webnovel

Hanya kerana mata.

Prof Hamdan di hadapan sedang sibuk memberikankan tugasan untuk presentation berkumpulan. Aku lihat semua pelajar sedang sibuk mendengar dan mencatit butiran-butiran yang di perlukan.Tiba-tiba pandanganku tertumpu di pintu masuk kelas, siapa ya itu fikiranku bertanya dengan spontan.

Salam diberikan oleh jejaka tersebut kepada prof Hamdan.Aku lihat mereka berbicara seketika dan kemudian prof memaklumkan bahawa si jejaka adalah pelajar baru yang masuk agak lewat untuk semester ini. Setelah memperkenalkan diri, dia lalu mencari ruang kosong untuk di tempati. Mataku tanpa sedar asyik memerhati si jejaka, apa nama dia tadi ya? Shuib...Shuib bin Shamsudin. Terasa satu getaran di hati bila nama itu aku laungkan dalam minda ,seumur hidupku tidak pernah terasa sebegini, apa ya perasaan ini. Dalam asyik memerhati pandangan mata kami bertembung setika, Ya Allah malunya,setakat umurku hari ini tidak pernah sekali pun aku berperangai begini. Dari mata turun ke hati, setahu aku cinta pandang pertama itu sangat-sangat jarang wujud. Adakah aku jatuh cinta buat pertama kalinya? Eh wait kegilaaan apakah ini? Roslina Binti Othman!!!!! kau datang sini untuk belajar sayang, bukan bermain mata. Kau punya arah tujuan yang mahu keluarga kau menjadi lebih baik dari sekarang. FOKUS!!!!

Kring.....tanda waktu kelas Prof Hamdan berakhir. Okay waktu untuk mengisi perut, laparnya nak makan apa ya? budget RM5 bersama air, makanan di manakah dikau?. Kelihatan di hadapan rakan-rakan saing makan aku berkumpul membincangkan isu semasa iaitu nak makan di mana? Ya bagi kami pelajar-pelajar yang agak sederhana dengan pinjam PTPTN harus menjaga budget agar sampai semester depan tidak menyusahkan ibu bapa. Di kelompok rakan-rakanku itu kelihatan sang jejaka yang aku lihat tadi, mungkin kah? tidak mungkin kerna dia pelajar baru tapi ianya kenyataan kerana dia kelihatan begitu mesra dengan Faizal aka pelajar yang agak popular di kalangan gadis-gadis .

"Ros, hari ini kita ada kenderaan untuk pergi makan di luar, jom ikut sekali ramai-ramai, ni Shuib kawan sekolah aku, kebetulan dia ambik sama course dengan kita semua. Jom semua kita pergi makan", ajak Faizal pada aku dan rakan-rakan lain.

"Hi awak, saya Shuib panggil saya Shuib", dia memperkenalkan dirinya padaku. Wow berpusing sekejap diri ini. Adakah ini di namakan JODOH?.

"Jom semua, saya bawa van hari ini," pelawa Shuib pada semua.

Aku duduk di belakang bersama gadis-gadis ayu yang lain dan Fazal rancak berbual dengan Shuib tentang kenapa dia di sini dan bukan di UIA. Dari perbualan mereka, aku curi-curi dengar tapi bukan curi dengar pun sebab Faizal memang jenis yang kepoh ci, jadinya semua dalam van Shuib dapat dengar dengan jelas yang Shuib mencari course yang lebih mudah kerana tidak dapat cope up dengan subjek yang di ambik di UIA.

Dari hari kesehari kami menjadi rapat dari rakan biasa menjadi rakan baik dan akhirnya ....jeng...jeng kami menjadi pasangan kekasih. Akhirnya tempat duduk ku bertukar di sebelah pemandu bukan lagi di belakang.

Ingat ya usaha tangga kejayaan. Aku suka jadi seperti Siti Khatijah aku ucapkan pada si dia aku suka dia, dan jawapan dari si dia amat positif.