webnovel

MY LITTLE PRINCESS

pertemuan semula mendatangkan banyak salah faham di antara mereka berdua. siapa yang dapat menyangka kalau lelaki yang di anggapnya sebagai musuh seterunya itu merupakan sahabat baiknya ketika kecil dahulu... wujudkah perasaan cinta di antara mereka? atau persahabatan mereka cuma hanya tinggal kenangan sahaja...

cupideclipse · Thanh xuân
Không đủ số lượng người đọc
39 Chs

BAB ENAM BELAS

Vee muncul dengan mengenakan baju kurung moden berwarna ungu. Rambutnya sekadar di ikat biasa dengan make up ala kadar, sekadar untuk menutup warna putih kulitnya yang pucat. Tidak ketinggalan Fiesyah Zeyha, turut menyerlah dengan busana mahalnya. Keluarga Hakimi dan Shakira turut hadir pada malam itu.

Mereka merupakan sebahagian dari kenalan rapat ibu bapa Ariel ketika zaman belajar dahulu. Siapa sangka ibu Shakira dengan Datin Sri Roqaiyah merupakan sahabat karib ketika zaman sekolah menengah dan ayah Hakimi serta ayah Shakira pula merupakan kawan seuniversiti dengan Datuk Sri Zainal dan sama - sama terlibat dalam pasukan bola sepak universiti ketika masih menuntut dulu.

Ariel kelihatan segak dengan seluar slack hitam dan juga baju kemejanya. Vee sempat berbalas senyuman dengan Ariel ketika mereka bertembung di pintu utama tadi. Shakira dan Ery Saffiyah pula hilang sebaik sahaja Vee keluar dari dalam bilik air. Kelibat mereka berdua langsung tidak kelihatan di sekitar laman mahu pun ruang tamu rumah. Begitu juga dengan kelibat Ariel dan Hakimi. Vee sempat bertegur dengan Fiesyah Zeyha sekejap, yang kebetulan sedang berada berdekatan dengan ruang buffet. Dia menikmati makanannya di dalam dapur.

Dia lebih selesa duduk di situ berbanding di laman rumah yang di penuhi dengan golongan lelaki dan wanita yang seusia dengan papa dan mamanya, yang pastinya punya agenda masing - masing. Hanya ada beberapa orang sahaja yang sebaya dengannya berada di majlis itu selain dari Ariel, Hakimi, Fiesyah Zeyha dan juga Ery Saffiyah. Saat Vee menyudahkan suapannya, Shakira tiba - tiba muncul dengan wajah seriusnya.

"We need your help!" ujar Shakira lantas menarik tangan Vee untuk mengikutnya, pergi.

Vee yang tidak sempat untuk bercakap apa - apa sekadar mengikut langkah Shakira dari belakang. Mereka masuk ke dalam sebuah bilik yang kelihatan tersusun rapi dan kemas. Kelihatan seperti bilik tetamu.

"Bilik siapa pulak ni, Shak? Kau main terjah masuk, suka hati kau aje... nan..." Vee berhenti bercakap bila melihat kelibat Ery Saffiyah berada di situ.

Ery Saffiyah melemparkan senyuman dan meminta Vee untuk duduk di sebelahnya. Ada perkara penting yang ingin mereka bualkan dengan Vee di situ, rahsia katanya.

"Apa sebenarnya masalah korang berdua ni? Serius semcam aje aku tengok. Apa yang aku boleh tolong?" Shakira dan Ery Saffiyah berbalas pandangan seketika.

Vee pelik melihat kedua - duanya yang kelihatan teragak - agak untuk memulakan bicara mereka. Masing - masing saling berbalas isyarat. Vee menggelengkan kepalanya. Dia tidak mahu terlibat dengan satu lagi pembohongan yang di reka oleh Shakira dan juga Ery Saffiyah. Sudah cukup dia membohongi papa dan mamanya sebelum ini.

"Please, Vee... penting sangat ni" ujar Shakira dengan riak wajah bersungguh - sungguh. Shakira dan Ery Saffiyah kembali berpandangan dengan bahasa isyarat yang Vee sendiri tidak pasti akan maksudnya.

Walaupun dia bingung melihat reaksi mereka berdua, dia tidak terus bertanya lanjut. Dia cuma perlu tahu mengapa mereka berdua memerlukan pertolongannya, sedangkan mereka berdua langsung tidak kelihatan seperti orang yang sedang menghadapi masalah besar.

"Yang sebenarnya bukan kami berdua, tapi Ariel"

"Ariel?! Apa pulak masalah dia? Cakaplah, aku dengar..." Shakira dan Ery Saffiyah mula bercerita.

Vee sekadar tersenyum sumbing. Masalah lelaki itu sepatutnya tidak ada kaitan dengan dirinya dan dia juga tidak perlu untuk bersusah payah mahu menolong Ariel. Kalau betul Ariel memerlukan pertolongannya, mengapa dia sendiri tidak bercakap terus - terang tadi. Kenapa perlu melibatkan Shakira dengan Ery Saffiyah? Pasti Hakimi turut terheret sama dalam masalah itu juga. Sebab itulah kelibat mereka berempat tiba - tiba hilang dari laman tadi. Vee lepas keluhan berat.

"Cakap ajelah Shak! Bukannya perang dunia nak meletus pun kalau kau cakap dekat aku..." ujar Vee mulai geram.

Shakira ukir senyuman tipis. Dia mula bercerita mengenai cadangan Datuk Sri Zainal, ayah Ariel yang mahu menjodohkan Ariel dengan Fiesyah Zeyha. Menurut Shakira lagi, Ariel perlu membuat keputusan sebelum ayahnya menerima Fiesyah Zeyha dan memutuskan untuk mengumumkan pertunangan mereka berdua pada malam itu. Vee yang mulai faham akan situasi sebenar menganggukkan kepalanya.

"Aku tak nampak pun apa masalah Ariel dekat situ. Bukankah dia dengan Fiesyah memang rapat selama ni?" Ery Saffiyah pantas menafikan hubungan abangnya dengan Fiesyah Zeyha. Mereka berdua memang rapat tapi Ariel langsung tidak ada menyimpan perasaan apa - apa terhadap Fiesyah Zeyha.

"Keluar biasa - biasa aje bukannya dating pun!" tambah Shakira dengan nada jelek. Vee paggung dagu di tempat duduknya.

Dia sendiri tidak tahu mahu berbuat apa untuk membantu Ariel menyelesaikan masalahnya itu. Dia memandang Ery Saffiyah dengan Shakira bersilih ganti. Kedua gadis itu sedang merenungnya penuh makna.

"Apa kata kau berlakon jadi makwe Ariel?"

"Hell no!! Even for acting sekali pun... aku dengan Ariel is impossible! Shak... kau jangan main sumbat muat suka hati kau aje... Aku baru aje baik dengan dia hari ini tau. No way! Sorry to say that, Ery. Akak tak akan berbohong dengan papa dan mama, Akak semata - mata nak selamatkan Along Ery" balas Vee dengan riak tidak puas hatinya.

Shakira ingat senang untuk dia berlakon di hadapan papa dan mama? Sedangkan petang tadi, dia seperti mahu terhenti bernafas di hadapan papa, menjawab soal hubungannya dengan Ariel. Inikan lagi mahu menjadi kekasih kepada lelaki itu? Pasti papa tidak akan bersetuju. Papa dan mama sudah pun memilih calon menantu mereka sendiri.

Vee tahu papa dengan mama memilih Zariel Nazmie untuknya. Apatah lagi sekarang, Zariel Nazmie semakin kerap menghubunginya dan mengajaknya keluar bersama - sama. Melihat reaksi papa dan mama yang kelihatan gembira dan ceria setiap kali Zariel Nazmie datang bertandang ke rumah juga, membuatkan Vee yakin yang lelaki itu bakal di jadikan sebagai calon suaminya selepas saja dia habis kolej nanti.

Sedang mereka duduk termanggu melayan perasaan sendiri, Hakimi tiba - tiba muncul di situ. Dia turut meminta Vee bersetuju untuk berlakon sebagai kekasih Ariel pada malam itu dan meyakinkan ibubapa Ariel yang mereka berdua betul - betul ada hubungan. Hakimi turut mengatakan yang Ariel langsung tidak pernah ada perasaan terhadap Fiesyah Zeyha kerana dia sudah pun mencintai orang lain terlebih dahulu. Kata Hakimi, Vee tahu apa yang dia maksudkan dan dia berharap sangat agar Vee dapat membantu Ariel untuk menyelesaikan masalahnya itu.

"Lepas aje acara malam ni selesai, Ariel akan berterus terang dengan keluarga dia. Dia cuma tidak mahu melibatkan Datuk Arshad sekeluarga terlebih dahulu sebab itulah dia perlukan pertolongan kau, Vee" terang Hakimi lagi.

Vee diam. Dia pun sebenarnya berada dalam situasi yang sama dengan Ariel. Dia sendiri tidak punya perasaan terhadap Zariel Nazmie dan dia juga perlukan alasan yang cukup kuat untuk membatalkan hasrat orang tuanya itu. Tapi cara pemikiran orang tuanya agak kritikal dan praktikal. Pemikiran mereka di kategorikan sebagai old school. Pasti berjela soalan yang akan mereka persoalkan dan mereka juga tidak akan berpuas hati selagi mereka tidak mengetahui perkara yang sebenar.

Petang tadi dia baru sahaja mengatakan hubungannya dengan Ariel cuma sekadar teman biasa dan mereka baru saja berkenalan di antara satu sama lain. Dan sekarang Hakimi, Shakira dengan Ery Saffiyah mahu dia berlakon sebagai kekasih Ariel? Pasti papa akan mengamuk besar kalau tahu dia berbohong mengenai status hubungan mereka yang sebenarnya. Silap haribulan papa akan terus menikahkan dia dengan Ariel malam itu juga.

"Ariel janji akan berterus terang dengan papa dan mama kau juga, Vee. Dia cuma mahu selesaikan soal Fiesyah dengan keluarganya malam ini dengan cara yang lebih baik. Aku harap kau faham dan sudi untuk tolong Ariel" Vee pening kepala. Dia meraup wajahnya, tidak percaya dengan apa yang sedang di dengarnya dari mulut Hakimi, Shakira dan juga Ery Saffiyah.

"Aku takut bukan Ariel saja yang akan dapat masalah, aku pun macam itu jugak! Silap haribulan aku dengan Ariel akan kahwin for real, okay. No more acting after all this.... korang ingat parents aku macam parents korang?....

Cara pemikiran mereka berdua tak sama dengan cara pemikiran parents korang tau. Aku dan Ariel sendiri ibarat api dengan gas. Leaking sikit je, pasti akan meletup macam bom atom! Aku tahu niat baik korang, tapi korang nakkah tengok aku dengan Ariel bergaduh setiap hari? Korang takkan muak tengok kami bertegang urat setiap hari? Boleh??" ujar Vee menjelaskan keadaan sebenar antara dia dengan Ariel kepada Hakimi, Shakira dan juga Ery Saffiyah.

Biar ketiga mereka faham. Mereka cuba untuk berbaik pun sebab tidak mahu menjejaskan hubungan keluarga mereka yang kebetulan saling mengenali di antara satu sama lain itu. Selain hubungan mereka sebagai jiran. Walaupun pada hakikatnya mereka masih lagi tidak berpuas hati dengan keputusan itu.

"Tapi tidak salahkan kalau kita cuba?" ucapan Hakimi itu membuat Vee terdiam.

Really?? Try? Please lah... nak aku buat macam mana lagi kalau Ariel sendiri yang cakap yang dia tu tengah cari dan tunggu little princess dia muncul... dan sekarang korang nak aku tolong settlekan masalah dia pulak? Kalau pun Ariel berterus terang nanti, korang ingat papa aku akan percaya? Papa akan terima dengan senang hati lepas dia buat pengumuman mengenai hubungan kami berdua depan orang ramai, macam tu?...

Waaa... korang terang - terang nak aku jerut leher sendiri depan papa dan mama sebab nak selamatkan Jepun sesat tu?? Huhu... berlakon jadi makwe dia! Wow!!! How fascinating guys... Habis tu... kalau semua berjalan lancar and tiba - tiba dia jumpa dengan little princess tu nanti, macam mana? Tell me?? Mesti korang nak aku berundurkan... sebab dia dah lama cari minah tu!! Korang cakap memanglah senang sebab bukan korang yang akan rasa. Arggh! Dammit, Ariel!!

"Jahat sangatkah Ariel pada pandangan kau, Vee?" Vee tersentak dari lamunan panjangnya. Dia menggelengkan kepalanya.

"Aku tak cakap macam itu pun, Kimi. Cuma kami memang tidak serasi. Aku takut kalau aku setuju, aku pulak yang tersangkut dalam masalah yang sama dengan Ariel. I already had someone in my life too. Korang tak perlu tahu dia siapa atau bagaimana aku jumpa dengan dia atau dekat mana dan bila semua ini berlaku...

yang penting aku sudah ada pilihan hati aku sendiri. Shak, Kimi, Ery... aku harap sangat korang faham dengan situasi aku juga. Bukan aku tak nak tolong Ariel, tapi aku memang tak mampu nak bantu dia sebab aku sendiri pun ada masalah yang sama. Aku tak akan sia - siakan penantian aku selama ini semata - mata nak selamatkan hubungan Ariel. I just can't... sorry. Aku harap korang faham" balas Vee panjang lebar.

Lantas dia bangkit dan terus melangkah pergi meninggalkan Hakimi, Shakira dengan Ery Saffiyah diam dan bersoal jawab sendiri. Sempat juga dia mengerling, melihat wajah ketiga - tiga mereka yang kelihatan suram dan kecewa dengan keputusannya itu. Vee membuka daun pintu bilik dan menapak keluar. Namun sesuatu yang tidak di jangkakannya telah berlaku, pada saat dan ketika itu.

Matanya terbuka luas, memandang wajah yang sedang berada begitu dekat dengan wajahnya. Degup jantungnya menjadi tidak menentu. Wajahnya tiba - tiba terasa panas dan tebal. Shakira, Ery Saffiyah dan juga Hakimi, yang menjadi saksi kejadian itu turut terlopong besar. Masing - masing menekup mulut mereka, tidak percaya dengan apa yang sedang berlaku di hadapan mereka ketika itu. Vee pantas menolak tubuh Ariel ke tepi.

"I gotta go!!..." Vee pantas berlari anak menuruni anak tangga.

Setibanya di tingkat bawah dia berpura - pura tenang dan menguntum senyuman bila ada yang sedang memandangnya. Vee mencari jalan keluar. Dia mahu keluar dari rumah itu secepat yang mungkin. Dia tidak mahu bertembung dengan Ariel sekali lagi. Degup jantungnya juga betul - betul membuat dia sesak nafas.... Ya ALLAH, mana pulak pintu rumah ni? Owh... Alhamdulillah, I found it!!..... Vee pantas mengatur langkahnya untuk berlalu pergi.