannya.

Tennessine · Thanh xuân
Không đủ số lượng người đọc
4 Chs

NEWBIE IS HERE

Loceng bingit bergema di setiap ceruk tangga kampus sekolah ini tepat pada waktu 10.30 pagi membuatkan aku makin gementar.

Dari hujung ubun-ubun ku hinggalah ke hujung ibu jari kaki, badanku terasa nyeri. Apatah lagi jantungku yang terletak di dada kiri, berdegup laju. Mungkin saja jika aku boleh tarik keluar ia dari balutan kulit badan, akan terlihat betapa berdebarnya aku ketika ini.

Namun, nafasku masih lancar. Setara langkahku menaiki tangga yang seperti tiada hujung, mataku liar ke kiri dan kanan yang hanya dinding semata-mata. Tanganku memegang erat tag putih yang tergantung di leher, menganggap ia sebagai token keselamatan.

Pintu kayu cendana yang tingginya sehingga siling, berwarna coklat seperti kayu keemasan dan koridor menghadap permandangan Kota Besar Lilac.

Ah, pasti ini kelas yang dihuraikan oleh pengetua kampus tadi, kelas 3C.

Suasana yang tadinya hening, yang hanya ditemani bunyi tapak kaki aku yang perlahan melangkah mencari destinasi tujuan kini diganti dengan keriuhan yang asing buatku kala aku semakin mendekat dengan pintu gergasi itu. Membuat aku ingin tahu dengan lebih lanjut isi bilik yang berada di blok paling hujung ini.

Sedaya upaya, aku curahkan setiap gram tenaga yang ada didalam tubuhku hanya untuk menolak pintu kelas ini.

Berat!

Aku tahu banyak mata yang sedang memandang aku ketika ini, tetap saja aku masih gementar. Semakin aku gementar. Ditambah lagi, aku sedang berdiri di bahagian depan kelas, ditengah pentas mini ruang guru untuk melaksanakan pembelajaran menggunakan papan putih.

"Perkenalkan pelajar pertukaran dari Kota Mayang Sari yang akan turut laksanakan dokumentasi selama 3 tahun..sila perkenalkan diri."

Wanita pertengahan umur 30-an itu memberi ruang kepadaku lantas turun dari pentas tersebut.

Beberapa saat, aku hanya membisu...melirik setiap penjuru kelas dan setiap wajah yang menumpukan perhatian kepada aku..aak bukan dia. Dia yang lansung tidak mengangkat muka dari meja. Seseorang yang kepalanya terlentok tidak bergerak dari meja.

"Hi, Erimentha Sahmura, berumur 15 tahun. Selamat berkenalan."

Ringkas.

"Newbie newbie!"

"Hottie Newbie!"

Tch. Urgh.

"Then, di mana awak patut duduk.." tanpa menunggu guru tersebut menghabiskan arahannya aku terus bergerak ke sebuah kerusi dan meja kosong di bahagian penjuru belakang kelas, bersebelahan tingkap kelas dan koridor.

Beg sandang merah yang aku bawa disangkut pada belakang kerusi, lalu dibawa keluar buku nota kosong untuk aku gunakan mencatat nota.

Satu tangan muncul secara tiba-tiba dari arah kiri, menunggu untuk dicapai aku. Lama juga aku biarkan jemari itu menggeliat resah menantikan sambutan dariku, masih juga ia tidak berganjak sedikit pun.

Aku memandang empunya tangan, yang rambutnya digayakan undercut kemas dan yang anehnya, matanya merah..semerah ruby. Mutasi genetik? Mungkin.. Tempat duduknya ialah disebelah kiriku.

"Taknak sambut tangan aku ke?" soal lelaki itu dengan nada bisikan.

Tch.

Bibir merahnya yang sedikit gelap itu lantas mencium belakang tanganku ketika dihulur. Dia melihat aku dari bawah, melihat aku menggunakan pandangan tajam seraya bibirnya terorek sinis.

Aku terkejut dengan tindakan berani itu. Aaah, aku boleh rasakan pipiku kian merah!

"Beautiful hair by the way." Pujinya sepintas lalu sebelum kembali menghadap papan putih.

Aku tidak membalas.

***

Pada waktu rehat, hampir semua ahli kelas ini berkumpul mengelilingi aku di meja yang paling belakang.

"For fuck sake..that brown haired guy..." omel seorang gadis. Dia melangkahnya mendekati tempat ini, sambil mengikat semula rambut keritingnya yang diwarnakan merah jambu terang. Badan-badan lain ditolaknya mudah walaupun dia sendiri berbadan kecil lalu dia menolak agresif rakan sekelas yang berada menghadapku lalu mengambil tempat duduk tersebut.

Dia ada dihadapanku, menongkat dagu, bibirnya muncung ketika melihat aku atas dan bawah.

"Erimentha isnt it?"

Aku mengangguk perlahan sambil mencapai cuku nota hijau yang aku keluarkan pada awal kelas tadi. Pen hitam dakwat cair juga sudah sediap sedia aku pegang lalu ditekan mata pena itu pada permukaan kertas.

"Siapa nama awak?"

^_^ semangat! You guys please comments and critics a bit about my work. i want to make improvement

Tennessinecreators' thoughts