"Tak sangka pula yang I akan jumpa dengan U.... U memang rapat dengan adik I kah? I tengok bukan main lagi dia bercakap manja - manja dengan U..." Ariel memulakan perbualan mereka dengan wajah cerianya.
Reaksinya itu cukup menjengkelkan Vee yang yakin Ariel cuma sekadar berlakon, seolah - olah mereka berdua begitu serasi berbual berdua sebegitu di hadapan yang lain.
"Rapatlah juga..." balas Vee acuh tidak acuh. Kedengaran Ariel lepas keluhan kecil sambil meneruskan pertanyaan tidak masuk akalnya itu.
"U suka main bowling?" Vee berpaling dengan kerutan di dahinya, sambil memandang wajah Ariel yang tersenyum penuh makna padanya.
"Sort of...."
"Hurm.. awak memang suka menjawab macam tu ehk?" Vee kerut dahi seribu, sekali lagi. Keningnya sengaja di angkat tinggi.... Lantak akulah nak menjawab macam mana sekali pun! Yang busybody sangat tu, kenapa?
"Salahkah?" soal Vee sepatah.
Ariel lantas menggelengkan kepalanya. Dalam hati dia cukup rasa gembira bila mendapat peluang untuk berbual dengan Vee seperti itu, biarpun pada hakikatnya dia tahu kalau gadis itu jelas kurang selesa dengan soalan - soalan bodohnya. Ariel cuba untuk menahan perasaan lucu dan tawanya sebaik mungkin.
"Kenapa awak tersenyum - senyum macam tu?"
"Tak ada apa - apa. I tiba - tiba teringat sesuatu yang lucu tadi. Aik, takkan I tak boleh nak senyum langsung depan awak kot?"
"Saya tak ada cakap macam tu pun! Cuma cara awak senyum tu macam awak tengah perli saya pula..." Ariel terdiam.
Dia lantas berdehem untuk mengelakkan rasa canggung di antara mereka. Dia tiba - tiba putus idea untuk meneruskan perbualanya dengan Vee yang kelihatan seperti punya banyak idea untuk membuat dia bingung sendiri.
"Dah berapa lama awak couple dengan dia?" Ariel berpaling ke arah seseorang yang di maksudkan oleh Vee tanpa sepatah kata. Keningnya bertaut erat sambil memandang wajah Vee meminta penjelasan lanjut.
"Dari tadi saya tengok bukan main lagi dia pandang awak. Nampak macam dia cemburu tengok awak dekat sini... kenapa awak tak nak masuk kumpulan yang sama dengan dia tadi? Kan senang, taklah dia asyik curi pandang awak je..." Ariel lantas ketawa.
Dia meraup wajahnya beberapa kali untuk menghilangkan rasa gemuruhnya. Vee memang pandai meneka riak wajah seseorang dengan mudah. Ariel sendiri terkejut dengan kepantasan mata gadis kacukan itu melihat reaksi Fiesyah Zeyha yang sedang merenung mereka berdua dengan pandangan tajamnya.
"Awak memang suka perhatikan orang?"
"Tak jugak! Cuma kalau secara kebetulan saya tiba - tiba terlihat sesuatu yang pelik atau menarik perhatian, memang saya akan perhatikan lama... Kenapa? Saya tersalah anggap hubungan awak dengan dia?" sekali lagi Ariel terdiam. Dia sekadar membiarkan pertanyaan Vee itu tergantung. Dia malas mahu mengulas lanjut.
"Your turn!" bunyi suara Vee menyentak lamunan Ariel. Dia lantas berdiri sambil cuba melemparkan segaris senyuman pada Fiesyah Zeyha yang kelihatan moody.
"I dengan dia bukannya couple pun so U jangan fikir yang bukan - bukan tentang I dengan dia okey. Dia tu cuma anak kepada kawan ibu I aje, tak lebih dari itu.... of course lah I pun kenal dengan dia juga, tapi I tak ada hubungan istimewa dengan dia" Vee sekadar jungkit bahu. Dia tidak mengharapkan penjelasan dari Ariel pun sebenarnya. Dia cuma sekadar bertanya saja.
"Whatever..." balas Vee sepatah. Ariel ketap bibir, geram.
Dia sebenarnya sakit hati dengan sikap Vee yang seperti sengaja mahu menyakitkan hatinya dengan menjawab sebegitu kepada setiap pertanyaannya. Ikutkan hati mahu saja dia menarik tangan gadis itu agar tidak berlalu pergi. Dia mahu menjelaskan semuanya dengan lebih lanjut dan terperinci mengenai status hubungannya yang sebenar dengan Fiesyah zeyha. Dia tidak mahu Vee tersalah anggap dengan hubungannya dan Fiesyah zeyha yang cuma sekadar kenalan biasa sahaja.
Permainan mereka terhenti seketika. Scoreboard agak lambat untuk menunjukkan jumlah pungutan atau jatuhan pin mereka. Mereka terpaksa berhenti seketika sementara menunggu pihak pengurusan Tenpin membaik pulih sistem mereka semula. Kesempatan yang ada di ambil Fiesyah Zeyha untuk mendekati Ariel.
Fiesyah Zeyha sebenarnya cemburu melihat kemesraan di antara Ariel dan juga gadis kacukan itu, tadi. Dia akui kalau gadis kacukan itu punya daya penarik tersendiri dan kelihatan lebih mesra dan serasi bersama Ariel jika di bandingkan dengan dirinya. Sedangkan dia terlebih dahulu mengenali Ariel. Mungkin? Atau gadis kacukan itu yang lebih dulu darinya?
Perduli itu semua, janji Ariel tidak boleh rapat dengan gadis itu di hadapannya sudah. Dia juga tidak selesa duduk bersama - sama dengan gadis kacukan itu kerana dia berasa tercabar. Hendak mengatakan dia kurang cantik, itu tidak betul kerana cantik itu subjektif dan setiap manusia punya daya penarik atau cantik yang berbeza - beza pada setiap mata memandang. So antara dia dengan gadis kacukan itu boleh di katakan sebagi fifty fifty. Fiesyah Zeyha yakin mummy nya akan sanggup berbuat apa sahaja demi kebahagiaannya.
"I tengok bukan main mesra lagi U dengan dia. U memang rapat dengan perempuan itukah?" Ariel kerut dahi. Dia kurang senang mendengar intonasi suara Fiesyah Zeyha yang jelas memperlihatkan rasa cemburunya terhadap Vee.
"Dia sekolej dengan I dan kebetulan pula I dengan dia terbabit dalam kelab yang sama, so I dengan dia kenal macam itu aje... kami tak rapat pun sebenarnya. Yang rapat dengan dia tu, adik I. I pun baru pertama kali dapat berbual dengan dia hari ni. I ingatkan dia tu sombong, rupanya tak! So tak salahkan kalau I tegur dia macam tu?" balas Ariel berbohong.
Dia malas mahu mengulas lanjut mengenai Vee dengan Fiesyah Zeyha yang kelihatan tidak senang dengan kehadiran Vee. Wajah Fiesyah Zeyha penuh dengan riak cemburu.
"Cantik! I ingatkan dia model. Rupanya dia pun student macam I dengan U jugak... erm, dia model sampingankah? Sebab I macam pernah tengok wajah dia dekat majalah..." Ariel senyum sumbing.
Dia mana tahu segala pergerakan Vee pun. Lagipun wajah seperti Vee memang akan kerap di label sebagai model jika di lihat pada sosok ketinggian serta paras wajahnya yang kelihatan eksotik dan menarik.
"Kenapa U cakap macam tu?" Fiesyah Zeyha ketawa, sinis. Renungan matanya memang cukup menggoda.
"U nak tahu kenapa I cakap macam tu? Wow... tak sangka pula U nak tahu pandangan I terhadap dia. U tak marah kah kalau I cakap yang tak elok tentang dia depan U nanti?..." Ariel lantas geleng kepala.
Permainan mereka kembali bersambung. Masing - masing mulai memasang strategi untuk menang sementara Ariel pula sibuk melayan perbualannya dengan Fiesyah Zeyha. Entah mengapa dia begitu ghairah mahu mengetahui tanggapan Fiesyah Zeyha terhadap Vee yang kelihatan cantik tapi dingin.
"Sebab I tengok cara U renung dia, lain macam. Macam U dah lama sangat kenal dengan dia. I ingatkan dia tu bekas kekasih lama U yang U dah lama tak jumpa cause from the way you guys talking look like you've known her for quite sometimes.... tak sangka pulak yang U dengan dia baru berkenalan hari ni! Hahaha... silly me, I guess! Tapi jujur I cakap dengan U, dia memang cantik" puji Fiesyah Zeyha tanpa berselindung.
Ariel angkat kening. Dia hanya mendiamkan diri sebaik mendengar kata - kata Fiesyah Zeyha itu.... Huh.. memang betul apa yang Vee kata. Fiesyah cemburu! Tapi, aku dengan minah celup tu? Mustahil!! Dah lah loyar buruk. Tak kuasa aku nak melayan karenah orang macam perangai dia tu. Hump!
Ariel memandang Vee yang sedang rancak berbual dengan Shakira dan juga adiknya, Ery Saffiyah. Diana turut serta dalam perbualan mereka dan mereka juga kelihatan berkongsi tawa serta cerita lucu mengenai zaman sekolah rendah dan sekolah menengah mereka dahulu.
Permainan mereka terhenti sekali lagi. Dan kali ini bekalan elektrik pula yang terputus secara tiba - tiba. Petugas Tenpin yang berada di situ menjelaskan mengenai electric short yang sedang mereka alami dan berjanji yang keadaan itu akan kembali normal semula sebentar lagi. Mereka turut meminta maaf di atas segala kesulitan yang di hadapi oleh para pelanggan mereka dengan memberikan satu game percuma untuk mereka semua.
Masing - masing sibuk berbual sambil menunggu bekalan elektrik di sambung semula. Ariel duduk sambil termenung panjang. Pandangannya cuma tertumpu pada Vee seorang saja. Dalam diam dia mengagumi Vee yang pandai membawa diri ketika berada di kalangan orang lain. Senyuman dan tawanya juga kelihatan lebih mesra dan ikhlas. Karektornya juga jelas berbeza ketika dia berada di dalam kampus dan juga di luar kampus.
Di situ, Vee kelihatan lebih mesra dan terbuka. Pada pendapat Ariel, Vee seorang yang cukup menarik untuk di kenali dengan lebih lanjut. Gadis itu jauh berbeza dengan mana - mana gadis yang pernah dia temui dan kenali sebelum ini. Perhatiannya terhadap Ery Saffiyah juga membuat Ariel berasa senang dan suka. Tutur kata Vee juga kedengaran lebih elok dan ramah jika di bandingkan dengan cara dia membalas setiap pertanyaan Ariel.
Sikap Vee mulai acuh tidak acuh bila berbual dengannya. Malah jawapannya juga cuma sepatah dua sahaja. Vee turut suka membuat Ariel bingung sendiri dengan setiap kata - katanya. Satu contoh yang paling ketara ialah, bila mereka mulai duduk berbual berdua. Pasti Vee akan mudah melenting dengan kata - katanya, tidak kiralah sama ada perbualan mereka itu sesuatu yang serius ataupun tidak. Sikap Vee yang seperti itu, agak sama dengan Sweet. Cuma bezanya ialah Sweet seorang budak yang mudah di pujuk jika di bandingkan dengan Vee.
"Ehem... your turn!" Ariel tersentak. Dia bangkit dan terus membaling bola bowlingnya kuat. Senyumannya lebar bila dia membuat balingan yang sempurna.
"Yes, strike!!!" Ariel kenit mata nakal. Vee mencebik.
Dia berdiri untuk membuat balingan yang seterusnya. Balingan Vee juga cukup sempurna. Dia sekadar jungkit kening pada Ariel yang menarik muncung panjang padanya, merajuk.... Hai.. itu pun merajuk? Sebijik macam Aloy jugak! Tak nak mengaku kalah langsung. Ariel.... Ariel! Hehe...
Agaknya kalau Aloy tidak pergi ke luar negara dahulu, pasti persahabatan mereka akan bertambah kukuh dan erat sekarang. Dan Vee juga tidak perlu untuk melalui protokol mencari jodoh anjuran orang tuanya. Dia boleh meminta bantuan Aloy bila - bila masa sahaja untuk melepaskan dirinya dari situasi seperti itu dengan lebih mudah, mungkin.
Hampir semua anak kenalan papa dan mama sudah di perkenalkan kepada Vee. Sebut saja dari golongan mana, semuanya sudah dia kenali. Walaupun mereka tidak menjalin apa - apa hubungan istimewa tapi sebahagian dari mereka sudah menjadi sahabat yang baik pada Vee.
Dalam ramai - ramai anak kenalan papa dan juga mama, hanya dengan anak Datuk Sri Zainal dan Datin Sri Roqaiyah sahaja lagi yang Vee tidak pernah di perkenalkan kepadanya secara langsung seperti mana yang lain. Entah mengapa papa dan mama tidak pernah bercerita mengenai Ariel padanya, dia sendiri malas untuk bertanya. Malah Vee juga tidak pernah tahu kalau - kalau selama ini, Ariel merupakan jiran sebelah rumahnya selama lebih dari tujuh bulan sebelum kehadiran adiknya, Ery Saffiyah yang kini menjadi salah seorang teman rapat Vee selain dari Shakira.
Itu pun selepas menerima jemputan makan malam dari Datin Sri Roqaiyah sekeluarga, empat hari yang lalu barulah Vee tahu yang Ariel merupakan jiran sebelah rumahnya selama ini dan Ery Saffiyah ialah adik kepada Ariel dan Ariel merupakan anak kepada Datuk Sri dan Datin Sri. Betullah apa yang di gosipkan di kolej mereka selama ini yang Ariel merupakan anak orang berharta. Kebetulan malam itu, Ery Saffiyah tidak ada di rumah dan dia tidak tahu mengenai jemputan makan malam tersebut.
Patut sangatlah Ariel di gilai oleh ramai pelajar perempuan di kampus mereka. Rupa - rupanya keluarga Ariel cukup di kenali dan di segani dalam masyarakat selain dari berharta. Memang bertuah siapa yang dapat memikat hati si indeks Dow Jones itu. Tanpa sedar Vee lepas keluhan kecil.
Dia langsung tidak pernah terfikir mengenai hal pertunangan atau pun perkahwinan. Dia mahu mengejar impiannya terlebih dahulu sebelum dia mengambil keputusan untuk berumahtangga. Namun sebagai manusia biasa, dia hanya bisa merancang dan tuhan saja yang menentukan segala - galanya. Pun begitu, dia akan tetap berusaha sebaik yang mungkin untuk mencapai cita - cita dan juga impiannya.
"Termenung jauh nampak, kenapa?" Vee lantas menggelengkan kepalanya. Dia berdiri dan melemparkan bolanya terlebih dahulu sebelum duduk semula dan melayan cerita karut Ariel.
"I dengar cerita ibu I yang U tak lama lagi akan jadi official dengan anak Tan Sri Hamdan. U setujukah dengan pilihan family U tu?.... erm, poor me!" Vee tarik nafas cuba bersabar.
Dia tidak suka mendengar kata - kata sinis Ariel yang kedengaran seperti sedang menyindirnya. Dia sendiri belum lagi memberikan kata putus tentang hubungannya dengan Zariel Nazmie kepada papa dan mama. Kalau boleh dia tidak mahu memikirkan soal itu sekarang kerana masih ada lagi yang perlu dia buat sebelum dia memutuskan untuk bersama Zariel Nazmie.
"Boleh tak kalau awak jangan busybody? Saya tak kacau peribadi awakkan?"
"I salah cakapkah? I cuma cakap perkara yang betul pun! Takkan itu pun awak nak ambil hati? Lagipun U tak boleh nafikan yang U dengan anak Tan Sri tu sedang saling mengenali sekarang... even ibu I cakap macam tu, yang dia sedang merancang nak pinang U lepas graduate nanti..." Vee ketap bibir, geram.
Dia diam, malas mahu memanjangkan perbualan di antara dia dengan Ariel yang hanya akan mengundang perasaan tidak puas hati di antara mereka berdua. Nanti apa pula kata yang lain kalau dia membalas kata - kata Ariel itu. Dia sendiri bukannya seorang yang penyabar. Vee lantas berdiri dan berlalu pergi dari pusat bowling tersebut selepas memberitahu Ery Saffiyah dengan Shakira yang dia berasa tidak sedap badan tiba - tiba.
Ariel yang bingung dengan sikap Vee itu turut mengambil keputusan yang sama. Entah mengapa dia berasa sakit hati bila Vee tidak melayannya baik seperti yang lain. Tindakan kedua mereka itu membuat yang lain berbalas pandangan. Mereka tidak tahu punca sebenar mengapa Ariel dan Vee bertindak meninggalkan permainan mereka separuh jalan, begitu. Hakimi dan Shakira turut berbalas pandangan. Tadi elok saja mereka melihat Ariel dan Vee duduk berbual. Tiba - tiba boleh jadi macam itu pula.
"Apa hal? kenapa dia orang berdua tiba - tiba balik?" soal Jack pelik.
Hakimi dengan Shakira sekadar menjengkit bahu dan menggelengkan kepala mereka, tanda tidak tahu. Memang payah kalau dapat kawan yang angin satu badan macam Vee dengan Ariel. Bila - bila masa sahaja angin La Nina mereka boleh datang menyerang.... Hai... tak tahulah kalau jadi suami isteri! Pantang aman sikit, mulalah nak berperang semula! Humm...