Selepas tamat berbincang mengenai hal anak - anak mereka, Datuk Sri Zainal akhirnya membuat sedikit pengumuman ringkas mengenai berita pertunangan anaknya dengan anak perempuan Tuan Victor Hashim yang akan di langsungkan pada awal bulan hadapan dan berharap agar tetamu yang datang pada malam itu juga dapat menghadiri majlis tersebut nanti.
Hakimi dan Shakira berkongsi kegembiraan keluarga Ariel dan Vee, dengan mengucapkan tahniah kepada mereka berdua kerana akhirnya mereka bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah Ariel, malah mereka juga dapat menyatukan hubungan dua buah keluarga lagi pada malam itu.
Fiesyah Zeyha akur dengan keputusan yang di buat Ariel. Dia sendiri sebenarnya tidak berapa setuju bila mamanya beria - ia mahu dia memikat Ariel dulu. Bukan sebab tidak yakin dengan dirinya sendiri. Dia yakin dengan kecantikan yang dia miliki itu mampu untuk membuatkan sesiapa sahaja jatuh cinta tapi dia tidak cukup yakin Ariel akan memilihnya.
Ini kerana selepas kejadian yang berlaku di pusat bowling tempohari lagi dia sudah dapat melihat renungan dan pandangan mata Ariel hanya tertumpu kepada Vee seorang saja. Pandangan Ariel terhadap Vee memang berbeza dengan cara Ariel memandangnya. Malah setiap kali mereka keluar bersama - sama, pasti nama Vee akan senentiasa meniti pada bibirnya. Fiesyah Zeyha turut mengucapkan tahniah kepada Ariel dan juga Vee. Namun kata - kata yang terluah dari mulut Fiesyah Zeyha itu sedikit sebanyak membuat Vee tersentak hebat.
"I cuma nak bagi tahu dengan U satu perkara, Vee..." ujar Fiesyah Zeyha berbisik.
"I tak akan teragak - agak untuk rampas Ariel semula dari U kalau I dapat tahu yang U kecewakan hati dia. I sanggup berkongsi kasih dengan U, kalau Ariel sanggup terima I..." Vee telan liur. Ternyata Fiesyah Zeyha bukanlah seorang gadis yang biasa. Vee melemparkan segaris senyuman kepada Fiesyah Zeyha.
"Glad to hear that. I yakin yang I tak akan kecewakan U... so you don't have to worry about it" balas Vee sedikit sinis dengan senyumannya. Fiesyah Zeyha ketawa kecil.
"I tahu. Sebab itulah I tak berharap sangat yang Ariel akan terima I lepas kejadian bowling tempohari. U pun tak perlulah risau tentang I sebab I tidak akan rosakkan hubungan U dengan Ariel. I terima kekalahan I dengan hati yang terbuka. I doakan U bahagia dengan dia!"
"Thanks, Fiesyah!"
"Your welcome! Hope we can stay as friend after this. I pun bukannya ramai sangat kawan. U tak keberatan kan kalau I anggap U sebagai salah seorang dari kawan I?"
"Tak. I lagi gembira sebab kita boleh jadi kawan"
Shakira mendapatkan Vee. Dia lantas menarik tangan Vee ke satu sudut taman di laman rumah Ariel yang sedikit terlindung dari kawasan para tetamu pada malam itu. Shakira gembira dan dia berharap sangat hubungan Ariel dengan Vee tidak berakhir di tengah jalan kerana dia dapat merasakan yang Ariel benar - benar ikhlas terhadap Vee.
"Kau jangan over confident sangat Shak! Aku tak yakin pun hubungan aku dengan dia akan bertahan lama"
"Aik, habis itu kau tak nak bertunang dengan Ariel?"
"Apa yang kau merepek ni?"
"Bukankah korang akan bertunang awal bulan depan? Takkan kau plan nak break up dengan Ariel sebelum itu pulak?!" Vee tepuk dahi.
Shakira terlalu banyak menonton drama Korea agaknya sebab itulah dia suka bercakap yang bukan - bukan. Shakira ingat senangkah untuk dia melepaskan diri selepas Ariel berani membuat sumpah dengan menggunakan senaskah Al Quran di hadapan keluarga mereka tadi?.... Humm... Jepun sesat tu memang sudah melampau! Macam mana kalau Aloy tiba - tiba muncul? Apa aku nak cakap dengan dia nanti?? Uggh.
"Kau tidak yakin dengan Ariel?"
"Hurm, entahlah Shak. Dia pun bukannya suka sangat dengan aku. Dia terpaksa aje pun..."
"Alah, kau janganlah sedih sangat. Aku tidak yakin yang Ariel berpura - pura"
"Mana kau tahu? Dia ada bagi tahu dengan engkaukah yang dia memang suka dekat aku? Huh! Jangan buat aku syok sendiri boleh tak, Shak. Aku sekarang ni tengah pening tau"
"Kalau aku cakap yang dia betul - betul suka dengan engkau, kau percaya?" Vee lantas menggelengkan kepalanya.
Dia tahu siapa yang bertakhta di hati lelaki itu. Little princess yang hilang entah ke mana, itulah yang sedang berada di dalam hati Ariel sekarang dan bukannya dia. Sahabat kecil yang senentiasa membuat Ariel rasa tidak lengkap dan akan sentiasa tercari - cari akan kelibatnya walau di mana sahaja dia berada. Vee akui dia bukannya tidak punya sedikit perasaan pada Ariel.
Tapi dia juga tidak boleh menafikan yang dia sebenarnya mengharapkan kehadiran Aloy sebagai teman hidupnya berbanding Ariel. Dia dengan Ariel tersepit dalam situasi yang sama. Vee tidak dapat memberikan sepenuh keyakinannya terhadap perhubungan mereka berdua kerana Vee sedar mereka berdua mencintai orang yang berbeza.
"Thank you!" Vee mendongak. Shakira sudah tidak ada di situ lagi bersamanya sebaliknya wajah Ariel pula yang muncul di hadapannya.
"I tak percaya yang parents kita akan percaya dengan kata - kata I tadi... I sendiri berdebar gila masa nak cakap dengan mereka tadi... I betul - betul tak sangka yang I akan buat sampai macam itu sekali semata - mata nak buat mereka percaya..." ujar Ariel dengan senyumannya.
"Saya harap awak tidak akan mungkir janji"
"Janji apa?" Vee ketap bibir semula. Ariel seperti sengaja mahu menduga kesabarannya kembali.
"Janji awaklah! Janji yang awak akan putuskan pertunangan kita sebaik sahaja awak jumpa dengan little princess tu"
"Ooo, kalau soal itu U tak perlu risau sangat, I akan kotakan janji I. Tapi kalau I tidak juga jumpa - jumpa dengan dia sampai penghujung tahun ni, agak - agaknya U kena jugalah kahwin dengan I nanti..." Vee terlopong. Dia kemudiannya tersengih, lucu dengan kata - kata Ariel yang berbaur gurauan itu.
"Hahaha, funny! Awak tidak perlulah nak berangan sangat. Awak ingat kahwin itu senang? Yang awak sanggup bersumpah dengan Al Quran tu, kenapa? Awak ingat kalau awak buat macam itu, parents kita akan percayalah?" Ariel senyum tipis.
Itu merupakan salah satu niatnya juga tapi janji yang dia ucapkan di hadapan orang tua mereka tadi bukanlah sekadar janji - janji kosong. Dia berani bersumpah menggunakan Al Quran kerana dia yakin dengan apa yang dia katakan.Vee melarikan pandangan matanya dari menjadi renungan Ariel. Entah mengapa dia bersetuju untuk menolong lelaki itu sedangkan dia sendiri sedang menunggu kehadiran Aloy di dalam hidupnya.... Stupid!
"I ikhlas dengan apa yang I ucapkan tadi Vee. I akui yang I masih lagi mencari little princess I tu.... Tapi dalam masa yang sama I tak boleh nak nafikan kalau I pun ada menyimpan perasaan dengan U jugak!"
"Apa yang awak merepek ni, Ariel?"
"I tak merepek! I memang ada hati dengan U, Vee. Tapi I taklah berani nak cakap dengan U kalau I betul - betul cintakan U pulak! Don' t get me wrong here... I cukup selesa berkenalan dengan U. I nak kenal U dengan lebih rapat lagi lepas ni. That the part of why I had a crush on you at the first place... I tak pernah terfikir untuk menduakan Sweet sebelum ni, tapi lepas I jumpa U... hati I sedikit berubah" Vee memandang Ariel tanpa berkerdip untuk seketika. Kata - kata lelaki itu punya maksud yang cukup mendalam sekali.
"Tapi sekurang - kurangnya I jujur dengan U. I tidak berharap pun untuk U terima I... cuma I harap yang U boleh bersabar sedikit dengan I... I janji akan fikirkan cara yang terbaik untuk kita berdua selepas ini. I tak akan kecewakan U. I promise..." ujar Ariel panjang lebar. Dia tunduk sambil kuntum segaris senyuman. Vee di himpit rasa bersalah kerana menuduh Ariel yang bukan - bukan.
"Kalau U nak kita buat perjanjian pun boleh jugak! I takkan bantah apa - apa... janji U akan tolong I sehingga I bertemu dengan Sweet semula. I tak akan ganggu hak privasi U"
"So saya boleh letak apa saja syarat yang saya nak?" Ariel senyum sumbing. Dia angguk perlahan - lahan.
"Okey. Saya setuju. Tapi awak jangan kata saya pulak yang memandai - mandai buat perjanjian ini semua..."
"Okey, I takkan cakap U macam tu!"
"Janji?"
"With all my heart and soul! I janji. Puas hati?" Vee angguk sambil tersenyum lebar.
Dia sebenarnya boleh menarik nafas lega juga kerana papa dan mama tidak akan dapat memujuknya untuk keluar mengikut Zariel Nazmie lagi selepas ini. Walaupun Ariel bukanlah pilihan utama, tapi tanpa dia sedari lelaki itu sebenarnya sudah pun membantunya sedikit sebanyak dalam mempermudahkan urusannya untuk tidak menerima Zariel Nazmie. Dia juga tidak perlu lagi memberikan apa - apa alasan kepada mama dan papa sekiranya dia enggan untuk mengikut mereka menghadiri mana - mana majlis keraian lagi selepas ini.
Dalam hati dia bersyukur dan berterima kasih pada Ariel kerana tanpa bantuannya pasti dia masih lagi akan terikat dengan Zariel Nazmie dan juga majlis yang tidak akan pernah putus untuk dia hadiri itu. Biarpun masa depan mereka masih samar, Vee berdoa biarlah segala urusan mereka berdua di permudahkan dan mereka dapat menyelesaikan segala - galanya dengan cara yang lebih baik dan elok tanpa perlu menyakitkan hati sesiapa sahaja yang berada di sekeliling mereka berdua.
"Jom, teman I makan!"
"Ceh, awak makanlah sendiri"
"Amboi, bakal tunang sendiri nak ajak makan pun, U boleh reject mentah - mentah macam itu aje..." ujar Ariel sambil berpeluk tubuh di hadapan Vee yang kelihatan serius.
"Awak jangan nak melebih sangatlah, Encik Ariel oi ... we're just acting, remember?"
"I ingat! So kita acting lah lagi... jom, teman I makan. I dah lapar ni"
"Awak pergilah makan sendiri..."
"Please... atau U nak I dukung U?" Vee mencebik geram.
Dia terpaksa akur dengan Ariel yang lantas menarik tangan Vee untuk berlalu pergi. Vee sekadar melemparkan senyuman pada tetamu yang mengucapkan kata - kata tahniah kepada mereka berdua.... So much for acting!! Arggh... tangan tu jangan nak menggatal lebih pulak!