webnovel

BAB DUA PULUH LAPAN

Selepas selesai solat zohor, majlis akad nikah di langsungkan di rumah pengantin perempuan dan hanya dengan sekali lafaz sahaja, Vee sah bergelar isteri kepada Ariel. Suasana cukup meriah dan riuh sekali saat acara membatalkan air sembahyang berlangsung. Singgah satu kucupan halus pada dahi Vee yang tertunduk menahan sebak yang mulai melandanya.

Ucapan selamat juga turut tidak lekang dari mulut sanak saudara serta sahabat andai mereka yang hadir memeriahkan lagi majlis perkahwinan mereka berdua hari itu. Vee dengan Ariel menyapa semua tetamu yang hadir dengan penuh mesra dan ramah. Hakimi dengan Shakira turut tidak ketinggalan dalam majlis bersejarah kedua teman baik mereka itu. Melihat senyuman lebar kedua pengantin membuatkan mereka berbalas pandangan, bahagia.

Majlis berakhir sebelum waktu solat maghrib, jauh lebih awal dari apa yang Vee harapkan. Majlis sambut menantu pula akan di adakan selepas papa dan mama Vee balik dari mengerjakan umrah bulan hadapan. Vee yang duduk bersendirian di dalam bilik pengantin yang di hias indah itu mulai berasa gemuruh, dia resah menunggu kehadiran Ariel. Ariel pula pasti masih lagi sibuk membantu papa menyelesaikan urusan khemah dan katering yang turut sibuk mengemas barang - barang mereka di bawah.

Vee semakin gementar, dia tidak tahu mahu berbuat apa. Menunggu di dalam bilik itu seorang diri, membuat dia berasa rimas dan tidak selesa. Lantas dia bangkit dan menukar pakaiannya. Baju tidur berlengan panjang dengan seluar dari rona, warna lembut di kenakan pada tubuhnya yang lampai keletihan dan gundah, malam itu. Telefon bimbitnya berbunyi, nama Shakira terpamer pada skrin telefon bimbitnya.

Vee lantas menjawab panggilan temannya itu dan melayan perbualannya di dalam talian, sekadar untuk membuat dia berasa tenang sedikit saat itu. Dia juga segan untuk turun ke ruang bawah, malu kalau - kalau Mak Bibah dengan mama akan menguskinya nanti.

Pasti kedua wanita itu masih lagi sibuk di dapur. Vee cuba membuang fikiran yang bukan - bukan dari mindanya. Dia kembali fokus dengan perbualannya bersama Shakira di dalam talian. Usikan Shakira yang tidak henti - henti juga membuat Vee malu sendiri. Terasa pipinya panas, tiba tiba.

Vee terkejut bila, Ariel secara tiba - tiba merangkulnya kejap dari belakang dan mengucup belakang tengkuknya tanpa dia sedari. Badannya menjadi seram sejuk. Dia kaku di tempat duduknya. Kata - kata manis yang terluah dari mulut suaminya itu iuga membuatkan dia hilang tumpuan terhadap perbualannya dengan Shakira. Lantas Vee menamatkan perbualannya sebelum Shakira mulai mendengar yang bukan - bukan di dalam talian.

"Got to go, Shak. In Shaa Allah, aku call kau nanti…"

"Okey! Good luck my friend..... fighting!" ujar Shakira sambil tergelak besar di dalam talian.

Vee ketap bibir. Dia di serbu perasaan malu tiba - tiba. Wajahnya di rasakan merah padam saat itu.

"Sayang cakap dengan siapa tadi?"

"Ah?… Er, dengan Shak!" balas Vee dengan nada gemuruhnya.

Pelukan Ariel yang semakin kejap dengan luahan kata - kata cinta yang sarat dari mulut suaminya itu membuatkan dia sukar untuk meloloskan diri dari dalam dakapan kasih Ariel.

"Riel…"

"Shh…" serta - merta jari telunjuk Ariel menahan bibir Vee dari meneruskan bicaranya.

Pandangan mata mereka bertemu dan senyuman penuh makna dari Ariel itu di fahami, Vee. Tapi dia perlu meredakan perasaan gemuruhnya terlebih dahulu sebelum dia merelakan segalanya.

"I need to get something, first..... please" Ariel cuba menahan tawanya dari keluar.

Dia sekadar menguntum senyuman lebar, memahami situasi dan keadaan isterinya saat itu. Dia sendiri pun berasa gemuruh juga. Hanya tuhan sahaja yang tahu apa yang sedang dia rasakan saat itu. Ariel menarik tangan isterinya untuk kembali duduk semula. Pasti Vee cuba untuk mengelak darinya lagi. Dia merenung tepat ke dalam anak mata bundar isterinya, yang cuba untuk mengelak dari membalas pandangan matanya.

"Vee haus! Err … boleh tak kalau Vee pergi bawah kejap…" Ariel kembali kuntum senyuman. Genggamannya masih belum di leraikan lagi.

"Boleh, but with one condition…" lantas Ariel membisikan sesuatu ke telinga isterinya.

Kata - kata yang penuh bermakna dan syahdu itu hampir - hampir membuat Vee cair dalam dakapan hangat suaminya. Vee lantas bingkas bangun dari tempat duduknya. Lagi lama dia disitu lagi banyak yang dia dengar nanti.

"Jangan lama sangat tau. Abang tunggu, sayang" Ariel lantas mengucup dahi isterinya sebelum membenarkan Vee berlalu pergi.

Vee menarik nafas dalam sebelum mengatur langkahnya menuju ke ruang dapur. Pandangan mata dan senyuman meleret dari Mak Bibah membuat Vee di serbu rasa malu dan segan yang teramat. Begitu juga dengan pandangan mamanya yang tersenyum penuh makna....

Arggh... ni mesti tengah fikir soal itulah ni! Hurm, korang ni kan! Ugh, rimaslah Ma, asyik renung kita macam tu... Mak Bibah pun sama! Dua kali lima dengan mama jugak... Urm.

"Err, Vee nak ambil air. Vee haus!" ujar Vee selamba dengan lagak bodohnya sambil membuka pintu peti sejuk untuk mengambil air sejuk.

Mama pantas menegah dan meminta Vee untuk minum air suam. Kata mama minum air suam lagi elok, nanti tidaklah terkejut sangat nanti, bisik mama nakal ke telinga Vee yang tersenyum lucu mendengar kata - kata mamanya. Macam - macam yang di katakan oleh mama dan juga Mak Bibah kepadanya.

Vee yang banyak tersenyum, geli hati mendengar bicara kedua wanita itu. Dia turut menggelengkan kepalanya, lucu mendengar pelbagai bentuk petua yang di berikan oleh mereka berdua. Sehinggakan dia pecah ketawa di buat mereka berdua, di dapur...

Nonesense! Pulak! Sampai kesitu?...

Vee berdiri di depan pintu bilik dengan perasaan yang belum juga surut - surut lagi. Dia menarik nafas dalamnya beberapa kali. Bayangan Aloy di tepis jauh - jauh dari ruang fikirannya. Dia harus merelakan semuanya dan menerima Ariel di dalam hidupnya sepenuh hati. Sudah menjadi fitrahnya sebagai seorang isteri, untuk menjalankan tanggungjawabnya yang satu itu untuk suaminya.

Dia membuka pintu bilik perlahan - lahan. Kelihatan suaminya sedang bersandar pada birai katil mereka sambil membelek majalah bola. Vee menghampiri suaminya yang mengukir senyuman, takala melihatnya masuk. Huluran tangan suaminya di sambut dengan penuh berhati - hati. Vee akhirnya rela dalam pelukan hangat Ariel buat kali pertama.

Vee masih lagi menadah tangan meminta doa selepas selesai menunaikan solat subuh berjemaahnya dengan Ariel untuk kali yang pertama. Dia kerut dahi bila melihat pandangan suaminya yang masih lagi penuh makna itu. Vee mencium tangan suaminya sebelum berdiri dan meletakkan kembali kain sejadah dan marhananya di tempat asal. Niat untuk menyediakan sarapan pagi mereka turut terhalang bila Ariel memberikan pelbagai alasan.

Ariel ingin mengatakan sesuatu yang amat penting kepadanya subuh itu dan kalau boleh dia mahu Vee memberikan sepenuh perhatian kepadanya. Namun pandangan Ariel membuat Vee berasa segan sendiri. Dia hanya mampu untuk menundukkan kepalanya di hadapan suaminya. Dia tidak mampu untuk membalas pandangan dan renungan Ariel, lebih lama.

"Apa yang penting sangat tu? Cakaplah, kalau tak ada apa - apa juga biar Vee turun siapkan sarapan dulu ya…" ujar Vee dengan nada yang lebih lembut dan sopan, setelah agak lama suaminya masih lagi duduk diam membisu.

Degup jantung Vee semakin hebat...

Dah kenapa pulak dengan dia awal subuh macam ni? Ada yang tak kena dengan akukah semalam?

"Kalau abang cakap, Vee jangan terkejut tau" ucapan Ariel itu betul - betul membuat Vee semakin gelisah.

Lantas dia mengalihkan pandangannya ke arah katil pengantin mereka. Kain yang menjadi alas tidur mereka semalam, masih belum di angkat lagi. Debaran di hatinya semakin kencang...

Ya Allah!…

"Boleh tak kalau sayang jangan panggil abang dengan nama Ariel atau Riel lagi? Abang ni suami sayang tau. Sepatutnya sejak semalam lagi, sayang dah stop panggil abang dengan nama tu … sekarang abang nak dengar sayang panggil nama abang, abang, cepat!" ujar Ariel dengan nada tegas namun tetap lembut sambil menguntum senyuman manisnya.

Vee yang masih berat mulut untuk menuturkan ayat itu sekadar mengigit bibir. Terasa lidahnya seperti mahu terbalik hendak menyebut perkataan abang di hadapan suaminya. Dia lepas keluhan kecil.

"Cakaplah, abang tengah tunggu sayang ni.."

"Err… hurm, ab.. aaa.. abaa.... abang?!" tutur Vee tergagap - gagap.

Dia menarik nafas lega sebelum hinggap satu cubitan di hidung mancungnya. Ariel geram melihat reaksi isterinya yang masih lagi teragak - agak bila bersamanya. Mahu sahaja dia memeluk tubuh itu sepuas hatinya.

"Good! Bermula dari saat ini, hari ini, lembutkan sikit lidah dan mulut sayang tu tau. Abang tak nak dengar nama Ariel atau Riel lagi lepas ni. Sayang kena janji dengan abang!" Vee mengerling tajam.

Dia ingatkan apa tadi. Rupa - rupanya itu pula yang penting sangat yang suaminya mahu katakan pepagi itu. Terasa geram juga dengan sikap mengada - ngada suaminya pagi itu...

Takpe... sabar ajelah wahai hati. Dia tu suami!...

Ariel sendiri lucu takala melihat reaksi reaksi pertama isterinya itu, tadi. Pasti Vee memikirkan perkara yang bukan - bukan sebab itulah wajahnya pucat tadi. Namun bila melihat muncung panjang isterinya muncul semula, Ariel tahu isterinya sedang geram dengan sikapnya kali ini.

"Kalau masih tak boleh jugak, biar abang gigit bibir tu … bagi dia lembut sikit! Nanti taklah tergagap - gagap sayang nak panggil abang nanti…" usik Ariel lagi.

Vee mencebik geram. Dia sebenarnya tidak marah atau ambil hati sangat dengan usikan suaminya itu, cuma dia geram bila suaminya suka membuat dia sakit hati. Vee menjeling tajam.

"Lagi satu dosa menjeling suami!" ujar Ariel sambil memeluk isterinya erat.

Vee kembali rimas dalam dakapan suaminya yang semakin menggila dengan kucucpan - kucupan hangatnya. Vee cuba untuk mengelak dengan bertanya suaminya semula.

"Eh, tadi kata penting… apa dia? Cakaplah!" ujar Vee berpura - pura tidak memahami akan tindakan suaminya saat itu.

Dia cuba untuk menolak pelawaan suaminya. Namun Ariel yang langsung tidak memberikan sebarang reaksi kepada pertanyaannya itu sekadar berbisik di telinga isterinya penuh syahdu dan sekali lagi Vee lemas dalam dakapan hangat suaminya.

Sang mentari mulai mencuri masuk menerangi ruang kamar pengantin mereka. Vee menggeliat beberapa kali sebelum membuka mata. Dia terkejut beruk bila melihat wajah suaminya begitu dekat memandangnya dengan senyuman. Ariel lantas mengucup dahinya, mesra.

"Good morning, Sweety!" Vee yang masih mamai, tergamam di tempat tidurnya.

Matanya terkebil - kebil memandang wajah ceria suaminya pagi itu. Sekali lagi kucupan singgah di wajahnya dan kali ini pipinya pula menjadi sasaran Ariel. Rambut suaminya yang masih lagi basah, terasa sejuk menyentuh kulit wajahnya. Ariel sudah bersiap dan dia hanya mengenakan seluar pendek paras lutut dengan polo shirt berwarna hitam. Dia kelihatan begitu santai sekali dan sememangnya Ariel kelihatan tampan dalam apa jua yang dia pakai.

"Kenapa tak kejutkan, Vee?" ujar Vee geram seraya menarik selimut untuk menutup keseluruhan tubuhnya. Dia malu bila suaminya melihatnya dalam keadaan begitu.

"Sayang tidur pulas tadi, sebab itulah abang tak kejutkan sayang … lagipun you look so beautiful even when you sleep... kesian pulak nak kejutkan, sayang" Vee lantas menggelengkan kepalanya.

Sudah gila agaknya suaminya itu sehingga mengatakan dia cantik ketika tidur... Mahu join pusat rawatan agaknya suami aku ni!.... Humm.

"Boleh tak hulurkan kain tu … Vee nak mandi" Ariel yang masih galak mengusik, mulai menghulur dan menarik kain itu sekejap - sekejap di depan Vee yang mulai berasa panas. Vee ketap bibir.

Ini yang buat aku mulai nak meletup balik macam ni! Ikutkan hati aku sekarang mahu saja aku sembur mamat ni tau!…Ugh!

Namun Vee masih lagi sedar dan waras. Dia tahu batas normalnya sebagai seorang isteri di hadapan suaminya. Nanti apa kata keluarga mereka kalau mendengar dia mengamuk pagi itu? Baru semalam kahwin tapi sudah kecoh di awal pagi. Malu besar dia dengan Ariel nanti, kalau dia buat perangai buruk seperti itu. Tapi sikap Ariel itu betul - betul membuat dia terasa hati.

Aish... nak sangat kena dengan aku agaknya mamat ni… Vee masih lagi mengetap bibirnya. Senyuman Ariel membuat dia bertambah sakit hati.

"Riel, please…" ujar Vee separuh merayu.

"What are the perfect words, Sweet?" Vee kembali tergamam sekali.

Sweet? Apa sebenarnya niat dia memanggil aku dengan nama tu? Sengaja nak buat aku sakit hati atau dia dah tahu identiti aku yang sebenar???...

Nama itu sudah semakin kerap meniti di bibir suaminya. Semenjak hari dia melamar tempohari sehingga pagi itu, suaminya tidak lekang - lekang memanggilnya dengan nama Sweet atau Sweety, seolah - olah suaminya tahu siapa dia yang sebenarnya. Nama itu cuma Aloy seorang sahaja yang tahu dan nama itu juga banyak memberi kesan yang mendalam dalam hidup Vee. Dia cukup sensitif kalau nama itu di sebut oleh suaminya. Cepat - cepat Vee menepis bayangan Aloy yang cuba mencuri masuk kedalam fikirannya semula.

"Fine! Suka hati awaklah nak buat apa pun…" ujar Vee merajuk.

Dia bangkit dengan selimut yang tebal menyelimuti tubuhnya. Dia sakit hati dengan suaminya yang suka bersikap acuh tidak acuh dengannya pagi itu. Senyuman manis dan lebar Ariel mati. Dia lantas menarik tubuh isterinya kembali ke katil. Vee yang terkejut, tersentak bila dia tiba - tiba di tolak ke atas katil yang empuk itu semula. Matanya terkebil - kebil memandang wajah suaminya yang serius, namun tidak tegang memandangnya.

"Takkan macam itu pun sayang dah merajuk? Abang baru nak gurau sikit pun, sayang dah masam macam ni dengan abang! Ini baru semalam duduk berdua. Kalau dah seminggu dua nanti macam mana pulak? Abang tahu mesti sayang tak sanggupkan? Duduk menghadap wajah abang tiap hari macam ni…

abang minta maaf kalau sikap abang tadi tu, buat Vee terasa" ujar Ariel lantas menghulurkan kain yang di minta isterinya dengan senyuman yang di paksa terukir pada bibirnya. Vee pula kembali di buru rasa bersalah sebaik sahaja mendengar kata - kata suaminya.

Wajah Ariel kelihatan suram sedikit biar pun dia cuba untuk berlagak seperti biasa. Walaupun ada rasa ego membelit hatinya, Vee terpaksa mengakui kesalahannya kali ini. Dia tahu dia sudah keterlaluan di hadapan suaminya tadi. Dia lantas menarik tangan suaminya sebelum sempat untuk Ariel bangkit dari ruang katil mereka.

"Sorry… Vee pun nak minta maaf kalau sikap dan kata - kata Vee tadi buat Riel… Eh, sorry… aa… abang terasa. Vee minta maaf!" Ariel angguk lemah.

Dia cuba untuk mengukir senyuman lebar. Terasa hatinya lapang sedikit bila isterinya cuba untuk berkompromi dengan sikapnya yang agak tidak wajar itu tadi. Pandangan redup isterinya betul - betul membuat hatinya kembali berasa terpujuk dan tenang semula.

"Tak apa. Abang faham. Sayang pergilah bersiap dulu. Abang tunggu sayang dekat bawah, kita sarapan sama - sama. Jangan lambat pulak!" Vee angguk.

Namun sebelum sempat untuk dia berlalu suaminya kembali mengusiknya semula dengan kucupan - kucupan nakalnya. Vee mencebik seketika sebelum melemparkan senyuman manis dan bahagianya.