webnovel

BAB LIMA

Kelas Prof. Hamka bermula, perlahan pagi itu. Setiap kali wajah serius itu muncul di dalam kelas, pasti keadaan kelas mereka akan sunyi sepi tanpa ada satu bunyi pun yang akan kedengaran. Masing - masing akan cuba untuk meminimumkan bunyi suara atau bunyi bising masing - masing ketika berada di dalam kelas Prof. Hamka yang senantiasa kelihatan serius.

Entah apa sahaja masalah prof itu, sehinggakan wajahnya sentiasa kelihatan tegang dan serius setiap kali dia masuk mengajar. Seolah - olah dia di paksa untuk mengajar pula. Sudah lebih dari setahun Vee mengikuti kelas Prof. Hamka itu. Sepanjang tempoh tersebut, jarang benar Vee melihat prof itu bersikap bersahaja ketika berada di dalam kelas. Pasti setiap kali wajahnya akan kelihatan seperti orang yang minum cuka atau ubat kelat setiap hari.

Kelas yang serius dan bosan seperti itu mudah membuat Vee cepat untuk berasa bosan dan mengantuk. Dia tongkat dagu sambil menunggu kelasnya tamat. Terasa waktu begitu lambat berlalu dari biasa kerana dia sudah beberapa kali menguap di tempat duduknya.

Kalau Shakira ada, sekurang - kurangnya kelas bosan seperti itu tidaklah terlalu bosan sehinggakan dia hilang selera hendak meneruskan kerjanya. Pandangan tajam dan sinis Prof. hamka juga tidak dapat mengugut rasa bosan Vee untuk memberikan tumpuan di dalam kelas. Sebaik sahaja kelas tamat, Vee terus berlalu keluar dan menuju ke dewan kafeteria. perutnya tiba - tiba berasa lapar.

Dewan kafeteria kelihatan lengang dari biasa. Hanya sebilangan kecil pelajar sahaja yang kelihatan sedang menikmati hidangan mereka di situ. Biasanya pada waktu - waktu sebegitu, keadaan kafeteria mereka pasti akan penuh dan sesak dengan pelajar.

Mungkin masih banyak kelas lagi yang masih belum tamat dan sebab itulah dewan kafeteria tersebut kelihatan jauh lebih luas dan santai. sebaik memilih dan membayar harga makanan yang di ambilnya, Vee melangkah ke kawasan varsity. dia lebih selesa duduk makan disitu berbanding dengan dewan kafeteria yang baginya terlalu terbuka untuknya makan bersendirian di sana. Lainlah kalau Shakira ada bersama barulah dia akan makan di situ.

Kelas terakhir Vee terpaksa di batalkan pada saat - saat akhir. Prof. Usaimah terpaksa menangguhkan kelasnya kerana ada perkara mustahak yang perlu dia hadiri di luar. Kelas tutorial mereka juga di tunda ke minggu hadapan memandangkan bahan mentah yang di perlukan di dalam eksperimen mereka tidak ada. Mahu tidak mahu, Vee perlu balik awal dari sepatutnya hari itu.

Tapi memandangkan dia tidak membawa kereta pagi tadi, dia terpaksa menunggu Pak Deris untuk menjemputnya pulang dari kampus. Telefon bimbitnya juga hampir kehabisan cas dan dia malas mahu mengecas telefon bimbitntya di perpustakaan atau di kawasan kafeteria yang menyediakan plug khas untuk kemudahan para pelajar jika mereka kehabisan cas bateri telefon bimbit masing - masing.

Dia berkira - kira mahu ke perpustakaan dan duduk menunggu PakDeris di sana sehinggalah dia sampai untuk menjemputnya memandangkan kawasan varsity agak panas dan cahaya matahari yang masih terang juga membuatkan bangku tempat dia duduk saat itu terasa hangat petang itu. Dalam perjalanan balik dari kawasan varsity, Vee terlihat kereta yang nyaris - nyaris melanggarnya tiga minggu lepas, terparkir kawasan letak kereta berhampiran dengan fakulti binaan dan juga fakulti perubatan.

Dia ingat benar dengan warna kereta Toyota Altis tersebut. Vee lantas kuntum senyuman lebar. Niatnya untuk membalas dendam sebelum ini, muncul semula. Dia mahu pemandu bongkak itu tahu dengan siapa dia sedang mencari masalah sebenarnya. Dia tidak akan lupa dengan kejadian tersebut kerana hari itu merupakan hari yang paling mencabar untuknya. Terutamanya bila dia terpaksa mengqada solat subuhnya!.... Hehehe..finally!

Vee melihat CCTV yang terpasang di persekitaran tempat letak kereta itu terlebih dahulu sebelum menjalankan niat buruknya. Dia meninjau sama ada CCTV di kawasan terbabit sudah berfungsi sepenuhnya atau tidak. Ini kerana CCTV di kawasan koridor dan juga anak tangga serta di kawasan dewan kafeteria serta ruang legar sudah pun berfungsi sepenuhnya sejak dua hari lalu.

Masih belum ada kelihatan lampu merah kecil yang menyala di dalamnya. Pasti CCTV di kawasan tersebut masih di dalam pemasangan kerana kawaasan varsity juga bakal di pasang dengan sistem CCTV bagi mengelak kejadian yang tidak di ingini berlaku. Jika ia sudah terpasang pasti kamera tersebut mempunyai masalah teknikal pada hari itu.... Humm... macam tahu - tahu pulak aku nak balas dendam hari ni! Hehehe, nasib kaulah hari ini, wahai kereta!

"Aku nak buat apa ehk? Emm, I got an idea now..." Vee lantas membongkok, pura - pura duduk untuk mengikat tali kasutnya yang sengaja di buka.

Dia kemudiannya mendekati kereta itu perlahan - lahan. Dan sebaik sahaja dia berada dekat dengan kereta tersebut, dia lantas mengambil peluang keemasan tersebut dengan memancitkan tayar hadapannya. Dia ketawa puas bila melihat tayar tersebut mulai kehilangan imbangan dan mengecut sedikit.

Akhirnya dia berjaya untuk membalas dendam terhadap si pemandu kereta Toyota Altis itu dengan sempurna.... Padan dengan muka engkau! Kau ingat aku tak berani nak balas balik?! Huh, hang cubalah try langgar aku balik. Aku gerenti, empat - empat tayar kereta ni akan hilang tanpa jejak! Kaput... Hahaha!

Vee bernyanyi kecil. Langkah kakinya di ubah semula. Dia tidak akan ke perpustakaan, sebaliknya dia akan duduk menunggu Pak Deris di bawah pokok berdekatan dengan taman mini yang terletak berhampiran dengan kawasan tempat letak kereta tersebut. Sekurang - kurangnya dia akan dapat tahu siapa pemandu sebenar Toyota Altis itu. Lagipun matahari sudah tidak seterik tadi dan kawasan itu juga agak redup dengan daun - daun pokok yang rendang dan rapat.

Hai, nasib kaulah dapat owner bongkak macam mangkuk tingkat tu! Sorry, I have to do this to you... huhu, Kalau saja dia minta maaf dengan aku saat itukan senang! Tak perlulah aku nak bersusah - payah buat macam ni dengan kereta dia. Hurm!

Angin panas yang mulai bertiup petang itu membuatkan Vee terasa dahaga. Dia berlalu ke mesin minuman sejuk yang terdekat sebelum kembali semula, duduk di tempat yang sama. Vee melirik jam tangannya sambil meneguk air tin yang di belinya itu perlahan - lahan. Bateri telefon bimbitnya juga sudah habis dan dia terpaksa menggunakan telefon awam yang terdapat di dalam ruang legar kampus untuk menelefon Pak Deris dan memberitahunya tempat dia sedang menunggu.

Kalau sahaja perbuatannya itu dapat di rakam oleh CCTV di kawasan terbabit atau di ketahui oleh pihak pengurusan, pasti dia akan di buang dari kolej dengan serta - merta. Vee lepas keluhan kecil. Rambutnya yang terjuntai di bawa ke tepi dan di sematkan di balik telinga. Dia semakin rimas duduk menunggu lama di situ.

"Mana pulak Pak Deris ni hilang? Takkan waktu macam ini pun jam juga kot? Ugh... dah macam ikan masin hidup aku duduk dekat bawah pokok ni!" bebel Vee geram, sendiri.

Dia menggunakan fail folionya untuk di jadikan sebagai kipas tangan bagi menyejukkan dirinya yang sudah lama bermandi peluh. Dia mulai hilang sabar menunggu. Bunyi suara riuh yang mulai kedengaran dari arah bangunan fakulti binaan, membuat Vee berpaling. Itu baru pelajar binaan, belum lagi pelajar medik.

Agak - agaknya kalau suara dari kedua - dua fakulti itu bergabung, pasti bergegar gegendang telinga di buat mereka. Vee memandang wajah mereka satu persatu sambil melihat arah mereka berjalan dan berdiri. kerana dia sudah tidak sabar untuk melihat wajah si pemandu kereta Toyota Altis tersebut..... Mana satu driver Toyota Altis ni?... takkan dari tadi dia masih belum habis kelas lagi kot? Haii... penatnya!

Mata Vee membulat besar. Dia terkejut melihat Ariel tiba - tiba mengamuk besar berhampiran dengan kereta Toyota Altis itu. Vee kenal benar wajah chinese look itu. Shakira yang memperkenalkan kepadanya empat hari lalu ketika mereka sedang membuat ulangkaji di perpustakaan. pun begitu Vee hanya kenal Arieldari jauh sahaja memandangkan dia dan Ariel masih belum di perkenalkan lagi secara formal oleh Shakira dan Hakimi.

Aish... kenapa mesti budak tu pulak yang punya kereta! Kalau secret admirer dia dapat tahu aku yang pancitkan tayar kereta dia tu, mesti mereka akan kutuk aku habis - habisan dekat media sosial. Tak pun mereka akan pancitkan tayar kereta aku balik! Uggh.... nak buat macam mana sekarang ni?

Vee telan liur. Dia langsung tidak menyangka kalau pemilik sebenar Toyota Altis itu ialah Ariel. Ini kerana Ariel sering di viral kan memandu keretasport berjenama jauh lebih mahal dari kereta itu ke kampus dan bukannya kereta Toyota. Wajah putih Ariel kelihatan merah padam.

Dia kelihatan betul - betul mengamuk besar petang itu. Kata - kata kesat juga turut terkeluar dari mulutnya berkali - kali. Vee yang melihat amukkan Ariel, gigit bibir. Dia rasa bersalah kerana berbuat sedemikain dengan Ariel. Namun begitu rasa dendamnya terhadap sikap pemandu Toyota Altis itu tiga minggu lepas jauh mengatasi rasa simpatinya kepada Ariel saat itu. Dia senyum sinis memandang wajah merah mencuka di hadapannya itu.

Huh! patut sangatlah dia tak reti nak bawa kereta. Rupa - rupanya Melayu sesat tu yang drive! Dahlah mata sepet semacam, macam mata Jepun... ada hati tak nak pakai spek?! Agak - agaklah kalau nak tunjuk eksyen sekalipun. kalau dah pakai contact lenses pun tak pass tak payahlah nak berangan bawa kereta. Piiirah! Nasib kaulah, Ariel gaduh dengan aku! Hurm..

Asyik melayan perasaan, tiba - tiba bunyi hon kereta menyentak lamunan panjang Vee. Dia ukir senyuman nipis sebaik saja melihat kelibat Pak Deris di dalam kereta. dia bangkit dari tempat duduknya dan masuk ke dalam kereta. Pak Deris minta maaf sebaik sahaja dia berada di dalam kereta. Ada urusan penting katanya. sebab itulah dia terlewat dan papa Vee juga mahu dia membuat sesuatu seblum datang menjemputnya.

"Diam aje.... Vee, sakit?"

"Tak adalah, Pak Deris. Cuma letih sikit je. Lagipun petang ni panas sikit dari biasa...." balas Vee sambil bersandar lemah di bangku belakang. Fikirannya masih lagi tertumpu pada Ariel yang masih kelihatan saat kereta mereka melintas di hadapannya. Tanpa sedar, dia lepas keluhan berat.

"Papa dah balik?"

"Dah. Pak Deris hantar dia balik dulu, baru datang jemput Vee..."

"Ooo..." awalnya papa balik! Nak bagi lecture free dengan aku lagikah petang ni? Huh.. ni yang malas nak balik rumah awal macam ni. Alamak! Mesti mama dah cakap dengan papa yang aku tak nak ikut pergi majlis malam ni... Isshh... nak cakap apa kalau papa tiba - tiba tanya aku nanti? Arggh... Stress!!!

Ariel balik dengan naik membonceng motor Vulcan milik Andre petang itu. Perasaan marahnya masih lagi belum reda sepenuhnya. Dia betul - betul rasa tercabar bila kereta kesayangannya itu menjadi mangsa vandalisme di kawasan kolejnya. Setahunya dia tidak mempunyai musuh di kampus mereka sehinggakan ada yang tergamak hendak membuat sebegitu dengan keretanya.

Keretanya juga sudah di hantar ke bengkel untuk di servis dan di gantikan dengan tayar baharu. Lusa baru dia dapat membawa keretanya semula. Sementara menunggu kereta kesayangannya siap, dia terpaksa meminjam kereta ibunya untuk ke kolej..... Argggghhhh.....

"Kereta, Along mana?" soal Ery Saffiyah pelik, bila melihat abangnya balik dengan membonceng motor. Dia kenal dengan Andre. Budak berbangsa Serani itu merupakan salah seorang dari rakan sepasukan ragbi dengan abangnya. Cuma dia tidak rapat sangat dengan keluarga mereka seperti, Hakimi.

"Along hantar ke bengkel, servis. Ada masalah sikit..." Ery Saffiyah sekadar angguk.

Dia malas mahu mengambil tahu tentang hari - hari abangnya yang pasti membosankan. Dia mengekori langkah abangnya sehingga ke ruang tamu. Ery Saffiyah memerhatikan tindak - tanduk abangnya dengan ekoran mata. Wajah abangnya kelihatan tegang dan kemerahan, mungkin di sebabkan cuaca petang yang panas membuatkan kulitnya berubah kemerah - merahan sebegitu. Dia juga kelihatan letih.

Sebaik melabuhkan badannya di atas sofa, dia terus menutup mata. Ery Saffiyah tidak sampai hati untuk menyoal siasat abangnya apabila mendengar dengkuran kecil dari abangnya. Ery saffiyah menarik nafas. Dia lantas meninggalkan abangnya dan terus berlalu pergi sebaik saja dia mencapai tas tangan dan juga kunci keretanya. Dia perlu mengambil baju abang dan ibunya di butik, untuk majlis malam nanti.

"Along! Sudah - sudahlah tidur tu... maghrib dah nak masuk ni. Ery dah ambil baju Along dah. Ery dah gantung dekat dalam almari dalam bilik Along. Nanti Along cubalah baju tu nanti. Ery nak pergi rumah Kak Ifti kejap" Ariel menggeliat beberapa kali sebelum bangkit dan duduk bersandar lemah pada sofa. Matanya masih lagi terasa agak berat untuk di buka sepenuhnya.

Azan maghrib yang berkumandang membuatkan dia tersedar. Dia lantas bangkit dan menghantar pemergian adiknya dengan pandangan mata kuyunya. Badannya masih lagi terasa letih dan lenguh. Mungkin sebab dia tertidur di atas sofa sebaik sahaja balik petang tadi dan tidak dapat meluruskan badannya sebaiknya. Dia lantas menaiki anak tangga ke tingkat atas, tempat di mana bilik tidurnya berada. Dia perlu bersiap untuk ke majlis lagi.

Dalam pada dia bersiap, terbayang saat pertama kali dia mengikut adiknya bertandang ke rumah sebelah. Dia mencuri - curi masuk ke dalam bilik tidur Kak Ifti yang di maksudkan oleh adik perempuannnya itu tadi. Kak Ifti yang di maksudkan oleh adik perempuannya itu, tidak lain dan tidak bukan ialah, Vee. Gadis yang sekolej dengannya juga.

Vee cukup aktif dalam persatuan Pandu Puteri dan juga kelab catur di kolej mereka. Di sebalik wajah ceria itu, dia kelihatan agak dingin dan serius bila berada bersendirian di kampus. Dia hanya akan kelihatan tersenyum dan ketawa bila bersama - sama dengan sahabat baiknya, Shakira serta beberapa lagi teman sefakultinya yang lain. Ketrampilannya juga semakin menyerlah setiap kali dia mengenakan baju kurung.

Bukan sedikit yang menaruh hati terhadapnya. Ariel sendiri turut mengakui kalau - kalau dia juga ada menyimpan sedikit perasaan terhadap gadis kacukan itu dalam diam. Tapi sikap dingin gadis itu membuat ramai pelajar lelaki di kampus mereka melabelkannya sebagai seorang yang tidak mempunyai perasaan. Mungkin dia pernah kecewa, sebab itulah dia bersikap acuh tidak acuh terhadap mana - mana pelajar lelaki yang cuba untuk mendekatinya.

Bilik tidur Vee hanya di hias sederhana namun cukup kemas dan rapi kelihatan, seperti ianya bukanlah tempat tidur tapi ruang pameran. Banyak poster kartun yang bersaiz A4, di bingkai cantik dan tergantung kemas di dinding bilik gadis itu. Nampak sangat dia amat suka menonton cerita kartun berbanding mana -mana cerita lain. Malah langsung tidak terlihat poster penyanyi atau pelakon berada di dalam bilik tidurnya.

Beberapa keping gambar keluarga dan juga gambar Vee ketika menunggang basikal empat roda, turut kelihatan di bingkai kemas. Wajah Vee memang persis seperti anak mat salih tulen ketika masih dia kecil dahulu. Gambar yang di ambil juga turut berlatar belakangkan sebuah rumah ladang Inggeris itu memang amat menarik perhatian. Ariel sendiri turut merakam gambar tersebut ke dalam telefon bimbitnya dalam diam, tanpa pengetahuan adiknya.

"Siapa nama sebenar Kak Ifti?" Ery Saffiyah berpaling sambil berkerut dahi memandang abangnya, tidak percaya.

"Hai... jiran sendiri pun tak tahu, nama? Biar betul, Along ni. Bukankah Kak Ifti satu kolej dengan Along?"

"Memang satu kolej tapi tak sama fakulti... lagi pun Along bukannya kenal ramai pelajar dekat kampus tu..." Ery Saffiyah mencebik, sangsi dengan kata - kata abangnya itu.

"Tapi mustahil, Along tak tahu nama sebenar Kak Ifti.... Kak Iftikan aktif berpersatuan dekat kampus. Lagipun Kak Ifti satu kelab dengan Along!...." balas Ery Saffiyah lagi.... Pelik! Ni mesti ada rahsia besar ni... Hurm!

"Sumpah! Along memang tak tahu. Ini pun baru first time, Along dapat tahu yang Auntie Aisyah ada anak tau. Perempuan pulak tu!" ujar Ariel sambil tersengih. Dia hanya membalas pandangan tajam adiknya itu dengan senyuman sumbingnya sambil matanya ligat memerhatikan keadaan serta susun atur di dalam bilik itu lagi.

"Betul ni?"

"Ya Allah! Ery ingat Along main - mainkah sekarang ni? Betullah!"

"Okey, Ery percaya dengan Along. Nama sebenar Kak Ifti ialah Vee Ifti Herlina. Cantik tak nama dia? Sama macam orang dia jugakkan? Ery suka sangat dengan Kak Ifti..." puji Ery Saffiyah bersungguh - sungguh. Ariel sekadar menganggukkan kepalanya.

Bilik tidur Vee kelihatan terlalu ringkas dan plain. Kalau bilik gadis lain yang seusia dengannya pasti tidak akan kelihatan seringkas itu. Contoh yang paling dekat sekali ialah bilik tidur adik perempuannya itu sendiri. Bukan main padat dengan pelbagai bentuk perhiasan yang terjuntai di sana sini. Penuh dengan pelbagai poster atis. Malah katil adiknya jauh lebih besar dan elegant dari katil Vee sendiri.

Memang tasteless agaknya minah celup ni. Sebab itulah bilik tidur dia pun plain semacam. Humm... nasiblah siapa yang jadi pakwe minah ni!

"Apa yang Mak Bibah cakap bila dia nampak Along pun ikut Ery masuk tadi?"

"Dia tak cakap apa - apa pun. Cuma Ery tak sangka pulak yang Along akan ikut Ery masuk sampai ke mari tadi" Ariel senyum.

Dia lantas mencapai jam loceng Garfield milik Vee yang berada di atas meja kecil di sisi katil gadis itu. Dia mula memutar jarum loceng jam tersebut. Senyumannya melebar sebaik sahaja dia meletakkan jam itu semula ke tempat asalnya. Dia sekadar mahu bergurau dengan gadis itu.

"Eh, Along! Janganlah usik barang - barang Kak Ifti... jom kita keluar. Karang Mak Bibah, nampak Along dekat dalam ni susah nanti. Jomlah cepat, keluar..." ujar Ery Saffiyah risau, sambil menarik Ariel keluar dari dalam bilik Vee.

"Dah tu, yang Ery masuk tanpa kehadiran Kak Ifti tu kenapa pulak?"

"Ery nak pinjam novellah! Kak Ifti dah bagi kebenaran dekat Ery untuk masuk ke dalam bilik dia bila dia tak ada dekat rumah! Jom, kita keluar cepat!" Ariel terjaga dari lenanya sekali lagi.

Dia meraup wajahnya beberapa kali sambil beristighfar. Dia tidak menyangka yang dia akan kembali tertidur di atas sejadah seperti itu. Ingatkan dia cuma mahu menutup matanya untuk seketika tadi, rupa - rupanya dia terus terlena pula. Sempat lagi dia memikirkan Vee di dalam tidurnya..... Ehem.... Astaghfirullah al'azim!

Dia berdiri dan meletakkan kain sejadahnya ke tempat asalnya semula. Jam tangannya juga baru saja merujuk ke angka 07: 05 petang. Lama juga dia terlelap rupanya. Dia perlu bersiap. Majlis akan bermula pada pukul lapan malam dan dia masih punya banyak waktu untuk mempersiapkan dirinya. Entah bila lagi, dia akan dapat bertemu dengan Sweet. Semakin dia menaruh harapan yang tinggi untuk menemui gadis itu semakin tipis pula peluang yang dia ada dia rasakan saat ini.

Bukan mudah untuknya mencari seseorang yang cuma di ketahui nama timangannya sahaja dan bukannya nama sebenar. Berapa ramai yang menggunakan nama Sweet di Malaysia? Beribu agaknya yang menggunakan nama itu sebagai nama asli atau timangan mereka. Apabila teringat dengan perkara itu juga, turut membuat dia semakin putus harapan.... Uuaargggh!

Kalau sahaja dia tidak mengikut orang tuanya berpindah ke luar negara ketika itu, pasti dia dan Sweet tidak akan pernah terpisah dan mereka juga pasti akan semakin akrab dan rapat saat ini. Kehidupan mereka juga sudah pasti amat jauh berbeza dari sekarang. Mungkin dia akan menjadi suami kepada Sweet, tidak siapa yang tahu. Kerana jodoh itu di tangan tuhan. Ariel kuntum senyuman lebar.

Pasti Sweet sedang memikirkan dirinya seperti mana dia sedang memikirkan gadis itu saat ini. Ariel meraup wajahnya. di dalam hati dia berdoa agar satu hari nanti dia akan di pertemukan semula dengan Sweet sebelum terlambat. Dia malas mahu memikirkan soal hubungannya dengan mana - mana gadis lain selagi dia masih tidak menemui Sweet.