webnovel

BAB TUJUH

Sebaik keluar dari bilik air, Vee tidak langsung masuk ke dalam dewan semula. Sebaliknya dia melarikan diri ke kawasan taman yang terletak bersebelahan dengan kawasan dewan ballroom tersebut. Kakinya yang sudah mulai berasa lenguh berada di dalam kasut tumit sederhana tingginya itu juga perlu untuk di rehatkan seketika. Dia lantas mengambil tempat duduk berdekatan dengan kawasan pancuran air.

Pokok - pokok pine yang di tanam di sepanjang jalan masuk ke kawasan hotel dan di sekeliling taman itu juga, kelihatan tampak cantik kerana ianya di tanam secara teratur mengikut bentuk landskap taman itu. Lampu - lampu yang di pasang di kawasan itu juga jauh lebih terang berbanding dengan lampu yang berada di dalam dewan ballroom. Suasana malam yang agak dingin dan sunyi seperti itu memberikan sedikit ketenangan pada Vee yang mahukan ruang untuk dia berehat dan berfikir untuk seketika. Hanya bunyi air pancuran saja yang kedengaran kuat di sekeliling Vee ketika ini.

Vee mendongak wajah pada dada langit yang terang dengan kehadiran cahaya bulan dan bintang yang bergemerlapan di atas sana. Udara malam yang sejuk membuatkan Vee terleka dengan monolog panjang di tempat duduknya. Kakinya yang lenguh tadi, kini mulai rasa selesa semula selepas dia meletakkan kakinya di atas rumput yang lembut dan dingin itu. Dia bersandar santai sambil menikmati suasana malam yang damai dan indah itu bersendirian di taman. Vee kuntum senyuman manis dan lebar. Sekurang - kurangnya dia dapat mencuri masa keluar walaupun hanya untuk seketika cuma. Ini kerana dia yakin, papa dan mama pasti sedang sibuk mencarinya di dalam dewan ballroom itu sekarang.

"Shit!!!..." matanya yang terpejam tadi terbuka cepat bila dia mendengar bunyi suara itu.

Vee meninjau dari tempat duduknya dan memfokuskan pandangannya pada celah - celah pokok yang tinggi dan rendang di kawasan itu. dia menanti untuk seketika sebelum kembali mengabaikan bunyi suara itu dari kotak mindanya. Pasti itu suara dari salah seorang kakitangan hotel berkenaan yang berkemungkinan terjatuh atau terpijak sesuatu di kawasan itu.Vee lantas jungkit bahu sebelum dia kembali bersandar di tempat duduknya semula. Dia mahu menghayati suasana malam itu bersendirian tanpa sebarang gangguan sebelum dia kembali menghadiri majlis yang membosankan itu semula.

"Skodeng siapa tadi tu, cik adik?" kening Vee bertaut rapat.

Dia berpaling ke arah suara itu muncul. Vee urut dada apabila melihat batang susuk itu muncul keluar dari celah - celah pokok pine yang rendang.... Astagfirullah al'azim... manusia ni kan! Buat kuss semangat aku betullah! Grrr..... Ariel??? apa dia buat dekat sini pulak?!

Vee yang masih terkejut dengan kehadiran mengejut Ariel di situ, berdehem kecil cuba untuk melegakan perasaan hatinya yang tiba - tiba berkocak pelik. dia berpura tenang dengan wajah yang bersahaja agar Ariel tidak dapat melihat atau meneka apa yang sedang dia fikirkan ketika itu. Terasa pelik pula melihat Ariel turut berada di tempat yang sama dengannya malam itu. Kerana sepanjang dia berada di dalam dewan ballroom itu tadi, dia tidak pula melihat kelibat Ariel di sana. Dalam hati Vee memuji penampilan Ariel malam itu. Dia kelihatan cukup segak dan tampan dengan tuxedo tersebut.

Wajah Ariel yang seiras pelakon pujaan hati Shakira, Wonbin itu, dalam diam membuat getaran pelik di hati Vee yang kedengaran cukup kuat dan laju pada pendengarannya sendiri. Apatah lagi bila Ariel mengambil tempat di sebelahnya.

♫ Ku jatuh hati....♪ bagaikan mimpi...♪ ting tong!!! ♫.... wake up Vee! Jangan biar sampai Ariel perasan...

Detik hati Vee yang mulai berlagu sumbang membuatkan dia tidak senag duduk di tempat duduknya saat ini. Siapa sangka si indeks Dow Jones kolej mereka itu kini sedang duduk bersama - sama dengannya di salah sebuah taman hotel pada malam itu. Kali ini merupakan kali pertama Vee bertegur sapa dengan Ariel secara direct tanpa bantuan dari Shakira dan Hakimi. Ini juga merupakan kali pertama Vee melihat wajah Ariel sedekat itu dan membuat degup jantungnya berubah pantas dan bergetar pelik dari siapa. Satu perubahan aneh yang belum pernah lagi dia alami sebelum ini.

"Awak tengah skodeng siapa tadi... um? Skodeng I kah?!" soal Ariel semula dengan pandangan sinisnya. senyumannya juga kelihatan tidak ikhlas. Vee ketap bibir melihat senyuman sinis yang terukir pada bibir lelaki itu dengan pandangan yang sama.

"Skodeng U?! Please lah... tak ada maknanya saya nak skodeng siapa - siapa pun... lebih - lebih lagi awak! Buang masa saya adalah...."

"Betul?!" ewah - ewah mamat ni.. mentang - mentanglah dia handsome, dia ingat aku tergoda? Ceh! Buat darah aku naik adalah... Yang duduk dekat sini tu kenapa? Bukannya bangku cuma satu ni aje dekat sini... arggh! Buat menyemak ajelah mangkuk ni!!!

"Awak ni memang kuat perasankan? Saya skodeng awak untuk apa? Awak bukannya pelakon terkenal atau popular pun.... Sudahlah dekat dalam tu ada yang menyemak, dekat luar ni pun sama jugak rupanya!" sindir Vee dengan nada sinis.

Namun kata - katanya itu langsung tidak menjejaskan mood Ariel yang tetap menguntum senyuman manis yang sama. Vee membalas senyuman lelaki itu dengan jelingan tajam. Dia berpaling ke arah sisinya semula apabila kedengaran suara tawa keluar dari lelaki itu.

"Dah tu, awak buat apa duduk sorang - sorang dekat sini? Tak takut dengan hantu?"

"Tak! Tapi saya lebih takut dengan manusia yang berperangai macam hantu! Habis tu yang awak tiba - tiba muncul dekat sini ni, kenapa pulak? Takkan aircon dekat dalam tu tak cukup sejuk untuk awak kot..." Ariel senyum sumbing mendengar sindiran Vee.

Senyumannya semakin melebar bila melihat kaki gadis itu berada di atas rumput dan bukannya di dalam kasut.... Takkan dia pun rasa penat macam aku jugak?! Penat hendak mengikut kehendak orang tua yang hanya pentingkan hubungan perniagaan dari hati dan perasaan anak sendiri... Ummm!

"I? I... saja nak ambil angin malam dekat sini, sekejap. Takkan itu pun tak boleh?" Vee mengetap bibirnya.

Ada sahaja jawapan yang muncul dari mulut Ariel yang akan membuatkan dia berasa geram sendiri. Dia betul - betul tidak berpuas hati dengan sikap acuh tidak acuh pemuda itu yang dia rasakan tidak munsabah. Dahi Vee berkerut seribu apabila dia melihat posisi Ariel berubah. Lelaki itu kini sedang memandangnya dengan pandangan yang tidak dia mengertikan akan maksudnya. Ariel memerhatikan wajah Vee dengan penuh teliti dan asyik dalam jarak yang begitu dekat dan membuat Vee segera memalingkan wajahnya ke arah lain.

Pantang nenek moyang Vee betul kalau ada yang berani merenung atau memandangnya dengan pandangan sebegitu. Lebih - lebih lagi kalau lelaki yang memandangnya, dia tidak suka! Namun pandangan tajam Ariel itu sedikit sebanyak membuat hatinya berdetak tidak menentu kembali. Senyuman manis Ariel juga di rasakan seperti satu sindiran terhadap dirinya.... Shoo... shoo... pandanglah tempat lain. Yang pandang aku macam tak pernah nampak manusia tu kenapa? Wajah macam aku ni tak cukup cantik kah untuk engkau???

"So....."

"So?..." Ariel ketawa besar.

Dia tidak menyangka kalau gadis itu boleh juga berlagak bodoh seperti itu dengannya. Dia ingatkan gadis kacukan itu seorang yang tidak punya perasaan seperti mana yang di gambarkan oleh sesetengah pelajar lelaki di kampus mereka. Vee tarik muncung panjang. Dia terasa pelik bila Ariel boleh ketawa mendengar kata - katanya itu. Dia bukannya ada membuat lawak bodoh pun tadi.

"Awak tengah larikan diri dari someone kan?" Ariel memperkemaskan duduknya.

Matanya masih tetap tertumpu pada raut wajah Vee yang melemparkan pandangannya ke atas dada langit yang terang denga kehadiran cahaya bulan dan bintang.

"Mana awak tahu?"

"Saja... agak aje. Betulkah tekaan saya tu? Mustahil awak boleh muncul dekat sini kalau tak ada apa - apa yang berlaku dekat dalam..." Vee lepas keluhan. Dia berpaling seketika sebelum melarikan wajahnya semula. dia tidak selesa dengan renungan tajam Ariel itu. Ariel meraup wajahnya sebelum berkata semula.

"Habis tu, awak pulak, buat apa dekat sini?" Vee ukir senyuman sebelum membalas pertanyaan Ariel itu, terus - terang.

"Saya memang selalu macam ni kalau hadir dalam majlis - majlis macam ni... I prefer a quiet nice and cozy place like this more than athe noisy one. Sebab itu saya lebih suka duduk sorang - sorang dekat tempat macam ni. Sama seperti yang awak lihat sekarang...."

"It is work? Maksud I, awak rasa lebih selesa dan tenang lepas awak buat macam ni?"

"Well sometimes... sekurang - kurangnya kita taklah stress sangat dengan sikap orang tua yang kadang - kadang kita tidak menyebelahi kita. Well saya tak cakap pun parents awak atau saya, macam tu. cuma kebanyakannya, mereka lebih suka mementingkan hubungan baik mereka dengan orang lain daripada anak sendiri.... apa lagi kalau menghadiri majlis macam sekarang. But it does work for me most of the time. So I guess its work perfectly for me. Tak tahulah kalau ia sesuai untuk awak atau tak, pula..." Vee tahu papa dan mama sentiasa mahukan yang terbaik untuknya.

Tapi itu bukan bermaksud mereka boleh membuat keputusan mengenai masa depan dirinya. Dia pun mahu mencari Mr. Right nya sendiri tanpa perlu melibatkan kedua orang tuanya untuk mencarikan untuknya.

"I sejujurnya memang cukup rimas nak hadir majlis - majlis macam ni sebenarnya. Tapi I taklah macam U pulak, siap duduk sorang - sorag dekat tempat sunyi dan gelap macam ni. I still can endure most of it all the time but sometimes bila I dah tak tahan sangat, I normally akan balik rumah terus and try to forget all this nonsense the next day ...." balas Ariel seraya tersenyum lucu takala teringat akan segala perbuatannya apabila setiap kali dia menghadiri majlis seperti itu sebelum ini.

Sunyi dan gelap? Sah, memang mata mamat ni ada masalah! Dia tak nampak yang tempat ni terang benderang dengan cahaya lampu? Tu... bunyi air mencurah dari air pancuran itu dia tak dengarkah???

"Habis tu, malam ni kenapa awak tiba - tiba boleh ada dekat sini pula? Kenapa awak tak balik terus macam yang awak buat selalu tu..." Ariel kerut dahi bila melihat Vee tiba - tiba membongkokkan badan dan kembali menyarung semula kasutnya. Dia masih belum puas berbual dengan gadis itu sebenarnya.

"Entah. I ingat I boleh buat malam ni, tapi rasanya tak.... Parents U pun suka paksa U buat something yang U tak suka?" giliran dahi Vee pula yang berkerut dengan soalan Ariel.

"Maksud awak?"

"Maksud I, mereka suka match kan U dengan anak kenalan mereka. Dengan orang yang mereka hanya berkenan atau kenal rapat macam tu? Yang kadang - kadang buat U tertekan dengan alasan - alasan remeh mereka semua..." Vee angguk.

"Kadang - kadang. Tapi tidaklah sampai tahap yang boleh buat saya hilang sabar atau tertekan macam tu pulak! Anyway... enjoy your time here. I need to go now"

"Kenapa cepat sangat U nak pergi? I baru je nak berkenalan dengan U... U tak sudi nak kenal dengan I kah?" Vee angkat kening, tinggi. Dia melemparkan senyuman sinis tanpa menjawab pertanyaan Ariel itu.

"Awak pakai perfume, apa?" Ariel buntu. Dia mati akal seketika....

Soalan jenis apa pulak ni? Seumur hidup aku belum pernah ada lagi perempuan yang berani tanya soalan bodoh macam minah celup ni buat! Kenapa? Tak pernah hidu bau minyak wangi mahal macam yang macam aku tengah pakai sekarang ni kah??.... Ariel turut tersenyum sinis. Gadis itu seolah - olah memperlinya terang - terang ketika ini.

"Kenapa?" Vee yang lantas menekup hidung mancungnya itu secara tiba - tiba membuat Ariel pelik dan tertanya - tanya. Dia bingung melihat reaksi gadis itu.

"Patut sangatlah awak nak cari angin dekat luar ni. Rupa - rupanya bau awak tu macam kerbau lepas berkubang!" ujar Vee sebelum berlalu meninggalkan Ariel duduk termangu sendirian.

Yang sebenarnya bau Ariel memang cukup mengancam deria hidungnya. Dia langsung tidak berbau seperti kerbau lepas berkubang pun! Vee sengaja cakap macam itu kerana dia mahu melihat wajah Ariel bingung sendiri. Sepanjang mereka duduk berbual tadi, Vee menyedari yang Ariel mudah untuk bingung atau space out bila dia tidak faham akan maksud perkataan yang di ucapkan Vee. Jadi wajahnya mudah poyo atau blank slash blur, bila dia cuba memikirkan perkataan terbabit dengan serius. Riak wajah Ariel itu banyak mengingatkan Vee dengan seseorang. Seseorang yang amat dia rindui selama ini.

Sebaik melihat kelibat Vee hilang dari situ, dia segera menghidu bau badannya sendiri. Wangi! Dia sebenarnya berasa geram juga bila gadis itu menyamakan bau minyak wanginya itu denga kerbau lepas berkubang. Dia tahu Vee sengaja hendak membuat dia sakit hati sebab itulah dia berkata sedemikian. Ariel yakin Vee tidak benar - benar memaksudkannya pun.

Dia kecewa dengan tuduhan gadis itu biarpun dia yakin Vee sekadar mahu berbual dengannya.... Ini Ariel Syah Hafiz Bin Datuk Sri Zainal lah! Ingat aku tak mampu nak beli perfume yang berjenama dan mahal?!! Takpe, besok masih ada. Kalau tidak lusa, tulat... tak pun malam ini dia boleh kembali membalasnya.

"Eh, macam pernah dengar aje ayat tu tadi! Ah'a, sebijik macam apa yang Sweet selalu cakap dulu...." gumam Ariel sendiri sebelum dia turut melangkahkan kakinya semula menuju ke arah dewan ballroom itu semula.

Kawasan tengah dewan itu kini, bertukar menjadi ruang menari dengan alunan irama sweet dance mulai berkumandang. Senyumannya lebar takala melihat gelagat lawyer tidak bergaji itu sedang duduk berbual dengan ibunya di satu sudut meja yang agak terlindung dari pandangan. Ayah Ariel turut kelihatan berada di tempat yang sama, duduk berbual dengan Auntie Aisyah, mama Vee.

Muzik ballroom dance yang di mainkan bertukar dari satu lagu ke satu lagu yang lain. Ariel terpaksa akur dengan pujukan ibunya untuk menari bersama dengan Fiesyah Zeyha. Vee turut kelihatan berada di tengah ruang tari, menari dengan ayah Ariel. Vee kelihatan canggung bila dia kerap terpijak kaki ayah Ariel yang hanya ketawa bila gadis itu kerap meminta maaf dengannya setiap kali dia membuat kesilapan. Dalam diam Ariel sedang mengintai peluang untuk bertukar pasangan tari dengan ayahnya yang semakin dekat dan dekat, menghampiri dia dan Fiesyah Zeyha.

Menyedari peluang yang ada semakin menghampirinya itu hanya akan berlaku sekali dalam seumur hidupnya, Ariel tanpa teragak - agak meminta ayahnya untuk bertukar pasangan. Fiesyah Zeyha yang pada mulanya kelihatan agak keberatan akhirnya bersetuju bila ayah Ariel memintanya untuk menari bersama. Vee tarik muncung panjang, geram bila melihat senyuman meleret Ariel sebaik sahaja mereka menjadi pasangan tari sebentar tadi.

"Yang awak tersenyum macam ayam berak kapur ni kenapa?" pegangan tangan Ariel yang semakin erat dan kejap juga mulai membuatkan dia, panas.... Sengaja nak ambil kesempatan ehk... Takpe, you'll see kejap Ariel. Tahulah aku lagi nak buat apa dekat hang nanti...

"Awak memang cantik!" puji Ariel ikhlas dan bersungguh - sungguh.

Bukan senang untuk dia menuturkan kata - kata seperti itu kepada mana - mana gadis termasuklah Vee sendiri. Ayat seperti itu biasanya hanya akan meluncur laju di dalam mindanya dan bukan di mulutnya seperti sekarang. Tapi dia tidak kisah kalau dia memuji Vee sebegitu kerana gadis itu layak mendapat pujian sedemikian dari dirinya.

Lelaki... pantang nampak dahi licin sikit mesti mereka akan naik bulu. Jepun sesat ni pun sama jugak macam lelaki lain, tak ada beza pun!jugak! Tapi awek dia tadi tu memang cantik! Bukan setakat cantik aje, dia pun seksi jugak. Memang padan benar dengan mangkuk tingkat ni... Hai, aku jugak yang melepas!... Ariel tersenyum lagi apabila melihat reaksi Vee yang kelihatan tidak berpuas hati dengannya saat itu.

"Awak memang suka cakap macam itu dengan semua perempuan yang awak kenal ye... awak ingat saya suka sangatkah dengar awak puji saya macam tu?" Ariel kelihatan bingung seketika. Vee yang melihat perubahan riak wajah Ariel itu cuba untuk menahan tawanya. Wajah Ariel kelihatan agak lucu dan mencuit hati Vee.

"Tak. I memang yakin yang U tak akan suka dengar pujian macam tu dari I. Dan untuk pengetahuan U, I tak pernah lagi cakap macam tu dekat mana - mana perempuan yang I kenal sebelum ni. I cuma cakap dekat U sorang aje sebab I memang puji U ikhlas... U memang cantik!" Vee mencebik.

Dia tidak percaya dengan kata - kata Ariel itu. Lelaki, ayat jiwang karat seperti itu sudah biasa meniti di bibir mereka. Mulut mereka juga sudah biasa bermain dengan kata - kata. Apatah lagi golongan lelaki yang mempunyai kedudukan serta raut wajah yang menarik seperti Ariel. Pasti mereka senang mendapatkan hati perempuan setiap kali mereka mula membuka mulut dan menuturkan kata - kata manis.

"Zip seluar awak terbuka!" mata Ariel membulat, besar. Cepat - cepat dia melepaskan tangannya dari Vee dan meraba seluarnya, pantas.

"Awak... Dammit, Vee!" Ariel lepas keluhan bila sekali lagi dia terpedaya dengan kata - kata Vee.

Dia betul - betul ingatkan yang zip seluarnya terbuka sebab itulah dia segera melepaskan pegangannya tadi. Reaksi spontannya itu membuatkan dia tersenyum lucu apabila dia menyedari yang dia berada di tengah - tengah ruang tari di dalam dewan itu.... Arggh... minah celup itu memang sengaja nak kena dengan aku agaknya! Dammit!!

Ariel cuba untuk mencari kelibat Vee di segenap ruang dewan itu semula. Entah ke mana saja gadis itu menyembunyikan diri sehingga Ariel tidal dapat mencarinya. Tapi kedua orang tua Vee masih ada di dalam dewan itu. Pasti dia kembali melarikan diri keluar semula.... Takkan minah celup tu pandai buat silap mata? Auntie Aisyah dengan suami dia masih ada dekat situ lagi... hurm, takkan dia kembali ke tempat tadi tu semula?

"Abang Riel!" abang? Wait... aku tak salah dengarkah ni? Lain macam je bunyi minah ni...

Ariel melemparkan senyuman pada Fiesyah Zeyha. Wajah gedik dan seksi itu kembali melentok manja dengannya dan membuat dia rimas semula. Dia cuba melayan Fiesyah Zeyha sebaik mungkin kerana dia tidak mahu membuat ibunya kedewa dengan sikapnya itu nanti. Dia masih perlu untuk menjaga air muka kedua orang tuanya d hadapan orang - orang hipokrit dan materialstik seperti fiesyah Zeyha sendiri.

"Jom menari dengan Fie. Fie suka dengan lagu ni tau... ini salah satu dari lagu favorite Fie"

Lagu dendangan penyanyi terkenal Elvis Presley, can't help falling in love mulai kedengaran kuat di setiap sudut ruang dewan. Untuk ke sekian kalinya Ariel terpaksa mengikut rentak Fiesyah Zeyha untuk kali yang terakhir!