webnovel

BAB DUA BELAS

"Kenapa tiba - tiba bad mood ni, bro? Apa lagi masalah kau kali ni?" soal Hakimi seraya menyiku lengan Ariel yang sedang duduk di tepinya.

Sepanjang waktu latihan tadi, Ariel kelihatan tidak menumpukan perhatian yang sepenuhnya dan dia cepat berasa letih dan mengadu sakit dada, sesuatu yang tidak pernah dia lakukan selama ini. Hakimi yang risau melihat keadaan Ariel, mengambil keputusan untuk menamatkan seisi latihan mereka lebih awal dari waktu yang sepatutnya.

Dia takut Ariel tidak dapat bertahan, kalau mereka tetap meneruskan latihan petang itu. Ariel terbaring lesu di atas padang sambil memegang dada kirinya. Dia turut melepaskan keluhan beratnya beberapa kali, seolah - olah dia sedang memikirkan sesuatu, sesuatu seperti masalah peribadi. Kerana sepanjang latihan awal tadi, Ariel kelihatan hilang tumpuan dan kerap tersentak setiap kali dia menegurnya.

Hakimi berpaling dengan wajah berkerut. Sebelum ini, Ariel jarang benar mengeluh penat mahupun letih setiap kali menjalani latihan. Sekarang, belum pun sampai sejam mereka berlatih dia sudah menunjukkan simptom keletihan yang agak drastik. Keluhan berat dan kasar seperti itu juga memang jarang keluar dari mulut Ariel. Hakimi yakin temannya itu sedang mempunyai masalah peribadi dan sekarang ianya turut menggugat tumpuannya sehinggakan dia tidak dapat menjalani latihan dengan sebaik mungkin.

"Kenapa dengan kau, Riel sebenarnya? Sakit sangatkah dada kau tu? Kalau sakit, baik kita pergi klinik sekarang..." soal Hakimi dengan nada risau. Ariel lantas bangun dan duduk menghadap Hakimi yang jelas kerisauan.

"Aku tak sakit pun!" balas Ariel bersahaja.

"Habis tu yang moody sejak tadi kenapa? Dah tu, letih mengalahkan orang yang baru lepas marathon... kau jarang ada masalah macam tu sebelum ni... Kau ada masalah peribadi?" Ariel memandang Hakimi seketika sebelum dia kembali baring semula di atas padang dengan menyilang tangannya di kepala. Hakimi yang menunggu jawapan Ariel, kerut dahi seribu melihat kelakuan pelik temannya itu.

"Mana aku tak moody kalau asyik bergaduh aje dengan minah celup tu, setiap kali kami terserempak!" ujar Ariel sambil melepaskan keluhannya lagi. Hakimi angkat kening.... Lain macam je bunyi dia... Urm!

"Siapa?"

"Siapa lagi kalau bukan dengan Vee! Pelik betullah minah celup tu..." tambah Ariel lagi dengan nada yang sedikit tegang. Wajahnya juga turut kelihatan suram. Hakimi mendekati Ariel dan bertanya dengan nada rendah, berbisik.

"Apa yang dah jadi sebenarnya ni?"

"Hurm... aku gaduh lagi dengan lawyer tak bergaji tu pagi tadi! Aku hairan betullah dengan minah tu.... asal jumpa aku aje, mesti dia akan naik minyak. Asal jumpa aje... mesti nak meletup! Mereng agaknya kepala otak dia tu.... argh!" sambung Ariel beremosi.

Hakimi sekadar jungkit bahu. Dia faham benar dengan apa yang di katakan oleh Ariel itu. Dia juga tidak dapat menafikan sikap baran Vee itu. Tapi Vee, jarang benar mengamuk atau marah seperti apa yang di katakan Ariel. Dia belum pernah lagi melihat gadis kacukan itu melenting atau mengamuk dengan orang lain seperti apa yang berlaku dengan Ariel sendiri.

"Bila aku tanya, mulalah dia nak melenting! Kalau aku bergurau, ada saja yang tidak kena dengan mood dia. Takkan period dia datang setiap kali dia terserempak dengan aku kot?!" ujar Ariel dengan nada tidak puas hatinya. Hakimi yang mendengar luahan hati Ariel itu, sekadar duduk diam. Dalam hati diia cuba untuk menahan perasaan geli hatinya.

"Aku tengok Vee tu taklah mereng seperti yang engkau fikirkan, Riel. She did look cold and hard sometimes, tapi dia tak pernah lagi gaduh dengan mana - mana student lagi sebelum ni. Aku, dah lama kenal dia... biarpun kami tak pernah bercakap atau kenal rapat seperti sekarang ni. Jangan - jangan kau ada chemistry dengan dia tak? Ialah... asyik nak gaduh aje..." ujar Hakimi panjang lebar sambil tertawa kecil.

"Ceh! Chemistry? Huh, please lah, Kimi.... chemistry apa bendanya kalau dah asyik bertekak setiap kali terserempak batang hidung dengan dia! Buat aku naik geram adalah!" Hakimi kuntum senyuman mendengar luahan Ariel yang kedengaran sakit hati dengan sikap Vee terhadapnya.

"Kau tak pernah ada crush walau sedikit pun dengan Vee?" Ariel bangkit.

Dia lantas tergelak besar mendengar ucapan Hakimi itu. Sekuat mana sekali pun dia menafikan perasaannya terhadap Vee di hadapan sesiapa sahaja, dia pasti tidak akan terlepas dari berasa cemburu jika dia melihat ada lelaki lain yang cuba mendekati atau berbual dengan gadis itu.

Rasa cemburunya pasti akan meluap - luap bila dia mendapat tahu ada lelaki lain yang cuba hendak memikat hati Vee. Entah mengapa dia seperti orang yang gila talak bila melibatkan soal Vee. Perasaannya pasti akan mulai bercampur - baur jika melibatkan gadis itu. Dia juga segan untuk berterus - terang dengan Hakimi kerana merasakan tidak wajar untuknya membicarakan perihal Vee dengan Hakimi yang juga merupakan kekasih kepada sahabat baik Vee, Shakira.

Dia masih perlukan lebih banyak masa untuk mengkaji dan memerhati sikap dan sifat gadis itu dalam diam. Dia juga mahu melihat sejauh mana dia mampu untuk menangani karektor gadis itu jika mereka di takdirkan bersama nanti. Ini kerana dia tidak sanggup untuk bertegang urat, bila setiap kali dia bersama dengan gadis itu.

"Minah celup tu?! phui! Tak larat aku nak layan ego dia tu...." balas Ariel cuba untuk menafikan perasaannya lagi.

Ikutkan hati dia memang sudah serik untuk mengenali hati budi Vee bila teringatkan dengan setiap pergaduhan yang berlaku di antara mereka berdua. Pun begitu, jauh di sudut hatinya dia suka dan senang bila melihat gadis itu mulai merajuk atau mengamuk bila bersamanya.

"Cool brader! Tarik nafas... hembus... tarik... hembus..." Ariel menurut tanpa banyak bicara. Setelah dia kembali berasa lega dan tenang semula, Ariel memeluk ke dua belah lututnya sambil menopang dagunya, memandang Hakimi.

"Memang tak adil kalau kau asyik nak cari kesalahan Vee..."

"Aku?" Hakimi mencela sebelum sempat untuk Ariel membela diri.

"Kau dengar dulu, apa yang aku nak cakapkan ni... Riel" Ariel mengeluh hampa. Dia lantas berpeluk tubuh.

"Tak adil kalau engkau asyik nak salahkan dia seorang aje sedangkan dalam hal ni, kau pun bersalah jugak sebenarnya. Takkan kau nak di label sebagai lelaki dayus kot? Korang pun duduk berjiran, keluarga pun dah memang saling kenal di antara satu sama lain... rapat pulak tu. Takkan kau tak boleh langsung nak telan ego kau tu depan dia? Aku yakin sangat kalau kau dengan Vee ada something..." Ariel memicit kepalanya yang tiba - tiba berdenyut sakit.

Kalau hari - hari migrain macam itu, boleh jadi kurus kering dia di buatnya nanti. Semuanya pun sebab terlalu memikirkan soal Vee seorang saja. Ariel lepas keluhan besar sebelum dia bangkit dan meminta diri untuk berlalu terlebih dahulu.

"Okeylah, Kimi... aku balik dulu. Thanks for listening. And thanks for the advice too.... I really appreciate it a lot, bro. Malam nanti, kau jadi datang tak?" Hakimi angguk sebelum menjawab pertanyaan Ariel.

"Sure. Telan sikit ego kau tu Riel. Takut nanti kau pulak yang akan berputih mata nanti" Ariel diam.

Hatinya masih lagi sakit dengan sikap Vee dengannya pagi tadi. Honda CRV nya di pandu keluar perlahan dari kawasan kampus. Pasti tidak mudah untuk dia berbaik dengan Vee selepas kejadian pagi tadi. Gadis itu bila menyindir, boleh tahan juga sinis dan pedasnya. Menyalahkan Vee seorang memang tidak patut kerana dia juga sebenarnya bersalah.

Dia yang cuba untuk bermain dengan api tanpa memikirkan kesannya di kemudian hari. Ariel kembali lepas keluhan berat. Kalau betullah apa yang di katakan Hakimi tadi, dia dengan senang hati menerima ketentuan Nya itu.... Tapi something tu apa? Sudahnya aku dengan dia juga yang asyik bergaduh mengalahkan suami isteri! Arggh...

Ariel berhenti di depan pintu pagar, rumah Vee seketika. Dia cuba untuk meninjau ke dalam melalui cermin kereta yang dia turunkan itu. Dia langsung tidak melihat kereta Vee terparkir di dalam....Mana pulak dia pergi? Jumpa dengan Shak? Hurm, dah pukul berapa dah ni....

Setelah beberapa ketika berada di situ, Ariel lantas beredar pergi. Adiknya, Ery Saffiyah menyambut kepulangannya dengan senyuman manis di muka pintu. Pertanyaan adiknya sekadar di balas pendek dan dia malas untuk berbicara panjang lebar dengan sesiapa petang itu. Dia letih dan dia mahu berehat. Fikirannya juga sudah cukup dengan masalah yang di ciptanya sendiri.

"Nak Ery buatkan air tak?" soal Ery Saffiyah sebaik sahaja abangnya hendak berlalu pergi.

"Tak payah. Along nak berehat dulu..."

Tuan Victor Hashim dan Puan Aisyah yang sedang menikmati minum petang mereka di anjung, terkejut bila mendengar bunyi hentakan pintu yang kuat dari ruang atas. Mereka berbalas pandangan pelik.

"Apa yang tak kena dengan princess tu?" soal Mak Bibah yang muncul dengan dulang yang berisi dengan beberapa jenis kuih - muih tradisional. Dia meletakkannya di atas meja. Tuan Victor Hashim dengan Puan Aisyah sekadar angkat bahu dan menggelengkan kepala mereka, tanda tidak tahu.

"Ada masalah dekat kolej agaknya tu. Hurm, gred assignment tak elok agaknya tu?" teka Puan Aisyah, membuat andaian biasa mengenai sikap anak gadis tunggalnya itu.

Walaupun hubungan mereka dua beranak tidak serapat dahulu, Vee tidak pernah sekali pun membuat perkara yang boleh merisaukan dia sebagai seorang ibu. Biarpun ada ketikanya dia melihat anak gadisnya itu seperti mempunyai masalah. Namun setiap kali dia bertanya, pasti anak gadisnya itu hanya akan menjawab sepatah sahaja dengannya.

Sewaktu kecil dulu Vee suka memakai gaun ala - ala cerita dongeng Snow White, Rapunzel dan yang lain - lain membuatkan dia di gelar sebagai little princess oleh keluarga dari sebelah suaminya. Vee ketika kecil bertubuh agak sederhana dan pendek. Dia juga memang suka merajuk, sikap yang sehingga kini masih menguasai sikap anak gadisnya itu.

Pendek kata, zaman kanak - kanak Vee memang cukup ceria dan bahagia. Dia juga seorang kanak - kanak yang memang aktif dan cerdas. Namun ketika berusia 6 tahun, Vee terpaksa di tinggalkan dengan orang tuanya kerana dia dan suami akan melanjutkan pelajaran mereka di peringkat PHD di luar negara.

Oleh kerana jadual pembelajaran mereka yang agak ketat dan tidak menentu membuatkan mereka terpaksa mengambil keputusan tersebut dan meninggalkan satu - satunya anak tunggal mereka itu di kampung. Kini little princess mereka sudah pun tumbuh menjadi seorang anak gadis yang cukup cantik dan bertanggungjawab.

Pertumbuhannya itu sudah cukup membanggakan dia dan suaminya. Cuma sikap kuat merajuk anak gadisnya itu sahaja yang masih membimbangkannya. Sebagai ibu, dia mahu anak gadisnya itu mempunyai pasangan dan menikmati zaman remaja dan mudanya dengan sepuasnya tanpa berasa menyesal kerana terlalu menumpukan perhatiannya kepada pelajaran sehinggakan dia terlepas untuk menikmati peluang yang satu itu dengan sebaiknya.

Jodoh, ajal dan maut itu di tangan Tuhan, tapi sebagai manusia biasa kita tidak seharusanya menyempitkan pemikiran kita kerana peluang yang ada di depan mata itu hanya akan hadir sekali seumur hidup. Puan Aisyah lepas keluhan kecil. Perasaannya sebagai seorang ibu sering terguris setiap kali dia teringatk dengan kejadian lepas. Kalau boleh dia mahu memutar kembali waktu itu dan membina kenangan indah dengan anak gadisnya.

"Biar Mak Bibah tengok dia..."

"Tak perlu, Mak Bibah. Biarkan dia tenang sendiri. Dia pun dah besar dan boleh berfikir baik dan buruk sendiri. Kalau kita nasihat pun belum tentu lagi dia nak dengar" ujar Tuan Victor Hashim perlahan.

Niat baik Mak Bibah itu terbantut. Dia terpaksa akur dengan arahan majikannya itu. Dia yakin Vee tidak akan berani membuat kerja bodoh itu semua. Dia lantas berlalu dan meninggalkan pasangan majikannya itu menikmati minuman petang mereka berdua di anjung dengan tenang dan selesa. Dia sempat mengerling ke tingkat atas yang kini sudah kembali sunyi.

Di usia 23 tahun sudah pasti kematangan anak gadis majikannya itu mudah tercabar. Kehidupan sebagai seorang pelajar universiti juga di penuhi dengan pelbagai jenis dugaan, godaan serta cabaran. Sesiapa yang tidak dapat mengawal emosi dan perasaan masing - masing pasti akan mudah terjebak dengan pelbagai penyakit sosial yang mudah membuatkan sesiapa sahaja berasa tertekan dan tergoda dengan nafsu serta kehidupan materialstik yang kini menjadi trend anak muda zaman sekarang.

"Takkan gaduh sebab cinta kot? Hurm... kecewa sampai tahap macam tu sekali? Hai.... Vee, Vee.." guman Mak Bibah sendiri di dapur.

Masuk kali itu, sudah tiga kali Vee membuat perangai yang sama. Kali pertama dan kedua dahulu terjadi sewaktu Vee masih lagi belajar di sekolah menengah. Dia terlibat dengan pergaduhan dengan rakan sekelasnya yang memanggilnya dengan nama anak penjajah. Mujur waktu itu majikannya tidak mengambil tindakan dan menyaman pihak sekolah yang gagal membendung kes buli dan rasis di sekolah mereka dengan sebaik mungkin.

Vee melemparkan tubuhnya di atas katil sambil memasang muzik di telefon bimbitnya, kuat. Earphone yang berada di telinganya juga sudah cukup membuat telinganya berdengung sakit. Irama muzik underground yang kuat dan membebel yang bukan - bukan itu sengaja di pilihnya kerana dia mahu melepasakan perasaan geram dan sakit hatinya terhadap Ariel. Entah apa saja masalah lelaki itu dengan dirinya, dia sendiri tidak tahu. Ada saja kesalahan dirinya jika dia berada di depan lelaki itu.

Mahu mengatakan Ariel itu sebagai bekas mantan kekasihnya yang cuba untuk meraih kembali kasihnya, memang tidak masuk akal langsung. Dia dan Ariel mana pernah bercinta sebelum ini. Bertemu pun tidak, inikan pula untuk mengikat kasih bersama? Bukannya dia pernah mengecewakan Ariel pun sebelum ini. Mereka bukannya seperti Hakimi dan Shakira pun. Entah apa saja masalah Ariel dengannya sehinggakan setiap kali bila mereka bertemu atau terserempak, pasti lelaki itu akan mula membuat dia sakit hati dengannya.... I really hate him!!!!

Vee lantas mengambil beberapa biji guli yang berada di dalam pasu bunga plastiknya. Dia lantas berlalu keluar balkoni dan mulai membaling satu persatu guli - guli tersebut sekuat hatinya. Dia turut melepaskan geram dan perasaan sakit hatinya dengan melempar beberapa biji guli ke arah balkoni sebelah yang menempatkan bilik Ariel. Ariel yang kebetulan sedang berbaring malas, berehat di bangku panjang di balkoni bilik tidurnya terkejut bila lebih dari dua biji mengenai telefon bimbitnya yang terletak di atas meja kecil di tepinya. Ariel kerut dahi seribu sebelum dia bangkit dan meninjau apa yang terjadi sebenarnya.

"Ooo, nak balas dendam ya? Masih tak puas hati lagi?!" ujar Ariel perlahan.

Dia turut panas dengan Vee saat ini kerana membuat skrin telefon bimbitnya retak akibat guli yang di lemparnya tadi. Dia yang pada mulanya mahu menyembur gadis itu dengan kata - kata kasar, terhenti bila melihat gadis itu sedang menangis. Earphone yang masih melekat di telinganya juga turut di lemparkan keras ke tepi.... Dia menangis? Kenapa?? Apa yang buat dia sedih sampai macam tu sekali?...

Tangisan Vee berhenti bila matanya bertemu dengan Ariel yang kini sedang merenungnya dengan pandangan tajam dari balkoni depan. Vee lantas mengesat air matanya, kasar. Bibirnya masih lagi bergetar. Dia lantas melarikan pandangannya jauh - jauh sebelum Ariel cuba untuk menyakitkan hatinya sekali lagi. Sebelum Vee sempat mengatur langkah pergi, Ariel memanggil namanya.

"Please... stay for a while..."

"Untuk apa? Awak nak sakitkan hati saya lagi? Apa lagi yang awak tak puas hati?!"

"Bukan macam tu.... boleh tak awak dengar dulu apa yang I nak cakap ni... I cuma nak...."

"Nak apa? Nak tengok saya macam ni, macam tu?!" Ariel lepas keluhan kecil.

Ikutkan hati mahu juga dia mengunci mulut gadis itu dan membiarkan dia menjelaskan satu persatu tanpa mencela. Ariel yang pada mulanya mahu mengikut perasaan geramnya, teringat dengan kata - kata Hakimi sebelum ini padanya dan membuatkan dia mengubah cara pertuturannya kepada gadis itu.... Kau dengan Vee ada something... telan sikit ego tu. Jangan sampai berputih mata!...

"Boleh tak kalau awak dengar dulu apa yang I nak cakap ni... please, let me finish first. Lepas tu terserah dengan awaklah nak cakap apa sekali pun, I akan terima..."

Vee diam. Dia bersandar lemah pada tiang balkoni tanpa memberikan sebarang respon kepada kata - kata Ariel itu. Ariel yang melihat reaksi gadis itu, lantas melanjutkanbicaranya selepas menarik nafas dalam.

"I kalau boleh nak tamatkan konflik kita ni... I pun tak nak kita terus - terus gaduh dan bermasam muka sampai dah tak sanggup nak tengok muka masing - masing bila berdepan macam ni. I ni lelaki. U tu pulak perempuan. Nanti apa kata orang kalau kita asyik nak bergaduh aje bila berjumpa..." Ariel berhenti seketika untuk melihat reaksi seterusnya dari gadis itu yang sejak tadi diam, berdiri kaku di sebelah sana..... Takkan dia nak jatuh pengsan kot??

Ariel mulai resah. Dia bimbang Vee akan jatuh secara tiba - tiba di sana. Dia bukannya Superman atau Spiderman yang mampu bergerak pantas ke sana, sini dengan mudah. Balkoni mereka juga bukannya boleh di langkah selangkah dua..... Aisshh... nak buat macam mana sekarang ni...

"Vee?..." Ariel yang mulai risau memanggil nama gadis itu berulang kali. Namun tetap sepi. Ariel semakin tidak senang hati untuk berdiri di situ. Kalau boleh dia mahu berada di seberang sana bersama - sama dengan Vee.

"Vee!" Kali ini dia meninggikan suaranya sedikit, biar gadis itu mendengarnya. Ariel menarik nafas lega sebaik melihat gadis itu mengangkat wajahnya perlahan. Matanya yang masih kelihatan kuyu dan tidak bermaya, menjeling tajam padanya.

"Boleh tak kalau awak diam sekejap?! Awak ni memang kacau daun betul... asyik nak potong line kita aje..." Bebel Vee dengan wajah sembapnya.

Ariel ketawa lucu. Baru terasa lega hatinya bila mendengar gadis itu sudah mulai membebelinya semula.... Buat aku suspen maut betul minah celup ni tau!! Err... tak boleh jadi. Aku mesti ambil peluang ni untuk berbaik semula dengan dia. Humm... nak cakap apa ehk?!... Ariel menggaru kepalanya yang gatal tiba - tiba..... Err... hentam sajalah. Janji dapat berbaik dengan dia hari ni sudah!

"Erm... awak tak apa - apakah?" Vee kerut dahi. Keningnya bertaut rapat membalas pandangan Ariel.

"Maksud I, I boleh tolong apa - apa...?" Vee hanya memerhatikan

Ariel tanpa sepatah kata keluar dari mulutnya. Ariel yang melihat reaksi gadis itu mulai menggelabah. Baju sukan yang masih lagi melekat di badan Ariel dengan kesan kotoran yang agak jelas kelihatan membuat dia tersenyum sendiri. Ariel kerut dahi seribu bila melihat senyuman pelik gadis itu secara tiba - tiba.

"Kenapa U senyum macam tu? I ada salah cakapkah? Apa yang lucu?" soal Ariel berulang kali. Vee sekadar menggelengkan kepalanya.

"Kalau ianya pun awak concern, awak mandilah dulu. Ini tak, bau dah sampai kat sini macam kerbau lepas berkubang pun masih ada hati nak concern tentang masalah orang lain! Go and take a bath first, Ariel!" ujar Vee lantas berlalu pergi meninggalkan Ariel bingung sendiri di balkoni bilik tidurnya. Vee sengaja mahu membuat Ariel bingung sendiri dengan kata - katanya itu tadi. Biar Ariel tahu yang dia sebenarnya bukanlah seperti apa yang di gambarkan atau di maksudkan oleh lelaki itu selama ini.

Ariel tersenyum lebar sambil menggelengkan kepalanya sebaik sahaja dia mulai mengerti akan maksud di sebalik kata - kata gadis itu tadi. Dia kini berasa lega sedikit bila dia boleh berbual dengan Vee tanpa perlu berasa tertekan atau tercabar seperti selalu. Di dalam hati dia berdoa agar dia dan Vee akan kekal menjadi sahabat yang baik. Tidak menjadi teman rapat kepada gadis itu pun tidak apa, asalkan mereka boleh menjadi teman biasa dan baik sudah memadai baginya.

In Shaa Allah, masih banyak waktu dan peluang untuk dia memperbaiki hubungannya dengan Vee. Dia sudah serik untuk terus bertekak dengan gadis itu dan berdoa agar peluang untuk mereka berbaik akan muncul dengan lebih cepat kerana dia mahu mengenali Vee dengan lebih dekat lagi kerana dia dapat merasakan yang dia pernah bertemu dengan Vee sebelum ini, sebelum mereka bertemu di universiti lagi.

Humm... asyik kata aku ni macam kerbau lepas berkubang tu kenapa? Sudah tidak ada ayat lain lagikah yang dia nak cakap dekat aku? Urmm, Vee you're so hard to predict but you are so damn beautiful for sure!... Ariel bersiul kecil. Dia gembira dengan apa yang baru dia rasai saat ini. Dia gembira dan berharap agar keadaan seperti itu akan berkekalan untuk dia dengan Vee sampai bila - bila.

"Along!!!"