webnovel

MY LITTLE PRINCESS

pertemuan semula mendatangkan banyak salah faham di antara mereka berdua. siapa yang dapat menyangka kalau lelaki yang di anggapnya sebagai musuh seterunya itu merupakan sahabat baiknya ketika kecil dahulu... wujudkah perasaan cinta di antara mereka? atau persahabatan mereka cuma hanya tinggal kenangan sahaja...

cupideclipse · Thanh xuân
Không đủ số lượng người đọc
39 Chs

BAB TIGA PULUH EMPAT

Dengan penuh berhati - hati Vee bangkit dari pembaringannya. Dengan penuh berhati - hati, sambil memandang wajah suaminya yang masih lagi terlena di sisinya. Wajah itu di pandang dengan penuh perasaan kasih dan sayang. Terbit senyuman pada wajahnya bila mendengar dengkuran kecil suaminya.

Nampak sangat Ariel begitu keletihan sehinggakan dia langsung tidak sedar apabila Vee mengelus wajahnya beberapa kali. Vee membuka meja sisi katil mereka dan meletakkan gelang pemberian suaminya, enam belas tahun lalu ke dalam kotak kecil itu.

Sampul yang turut mengandungi gambar scan bayi mereka turut di masukkan ke dalam kotak yang sama sebelum dia mengunci meja itu semula. Vee kembali merenung wajah tenang suaminya beradu. Dia tersenyum bila melihat kerutan pada wajah suaminya saat dia kembali mengelus wajah itu perlahan - lahan.

Mungkin dia dapat merasakan pergerakkan jemari Vee pada wajahnya sebab itulah dia begitu. Vee mencium dahi suaminya sebelum turut sama terlena di sebelah suaminya semula. Dia masih perlu melancarkan mogok lagi sebelum semuanya di dedahkan nanti. Harap - harap tiada lagi sebarang ujian yang berat dari ALLAH SWT untuk mereka berdua. Dia hanya perlukan sedikit masa sahaja lagi.

"Sayang bangun, sudah masuk waktu subuh…" Vee membuka matanya, malas. Dia memandang suaminya yang sedang tersenyum memandangnya.

"Cancel tak boleh?" mata Ariel membulat besar.

Dia memang pantang bila isterinya sengaja mengambil mudah perihal solat di hadapannya. Dia mencebik geram sambil bercekak pinggang memandang isterinya yang bersandar malas di birai katil.

"Ve…" lantas Vee meletakkan jari telunjuknya di bibir Ariel.

"Acah sikit aje pun dah marah? Abang ni … kejap, biar Vee siap dulu" Ariel menggeleng kepala.

Dia senyum dengan sikap dan perangai isterinya yang kadangkala kelihatan seperti budak - budak. Pendek kata apa sahaja mengenai isterinya, memang agak sukar untuk dia ramal. Malah bukan dia seorang sahaja, ahli keluarga mereka juga masih sukar untuk meneka perubahaan mood wanita itu kerana Vee memang pandai untuk menjawab dan menyembunyikan perasaannya yang sebenar.

Pasti ada - ada sahaja yang akan di buat oleh isterinya itu. Selesai solat jemaah bersama, Ariel duduk di atas katil sambil memerhatikan isterinya yang sibuk mengemas barang keperluannya ke dalam bagasi.

Petang itu dia akan bertolak ke Australia kerana urusan kerja dan akan berada disana selama seminggu. Pergerakan isterinya itu membuat dia terleka seketika. Dia tidak sangka yang isterinya itu amat arif dalam membuat kerja - kerja rumah memandangkan dia merupakan anak tunggal dalam keluarganya.

Dia ingat Vee akan berasa kekok untuk membuat kerja suri rumah kerana beranggapan yang isterinya itu merupakan anak manja dalam keluarga dan dia tidak pernah membuat kerja - kerja itu semua. Rupa - rupanya isterinya itu cukup terlatih dan pandai dalam menguruskan kerja - kerja yang berkaitan dengan hal rumahtangga. Ariel tersenyum lebar dan bangga.

"Kalau abang tak pergikan best. Dapat juga temankan Vee sepanjang hari ni dekat rumah…" ujar Vee memecah sunyi di antara mereka.

Dia masih lagi sibuk memasukkan barang keperluan suaminya ke dalam bagasi, tanpa mendongak sedikit pun memandang wajah suaminya yang sedang asyik merenungnya. Hanya tinggal sedikit saja lagi, dia akan selesai.

"Abang bukannya suka - suka nak pergi sana pun. Sayang tahukan syarikat kita tu masih baru lagi, jadi abang kenalah kerja lebih kuat sikit dan kena pandai cari peluang serta jaga hati klien - klien kita tu … baru boleh berjaya.

Dulu sayang juga yang cakap dengan abang … sayangkan kerja tangan - tangankan, sayangkan isteri tinggal - tinggalkan. Sekarang ni, abang tengah ikut petua sayanglah. Sebab itu abang buat macam ni…" balas Ariel panjang dengan nada mengusik.

Vee tarik muncung panjang. Dia meleraikan pelukan kejap suaminya.

"Vee tahu. Tapi hari ini kan hari yang paling bermakna dalam hidup Vee tau, bang. First time nak celebrate dengan abang pulak tu! Tapi nak buat macam mana kalau bisnes abang jauh lebih penting dari Vee…" ujar Vee dengan nada rajuknya.

Suaranya turut sama bergetar tiba - tiba. Ariel yang kembali berasa bersalah lantas meraih tubuh montel isterinya itu ke dalam pelukannya semula.

"I wish I can, sayang…" bisik Ariel lembut memujuk.

Vee mendongak memandang suaminya. Dia masih lagi menarik muncung panjang di hadapan Ariel dengan harapan suaminya itu akan membatalkan penerbangannya hari itu. Pelukan suaminya di leraikan semula.

"Of course you can! Abang itu aje yang tak nak batalkan. Maklum jelah Aussie bukannya selalu dapat pergikan? Nak hadap wajah Vee ni hari - hari, mestilah abang boring... Siapalah kita ni kalau nak di bandingkan dengan bisnes abang tu?" Ariel ketawa. Tubuh itu ditarik semula ke dalam pelukannya.

"Amboi! Sejak bila pula isteri abang pandai cemburu ni, emm? Sayang dengar cakap abang ni.... sehebat mana pun tempat orang lain, abang tetap akan rindu dengan tanah kelahiran abang tau! Secantik mana pun wanita dekat tempat lain tu… isteri abang sorang ni saja yang abang cinta tau!" lantas hinggap satu cubitan lembut di pipi isterinya.

Dia geram melihat wajah tembam isterinya itu, sekarang. Dia kelihatan lebih comel. Vee menjeling suaminya dengan pandangan, manja.

"Pandailah abang bermadah pujangga, padahal dekat dalam hati dia itu teringin sangat nak bertemu dengan little princess tu…" Ariel yang masih lagi bersisa ketawa, lantas menggelengkan kepalanya.

"Abangkan dah cakap dengan sayang sebelum kita kahwin dulu, sayang ingat tak apa yang abang cakap hari tu?" Vee diam memandang wajah suaminya. Ariel tarik nafas dalam.

"Little princess tu is my past and you are my future, now! Abang dah tak nak ingat dengan dia lagi dah sebab sayanglah satu - satunya ratu yang berada dalam hati abang sekarang. The most important and valuable person of my life, sayang faham tak?" lantas hidung mancung itu di jadikan sasaran oleh Ariel lagi.

Isterinya yang mengadu sakit langsung tidak di perdulikan. Dia tahu isterinya sengaja mahu mencari alasan untuk meloloskan diri darinya.

"Betul ni?..." Ariel angguk pasti untuk kesekian kalinya.

"Cancel?" Ariel menggelengkan kepalanya.

"Hurm, nak tunggu Vee dah arwah kot baru…" belum pun sempat bibir mungil Vee menghabiskan kata - katanya, Ariel lantas menutup bibir itu dari meneruskan kata - katanya. Dia tidak mahu bibir itu membicarakan soal kematian di hadapannya.

Hidup mati itu hanya ALLAH SWT sahaja yang maha mengetahui dan berhak ke atas segalanya. Mereka sebagai hamba harus redha dengan segala ketentuan yang sudah DIA tetapkan. Cuma kalau boleh biarlah mereka mencapai hari tua bersama.

"Please, don't say like that Hon. Abang belum bersedia lagi untuk menerima hakikat itu…" ucap Ariel lirih.

Kalau bukan di sebabkan janji, dia sudah pun membatalkan penerbangannya sejak semalam lagi. Tapi dia sudah terlebih dahulu memberikan persetujuannya dan tuan empunya ladang itu pun sudah berjanji untuk bertemunya sebaik sahaja dia tiba disana. Dia sendiri mahu menyelesaikan urusan perjanjian tersebut itu secepat yang mungkin.

Berurusan dengan orang asing bukannya senang. Lebih - lebih lagi bila ianya di uruskan di luar negara dan bukannya di dalam negara sendiri. Sekali mungkir janji, mereka tidak akan mudah untuk percaya lagi. Ariel mahu mengelakkan perkara seperti itu terjadi kepada syarikat mereka.

Dia mahu syarikatnya di percayai oleh orang ramai tidak kiralah sama ada orang tempatan atau pun orang dari luar negara. Yang penting dia tidak pernah sekali pun memungkiri janjinya dan sebab itu jugalah dia harus mengotakannya.

"Please, sayang… sayang benarkan abang pergi ya. Kalau tidak, sayang ikut abang sekali pergi sana. Kita boleh honeymoon terus kali ni. Biar abang book flight untuk sayang sekarang" Vee menggelengkan kepalanya.

Mungkin sudah bukan rezekinya untuk meraikan hari itu bersama - sama dengan suaminya tahun ini. Mungkin pada tahun hadapan, baru ada berpeluang untuk mereka meraikannya bersama - sama. Dia tidak mahu suaminya rasa serba salah untuk pergi. Lantas Vee mengukir senyuman lebar walaupun agak sukar untuknya dia berlakon tenang di hadapan suaminya.

"Takpe, Vee faham dengan situasi abang tu … abang pergi ajelah. Tak payah risau tentang Vee. I'll be waiting here for you…" lantas Vee mengucup kedua tapak tangan suaminya sebelum berlalu pergi.

Dia mahu menyediakan sarapan pagi mereka hari itu. Ariel yang di hempap rasa bersalah, menarik tangan isterinya agar tidak berlalu pergi. Langkah Vee terhenti di muka pintu yang sudah pun terbuka.

"Abang nak cakap apa - apa lagikah?"

"Shh … sayang jangan cakap apa - apa…" Vee kerut dahi seribu.

Permintaan suaminya itu kedengaran agak pelik dipagi hari. Dia memberikan isyarat mata kepada suaminya. Mulutnya yang baru mahu terbuka kembali tertutup rapat bila jari telunjuk suaminya di letakkan pada bibirnya. Pandangan mereka bertemu. Mereka masih lagi berbalas pandangan di tempat yang sama.

Masih kaku di balik pintu yang sudah pun kembali tertutup rapat semula. Ariel menolak tubuh isterinya ke balik pintu tanpa mengalihkan sedikit pun pandangannya dari mata bundar itu. Mata itu memang mengasyikkan bila di renung lama - lama. Dia boleh hilang akal kalau tidak menakluki hati wanita di hadapannya itu, lagi.

"Abang ni kenapa?" Ariel masih lagi berdiam diri.

Vee pula yang kembali bingung melihat reaksi suaminya itu. Dia menolak tubuh suaminya namun hampa.

"Kalau abang nak minta sesuatu dari sayang boleh tak?"

"Apa dia?" Ariel tidak menjawab sebaliknya dia menarik isterinya kembali duduk semula diatas katil mereka. Vee masih lagi berkerut dahi. Dia risau melihat suaminya sebegitu.

"Apa yang abang nak sebenarnya ni?" soal Vee lembut dengan kerutan yang masih belum hilang.

Dia takut dengan pelbagai kemungkinan yang akan berlaku kepada suaminya itu. Banyak artikel dan juga berita yang dia lihat dan baca mengenai tanda - tanda pelik seseorang sebelum ajal menjemputnya.

Hati Vee tidak tenang bila teringat dengan apa yang di bacanya sebelum ini. Suaminya itu akan pergi jauh dan bukannya ke Langkawi yang cuma memerlukan beberapa minit sahaja. Vee cuba memujuk hatinya dan juga mindanya agar tidak terlalu berfikiran negatif sebegitu.

"Sayang masih ingat lagi tak, waktu kita dekat kolej dulu…" kening Vee terangkat tinggi. Dia memandang suaminya yang kelihatan berhati - hati untuk mengeluarkan kata - katanya.

"Err… dulu masa dekat kolej, sayang suka pakai leather bracelet kan?" mulut Vee terbuka kecil.

Patut sangatlah suaminya kelihatan berhati - hati mengeluarkan bicaranya. Rupa - rupanya dia mahu membicarakan soal mereka ketika masih bergelar pelajar dahulu. Mungkin dia ingat Vee akan menjadi agresif kalau dia cuba untuk membangkitkan soal hubungan mereka ketika mula - mula kenal dulu.

"Kenapa abang tiba - tiba tanya tentang gelang, Vee? Abang nak buat apa dengan gelang tu nanti?" Ariel cepat - cepat menggelengkan kepalanya.

Nada suara suaminya juga jelas kedengaran gementar. Vee cuba menyembunyikan perasaan geli hatinya. Nampak gaya, suaminya itu turut memikirkan sesuatu tanpa pengetahuannya juga.

"Tak! Tak… sayang jangan salah faham pulak. Abang bukannya nak buat apa - apa pun dengan gelang sayang tu. Cuma abang nak tengok dengan lebih dekat aje… sayang masih simpankan gelang tu?" Vee angguk tanpa menjawab.

Dia lantas mengeluarkan kotak sederhana kecil dari dalam kabinet almari mereka. Kotak itu di penuhi dengan pelbagai bentuk dan jenis gelang yang dia pernah pakai sebelum ini.

"Boleh abang tengok?"

"Boleh. Abang nak tengok gelang yang mana satu? Tapi kenapa tiba - tiba abang nak tengok gelang ni semua? Little princess abang sudah muncul balikkah atau teringat sesuatu yang pelik dengan gelang, Vee?" Ariel senyum tipis mendengar kata - kata isterinya. Dia lantas menggelengkan kepala.

"Tak adalah! Abang just nak pastikan something aje. Takut abang yang tersalah tengok dulu...."

"Ooo… abang tengoklah gelang itu semua…" Vee yang melihat suaminya menyelongkar barang - barang lamanya itu, penuh teliti sekadar tersenyum tipis.

Dia memang banyak menyimpan koleksi gelang. Gelang yang hampir - hampir sama dengan gelang pemberian Aloy dulu pun ada juga dalam simpanannya. Cuma warna gelang itu sudah agak kusam sedikit.

Sambil - sambil melihat suaminya mengeluarkan dan meneliti gelang itu satu persatu, Vee turut melihat reaksi wajah suaminya setiap kali dia mulai meneliti ke setiap leather bracelet miliknya itu. Ada riak kecewa pada wajahnya. Dia turut melepaskan keluhan kecil.

Senyumannya juga kelihatan dibuat - buat dan tidak ikhlas. Perasaan hampanya jelas kelihatan pabila dia mencapai gelang yang menyerupai gelang pemberian Aloy enam belas tahun lalu, berada dalam genggamannya kejapnya, seketika sebelum meletakkan gelang itu ke dalam kotak semula dengan keluhan kecilnya.

"Kenapa abang tak ambil aje gelang itu, kalau abang suka" Ariel senyum tipis.

Dia meraup wajahnya terlebih dahulu sebelum kembali duduk di sebelah isterinya. Tangan isterinya itu di genggam erat.

"Abang saja nak tengok bukannya nak ambil atau pakai pun …Ingatkan gelang sayang sama, rupanya tak!"

"Abang ingat leather bracelet yang Vee pakai, waktu abang nyaris - nyaris langgar Vee dulu itu sama dengan leather bracelet yang abang bagi dekat little princess itukah?" kening Ariel kembali bertemu.

Dahinya turut berkerut memandang wajah isterinya yang bersahaja...

Takkan dia dah tahu kot?? Ish, mustahil! Ayah tak cakap pun kalau dia tahu tentang Aloy! Jadi... mustahil ayah cakap dekat Vee kot?...

Ariel senyum sumbing.

"Kenapa sayang cakap macam itu pulak? Setahu abang, abang tak pernah cakap pun benda apa yang abang bagi dekat little princess itu, dengan sayang…" ujar Ariel pelik.

Vee membalas dengan senyuman tipis. Ariel seperti dapat menghidu sesuatu mengenai dirinya. Dia perlu bijak memberikan jawaban.

"Memanglah abang tak cakap. Tapi Vee dapat agak bila Vee tengok abang asyik belek gelang jenis itu berbanding dengan gelang - gelang yang lain. Sebab koleksi Vee banyak dari jenis kulit. So I guess I know what you had giving her back than..."

"Pandai betul, isteri abang meneka! Well you got me, now. Sayang tak marahkan kalau abang buat ni semua.... "

"Tak! Vee tak layak pun nak marah... itu hak peribadi abang. Cuma kalau boleh, Vee tak nak abang berahsia dengan Vee lagi selepas ni..." Ariel angguk perlahan.

Senyuman manis isterinya di balas dengan senyuman nipis. Jauh di sudut hatinya dia terkilan sebab tidak melihat dengan mata kepalanya sendiri, gelang yang pernah dia berikan kepada isterinya itu di depan matanya semula. Mungkin isterinya sudah menghilangkan gelang itu secara tidak sengaja atau mungkin juga dia tidak lagi menyimpan gelang tersebut kerana tidak mahu mengingati kisah silamnya.

"Kalau abang dah tak nak apa - apa lagi, Vee turun siapkan sarapan dulu. Nanti lambat pulak, abang nak ke pejabat" Ariel angguk, lemah.

Dia melepaskan isterinya dengan penuh perasaan berat hati. Vee sempat melirik wajah suaminya yang kelihatan sugul pagi itu. Nanti tahulah suaminya, apa yang terjadi dengan gelang yang dia pernah berikan dahulu.

"Sayang…"

"Ya?"

"Err… tak ada apa - apalah. Abang sudah lupa nak cakap apa dengan sayang…"

"Betul? Atau..."

"Betul... abang lupa nak cakap apa dengan sayang. Tadi ada... sekarang dah hilang dah..." Vee menarik nafas dalam sebelum menutup pintu bilik mereka dan berlalu pergi.

Dia merasa debaran di dadanya yang jauh lebih cepat dari keretapi ekspress. Kalau boleh dia mahu berterus - terang saat itu juga, namun dia tidak mahu menjejaskan kejutan yang sudah di rancang mereka sekeluarga sejak dua minggu lepas itu berakhir hampa.Suaminya kena menunggu sedikit masa lagi sebelum segalanya terjawab nanti.