Di meja makan kelihatan papa, mama dan Ariel sedang berbual rancak tanpa sedikit pun kelihatan canggung di antara mereka. Vee senyum lebar melihat keakraban suaminya dengan papa dan juga mama. Dia lega kerana mengambil keputusan untuk menerima Ariel sebagai suami. Melihat pada cara suaminya berbual dengan papa dan mama, dia tahu dia sudah membuat papa dan mamanya bahagia dan gembira dengan keputusannya itu.
Vee lantas mengambil tempat duduk bersebelahan dengan suaminya. Dia turut melemparkan senyuman kepada papa dan mama yang turut kuntum senyuman penuh makna kepadanya. Mak Bibah yang turut tersenyum melihatnya juga sekadar di balas dengan kenitan mata nakal oleh, Vee.
"Sudah rancang nak berbulan madu dekat mana?" soal Tuan Victor Hashim dengan wajah seriusnya seperti selalu.
"Belum lagi, Papa. Lagipun abang Riel masih banyak urusan yang tertunda dengan Syarikat Megah. Sekarang ni pulak, Zariel masih out station lagi… next week dia baru ada.."
"Betul tu, Pa. Riel masih banyak urusan lagi dengan company Zariel. Soal honeymoon ni, rasanya kami kena tangguh sikit lagi kot … lagipun kami masih tak fikir nak ke mana lagi untuk honeymoon nanti…"
"Kenapa tidak bincang dengan Tan Sri Hamdan, terus? Kan senang kalau Riel bincang dengan Tan Sri Hamdan tu, dapat jugak pergi berbulan madu awal sikit…" kening Vee bertaut mendengar kata - kata papanya.
Dia mengerling suaminya yang hanya ketawa mendengar kata - kata papa...
Hai Pa, Takkan dah tak sabar nak jadi grandparents kot? Humm, papa ingat baby tu macam belonkah? Asal tiup aje terus membesar macam tu... Kita baru je nak merasa hidup sebagai isteri orang. Papa pulak dah tak sabar nak kita jadi ibu untuk cucu dia. Hurm.. Ariel pun sama jugak. Asyik setuju dengan semua kata - kata papa dan mama. Hai...
"Memang Riel ada terfikir jugak nak buat macam tu, Pa. Tapi projek dekat Sepang tu, Zariel yang handle 100 %. setiap keputusan yang di buat pun kena melalui dia juga. Tan Sri Hamdan memang tidak ada kuasa untuk masuk campur dalam projek tu…"
"Bagus! Muda - muda lagi sudah pandai nak handle bisnes. Elok bina empayar masa kita masih muda lagi ni, Riel. Fikiran pun masih lagi waras dan fizikal kita pun masih lagi kuat dan cerdas…. Pendek kata bila kita sudah tua nanti, bolehlah kita duduk berehat jaga cucu - cucu pulak! Biar anak - anak pula yang uruskan semuanya nanti. Betul tak apa yang Papa cakap ni, Riel?" Ariel mengiyakan kata - kata ayah mertuanya.
Kalau boleh dia pun mahu berbuat begitu juga. Membina empayar perniagaannya saat dia masih lagi muda dan kuat.
"Papa bukannya apa, Riel, Vee … kalau boleh Papa nak Riel dengan Vee cepat - cepat menimang cahaya mata.." mahu terhambur keluar nasi goreng yang berada di dalam mulut Vee saat itu, akibat terkejut dengan kata - kata yang tidak di duganya keluar dari mulut papanya pagi itu.
Dia cepat - cepat meneguk air bagi memudahkan nasi memasuki ruang kerongkongnya yang hampir - hampir tersumbat di buat oleh kata - kata papanya tadi...
Memang komander bintang tiga betullah papa ni! Orang baru aje kahwin semalam, dah start nak cakap soal baby pulak pagi ni. Kalau ianya pun papa dan mama nak sangat jadi datuk dan nenek, tunggulah tiga atau enam bulan, lepas kita kahwin. Ugh! Jepun sesat ni pun sama... Asyik iya, iya, iya saja dari tadi. Humm... memang payah nak beralasan lagilah kalau dah macam ni jawabnya.
Tapi tak semestinya aku kena ikut dengan semua pilihan mereka..... aku sendiri pun belum cukup bersedia nak jadi ibu lagi. Tapi kalau sudah rezeki, mahu tidak mahu aku kena jugak bersedia dari sekarang!?
"Usia Papa dengan mama pun bukannya makin muda lagi. Entah besok, entah lusa … sudah tidak ada lagi dah. Vee inilah, satu - satunya anak yang Papa dengan mama ada. Tahu kenapa?"
"Kenapa, Pa?" soal Ariel membuatkan Vee mencebik, geram memandang suaminya.
Nampak gayanya semakin panjang lagilah cerita papanya nanti. Wajah ceria papa dengan mama memang tidak dapat di nafikan pagi itu. Mereka kelihatan begitu teruja berbual soal cucu di hadapan anak dan menantu mereka.
"Sebab Papa dengan mama terlalu sibuk hendak kejar benda lain sampai terlupa dengan keluarga sendiri. Nasib baik dapat seorang. Kalau tidak, alamat tidak beranaklah Papa dengan mama… Mahu ambil anak angkat pun bukan senang sekarang ni. Tanggungjawab kita kepada anak - anak yatim macam itu bukannya boleh di ambil sambil lewa. Banyak yang kita kena fikirkan terlebih dahulu sebelum mengambil mereka dan membela mereka seperti anak kita sendiri … kita pun kenajuga tahu asal usul keturunannya jugak!" balas Tuan Victor Hashim panjang.
Vee memandang papa yang tersenyum lemah. Mama yang berada di tepinya lantas menepuk bahu papa lembut. Pasti banyak dugaan yang sudah mereka lalui bersama sebab itulah papa dengan mama masih lagi kelihatan bahagia dan mesra sehingga sekarang.
"Elok beranak ramai ni Vee, Riel. Hidup kita pun akan bertambah lebih erat dan mesra dengan kehadiran anak - anak. Masa kecik - kecik memanglah susah sikit nak bergerak ke sana kemari, tapi In Shaa Allah…. Bila mereka sudah mulai dewasa kelak mereka tidak akan menyusahkan kita lagi. Yang penting kita sebagai ibubapa tahu macam mana hendak mencorakkan hidup dan keperibadian anak - anak kita semasa mereka masih kecil lagi dengan menjadikan diri kita sebagai contoh yang terbaik untuk mereka….
Bila mereka sudah dewasa dan punya kerjaya serta keluarga sendiri nanti.... duduk jauh dari kita, masa itulah kita akan berasa sunyi semula. Tapi bila sesekali duduk berkumpul, ramai - ramai suasana akan jadi riuh dan meriah di buatnya. Tidak macam Mama dengan papa ni, nanti.. Besok lusa, Vee dah nak pindah ikut suami. Hanya tinggal mama dengan papa berdua ajelah duduk dalam rumah besar ni…" Vee bangkit dari tempat duduknya.
Dia lantas memeluk erat kedua orang tuanya. Dia tahu papa dengan mama pasti berat hati mahu melepaskannya pergi. Maklum sajalah dialah satu - satunya anak yang mereka ada, tempat mereka bermanja dan bergantung harap. Kalau Vee tiada, dengan siapa lagi mereka mahu mengadu suka, duka dan sakit, sihat mereka kelak.
"Mama dengan papa jangan risau. Vee janji tidak akan tinggalkan mama dengan papa jauh - jauh. Paling jauh pun Vee pindah keluar, cuma dekat sebelah rumah kita ni aje. Vee masih lagi boleh jenguk papa dengan mama tiap hari, siang dan malam. Iya tak, bang?" Ariel angguk, pasti.
Puan Aisyah kuntum senyuman lebar. Pipi gebu anak tunggalnya itu menjadi sasarannya.
"Eloklah kalau itu kata Vee. Tapi ingat, Papa dengan mama nak cucu!" Vee menarik muncung panjangnya semula.
Agaknya papa dengan mama sudah kehabisan topik lain lagi untuk mereka bualkan pagi - pagi itu. Kerana mereka begitu asyik dengan perkataan cucu, cucu, cucu.....
Hai....Kalau saja ianya sesenang ABC, hari ni juga kita sanggup mengandung tau! Janji papa dengan mama bahagia. Jangankan Lautan Atlantik... Kutub Utara sekalipun kita sanggup buat apa saja untuk papa dengan mama... hehehe, huhuhu... macam berani! But seriously. I wish I could!
"Papa dengan mama jangan risau. Riel janji, papa dengan mama akan dapat cucu setahun sekali lepas ni!" balas Ariel berseloroh. Vee buntang mata mendengar kata - kata suaminya.
"Kalau macam itu, elok juga abang mengandung sekali. Bolehlah kita dapat dua sekali terus.." ujar Vee berlelucon di hadapan keluarganya yang sekadar ketawa mendengar kata - kata tidak masuk akalnya itu.
"Hahaha, good idea! But the main problem is abang tidak boleh nak mengandung, so abang harap sayang boleh bersedia lepas ni…" muncung Vee semakin menjadi - jadi dengan usikan suaminya.
Ariel, papa dengan mama ketawa puas pagi itu. Sarapan mereka juga riuh dengan usikan dan gelak tawa di antara mereka semua.
"Garenti, next year kita jadi granny!" bisik Tuan Victor Hashim gembira, penuh harapan di telinga isterinya.
Puan Aisyah angguk setuju dengan kata - kata suaminya. Dia turut gembira melihat pasangan suami isteri baharu itu bergurau senda. Besar harapannya untuk melihat mereka bahagia sampai bila - bila.
Empat bulan sudah berlalu, Vee hanya akan datang ke pejabat dua kali dalam sebulan. Itu pun kalau ada keperluan untuk dia datang, barulah dia akan muncul di pejabat. Kalau tidak dia hanya akan duduk di rumah dan membuat kerjanya dari rumah sahaja. Dia buat semua itu pun kerana menghormati keputusan suaminya yang mahukan dia menumpukan sepenuh perhatiannya kepada rumahtangga mereka. Hubungannya dengan Ariel juga semakin pulih. Alhamdulillah, tidak ada lagi wajah masam dan juga perang mulut yang terjadi di antara mereka sebaik sahaja mereka bergelar suami isteri sekarang.
Ariel sendiri turut menumpukan sebahagian dari perhatiannya terhadap rumahtangganya yang baru sahaja berusia empat bulan itu. Urusannya dengan Zariel mengenai projek di Sepang juga sudah hampir selesai, hanya tinggal menunggu perjanjian di antara mereka berdua di tandatangani sahaja. Kini yang tinggal cuma urusan bulan madu mereka sahaja lagi yang masih tertangguh.
Shakira dengan Hakimi pula hanya tinggal menghitung hari sahaja lagi untuk menanti detik kelahiran cahaya mata pertama mereka. Ariel kuntum senyuman. Dia bersandar pada bangku pengarah syarikat miliknya sekeluarga itu penuh rasa bangga. 'Global Properties' tertubuh melalui perkongsian syarikat milik ayahnya dan juga bapa mertuanya. Syarikat itu sudah beroperasi selama dua tahun, semenjak dia dengan Vee masih bergelar tunang lagi.
Waktu itu Vee memegang jawatan sebagai penolong pengarah dan selaku orang yang kedua bertanggungjawab di dalam menguruskan soal berkaitan syarikat mereka yang di terajui oleh ayahnya, Datuk Sri Zainal. Sebaik sahaja Vee bergelar isteri, dia hanya membenarkan Vee datang menjenguk sekali sekala ke pejabat.
Itu pun kalau kehadiran isterinya di perlukan disitu. Kalau tidak, dia lebih suka dan selesa isterinya berada di rumah dan menguruskan urusan rumahtangga mereka sepenuhnya. Dia tidak mahu membebankan isterinya dengan dua tanggunjawab yang cukup besar dalam masa yang sama sehingga boleh menjejaskan hubungan mereka berdua sebagai suami isteri.
"Encik Ariel, Datuk Sri on line.." lamunan panjang Ariel terganggu sebaik sahaja suara setiausahanya, Hilda berada di corong interkom memberitahunya mengenai panggilan ayahnya yang sedang berada di dalam talian.
Tanpa perlu berfikir panjang, Ariel meminta panggilan tersebut di sambungkan terus ke biliknya. Lama juga dia berbual di dalam talian dengan ayahnya. Langsung tidak timbul soal kerja mahupun keadaan syarikat mereka dalam perbualan mereka kali itu.
Perbualan mereka hanya berkenaan brochures berbulan madu yang di bawa oleh ayahnya dari pusat pameran pelancongan yang sedang berlangsung di PWTC, yang banyak menyediakan pelbagai bentuk package percutian yang menarik dan berpatutan.
Ayahnya turut mencadangkan beberapa negara yang sesuai untuk dia lawati dengan isterinya pada pertengahan atau penghujung bulan oktober nanti. Selepas selesai berbual panjang dengan ayahnya di dalam talian, Ariel bangkit dari tempat duduknya. Dia mencapai kot serta beberapa fail penting di atas mejanya sebelum bergerak keluar.
"Hilda, I balik dulu. Kalau ada sesiapa yang call, just take a note and leave it on my desk" Hilda angguk faham.
Kalau saja bossnya itu bukan suami orang, dia sudah mencuba sedaya upayanya untuk memikat wajah tampan itu. Tapi sayang peluang keemasannya itu sudah pun terlepas. Majikannya itu sudah pun mendirikan rumahtangga. Isterinya juga bukanlah calang - calang wanita.
Wajah isteri majikannya itu cukup sempurna dan cantik. Malah dia memiliki wajah seperti wanita Scandinavian yang tinggi lampai dan mempunyai kulit wajah yang putih bersih. Sekali pandang wajah isteri majikannya itu ada iras - iras dengan pereka fesyen wanita yang berasal dari Rusia.
Hilda terlupa siapa nama wanita cantik itu, tapi dia memang akui yang wajah wanita itu seiras dengan wajah isteri majikannya. Dia bukan sahaja cantik, tapi isteri majikannya itu cukup sopan dan baik hati orangnya. Hilda sendiri suka berbual dengan isteri majikannya kalau dia berada di dalam pejabat.
Hurm, patut sangatlah big boss selalu nak balik rumah. Wife dia bukan saja cantik... dia juga pandai masak. Sebab itulah boss tak nak makan dekat mana - mana. Hai, bertuah badan kalau dapat suami atau isteri macam boss aku tu! Aku juga yang melepas..
Teringat kali pertama dia memegang jawatan sebagai setiausaha sementara Ariel. Ketika itu dia menggantikan tempat Kak Juhara yang kebetulan sedang mengambil cuti bersalin selama empat bulan. Dia ingatkan wanita itu bukan isteri majikannya pada ketika itu, sehingga dia mula menanam angan - angan untuk memikat Ariel dalam diam.
Dia bukannya tidak tergolong dalam golongan wanita yang menarik. Dia mampu untuk menggoda sesiapa sahaja dengan kecantikannya dan juga tutur bicaranya yang tampak jauh lebih seksi dan menggoda. Tapi dia mengaku kalah dengan isteri majikannya itu. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tidak ada siapa yang tahu. Pasangan majikannya itu memang nampak sesuai dan secocok bila bersama. Dia sendiri mencemburui mereka berdua, dan berdoa agar dia pun bakal menemui jodoh sebaik dan sekacak majikannya itu.
Kini angan - angannya sudah pun di buang jauh - jauh. Dia tidak lagi menyimpan angan - angan terhadap majikannya itu. Sekarang dia hanya mahu menumpukan sepenuh perhatiannya terhadap kerja yang dia pegang sekarang. Bukan senang untuk dia berada disitu. Ikutkan selepas tamat cuti bersalin, Kak Juhara akan kembali sebagai setiausaha Ariel dan dia akan kembali semula berada di kelompok pekerja bawahan di HRM sebagai kakitangan biasa.
Namun keputusan isteri majikannya untuk menempatkannya disitu sebagai setiausaha tetap dan memindahkan Kak Juhara sebagai penolong juru audit di sambut baik oleh majikannya itu, dan dia kekal sebagai setiausaha kepada Ariel sehingga kini. Peluang yang dia ada tidak mungkin akan di persia - siakan begitu sahaja. Bunyi deringan telefon menyentak lamunan panjang Hilda. Dia lantas menepuk pipinya beberapa kali, agar tidak bermimpi di siang hari. Panggilan telefon di angkat dengan nada yang lebih serius dan bersahaja.
"Ya, Encik Zariel… anything to add, sir?"