webnovel

BAB TIGA PULUH

Vee duduk sambil bersantai di ruang laman rumah bersendirian dengan membelek majalah hiasan dalaman yang baru di belinya semalam. Teringat dengan sikap suaminya yang semakin berkira bila dia membeli pelbagai jenis majalah sejak kebelakangan ini. Kata Ariel dia banyak membazir kerana kebanyakan majalah yang di belinya sebelum ini pun sekadar menjadi barang hiasan di dalam rak buku, langsung tidak di buka dan dibaca lagi sepenuhnya.

Mama dengan ibu mertuanya pula keluar sejak pagi tadi dan sehingga ke tengahari itu masih juga belum balik - balik lagi. Semenjak terlibat dengan persatuan, kedua wanita itu semakin sibuk dengan aktiviti persatuan mereka berdua. Turut tidak ketinggalan jadual spa dan salon mereka berdua. Kemana - mana, mereka pasti akan pergi berdua seperti belangkas.

Papa pula sibuk dengan urusan syarikatnya. Begitu juga dengan ayah mertuanya. Ery Saffiyah yang sekarang sedang bercuti di tanahair turut sibuk membantu bekas teman seuniversitinya di pusat tuisyen temannya itu, dengan menjadi tutor sementara dan memberikan tuisyen tambahan kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM dan juga STPM.

Ery Saffiyah melanjutkan pelajarannya ke peringkat Master dan hanya akan tamat pengajian pada penghujung tahun hadapan. Dia berkira - kira mahu memindahkan pelajarannya ke universiti tempatan semula memandangkan ia sudah pun setaraf dengan kebanyakan universiti terkenal di luar negara selain, dia tidak mahu berpisah jauh lagi dengan keluarga. Namun keputusannya di tolak oleh Ariel dan juga ayah mertuanya kerana, mereka sudah banyak menghabiskan wang ringgit bagi menampung kos pembelajaran Ery Saffiyah di luar negara.

Mahu tidak mahu dia terpaksa menamatkan pengajiannya di luar negara juga. Cuma hanya tinggal setahun sahaja lagi dia akan menamatkan pengajiannya disana. Sewa rumah Ery Saffiyah juga sudah di bayar sehingga ke waktu itu. Dan bukan senang untuk mereka meminta wang pendahuluan mereka semula selepas sudah memberikannya kepada tuan rumah. Cara berurusan di luar negara juga tidak sama dengan cara di tanahair.

Suaminya sendiri turut banyak berubah. Masa mula - mula kahwin dulu, dia tidaklah terlalu tegas seperti sekarang. Malah sifat ke bertanggungjawaban suaminya itu semakin ketara bila ada di antara mereka mulai mengabaikan solat. Ariel memang tidak suka bila mereka sengaja mengambil mudah urusan berkaitan soal agama. Setiap hujung minggu, mereka akan menghadiri kelas agama bersama - sama dan hubungan mereka sekeluarga juga semakin bertambah erat.

Urmm... boringnya! Nak buat apa ehk? Rumah pun dah siap kemas dah!.. Guman Vee sendirian tanpa menyedari kehadiran suaminya yang sejak tadi menggamati segala kelakuannya dalam diam. Ariel ukir segaris senyuman sambil mendekati isterinya yang masih lagi duduk termenung.

"Amboi, jauhnya isteri abang termenung. Ingat siapa?" Ariel membongkok dan mencium dahi isterinya sebelum sempat untuk Vee bangkit dari tempat duduknya dan mencium tangan suaminya itu.

"See... abang lebih cepat dari sayang tau!" ujar Ariel sambil sengaja memicit hidung mancung isterinya kuat - kuat.

Sudah agak lama dia tidak melihat wajah cantik itu merajuk dan marah dengannya. Terasa rindu pula dengan kenangan lalu mereka.Vee yang kesakitan, terjerit kecil dan memukul lengan suaminya sekuat hati. Dia geram dengan tindakan Ariel. Lantas hidungnya di usap perlahan - lahan.

"Abang ni memang pantang tau, kalau tak usik orang. Ini yang tiba - tiba miang semacam ni kenapa? Dah jumpa dengan little princess itukah?" ujar Vee turut sengaja mengusik suaminya dengan menyebut nama little princess itu di hadapan Ariel.

Ariel yang masih bersisa ketawa, memandang isterinya dengan gelengan kepala. Setiap kali dia mahu bermanja dengan isterinya, pasti soal Sweet akan di bangkitkan oleh wanita itu di hadapannya semula. Biarpun tidak mengundang apa - apa niat tertentu, tapi isterinya itu memang sengaja mahu membuatnya dia geram.

"Actually, abang dah lama dah jumpa dengan dia pun, sayang itu aje yang tak tahu! Kenapa, cemburu?" kali ini pipi Vee turut di jadikan sasaran oleh Ariel.

Vee menjeling suaminya. Dia berpura - pura merajuk, namun hanya untuk seketika sebelum dia teringat akan sesuatu.

"Kimi ada call tadi. Dia nak ajak kita makan malam dekat rumah dia malam ni. Kita ajak Ery sekali, boleh?" Ariel hanya angguk setuju.

Pasti Ery turut rindu mahu bertemu dengan Shakira juga. Mata Ariel langsung tidak berkalih dari memandang wajah isterinya. Dia merenung jauh ke dalam anak mata bundar itu. Cintanya begitu sarat untuk wanita itu dan hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa dia mencintai isterinya.

"Kita pergi honeymoon, sayang nak tak?" Vee jungkit bahu selamba.

Dia sebenarnya tidak kisah sangat pun. Honeymoon atau tidak, sama saja. Separuh dari rantau dunia, sudah dia jelajahi ketika dia masih berusia remaja lagi. Dia memang suka melancong ketika itu dan hobinya itu turut di kongsi bersama - sama dengan mama dan juga papanya yang merupakan pelancong backpackers. Pendek kata, honeymoon atau tidak sama saja padanya.

Di rumah pun mereka masih boleh menikmati saat bulan madu mereka seperti mana pasangan yang lain. Cuma dari segi privasi agak terhad untuk mereka berdua kerana mereka tinggal sebumbung dengan ahli keluarga mereka yang lain. Namun itu semua tidak pernah menjadi masalah.

"Sayang pilih destinasi, abang akan book flight untuk kita nanti. Just name the place and we go..." ujar Ariel penuh bersemangat.

Vee menjamah wajah itu penuh dengan kasih dan sayang. Dia lantas kuntum senyuman manis.

"Kalau kita tak pergi, tak boleh?" Ariel mengerut dahi.

Aik! Orang lain kalau di ajak pergi holiday terus melenting nak ikut... urm, takkan nak berbulan madu pergi bulan dan bintang baru nak terhegeh - hegeh kot??… Hai... memang payah kalau dapat minah celup ni! Apa pun tak nak. Hahaha, what a cute smile. Mwah!

"Mana boleh! Abang nak kita pergi honeymoon jugak. Sebab abang nak habiskan masa bersama - sama dengan sayang sorang aje tanpa ada sebarang gangguan. Just the two of us! Bolehlah…" ujar Ariel memujuk isterinya dengan harapan isterinya itu akan bersetuju.

Dia perlukan tempat yang sesuai untuk berterus - terang dengan isterinya, dan cara terbaik ialah saat mereka pergi berbulan madu nanti. Dia mahu memberitahu perkara yang sebenar kepada isterinya itu. Dia mahu isterinya tahu siapakah dia yang sebenarnya.

"Kalau sayang tak nak pergi Europe, kita boleh pergi States. Kalau sayang tak nak, kita pergi Middle East or West... tak pun kita pergi India? Sayang nak tengok Taj Mahal kan?…" Vee memandang suaminya yang begitu serius memberikan cadangan.

Dia cuba untuk menyembunyikan senyumannya. Ariel masih lagi memujuknya dengan memberikan pelbagai cadangan.

"Hurm, kalau sayang tak nak jugak, kita boleh pergi kawasan asia tenggara ni je… lawat negara yang terdekat. Thailand atau Indonesia? Sayang pilih salah satu…" sambung Ariel lagi dengan wajah bersungguh - sungguh cuba untuk menyakinkan Vee, yang cuba sebaik mungkin untuk menahan perasaan lucu yang mulai beraja dihatinya saat itu.

Hampir kesemua tempat sudah di sebut oleh suaminya. Wajah suaminya juga hampir - hampir membuat dia pecah ketawa. Pasti wajah itu akan menjadi bingung tidak lama lagi. Vee memegang ke dua belah pipi suaminya, mesra. Dia mendekatkan wajahnya ke wajah Ariel yang mulai kelihatan bingung.

"Honeymoon dekat mana sekalipun pasti akan ada gangguan juga, bang. Kalau abang nak just the two of us aje, tanpa ada sebarang gangguan, rasa - rasanya kita kena honeymoon dekat dalam hutanlah, macam Tarzan dengan Jane!" ujar Vee dengan nada berseloroh. Ariel lantas lepas keluhan kecilnya.

"Tapi tidak boleh jugak sebab facilites dia tak lengkap. Err, nak pergi honeymoon dekat mana ehk? Apa kata abang aje yang pilih… Vee tak kisah pun dekat mana, asalkan abang ada sudah…"

"Sayanglah yang pilih…"

"Kalau macam itu, Vee nak pergi tempat yang dekat dengan laut dan pantai. Yang boleh buat aktiviti snorkeling, diving dan paling penting boleh bagi burung helang makan … boleh?" kening Ariel bertaut erat.

Dahinya turut berkerut memikirkan tempat yang di maksudkan oleh isterinya itu. Dia mulai mememek semacam. Fikirannya betul - betul buntu. Dia tidak tahu di mana mahu mencari tempat dan aktiviti seperti yang di maksudkan oleh isterinya itu dalam satu tempat yang sama.

"Europe and half of the states sekarang ni pun sudah nak masuk musim sejuk. Nak pergi Middle East or West, diving itu memang ada… tapi kalau nak pergi snorkel, tidak banyak tempat yang boleh kita pergi. Kalau dekat kawasan asia tenggara ni memang banyak aktiviti snorkeling yang boleh sayang buat. Tempat dia pun cantik - cantik dan bertaraf dunia lagi. Palawan, Philippines macam mana? Or you prepare Maldives? Erm… tapi sayang nak bagi burung helang, makankan?!" ujar Ariel panjang dengan wajah sedikit pelik.

Reaksi suaminya itu betul - betul membuat Vee mahu ketawa besar...

Am speechless seeing him with that kind of expression LOL... Not so much changing after all! Hahaha…

Vee angguk kepala, menjawab pertanyaan terakhir suaminya.

"Mmmm, burung helang!"

"Kalau macam itu… abang kenalah cari dekat internet. Dekat mana ada aktiviti macam tu?…" Ariel menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Dia benar - benar buntu. Dia merenung wajah isterinya semula cuba melihat reaksi isterinya sama ada dia serius ataupun tidak.

"See.... you start making that face again! Abang tak perlulah fikir kuat sangat… Vee tahu, abang pun memang familiar sangat dengan tempat tu…" ujar Vee sambil ketawa lepas.

Ariel turut sama ketawa seraya menggelengkan kepalanya. Dia tidak sangka yang reaksinya itu agak melucukan isterinya.

"Baru fikir tempat yang ada aktiviti macam itu pun, abang dah blank macam ni. Mengalahkan prof, berfikir…" sambung Vee yang masih lagi bersisa dengan tawanya.

"Dah sayang yang buat macam itu dekat abang. Cakaplah dekat mana?" soal Ariel dengan pandangan bercahaya.

"Tak jauh pun, dekat aje… abang pun baru aje pergi tempat tu"

"Really? Tempat yang abang pergi baru - baru ni?" Vee angguk sekali lagi. Ariel masih buntu.

"Sayang cakap ajelah dekat mana tempat tu... abang sudah tak ingat dah tempat mana yang abang pergi sebelum ni"

"Langkawi!" Ariel lantas menepuk dahinya.

Patut sangatlah isterinya begitu beria - ia ketawa. Rupa - rupanya tempat yang dia maksudkan itu tidak jauh mana pun, dekat saja.

"Easy, affordable and most important ia, tak jauh dari tempat family kita. Kalau ada apa - apa senang kita nak balik. Abang setuju tak kalau kita pergi Langkawi?"

"Setuju! Kenapalah abang tak terfikir tadi. Tapi bukankah sayang sudah pernah pergi dengan Shak masa dekat kolej dulu? Takkan sayang nak pergi lagi kali ni…" ada nada kecewa di hujung kata suaminya. Vee melemparkan segaris senyuman.

"Memanglah ada pergi dengan Shak dulu, tapi tak pergi semua tempat pun. Shak demam waktu tu … mujur sempat juga pergi tengok makam Mahsuri dan kawasan bersejarah yang lain. Kalau abang tak nak pergi, tak apalah… Kita pergi tempat lain. Tapi biar abang aje yang decide tempat tu. Vee ikut abang je… janji tempat itu tidak jauh sangat dari Malaysia. Vee tak nak sangkut dengan jetlag"

"Langkawi pun Langkawilah! Janji kita dapat pergi honeymoon sudah" balas Ariel dengan nada gembira. Vee lantas memaut erat lengan suaminya.

"Thank you, Hon. I love you!" bisik Vee perlahan - lahan ke telinga Ariel yang tergamam mendengar ucapan isterinya itu.

Itu kali pertama dia mendengar wanita itu mengatakan yang sedemikian dengannya tanpa perlu di paksa. Ariel meleraikan pelukan isterinya. Dia berpaling memandang wajah itu yang sedang tersenyum manis kepadanya. Dia tidak sangka isterinya akan meluahkan ayat keramat itu kepadanya, akhirnya.

"What? Abang tak berapa nak dengarlah apa yang sayang cakap tadi…" Vee mencebik. Dia mencuit lengan suaminya sekuat hati. Ariel terjerit kuat.

"I... loove...you!" ujar Vee mengulangi kata - katanya semula.

Lantas hinggap satu ciuman halus di pipi kanan suaminya. Ariel kerut dahi. Vee senyum melihat reaksi suaminya. Lantas dia mengenit mata nakal.

"Sebab wajah blank inilah yang buat Vee jatuh cinta!"

"Itu aje? Bukan sebab abang ni handsome?!" Vee kembali pecah ketawa...

Alah, nak promote diri sendirilah tu! Alahai, suamiku yang tercinta.

"Both..." Ariel tersenyum gembira. Alhamdulillah....

Akhirnya ada sedikit perubahan juga... Terima kasih, Ya ALLAH... lindungilah hubungan kami berdua selamanya. Amin!

"I'm so happy to hear it too, Sweety. I love you too with all my heart and soul..." Vee terpegun.

Aissh... yang dia asyik sangat nak ingatkan aku dengan Aloy tu, kenapa ? Ugh, ptong line betullah Jepun sesat ni! Baru nak manja sikit dengan dia, dia dah spoil mood kita pulak!

Vee lantas membalas kucupan hangat suaminya tanpa mengingatkan dirinya tentang Aloy yang kini sudah pun menjadi sebahagian dalam sejarah hidupnya. Mereka terlupa, tempat mereka berada ketika itu.

"Whops! Sorry… Ery tak sengaja!"

Vee dengan Ariel di temani Hakimi ke lapangan terbang. Tengahari itu mereka berdua akan bertolak ke Langkawi untuk berbulan madu setelah empat bulan bergelar suami isteri. Menurut Hakimi, Shakira ingin menghantar pemergian mereka berdua juga tapi keadaannya yang sudah agak terlalu sarat membuat Hakimi berat hati untuk membenarkan isterinya untuk datang bersama.

"Dia just kirim salam dengan korang berdua. Jangan lupa present untuk dia nanti, katanya" ujar Hakimi menyampaikan kata - kata isterinya dengan senyuman.

Ariel dan Vee tergelak kecil. Shakira masih sempat lagi memikirkan soal ole - ole biarpun dia sedang sarat mengandung dan hanya tinggal menghitung hari saja lagi.

"Bagi tahu Shak, dia tak perlu risau. Bukan setakat dia sorang aje yang dapat present, baby pun akan dapat jugak!" balas Vee ceria.

"Korang tak payah susahkan diri sendiri. Shak tu bukannya korang tak kenal pun sikap dia macam mana. Dia memang suka bergurau dengan korang berdua" balas Hakimi jujur tentang sikap yang banyak berubah semenjak dia mengandung. Dia sendiri kadangkala tercabar juga kesabarannya sebagai seorang suami.

"Eh, mana boleh macam tu Kimi. Aku kena bagi dia present juga walaupun dia tak minta. Dialah satu - satunya sahabat yang aku ada. Yang faham dan tahan dengan sikap aku ni….Sekarang dia dah macam tu, lagilah buat aku bertambah excited nak carikan dia present! Sampaikan salam sayang aku buat wife engkau, Kimi. Cakap dengan dia, aku takkan lupa hadiah untuk dia, nanti" mereka bertiga lantas berkongsi tawa bersama.

Penerbangan mereka juga sudah membuat pengumuman dan mereka perlu masuk sekarang. Hakimi sempat berpelukan dengan Ariel sebelum meminta diri untuk berlalu pergi.

"Kalau ada apa - apa, kau call kami terus tau. Aku tak nak terlepas due Shak" Hakimi angguk lagi.

Dia tahu sejauh mana keakraban isterinya dengan Vee. Hubungan mereka berdua lebih erat dan rapat dari hubungan adik - beradik. Begitu juga dia dengan Ariel. Mereka berempat memang sahabat baik.

"In Shaa Allah, Vee. Take care and enjoy your times there. Jangan risau sangat soal aku dengan Shak, okay?" Ariel dan Vee membalas lambaian Hakimi sebelum masuk ke dalam balai berlepas.

Terasa berat hati juga untuk pergi berbulan madu dan meninggalkan Shakira yang sedang sarat mengandung ketika ini. Namun Shakira bukanlah tanggungjawab Vee dan dia harus akur dengan keputusan suaminya. Kerana syurganya terletak di bawah tapak kaki suaminya.

Vee memeluk erat lengan suaminya di dalam kapal terbang. Senyumannya lebar bila memikirkan masa dan juga kesempatan yang dia dan suaminya ada sepanjang tempoh mereka berbulan madu itu nanti. Dia mengadu bila hidungnya menjadi sasaran nakal suaminya.

"Siapa suruh khayal jauh sangat! Abang dari tadi cakap sorang - sorang, langsung tak di perdulikannya pun …."

"Alah, sorry lah! Vee bukannya sengaja. Vee janji lepas aje kita landing nanti, Vee akan fokus one hundred percent dekat abang sorang aje. Promise!"

"Promise?!" Vee angguk sambil tersenyum.

Ariel turut menguntum senyuman lebar. Dia mengucup pipi isterinya sekali lagi. Dia yakin isterinya akan berpegang pada kata - kata dan juga janjinya.