webnovel

BAB ENAM

Vee masih lagi belum bersiap. Dia masih tetap duduk menghadap cermin meja soleknya sambil bertongkat dagu di situ, sejak tiga puluh minit yang lalu. Dia sebenarnya berat hati untuk mengikut orang tuanya pergi ke majlis tersebut. Mahu sahaja dia mencipta alasan dengan berpura - pura sakit perut atau mendapat diarrhea, agar dia tidak perlu berada di sana malam itu. Pakaiannya juga sudah tersedia di atas katil dan hanya menunggu saat untuk di pakai sahaja.

Dress mini paras lutut berwarna hitam itu di pandang sepi. Dia sebenarnya malas hendak bergaya lebih dari yang sepatutnya. Bukannya dia tidak tahu akan niat sebenar orang tuanya yang mahu membawa dia pergi besama - sama dengan mereka ke majlis tersebut, malam itu. Penat duduk termenung, Vee akhirnya bangkit dari tempat duduknya dan menyarungkan mini dress tersebut. Dia melepaskan keluhan kecil sebaik sahaja melihat pakaian itu tersarung pada badan langsingnya. Wajahnya sekadar di tempel sederhana.

Rambut panjangnya di biarkan lepas selepas dia menggulung seperempat dari rambutnya, agar kelihatan lebih beralun secara natural berbanding hari - hari biasa yang mana dia gemar mengikat atau membuat messy bun. berpuas hati dengan keadaan dirinya malam itu, Vee berlalu ke ruang bawah untuk menemui papa dan mama yang pasti sudah lama menunggunya. Senyuman manis dan lebar kedua orang tuanya itu sekadar di balas biasa. Sesekali dia akan mencela atau menjawab pertanyaan papa atau mamanya yang sekadar berbual kosong untuk memenuhi ruang masa di sepanjang perjalanan mereka agar tidak bosan.

Di tempat yang lain, Ariel kelihatan segak dengan tuxedo nya. Dia kuntum senyuman nipis bila ibu dan ayahnya memuji penampilannya pada malam itu.

"Kalau semua sudah ada, elok kita bertolak sekarang. Pasti sudah ramai yang datang ..." ujar Datuk Sri Zainal sambil membuka pintu kereta.

Malam ini, dia yang akan membawa kereta dan bukannya Pak Jak. Dia mahu cuma mereka tiga beranak sahaja malam itu kerana ada sesuatu yang ingin dia bualkan dengan anak lelakinya itu mengenai majlis yang mereka hadiri malam itu, nanti.

Ariel hanya sesekali akan bersuara apabila dia di tanya atau menyuarakan pendapatnya bila dia berasa kedua orang tuanya itu seperti sengaja mahu dia bersetuju dengan apa yang bakal mereka lakukan ketika menghadiri majlis tersebut. Mendengar perbualan kedua orang tuanya itu juga membuatkan dia lepas keluhan kecil. Dia turut lepas keluhan bila setiap kali mereka berhenti di setiap lampu isyarat yang kadangkala cepat atau lambat.

Datin Sri Roqaiyah dan Datuk Sri Zainal berbalas pandangan bila mendengar keluhan kecil yang keluar dari mulut anak teruna mereka yang kelihatan tidak begitu selesa dengan topik perbualan mereka. Mereka tahu kalau Ariel memang tidak suka untuk menghadiri majlis sebegitu. Datin Sri Roqaiyah juga faham benar dengan sikap anak terunanya. Ariel tidak dapat mengelak dari menghadiri majlis sosial seperti itu pada masa - masa akan datang kerana perniagaan mereka bergantung kepada kehendak klien dan juga status serta keperluan sosial mereka.

Mahu tidak mahu, Ariel kena rajin meluangkan masa untuk menghadiri majlis sebegitu seawal yang mungkin untuk di jadikan sebagai rujukan pada masa akan datang. Datin Sri Roqaiyah tidak dapat mengelak dari turut melepaskan keluhan kecil bila melihat anak terunanya itu lebih suka melihat keluar kereta berbanding dengan mendengar isu perbualan mereka saat ini.

"Ariel, okey tak?" soal Datin Sri Roqaiyah sebaik sahaja mereka keluar dari dalam kereta.

Ariel sekadar angguk kepala perlahan. Suasana di dalam dewan ballroom kelihatan mulai hangat dan penuh dengan kehadiran ramai tetamu jemputan. Majlis meraikan ulangtahun perkahwinan Tan Sri Hamdan dan juga Puan Sri Liza di mulai dengan bacaan doa selamat sebelum majlis berubah mengikut tema majlis mereka pada malam itu, iaitu Casino Royals. Ariel cuba mencari kelibat orang yang dia kenali di sebalik wajah - wajah yang asing itu semua. Dia lepas keluhan hampa bila dia langsung tidak menemukan satu pun wajah yang dia kenali di situ.

Dia melonggarkan ikatan tali lehernya kerana rimas. Majlis baru sahaja bermula dan dia sudah mulai berasa bosan. Di sudut kirinya dia melihat ibu dan ayahnya sedang duduk berbual dengan beberapa orang kenalan mereka. Auntie Aisyah turut hadir bersama dengan suaminya dan mereka duduk di tempat yang agak jauh dari tempat Ariel berdiri pada ketika ini.

Kelibat anak gadis pasangan itu tidak pula kelihatan di dalam dewan tersebut. Mungkin dia tidak menghadiri majlis itu. Mana mungkin gadis tasteless seperti minah celup itu mahu menghadiri majlis seperti itu? Pasti dia lebih rela menghadiri majlis akhir tahun berbanding dengan party majlis pihak sosialis.

Perutnya yang berasa lapar juga membuatkan dia hilang mood untuk bersosial dengan golongan - golongan elit tesbut kerana baginya mereka semua cuma golongan kaya yang hipokrit yang hipokrit dan tidak menggambarkan sikap serta personaliti diri mereka yang sebenarnya setiap kali mereka menghadiri majlis seperti itu. Ariel menghampiri meja buffet yang menghidangkan pelbagai menu makanan dari timur dan juga barat.

Melihat hidangan yang beraneka macam dan rupa seperti itu membuatkan dia berselera. Moodnya turut berubah mendadak ceria apabila melihat hidangan pelbagai itu. Ariel memilih hidangan barat. Belum pun separuh dari makanannya habis, tiba - tiba ibunya muncul dengan senyuman lebar dan penuh makna. Melihat wajah ibunya ceria sebegitu membuatkan dia hilang selera serta - merta. Pasti ibunya sedang merancang sesuatu di belakangnya tadi sebab itulah dia kelihatan begitu gembira bercerita dengan wanita - wanita yang sebayanya di majlis itu.

"Jom, ikut Ibu kejap. Ibu nak kenalkan Riel dengan someone terlebih dahulu... makanan Riel tu letak aje dekat situ. Nanti Riel boleh ambil balik " ujar Datin Sri Roqaiyah seraya menarik lengan Ariel untuk berdiri dan mengikut jejak langkahnya.

Ruang ballroom yang sudah bertukar menjadi sebahagian dari ruang casino riuh bila ada pemainnya yang menjerit meraikan kemenangan mereka. Ariel sekadar geleng kepala melihat reaksi mereka yang seperti anak muda di majlis itu. Dia melemparkan senyuman sebaik saja melihat kelibat teman ibunya. Dia ketap bibir, seketika sebelum menerima huluran tangan dari wanita itu yang menggelarkan dirinya sebagai Datin Rosela.

"Inilah anak teruna aku...." ujar Datin Sri Roqaiyah dengan nada ceria, memperkenalkan Ariel.

"Wow! Handsome juga anak Datin Sri ni... I ingatkan anak cina mana yang U bawa tadi. Erm, nama U siapa, sayang?" Ariel sekadar tersenyum sumbing. Geli pula hatinya mendengar ayat yang muncul keluar dari mulut wanita sebaya dengan ibunya itu.

"Ish, U ni... anak U mana? Biar dia orang berdua aje yang berbual panjang nanti..." usul Datin Sri Roqaiyah tanpa berselindung.

Ariel memandang ibunya, minta penjelasan lanjut. Datin Sri Roqaiyah sekadar berbisik dan meminta dia untuk cuba mengenali anak gadis kenalannya itu, seperti selalu.

"Oh, iya. Hampir I terlupa pulak, Datin Sri... nasib baik U ingatkan I. Kejap ye sayang. Auntie panggil anak Auntie kejap" Lantas Datin Rosela berlalu meninggalkan Ariel dengan ibunya untuk seketika. Peluang itu di ambil oleh ibu Ariel untuk menjelaskan keadaan itu sepenuhnya kepada Ariel tanpa berselindung.

"Ibu tak akan paksa Ariel untuk buat keputusan terus. Tapi Ibu rasa tak salah kalau Riel kenal dengan anak Datin Rosela tu dulu... Dia pun cantik juga orangnya. Ibu yakin, Riel akan suka dengan dia nanti" Ariel terdiam.

Dia tidak tahu mahu menjawab apa dengan ibunya. Mahu tidak mahu dia terpaksa akur untuk mengikut rentak kedua orang tuanya malam itu. Tidak semestinya dia akan bersetuju 100 peratus dengan pilihan ibunya itu. Namun tidak semestinya dia juga akan menolak selepas mereka berdua bertemu nanti. Salah satu dari kemungkinan itu boleh terjadi malam ini. Tengok sajalah macam mana dia akan menguruskan anak gadis Datin itu nanti.

Seketika kemudian, Datin Rosela muncul dengan seorang gadis yang kelihatan cukup anggun, cantik dan seksi dengan gaun malamnya yang agak terdedah pada bahagian dada. Belahan pada sisi gaun itu juga membuatkan gadis itu kelihatan agak menjolok mata pada pandangan mata Ariel. Namun begitu, gaun itu memang cukup sesuai dengan keadaan tubuh badannya yang agak langsing dan ideal. Ariel menyambut huluran tangan anak gadis Datin Rosela itu dengan senyuman penuh makna.

Fiesyah Zeyha, sebaris nama yang cukup unik dan cantik seperti orangnya juga. Sikap terbuka gadis itu sepanjang perbualan mereka juga cukup mengejutkan Ariel. Fiesyah Zeyha bukan sahaja cantik, cerdik dan seksi, tapi dia juga cukup daring dari mana - mana anak gadis kenalan ibunya sebelum ini. Lentok tubuh Fiesyah Zeyha yang cukup menggoda dan manja membuatkan Ariel segan sendiri untuk duduk rapat dan berbual berdua dengan gadis itu. Walaupun Ariel membesar di luar negara tapi dia tidak mengharapkan wanita seperti itu untuk menjadi peneman hidupnya.

Setiap orang pasti akan berubah, tapi Ariel tidak yakin kalau gadis di hadapannya itu mahu berubah memandangkan gaya hidup sosialnya seperti kebanyakan gadis barat. Kalau dia di beri pilihan di antara Vee dan Fiesyah Zeyha, dia tidak akan teragak - agak untuk memilih minah celup itu.

Vee seorang yang cukup berahsia bagi pandangan Ariel, sementara Fiesyah Zeyha pula seorang yang out spoken dan straight forward dalam meluahkan kata - kata dan perasaannya sehinggakan Ariel terasa segan untuk meneruskan perbualan mereka. Ariel tidak memerlukan kekasih bila dia sudah berkahwin nanti. Apa yang dia perlukan ialah seorang isteri yang mampu memberikan sokongan, ketenangan dan juga kebahagiaan untuknya di samping melengkapi segala kekurangan yang ada pada diri masing - masing.

"I dengar U belajar dekat luar negara dulu. Kenapa U balik semula ke Malaysia?"

"Sebab ini tanah kelahiran I. Sebab itulah I balik. Kenapa U tanya I soalan macam tu? soal Ariel dengan kerutan di dahi. Fiesyah Zeyha sekadar kuntum senyuman manja, bersahaja sebelum menjawab pertanyaan Ariel itu.

"Tak ada apa - apa. I saja nak tahu. I pun membesar dekat luar negara juga! I suka duduk dekat oversea sebab keadaan dekat sana jauh lebih menarik berbanding di Malaysia.... I paling suka bila musim bunga. U tahukan Paris is the most romantic place in the world.... I sekarang ni, duduk dekat sana...." ujar Fiesyah Zeyha bangga. Reaksinya cukup jelas menunjukkan yang dia lebih suka berada di luar negara berbanding duduk di tanahairnya sendiri. Ariel tarik keluhan kecil.

"I suka suasana dekat Paris. Lebih - lebih lagi bila tiba waktu senja dan malam! U tak terfikir nak sambung study U dekat luar negara semula? Mesti seronok kalau kita dapat belajar di universiti yang sama nanti"

Huh? In your dream maybe... aku bukannya nak sangat pun duduk dekat luar negara tu....

Ariel sekadar menggelengkan kepalanya sambil tersenyum nipis. Dia tidak pernah terfikir walau sedetik pun untuk duduk bermastautin di luar negara. Baginya Malaysia jauh lebih cantik dan selamat jika di bandingkan dengan mana - mana negara di luar sana. Kalau setakat untuk pergi melancong atau atas urusan kerja, mungkin. Tapi untuk duduk menetap di sana, mungkin tidak. Malaysia tetap nombor satu di dalam hatinya.

Ariel cuba mencari peluang untuk melepaskan diri dari Fiesyah Zeyha. Dia malas mahu melayan karenah dan sikap mengada - ngada dari gadis itu yang jelas tidak langsung sesuai dan serasi dengan dirinya. Mata Ariel tertumpu pada hidangan raw food yang tersedia di meja buffet itu. Ariel tahu perutnya tidak akan dapat menerima hidangan mentah dan untuk itu dia lantas menelan oyster yang tersedia di situ agar dia dapat melarikan dirinya untuk seketika dari gadis itu.Perutnya yang mulai meragam memberiakan isyarat untuk dia pergi.

Di salah satu sudut yang lain, Vee tercari - cari akan kelibat papa dan mamanya yang tiba - tiba menghilang entah ke mana. Memang family chipsmore betullah! Baru aje kejap tadi ada dekat depan tu... sekarang dah hilang! Hurm.. baik aku blah dulu sebelum mereka datang balik! Yess... Mata Vee yang mulai tertumpu pada pintu dewan ballroom yang terbuka sedikit membuatkan dia tersenyum lebar. Sudah tiba masanya untuk dia melarikan diri dari majlis yang cukup membosankan itu.

Dalam dia berkira - kira sama ada untuk melangkah atau tidak, tiba - tiba namanya di panggil oleh papa. Vee lepas keluhan, hampa. Sekali lagi niatnya terbantut. Papa macam tahu - tahu saja kalau dia memasang niat untuk melarikan diri. Vee lantas di bawa untuk berkenalan dengan tuan empunya majlis yang mereka hadiri pada malam itu.

Tan Sri Hamdan dan Puan Sri Liza menyambut kehadiran Vee dengan senyuman mesra dan lebar. Anak kepada pasangan itu juga turut tidak ketinggalan, di perkenalkan kepada Vee. Zariel Nazmie kelihatan lagak seperti seorang peguam berbanding dengan ahli perniagaan yang berjaya. Dia juga suka membuat practical joke yang kadangkala langsung tidak terasa pun lucunya.

Pun begitu, Zariel Nazmie memang jauh lebih mesra jika di bandingkan dengan mana - mana anak kenalan papa atau mama yang pernah di perkenalkan kepadanya dahulu, yang mana mereka kelihatan cukup angkuh dan gah dengan status dan kerjaya mereka. Perbualan mereka agak ringan dan bersahaja serta banyak tertumpu pada kehidupan Vee sebagai seorang pelajar di kampus dan juga tugasan - tugasan pelik serta tidak masuk akal yang kadangkala di berikan oleh pensyarah.

Vee sesekali akan ketawa kecil dan tersenyum lebar bila lawak yang di buat oleh Zariel Nazmie menjadi. Setelah agak lama duduk melayan mereka berbual, Vee meminta diri untuk berlalu ke bilik air. Keadaan yang agak padat dengan bau haruman yang kuat dan pelbagai mulai menusuk tajam masuk ke dalam hidung Vee.

Dewan ballroom juga bising dengan suara para tetamu yang hadir yang turut berselang - seli dengan alunan muzik, sweet dance yang bersilih ganti juga membuatkan dia mahu segera meninggalkan ruangan itu dan mengambil udara yang lebih segar di luar.