webnovel

Good Luck!

"Eh. Peliknya nombor ni" kata Puan Leela sejurus sahaja melihat nombor yang tertera pada skrin telefon bimbitnya. Dia menunjukkannya kepada Profesor Kardiff. Ketika itu, mereka sudah kembali ke Kaokalo. Marina dan Inspektor David sedang duduk di satu bahagian gudang. Mereka kelihatan sedang membincangkan sesuatu.

"Ingat tadi, menurut Ikran ada 21 klon kesemuanya. Satu mati di PRASASTI dan dia berjaya menghapuskan 19 daripada klon-klon itu. ini bermakna, hanya 2 klon sahaja yang berjaya dihapuskan. Di mana satu lagi klon?" tanya Marina kepada Inspektor David.

Inspektor David berfikir sejenak. Pandangannya dilontarkan kea rah Profesor Kardiff dan Puan Leela.

"Nampaknya ini panggilan dari..." Profesor Kardiff mula berfikir. "Selatan Amery"

"Siapa pula ni?" Puan Leela menggaru kepalanya. Seingat dia, dia tidak pernah mengenali sesiapa di Selatan Amery.

"Jawab sajalah. Takkanlah awak boleh tercedera dengan hanya menjawab panggilan itu" kata Profesor Kardiff.

"Helo" Puan Leela menjawab panggilan dari Selatan Amery itu.

"Helo Puan Leela kau dah tahu pasal Doktor Sarah" suara seorang wanita kedengaran.

"Siapa ni?"

"Kau dah tahu tentang Doktor Fendi?" tanya si pemanggil.

"Kalau awak nak saya jawab soalan awak. Awak perlu jawab soalan saya. Siapa ni?" Puan Leela cuba bertegas.

"Aku hanya insan biasa yang ingin menolong. Aku tahu kau sedang mencari-cari di mana suami kau Murukesh"

"Ya. Kenapa? Apa yang kau tahu mengenai dia?" Puan Leela mengalah apabila nama Encik Murukesh disebut.

"Aku akan sebut satu perkataan sahaja dan aku tidak akan mengulanginya lagi"

"Baiklah aku dengar"

"Kampung Talam"

"Suami aku ada di situ?"

"Ya."

"Tapi di mana? Boleh beri jawapan yang spesifik?"

"Kampung Talam. Good luck!" talian terus dimatikan. Puan Leela memandang Profesor Kardiff.