Hakimi dan Ariel duduk berbual di dalam dewan kafeteria. Alhamdulillah, setakat ini cerita panas dan sensai Hakimi dengan Shakira langsung tidak di ketahui oleh sesiapa pun di kampus mereka. Ariel lega kejadian itu tidak di perbesarkan oleh pihak keluarga Hakimi mahu pun Shakira. Mereka menerima kejadian itu sebagai satu pengajaran dan juga suratan takdir anak - anak mereka. Lagipun mereka bukannya mahu berhenti di tempat tersebut. Malah kereta Hakimi sendiri terpaksa di tunda masuk bengkel semasa kejadian itu berlaku.
"Sekarang macam mana? Parents kau okey tak?"
"Setakat ini dia orang diam ajelah... lagipun dia orang tahu status hubungan aku dengan Shak. Jadi taklah timbul banyak masalah sangat" Ariel mendengar separuh tidak percaya.
Dia kagum dengan sikap keterbukaan keluarga Hakimi dengan Shakira dalam menangani perkara tersebut. Kalau sahaja dia dengan Vee yang terlibat dalam kejadian seperti itu pasti berjela penjelasan yang terpaksa dia jelaskan kepada keluarganya dan juga keluarga Vee nanti.
"Kau dan Shak tidak terfikir apa - apa lagikah?" soal Ariel ingin tahu.
Dia yakin kejadian yang menimpa Hakimi dengan Shakira itu pasti akan mempengaruhi keputusan ayah dan juga papa Vee nanti. Lantas dia teringat dengan kata - kata Vee....
Our parents always take things seriously Ariel! Suka atau tidak, kita tetap akan jadi suami isteri! Awak nakkah? Mana awak nak letak little princess awak tu nanti bila awak dah jumpa dengan dia semula?....
Ariel meraup wajahnya. Seleranya tiba - tiba hilang.
Arggh... I wish you were here, Sweet! Uggh!
"Aku nak share good news dengan kau ni…"
"Apa dia?" soal Ariel pantas.
Senyuman manis dan lebar Hakimi membuatkan dia tidak sabar untuk mengetahui berita gembira temannya itu.
"Aku dengan Shak akan nikah lepas aje habis final exam kita nanti. Parents kami pun sudah setuju, semalam. Dia orang pun tak nak tunggu lama - lama. So aku akan kahwin dengan Shak dua hari selepas final exam kita berakhir"
"Kenapa tak tunggu lepas kita grad je?"
"Soon is better than never, Riel! Aku pun memang sudah lama sedia nak jadi suami orang! Aku tahu banyak dugaan kalau kita kahwin muda ni, tapi tidak semuanya akan berakhir dengan perceraiankan kalau kita pandai bertolak ansur dan saling memahami di antara satu sama lain…" ujar Hakimi panjang lebar. Ariel angguk setuju dengan kata - kata Hakimi itu.
"Kau pula macam mana? sudah dapat cari alasan ynag terbaik untuk bercerai dengan tunang kau tu?" soal Hakimi membuat mereka tergelak lucu. Ariel menggelengkan kepalanya.
"Aku langsung tidak ada alasan kukuh untuk putuskan hubungan kami sekarang ni... Vee bukannya pernah curang di belakang aku pun. Kalau dia nak jumpa Zariel sekali pun dia mesti akan bagi tahu aku terlebih dahulu… hari ni pun dia nak jumpa dengan mamat itu jugak!" kening Hakimi terangkat tinggi.
Dia menghabiskan sisa minumannya sambil melihat reaksi temannya itu. Nampak sangat Ariel cemburu dengan hubungan Vee dengan Zariel Nazmie...
Hehe... sound nice! Harap ajelah kompang yang akan berbunyi nanti... kau takkan sedar Riel selagi kau tak belajar untuk hargai Vee... Look deep into her eyes bro! Vee jauh lebih cantik dan baik dari Fiesyah Zeyha. I bet she is more beautiful than your little princess too!
"Good things always take a long time to gain but it is worth to wait. Trust me, Riel... mungkin Vee itulah jodoh yang kau tunggu dan cari - cari selama ini. Allah itu maha adil dan maha mengetahui. DIA tahu apa yang terbaik untuk semua hambaNYA" Ariel kembali terdiam.
Kata - kata Hakimi itu memang betul. Tapi dia tidak dapat melihat hubungannya dengan Vee mampu bertahan lama. Dia masih ragu lagi dengan perasaan hatinya sendiri.
"I don't know, man. Apa yang pasti ibu memang sayangkan dia. Baru pangkat tunang, ibu sudah bawa dia join family function dekat mana - mana" ujar Ariel sambil senyuman tipis.
"Dia pun cukup pandai berlakon. Alhamdulillah, angin tropika dia sudah lama tidak datang sejak kami bertunang ni. Senyuman dia pun nampak lebih ikhlas sehinggakan cousin, aku si Azran pun turut terpikat dengan dia jugak!" sambung Ariel sambil ketawa.
Dia lucu bila teringatkan adegan sepupunya Azran cuba untuk memikat Vee ketika mereka berdua sama - sama menghadiri majlis kenduri keluarga Ariel.
"Siapa yang tidak terpikat dengan tunang kau tu, Riel. Vee itu memang cantik! Aku sendiri pun pernah juga terpikat dengan dia dulu…" Ariel memandang Hakimi, tidak percaya....
Seriuskah kata - kata dia ni? Habis tu Shak pulak?? Don't you dare Kimi. Vee is mine! Mine, alone.
"Apasal pandang aku macam itu pulak? Kau cemburu atau tidak percaya dengan kata - kata aku?!"
"Err… tak. Tak adalah, cuma aku terkejut dengar pengakuan kau itu aje. Mustahil kau akan tinggalkan Shak kan?" Hakimi ketawa....
Sah! Ariel memang cemburu. Hahaha..
"Kau jangan risaulah, Riel. Aku sudah lama lupakan perasaan aku tu. Vee pun bukannya pernah layan aku lebih - lebih dulu. Sekarang ini aku sudah ada Shak. Dan kau pulak dengan Vee. Apa lagi yang kita nak?….. I bet si Azran mesti frust gila bila dia tahu Vee itu sebenarnya tunang engkau"
"Apa lagi… Azran terkejut bila aku panggil Vee, sayang depan dia. Vee pula bukan main lagi peluk lengan aku, mesra…"
"Wow, romantik juga korang berdua rupanya. Nampak gayanya adalah kemajuan dalam hubungan engkau dengan dia lepas ni.."
"Progress? Huhuu, jangan mimpilah Kimi. Vee buat macam itu pun sebab terdesak dengan sikap si Azran tu aje... Kalau tidak, haram dia nak pegang tangan aku ni tau. Kau bukan tak kenal Vee macam mana orangnya" Hakimi kerut dahi seribu.
"Siapa aku di mata dia, Kimi. Dia cintakan orang lain. Mana mungkin dia nak aku sebagai suami dia…"
"Kenapa tidak? Aku tak nampak pun sebab mengapa dia tidak suka engkau jadi suami dia. Vee itu nampak aje keras, tapi hati dia lembut. Kalau dia itu panas baran sangat - sangat pun... Aku tidak rasa dia sanggup nak berlakon untuk engkau. Atau engkau yang cemburu bila tengok dia dengan orang lain?" Ariel jungkit bahu.
Dia tidak ada jawaban khusus untuk soalan Hakimi itu. Mungkin juga dia cemburu. Dia memang tidak suka orang lain melihat Vee dengan pandangan mata lelaki mereka....
Itu memang buat aku cepat panas dan cemburu! I really hate that kind of feelings. Tapi bila tengok Vee jadi pandangan mata lelaki lain, memang aku tak boleh nak elak perasaan aku terhadap dia! Vee akan tetap jadi milik aku seorang!
"Entahlah, Kimi. Bila aku cuba fikir soal Vee sorang, pasti kenangan dengan Sweet dulu akan datang mengganggu. Aku kadang - kadang keliru dengan perasaan hati aku sendiri" Hakimi lantas menepuk bahu Ariel. Cuba untuk memberikan semangat kepada temannya itu.
"Aku faham situasi kau, Riel. It's must be hard for you too. Tapi aku percaya yang kau dengan Vee memang di takdirkan untuk bersama" Ariel membalas pandangan Hakimi yang tersenyum sambil menganggukkan kepalanya.
Mata Ariel kembali bersinar. Dalam hati dia mengharapkan begitu juga. Dia sudah biasa menghadap karenah Vee sekarang dan agak sukar untuknya hendak melepaskan Vee ke tangan orang lain. Terutama sekali Zariel Nazmie!
Vee dengan Shakira menapak keluar dari dalam dewan kuliah bersama. Sakit juga telinga bila Prof. Hamka menegur mereka dengan kualiti assignment mereka yang tidak menepati tajuk. Gred mereka juga agak rendah di kalangan para siswa dan siswi yang lain. Vee boleh menarik nafas lega kerana dia tidak tergolong dalam golongan tersebut... Assignment nya masih lagi boleh dia nggap terbaik biar pun cuma mendapat gred A- sahaja.
"Zariel sudah ada rumah barukah sekarang?"
"Belum lagi. Lepas ini aku dengan dia baru nak pergi jumpa dengan land lord dulu. Kalau dia suka dan setuju, dapatlah dia rumah itu nanti... Kau dengan Kimi, macam mana pulak?" Shakira menarik tangan Vee untuk berhenti melangkah seketika.
Dia membisikan sesuatu ke telinga Vee yang melonjak girang sebaik sahaja mendengar berita yang di sampaikan oleh Shakira itu.
"Tahniah, Shak! I'm so happy for you!" ujar Vee gembira sambil memeluk Shakira erat.
"Shh… keep it low. Nanti bila dah sampai waktu dia nanti, baru kita bagi tahu yang lain" Vee angguk faham.
Mereka berlalu keluar dari bangunan dua tingkat itu dengan senyuman lebar dan juga gurau senda di antara mereka berdua. Hujan mulai membasahi segenap pelusuk bandar. Kawasan kampus mereka turut di basahi dengan air hujan yang turun agak lebat petang itu.
Angin yang bertiup juga terasa sejuk menyapa kulit mereka. Ramai pelajar yang terpaksa berdiri di koridor bangunan dan berharap hujan akan berhenti tidak lama lagi. Tidak kurang juga yang sanggup meredah hujan lebat petang itu kerana tidak sanggup untuk menunggu lama.
"Macam mana nak pergi parking kalau hujan lebat macam ni. Payung pun aku tak bawa"
"Kejap lagi redalah tu…" ujar Vee memujuk.
Mereka berdiri sambil merenung titik - titik air hujan dengan pandangan kosong. Asyik melayan perasaan masing - masing, tiba - tiba muncul kelibat Hakimi dan Ariel di situ. Shakira terus memaut lengan Hakimi mesra di hadapan Vee dan Ariel tanpa ada lagi perasaan malu.
Kalau papa yang nampak aku macam tu.. mesti panjang mukahdimah dia nanti!... Vee senyum tipis bila matanya bertembung dengan Ariel, tanpa sengaja.
"Sudah - sudahlah dengan adegan Bollywood korang tu. Naik juling anak mata aku dengan Vee, tengok tau!" Vee mencebik.
Pandai betul Jepun sesat ni babitkan aku sama! Walhal mata dia yang gatal sangat tengok Kimi dengan Shak tadi. Ugh!
Hakimi dengan Shakira sekadar tersipu malu mendengar teguran sinis Ariel.
"Alah, rileklah bro. Kau pun bukannya tidak boleh buat macam aku ni hah… iya tak, Vee?" Vee membulatkan matanya. Dia lantas menjauhkan diri dari Ariel...
Hell no! Jepun sesat ni baru pangkat tunang aku je tau bukan suami. Kang aku karate kang...
"No touching - touching, faham! Dia itu dah ada makwe. Silap haribulan makwe dia tiba - tiba datang buat adegan 70 an dekat sini, aku juga yang kena!"
"Adegan 70 an?!" soal mereka bertiga serentak.
"Tarik rambutlah!" ujar Vee bersahaja, mengundang tawa dari Hakimi, Shakira dan juga Ariel. Vee memang tidak kering dengan cerita - cerita bodoh dan juga idea gilanya.
"Jomlah kita balik. Kalau nak tunggu hujan reda, alamat sampai ke malam kita berdiri dekat sini. Jomlah, Bie kita balik" ujar Shakira melentok manja di bahu Hakimi.
Vee mengetap bibirnya, bila dia melihat adegan mengada - ngada Shakira di hadapan mereka....
Pleaselah! Aku tak cemburu pun Shak! Meluat sikit adalah.... argh!
"Takkan sayang nak redah aje kot. Lebat sangat ni ….." balas Hakimi sambil tersenyum - senyum memandang pada Ariel dan juga Vee yang serius memandang ke arah dia dan juga Shakira.
"Ugh, please lah korang… geli tau tak aku dengar korang cakap macam tu. Tahi telinga aku pun boleh cair di buatnya! So stop it, okay..." Hakimi dan Shakira kembali pecah ketawa. Mereka sengaja mahu melihat reaksi Ariel dengan Vee sebenarnya, bila melihat mereka berdua begitu.
"Jom, Vee. Perdulikan Shak dengan Kimi tu. Jom kita balik" Ariel yang memaut bahu Vee secara tiba - tiba membuat Vee terkejut.
Mahu juga dia menyembur Ariel saat itu, tapi bila melihat mereka sedang berada di bawah payung, perasaan marahnya kembali reda.
"You..." Ariel mengenit mata nakal.
Ingatkan mereka berdiri lama - lama di sana tadi, dia tidak ada membawa payung. Rupa - rupanya dia sengaja mahu melihat cerita lakonan Shakira dengan Hakimi. Vee berpaling ke sebelah kanannya. Hakimi dan Shakira turut melambaikan tangan mereka berdua. Vee gigit bibir, geram.
"Ah, U jangan nak mula pulak! I tak nak U jatuh sakit sebab itulah I berani pegang U rapat - rapat macam ni…" Vee mencebikkan bibirnya. Pegangan Ariel di rasakan terlalu kejap dan sukar untuk dia bergerak.
"You drive, tak hari ni?"
"Tak. Saya tunggu Zariel datang…" Ariel berhenti.
Dia lantas membuka pintu keretanya dan meminta Vee untuk masuk. Wajahnya kelihatan kurang senang bila mendengar nama lelaki itu di sebut Vee.
"Biar I hantar U pergi syarikat Zariel…"
"Tapi... awakkan nak jumpa dengan ayah awak dan papa lepas ni? Biar saya tunggu Zariel dekat sini. Awak baliklah dulu" Ariel menarik nafas.
Dia cuba untuk bertahan sabar bila mendengar nama itu di sebut berulangkali oleh tunangnya sendiri.
"Just get in..." Vee diam dan menurut kata - kata Ariel tanpa banyak bicara.
Ton suara lelaki itu kedengaran agak tegang dan dia tidak mahu membuat lelaki itu bertambah marah. Sepanjang perjalanan, mereka hanya mendiamkan diri. Tidak ada lagu mahu pun bicara yang kedengaran di antara mereka berdua. Vee yang tidak selesa duduk lama di dalam kereta seperti itu, melemparkan pandangannya jauh keluar.
Hujan masih lagi turun dengan lebat dan sebahagian jalan juga di penuhi dengan air hujan yang melimpah keluar dari longkang - longkang jalan yang sudah tidak mampu lagi menampung jumlah air hujan yang turun. Vee melirik pada bangku sebelahnya. Ariel kelihatan tenang dan raut wajahnya juga tidak menampakan apa - apa reaksi yang tidak menyenangkan. Tapi sebaik mendengar keluhan dari Ariel, Vee kembali segan untuk membuka mulutnya.
"Lepas jumpa dengan land lord awak dengan Zariel nak pergi mana pulak lepas tu?"
"Huh?…"
"Pukul berapa awak balik?"
"Tak pasti. Lepas Zariel dah sain kot... mungkin malam baru saya sampai dekat rumah. Kenapa?"
"Just call me first! Biar I yang jemput U balik nanti"
"Huh?"
"Kenapa, tak suka saya datang jemput awak balik? Awak nak Zariel yang hantar awak?" Vee kembali diam.
Dia malas mahu bergaduh dengan Ariel di sebabkan Zariel Nazmie. Vee berpeluk tubuh di dalam kereta. Hujan semakin lebat di luar dan keadaan dia dengan Ariel juga tidak berapa baik di dalam kereta. Vee tidak mahu membuat Ariel marah. Takut lelaki itu tidak dapat mengawal perasaannya nanti. Cuaca juga tidak menyebelahi mereka petang itu. Kalau terjadi apa - apa nanti, keluarga mereka juga yang akan susah hati.
"Okey. Nanti saya call awak" putus Vee tidak mahu memanjangkan perbualan mereka.
Dia kembali melayan perasaan di dalam kereta. Panggilan telefon dari Zariel Nazmie menyentak lamunan panjang Vee. Zariel sedang menunggunya di luar bangunan pejabat. Dia turut meminta maaf kerana tidak dapat menjemput Vee di kampus seperti mana yang dia janjikan kerana dia terpaksa menghadiri mesyuarat tergempar syarikatnya petang itu.
Perbualan mereka berlangsung agak lama juga. Vee kadangkala tersenyum sendiri bila berada di dalam talian dengan Zariel Nazmie. Ariel menghela nafas dalam. Dia tidak senang hati melihat Vee berbual mesra dengan Zariel Nazmie. Dia lantas menarik telefon bimbit Vee dan menamatkan panggilan Zariel Nazmie dengan serta - merta. Vee berpaling dengan riak terkejutnya.
"Kenapa awak buat macam tu? Zariel masih tengah bercakap lagi tadi…"
"Bukannya U tidak jumpa dengan dia pun lepas ni! So untuk apa berbual dekat dalam telefon lagi!"
"Awak cemburu? Bukankah awak yang cakap dulu, awak takkan ganggu hak privasi saya… so salahkah kalau saya layan Zariel?"
"Whatever! Just call me as soon as you done! I tunggu panggilan dari U..." Ariel lantas berlalu pergi sebaik sahaja dia menurunkan Vee di hadapan bangunan syarikat Zariel Nazmie dan meninggalkan Vee kembali bingung sendiri....
Apa kena dengan dia? Takkan dia betul - betul cemburu dengan Zariel? Hello.... am your fiancee for god sake! arggh!!