webnovel

BAB LIMA BELAS

Asyik berbual, mereka berdua langsung tidak perasan yang mereka sedang menjadi perhatian beberapa pasang mata, di dalam kafe tersebut. Perbualan mereka juga semakin panjang dan rancak sehinggakan mereka tidak sedar yang kafe itu sudah pun hampir di penuhi dengan pelanggan.

Jika di lihat dengan pandangan mata kasar, mereka kelihatan begitu mesra dan intim sekali. Cara mereka berbual juga jelas memperlihatkan keserasian dan kemesraan mereka berdua. Ariel dan Vee turut berkongsi cerita lucu tanpa ada lagi perasaan segan dan malu. Gelak tawa mereka itu mengundang rasa sangsi pada beberapa pasang mata yang begitu galak memandang mereka berdua, tanpa mereka sedari.

Hari itu, segalanya berjalan dengan lebih baik dan mudah. Mereka mulai faham dan kenal tentang sikap dan sifat diri masing - masing sedikit demi sedikit. Mereka mahu memulakan satu hubungan persahabatan yang baharu dan kukuh. Perbualan mereka terhenti bila mendengar suara tawa yang sudah cukup tidak asing lagi dalam kehidupan seharian mereka berdua. Vee dan Ariel berpaling serentak. Keduanya terlopong besar melihat kehadiran orang tua mereka berdua di dalam kafe tersebut.

Renungan tajam papa, membuat Vee rasa tidak selesa untuk duduk lama di dalam kafe itu Ariel ukir segaris senyuman, sumbing. Kepalanya tiba - tiba terasa gatal pabila melihat kelibat papa Vee, ayahnya dan juga papa Fiesyah Zeyha duduk di dalam kafe yang sama dengan mereka. Ariel telan liur. Anak tekaknya terasa pahit tiba - tiba.

"Awak tak kisahkan kalau kita pergi tempat lain?" Vee cepat - cepat menggelengkan kepalanya. Itu cadangan yang di tunggu - tunggunya sejak tadi. Baik mereka cepat - cepat pergi sebelum papa datang dan duduk menegur mereka berdua di situ.

"Kita nak ke mana?" soal Vee sebaik sahaja mereka berdua, berada jauh dari kafe.

"Apa kata kita pergi tengok wayang! U pun tak ada kelaskan hari ni?"

"Tak naklah! Baik kita balik je" balas Vee menolak pantas. Dia tidak mahu menambahkan lagi masalah yang baru sahaja dia buatnya tadi.

"Kenapa? U takut papa U marah, sebab nampak U dengan I dekat kafe tadi?" Vee tersenyum sumbing.

Dia bukannya takut cuma dia tidak mahu menjawab pertanyaan panjang papanya yang sudah pasti akan bertanya mengalahkan pegawai penyiasat.

"Bukan takut, cuma tak selesa sikit je… bukan ayah awak pun ada dekat sanakah tadi?" Ariel angguk.

Dia turut tersenyum tipis sambil menganggukkan kepalanya. Entah apa pula yang bermain di fikiran ayahnya tadi sebaik melihat dia bersama - sama dengan Vee di sana.

"Jomlah, kita balik. Awak buat apa lagi berdiri dekat situ"

"U tak nak tengok wayang? I serius, nak ajak U ni…"

"Tak nak! Kita balik, okey?"

"Terserah U lah. I ingat nak ajak U tengok wayang lepas makan dekat kafe tadi…" Vee tarik muncung panjang.

Iyalah tu! Cakap ajelah nak ajak aku dating!! Jepun sesat ni kan... sengaja nak buat - buat lewat balik. Nanti macam - macam yang papa fikir kalau aku lewat. Dia tu takpe, dia lelaki... Arrgh, cepatlah jalan!

"Vee Ifti Herlina.! I want a word with you now..." Vee telan liur.

Pasti papa mahu mengetahui apakah status hubungannya dengan Ariel.... Aish, macam mana nak cover ni? Aku dengam Jepun sesat tu setakat kawan aje, tak lebih pun. Humm, kenapalah boleh duduk satu kafe tadi! Umm.

"Vee duduk dulu. Papa cuma nak tanya sikit je…" Vee senyum pahit. Wajah papa yang serius namun tidak tegang itu sudah cukup untuk membuat Vee kecut perut untuk berbohong.

"Sejak bila Vee ada hubungan dengan anak Datuk Sri Zainal?"

Ooo... papa pun dah lama kenal dengan ayah Ariel rupanya! Jadi papa tahulah kalau Ariel tu satu kolej dengan aku? Habis tu... kenapa masih nak tanya lagi kalau papa dah tahu semuanya? Mustahil ayah Ariel tak cakap apa - apa pasal anak dia dengan papa kot???

"Vee dengan Ariel, kawan. Kawan biasa aje, pa ... kenapa?"

"Maksud Papa, sejak bila lagi Vee kenal dengan anak Datuk Sri Zainal tu?" dahi Vee berkerut. Keningnya bertaut erat, memandang riak wajah papanya yang langsung tidak berubah dari tadi.

"Agaknya lepas beberapa bulan dia masuk kolej kot baru Vee kenal dengan dia. Tapi Vee taklah rapat sangat pun, setakat kenal macam itu aje. Tadi pun, Vee keluar sebab nak bincang pasal aktiviti kelab kita orang, itu aje..." balas Vee berbohong. Dia malas mahu mengulas lanjut tentang Ariel di hadapan papanya.

"Betul?" Vee angguk.

"Kenapa, papa tak percaya dengan Vee kah?" Tuan Victor Hashim diam.

Dia memandang wajah anak gadis tunggalnya itu penuh dengan kasih sayang. Wajah Vee saling tidak tumpah dengan wajah mendiang ibunya, Lady Victoria Hudson. Wanita Inggeris yang pernah menjadi salah seorang dari peserta ratu England di awal tahun 70 an lalu.

"Dia bukan kekasih, Vee?" Vee pantas menggelengkan kepalanya.

What?? boyfriend? Please lah pa. Tahulah Jepun sesat tu handsome, tapi dia bukan boyfriend kita pun. Takkan papa berkenan dengan mangkuk tingkat tu? Jangan pa, Vee masih nak tunggu Aloy lagi!

Tuan Victor Hashim kelihatan terangguk - angguk mendengar penjelasan Vee. Vee tarik nafas lega melihat reaksi papanya. Tuan Victor Hashim yang melihat wajah anak gadis tunggalnya itu yang sedikit gugup sebaik sahaja dia bertanyakan soal anak Datuk Sri Zainal tadi, cuba untuk menahan tawanya.

Dia cuba untuk terus berlagak serius dan bersahaja di hadapan anak gadisnya itu. Biar anak gadisnya itu tahu yang dia amat mementingkan hubungan kepercayaan di antara mereka, anak beranak. Dia tidak mahu anak gadisnya itu berbohong semata - mata mahu menyelamatkan seorang lelaki yang entah baik asal usulnya atau pun tidak.

Tapi dia bukannya mahu mengatakan yang anak Datuk Sri Zainal itu bukan seorang lelaki yang tidak baik. Dia kenal siapa Ariel dan semua mengenai anak muda itu berada di dalam kocek bajunya. Latar belakang Ariel sejak kecil sehinggalah dia duduk berjiran dengan mereka semula juga, dia tahu.

Dia cuma mahukan kepastian mengenai hubungan anak gadisnya dengan Ariel, itu saja. Kalau dahulu, mereka berada dalam situasi yang berlainan dan sekarang, masing - masing sudah dewasa dan boleh berfikir tentang baik buruk sesuatu perkara. Mereka berdua sudah cukup matang dan dewasa, pasti perasaan mereka juga sudah jauh berbeza dari yang sebelumnya.

Mereka mungkin sudah punya pilihan hati masing - masing. Kalau itulah kebenarannya, dia lega dan senang hati untuk menerima Zariel Nazmie sebagai calon menantunya. Itu pun kalau anak gadis tunggalnya itu betul - betul tidak berpunya.

"Habis tu sebelum ini, Vee dengan Ariel memang tidak pernah bertemu?" Vee angguk pantas.

"Iya. Vee kenal Ariel pun baru empat bulan yang lepas. Kenal waktu Vee ikut Shak main bowling dengan Ery. Tapi kenal macam itu ajelah. Vee tidak tahu pun yang dia itu duduk berjiran dengan kita selama ni…" kelihatan Tuan Victor Hashim menarik nafas lega. Dia cukup berpuas hati dengan penjelasan anak gadis tunggalnya itu. Ternyata anak gadisnya itu masih lagi tidak mengenali siapa Ariel yang sebenarnya.

Dia turut berasa lega kerana anak gadisnya itu juga tidak berkawan dengan sembarangan orang. Zaman semakin serba moden dan canggih serta penipuan juga sudah semakin sebati dengan pemikiran orang - orang muda zaman sekarang. Terlalu banyak kes tipu helah dan muslihat yang berlaku sejak kebelakangan ini.

Dia tidak mahu anak gadis tunggalnya itu terjebak dengan kes - kes sedemikian, sebab itulah dia cukup tegas dengan anak gadisnya itu sejak dahulu lagi. Hatinya sedikit lega kerana sekurang - kurangnya dia tahu dengan siapa anak gadisnya itu keluar dan berkawan.

"Macam mana papa, kenal dengan Datuk Sri Zainal pula?" Tuan Victor Hashim yang termenung panjang tersentak, bila mendengar pertanyaan anak gadisnya. Dia langsung berdehem. Pandangannya masih tetap bersahaja.

"Just curious. Sebab Vee tengok cara papa berbual tadi, macam papa dah lama kenal dengan ayah Ariel" sambung Vee lagi sambil menunggu penjelasan lanjut dari papanya.

"Papa dengan Datuk Sri Zainal memang sudah lama kenal. Seingat Papa lepas urusan joint venture syarikat tempat dia berkerja dulu dengan syarikat tempat papa bernaung selesai, dia keluar negara untuk sambung belajar balik… Peringkat Phd. Selepas itu, Papa dengan dia terus lost contact. Lama juga Papa tak jumpa dengan dia. Tidak lama kemudian Papa jumpa dengan dia balik bila dia tengok tanah dekat sebelah kita ni. Papa tidak sangka pula yang dia betul - betul serius nak beli tapak rumah tu. Dia sembanglah sikit dengan Papa tentang anak isteri dia…

Kebetulan pula hari ni, Datuk Arshad ajak Papa makan tengahari sama. Tak sangka terserempak pula dengan dia jadi kami pun keluarlah bertiga, tadi. Papa tak sangka pulak terjumpa dengan Vee dekat tempat yang sama..." ujar Tuan Victor Hashim panjang lebar.

Patut sangatlah masa rumah sebelah mereka sudah berpenghuni, mama asyik sangat menghantar makanan. Rupa - rupanya anak kawan papa yang tinggal di situ.

"Vee… one more thing before you leave..."

"Apa dia, pa?"

"Lepas maghrib nanti, kita pergi rumah Datuk Sri Zainal. Dia ada buat acara makan - makan sikit. Jemput kawan - kawan rapat dia saja. Vee ikut sekali, ya?"

"Okey" Vee lantas berlalu meninggalkan papanya sebaik sahaja mereka berdua selesai berbual.

Vee lega. Papa tidak terlalu mendesaknya untuk bercerita lanjut mengenai Ariel. Dia lantas berlalu ke dalam bilik tidurnya untuk berehat seketika.

Ariel duduk bersama - sama dengan ayahnya dan juga Datuk Arshad, papa Fiesyah Zeyha di dalam ruang tamu rumah mereka. Dia sekadar tersenyum setiap kali bersua pandangan dengan Datuk Arshad. Walaupun agak sukar untuk dia berlakon selesa di hadapan tetamu ayahnya itu, tapi dia tetap mencuba yang terbaik untuk menjaga air muka mereka sekeluarga.

"Ariel memang dah lama kenal dengan anak Tuan Victor?" soal Datuk Arshad mengubah topik perbualan mereka secara tiba - tiba.

Ariel sekadar mengukir segaris senyuman tipis. Dia tidak tahu mahu menjawab apa di hadapan Datuk Arshad yang kelihatan agak serius memandangnya.

"Maksud Uncle, apa hubungan Ariel dengan anak Tuan Victor? Bukan main seronok lagi Uncle tengok Ariel bercerita dengan dia tadi…" Ariel telan liur. Dia menarik nafas dalam sebelum menjawab.

"Ooo, Vee dengan Riel cuma kawan biasa aje Uncle. Riel keluar dengan dia pun tadi sebab nak bincang soal aktiviti kampus kita orang aje…." balas Ariel berbohong.

Itu sahaja yang mampu dia fikirkan yang terbaik saat itu. Renungan ayahnya dan juga pandangan Datuk Arshad jelas menunjukkan yang mereka begitu sangsi dengan hubungan dengan Vee. Deringan telefon membuatkan Datuk Arshad bangkit dan membalas panggilannya di anjung rumah.

Ariel memandang ayahnya. Datuk Sri Zainal meminta Ariel menunggu sehingga Datuk Arshad berlalu pergi dari rumah mereka. Ariel dan ayahnya menguntum senyuman semula takala Datuk Arshad menapak semula ke dalam rumah mereka. Ibunya kelihatan sibuk mengatur katering di laman rumah mereka sambil di bantu oleh adiknya perempuannya, Ery Saffiyah yang turut kelihatan sibuk sama.

"Okeylah Nal, aku balik dulu. Malam nanti jadi tak?" soal Datuk Arshad dengan nada perlahan. Ariel hanya duduk diam mendengar perbualan ayahnya.

"In Shaa Allah, jadi kot. Dekat luar tu pun sudah mula nak sibuk dah…" balas Datuk Sri Zainal sambil menunjuk pada laman rumahnya yang sudah pun di penuhi dengan barang - barang katering yang di pesan oleh isterinya untuk majlis mereka pada malam itu.

"Kalau macam tu, malam nanti sajalah kita berbual panjang. Riel, Uncle balik dulu" sebaik sahaja Datuk Arshad berlalu pergi, Ariel dan ayahnya kembali duduk dan menyambung semula perbualan mereka di ruang tamu.

"Sebelum apa - apa, Ayah nak Riel berfikiran terbuka dan matang dalam soal ni. Ayah tidak mahu Riel buat keputusan yang terburu - buru. Ayah nak kita duduk berbincang cara orang lelaki, cara orang dewasa. Cuma antara kita berdua saja. Ibu dengan Ery langsung tidak terlibat dalam soal ini…

Ayah nak Riel buat pertimbangan yang sewajarnya sebelum berkata apa - apa. Apa pun keputusan yang Ariel buat, Ayah akan sokong Ariel sepenuhnya. Ayah tak nak hubungan kita anak beranak jadi renggang lepas berbincang soal hal ini… Ayah nak Ariel tahu itu" Ariel angguk faham dengan maksud kata - kata ayahnya itu.

Dia hargai kesudian ayahnya untuk berbincang secara terbuka mengenai Fiesyah Zeyha dan juga masa depannya. Dia sendiri mahu meluahkan perasaan hatinya yang sebenar dan tidak mahu terburu - buru untuk membuat keputusan yang akan menjejaskan masa depannya nanti.

"Ayah dengan Datuk Arshad sebenarnya sudah lama kenal. Ayah kenal dengan dia sejak zaman belajar dekat oversea dulu lagi, sebelum Ayah mendirikan rumahtangga lagi... Dia teringin sangat mengeratkan hubungan persahabatan kami berdua dengan menjodohkan Ariel dengan anak gadis dia, Fiesyah. Ayah tengok Fiesyah itu baik budaknya. Sopan dan peramah. Paling penting, dia pandai hormat dengan ibu. Ayah sendiri berkenan dengan dia… bila tengok dia berbual dengan Riel masa majlis hari itu lagi, Ayah dapat rasa yang Riel memang sesuai sangat dengan dia" ujar Datuk Sri Zainal tersenyum bangga.

Ariel terduduk lemah. Itu bukanlah kata - kata yang dia harapkan tapi dia hargai niat baik ayahnya itu. Namun hatinya tidak boleh untuk di paksa menerima Fiesyah Zeyha, tidak selepas dia mengenali Vee. Dia langsung tidak pernah menyimpan sebarang perasaan terhadap Fiesyah Zeyha biar pun mereka kerap keluar bersama - sama sebelum ini. Ariel akui Fiesyah Zeyha memang cantik. Dia juga cukup baik dan menghormati ibu Ariel serta agak mesra dengan adiknya, Ery Saffiyah. Tetapi Ariel tidak pernah terfikir untuk menjadikan Fiesyah Zeyha sebagai calon isterinya.

"Apa juga keputusan Ariel, Ayah akan terima dengan senang hati. Ayah tak nak tengok Ariel menderita sebab menerima keputusan Ayah bulat - bulat. Ayah nak Ariel buat keputusan sendiri… yang penting Ariel bahagia" tambah Datuk Sri Zainal, perlahan dan penuh pengertian. Ariel masih lagi mendiamkan diri. Dia duduk sambil bersandar lemah di sofa.

"Ibu teringin sangat nak tengok Ariel berteman. Ayah pun macam itu jugak. Elok kalau Ariel kahwin muda ni, sekurang - kurangnya dapat juga menambahkan bilangan ahli keluarga kita yang sedikit ni…" ujar Datuk Sri Zainal lagi. Dia tahu anaknya berat hati untuk membuat keputusan.

Tapi Ariel perlu bertindak berani dan mengatakan perasaan hatinya yang sebenar. Ariel meraup wajahnya. Permintaan ibu dan ayahnya itu bukanlah satu perkara yang membebankannya, cuma sekarang dia belum punya calon yang sesuai lagi. Tidak mungkin untuk dia menerima Fiesyah Zeyha yang hanya nampak cantik dan baik di hadapan orang tuanya sahaja.

Dia mahukan seseorang yang telus dan ikhlas menerimanya dengan keluarga bukan di sebabkan paras rupa, pangkat dan juga harta. Ariel pasti Fiesyah Zeyha tidak sesuai untuk menjadi menantu pilihan hati ibunya. Dia juga bukanlah gadis pilihan dan idaman hati Ariel sendiri.

"Kahwin muda ni banyak faedahnya Riel. Selain dapat menghindarkan kita dari perkara - perkara yang tidak baik, ia juga merupakan satu ibadah. Ayah yakin, Riel sudah mampu untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami" Ariel tersenyum mendengar kata - kata ayahnya. Walau pun begitu dia masih lagi tidak bercakap apa - apa. Fikirannya masih ligat untuk mencari alasan yang kukuh.

"Tapi kalau Ariel sudah ada pilihan hati sendiri, Ayah tidak dapat nak cakap apa - apa. Terpulanglah dengan Ariel untuk membuat keputusan macam mana. Pilihan Riel, pilihan ibu dengan Ayah jugak! Tapi kalau Ariel masih belum ada calon yang sesuai lagi, eloklah rasanya Ariel terima Fiesyah... Ibu dengan Ery pun suka dengan Fiesyah. Ayah pun macam itu juga. Kalau Ariel setuju, Ayah akan bincang lebih lanjut lagi dengan Uncle Arshad malam ni. Kalau semua pun setuju, kita akan terus umumkan bila majlis pertunangan Ariel dengan Fiesyah akan berlangsung nanti…" Ariel tersentak.

Dia terkejut mendengar cadangan ayahnya itu. Ayahnya seperti sudah merancang pertunangannya dengan Fiesyah Zeyha terlebih dahulu sebelum membenarkan dia untuk membuat pilihan. Ariel kembali meraup wajahnya. Kepalanya terasa berdenyut sakit tiba - tiba. Dia lepas keluhan berat. Datuk Sri Zainal yang sudah lama memerhatikan gerak - geri anak terunanya itu, tersenyum penuh makna. Dia sudah tahu, sebaik sahaja melihat riak wajah anaknya sejak tadi. Ariel tidak setuju dengan pilihan mereka, suami isteri.

"Siapa?"

"Huh?"

"Siapa gadis tu? Kalau Ariel cakap sekarang, Ayah akan batalkan terus perbincangan Ayah dengan Datuk Arshad malam ni…" Ariel memandang ayahnya, sedikit sangsi.

Fikirannya masih lagi berbolak - balik.... Saying yes mean, no more Fiesyah Zeyha. Saying no, Fiesyah gone for good?? Tapi siapa yang nak berlakon jadi girlfriend aku? Hurm!

"Ariel?? Macam mana, apa kata Ariel?" Ariel garu kepala. Lambat - lambat dia akhirnya menganggukkan kepalanya perlahan - lahan. Dia terpaksa berbohong sekali lagi. Kali ini bukan untuk dirinya sahaja tapi untuk kebaikan keluarganya juga.

"Great! Ayah harap Ariel dapat ajak dia datang malam ni dengan family dia sekali sebab Ayah dengan ibu nak jumpa dengan mereka semua dan berbincang dengan lebih lanjut lagi soal hubungan Ariel dengan anak mereka. Boleh tak?" Ariel angguk. Hatinya mulai rasa tidak tenteram. Dia perlukan bantuan SOS segera dari Hakimi.

"Tapi, Ayah… Fiesyah macam mana? Nanti apa kata Datuk Arshad kalau dia tahu tentang ni, nanti?" Datuk Sri Zainal ketawa. Dia lantas menepuk bahu Ariel, mesra.

"Riel tidak perlu risau, tahulah Ayah nak cakap apa dengan dia nanti. Lagi pun Ayah tak pernah buat perjanjian apa - apa dengan dia. Jadi Ariel tak payah risau sangat tentang tu. Yang penting Riel ajak kawan Riel datang malam ni…" ujar Datuk Sri Zainal dengan nada ceria. Dia gembira kerana anak lelakinya itu sudah mampu untuk membuat keputusannya sendiri.

"Uncle Arshad sebenarnya pun baru nak bercadang dengan Ayah, tadi. Dia pun belum bincang apa - apa lagi dengan anak, isteri dia. Tapi kalau Ariel memang langsung tidak ada teman, Ayah dengan ibu memang berniat untuk menjodohkan Ariel dengan Fiesyah, itu aje.....

Sebab itulah malam ni Ayah nak Riel ajak keluarga teman Riel itu untuk datang rumah. Supaya Ayah dengan ibu boleh duduk berbual dan kenal dengan mereka lebih lanjut lagi... Soal Uncle Arshad, dia cadang nak bincang dengan isteri dan anak dia selepas majlis malam ini berakhir. Cuma kita dua keluarga saja dulu. Bila dah setuju baru nak bagi tahu dekat kawan - kawan yang lain" Ariel menarik nafas lega.

Patut sangatlah ayahnya kelihatan bersahaja. Rupa - rupanya baru mahu bercadang. Dia ingatkan Ayahnya sudah pun membuat keputusan terlebih dahulu, sebab itulah Datuk Arshad kelihatan beria - ia mahu berbincang lanjut dengan mereka malam nanti.

Dia sudah terjebak dengan agenda ayahnya. Pasti ibu turut menjadi dalang di sebaliknya juga. Ariel ketap bibir. Di mana dia harus mencari pelakon wanita sesingkat itu. Senyuman ayahnya juga sudah cukup untuk membuat dia hampir - hampir mahu memberitahu perkara yang sebenar.... Aishamen! Mana aku nak cari gf terjun sekarang ni? Arggh! Call Kimi.. mesti dia ada idea baik! Hopefully adalah yang sanggup nak berlakon... please!!