webnovel

Mesteri sekolah kimori

Mesteri disebalik kegemilangan sekolah kimori.

Rajiv_Bakri · Khác
Không đủ số lượng người đọc
12 Chs

chapter 6: Nanamine: the cruel past story, part 1

." hey.. kau tak perasaankan Nanamine tu asyik menyendiri."

" walau dia tu pelajar cemerlang tapi dia tu anti sosial. tak tahulah kenapa dengan dia tu."

"dengar cerita ada satu senior ni yang rapat dengan dia ni. kalau tak silap senior tu pelajar cemerlang juga dan kawan rapat Nanamine."

" tak payah dengar cakap mereka tu Nanamine chan" kata Yamada.

" saya tidak akan sama sekali dengar apa mereka katakan." balas Nanamine dengan senyuman yang manis.

" itulah Nanamine saya. tidak mudah mengalah dengan ujian kecil begitu." Yamada sambil menggosok kepala Nanamine dengan lembut.

" hmmm... saya bukan budak budaklah Yamada senpai." kata Nanamine dengan memegang tangan Yamada dari menggosok kepalanya.

" ehhhh!! kenapa pula.. lagi pun saya cintakan kamu." kata yamada dengan lembut.

" hmmm.. suka hati yamada senpailah." kata Nanamine dengan selamba.

" maaflah..kerana tidak dapat pulang bersama kamu" keluh Yamada.

"tak apalah... lagi pun saya balik bersama Haruhi jadi tak perlu risau." kata Nanamine dengan baik.

Yamada hanya senyum dan berlalu pergi.

Nanamine terus masuk kedalam kelas.

semasa menuju ke kelas Nanamine terlanggar dengan seorang pelajar lelaki dan buku dan kertas berjatuhan.

" m..m..maafkan saya." kata lelaki itu.

" tak.apa " Nanamine terus mengambil bukunya dan kertas lelaki itu.

mereka berdua bersama sama memungut kertas itu lalu diberikan kepada lelaki itu.

" terima kasih" ucap lelaki itu.

" sama sama" balas Nanamine.

mata mereka berdua bertemu dan mereka tidak berkata apa apa sehingga satu jeritan kedengaran.

" hoiii.. machita cepatlah." jerit suara itu.

" kejap" balas machita.

" nama kamu machita?" soal Nanamine.

" iya dan kamu pula?" soal machita.

" Nanamine" balas machita.

" baiklah Nanamine terima kasih kerana tolong saya. nanti saya belanja awak tanda terima kasih.

Nanamine hanya mengangguk tanda setuju. machita berlalu pergi.

Nanamine menjadi kaku dan wajahnya merah padam.

" k..k.kenapa dengan aku ni?. kenapa jantung ku berdegup kencang?" soal Nanamine kepada dirinya.

" hey... heyy... hey Nanamine. kenapa dengan kau ni..kau tengok apa tu" soal Haruhi kepada Nanamine sambil kelihat kearah Nanamine pandang.

" tak ada apalah." balas Nanamine.

Nanamine terus berjalan menuju ke kelas dan Haruhi pergi ke kelas asalnya kerana waktu itu Haruhi kelas C dan nanam kelas A.

waktu pembelajaran pun dah tamat dan semua pelajar balik.

Haruhi datang ke kelas Nanamine.

" Nanamine maaflah saya tak boleh temankan awak balik sebab student council tiba tiba buat mesyuarat mengejut."kata Haruhi kepada Nanamine.

" tak apalah. saya faham kerja dibawah student council ni bukan senang." kata Nanamine dengan senyuman.

Haruhi terus beredar. Nanamine berjalan menuju ke luar pagar sekolah dan tiba tiba kedengar satu suara dari belakang.

" heyyy!! Nanamine tunggu" jerit Machita.

" ehhhh!! kenapa ni machita?" soal Nanamine dengan suara yang terkejut dan muka yang merah.

" tak ada apa. mari kita balik sama sama." soal Machita.

Nanamine hanya angguk tanda faham. dan mereka balik bersama. dari situ mereka berdua mula rapat walau banyak pelajar menyoal hubungan mereka. sehinggalah suatu hari Nanamine menyoal Machita.

" hey.. machita awak suka berkawan dengan saya tak?" soal Nanamine.

" saya tak sukakan awak tapi cintakan awak juga." balas Machita.

muka Nanamine menjadi merah padam.

" tapi saya cintakan awak sebagai kawan syak tak lebih " kata Machita lagi.

Nanamine hanya terdiam selepas mendengar penjelasan machita.

semasa perjalanan ke kelas Nanamine bertemu dengan Yamada.

" hey Nanamine. lama tak jumpa." kata Yamada.

" iya lama tak jumpa" kata Nanamine.

" kamu kenapa ni Nanamine? ada sesuatu tak kena ke?" soal Yamada.

"tak ada apalah. awak pergilah.saya tak apa apa" kata Nanamine kepada Haruhi.

Yamada hanya diam.

" hey Nanamine. aku sentiasa ada untuk awak faham" Yamada mengosok kepala Nanamine dan berlalu pergi.

Nanamine hanya berdiam diri.

" hey adakah kamu dengar tentang " charm" disekolah kita. jika kita ingin membuat seseorang jatuh cinta dengan kita. kita boleh membuat hajat dengan membawa alat muzik yang kamu sayang ke bilik muzik di bangunan lama sekolah lalu mainkannya."

Nanamine terdengar kisah itu lalu menekad untuk membuat Machita jatuh cinta kepadanya. Nanamine mendapat satu mesej daripada machita yang ingin bertemu dengan kerana ingin menberitahu sesuatu yang amat penting pada esok selepas tamat waktu sekolah. Nanamine berasa ini adalah peluang yang terbaik.

selepas waktu persekolah hari ni. Nanamine terus bergegas menuju ke bilik muzik sekolah bangunan lama.

Nanamine masuk sedalam bilik itu dan memainkan alat muzik kegemarann iaitu seruling. Nanamine merasa angin sejuk dari belakangnya dan Nanamine melihat kearah belakang. terlihat seorang lelaki tua di hadapan Nanamine.

" hohoho.. kamu inginkan apa anak muda?"soal lelaki itu.

" saya ingin machita cintakan saya" kata Nanamine dengan dengan penuh yakin.

"hohoh baiklah... ambillah gula gula ini lalu berikan kepada Machita itu dan dia akan jatuh cinta kepada kamu kamu dengan syarat pastikan kamu berikan sesuatu yang berharga bagi kamu" kata lelaki itu.

Nanamine mahu tidak mahu memberikan seruling itu kerana itulah hadiah hari jadinya dari arwah datuknya. tapi Nanamine terus memberikan seruling itu.

" jangan menyesal atas permintaan kamu ini" tuan yashiro memberikan amaran kepada Nanamine.

Nanamine terus beredar bersama gula gula itu.

keesokan harinya.

Nanamine bertemu dengan Machita seperti yang dijanjikan. mereka bertemu di atas bumbung sekolah. Nanamine membawa gula gula tersebut dengan harapan Machita akan mencintainya.

" A..a..apa khabar Machita." Nanamine dengan nada yang teragak agak.

" baik!! kamu pula?" soal Machita.

" b..b..baik saja... sebenarnya kenapa kamu ingin bertemu saya?" soal Nanamine.

" ouh itu!!" kata Machita.

Nanamine mengeluarkan gula gula dari poketnya lalu Machita terus mengambilnya.

" k..ke.kenapa kau ambil gula gula tu?"soal Nanamine dalam keadaan cemas.

" k.k.kenapa, sedap bukan... lagi pun ada benda nak saya cakap ni... sebenarnya saya jatuh cinta dengan Momoshiki kelas sebelah aku... aku beritahu kau kerana aku percayakan kau Nanamine.. tolong simpan rahsia ni ok." pitah Machita.

Nanamine berdiri kaku melihat reaksi Machita. Nanamine berasa bersalah dengan tindakan yang dia lakukan kerana dia memikirkan bahawa Machita tidak menyukai sesiapa tetapi sebaliknya. Nanamine terus berlari menuju kearah bangunan lama untuk bertemu Tuan yashiro. Machita hanya berdiri kaku.

" dah.. kenapa dengan Nanamine tu.?" soal Machita.

sampai sahaja Nanamine di depan pintu bilik muzik. Nanamine terus membuka pintu dan memanggil Tuan yashiro. tiba-tiba terdengar satu suara diiringi angin nyaman.

"hohoho...kenapa kamu datang kemari?" soal Tuan yashiro.

" t..t..tolong hapuskan ' charm' tu pada Machita. tolonglah!!" pitah Nanamine sambil menangis.

" baru sekarang kamu menyesal atas apa yang kamu lakukan!!" kata Tuan yashiro.

" maafkanlah saya...saya menyesal dengan perbuatan saya" tangis Nanamine dengan kekesalan.

" baiklah tapi dengan satu syarat.. kamu mampukah?" soal Tuan yashiro.

" saya akan ikuti apa juga syaratnya.. tolong hapuskan ' charm' itu terhadap Machita". setuju Nanamine dengan tangisan penuh harapan agar Machita kembali seperti biasa.

" baiklah... kamu harus menjadi ahli sihir dibawah jagaan aku" kata Tuan yashiro.

Nanamine berasa terkejut mendengar syarat yang diberikan oleh Tuan yashiro.

apakah Nanamine bersetuju begitu saja atau sebaliknya??

adakah Tuan yashiro akan menyembuhkan kembali Machita??