webnovel

Tengah Down ke?

Hai assalamualaikum semua?

Ada yang tengah down ke tu?

Korang kena sabar tau, kena kuat hadapi semua masalah.

Ingat Allah ada dengan kita dan ingat Dia takkan menguji kita kalau kita tak mampu buat benda tu.

Sebenarnya Allah ni bagi ujian dekat kita sebab Dia rindu nak dengar rintihan hamba hambanya, Dia rindu nak dengar kita ni mengadu, meminta dan merintih kepadanya.

Allah ni bukan kejam nak bagi kita bermacam macam ujian dekat kita tapi Allah nak kita belajar sesuatu dari ujian yang dia dah turunkan dekat kita. Allah nak mendidik kita Allah nak memperbaiki diri kita.

Jangan sesekali kita bersangka buruk dengan Allah. Okay? Percayalah kesemua ujian yang Allah turunkan pasti ada hikmah disebaliknya. Ya sekarang mungkin kita tak nampak hikmah pada ujian tu, tapi cuba kita tengok sebulan selepas tu, pasti ada perbezaan yang berlaku kepada diri kita. Insyaallah.

Kalau kita tak nampak lagi mana hikmah disebalik ujian tu mungkin Allah nak tunjuk hikmah tu di akhirat atau di syurga. Betul tak?

Mairah ada cerita tau. Cerita ni pasal diri Mairah sendiri.

Mairah pernah down yang teramat sangat sampaikan pernah terdetik di hati yang mati itu adalah jalan penyelesaian.

Allahuakbar bertapa beratnya ujian pada waktu itu. Pada waktu tu juga Mairah ada sakit tapi Mairah langsung tak beritahu keluarga Mairah, Mairah tanggung semua benda sendiri. Tiada sapa pun yang tahu sakit Mairah kecuali Allah dan sahabat Mairah. Mairah kurung diri Mairah lama dalam bilik.

Mairah menangis hampir setiap malam. Mairah juga sering mempersoalkan tentang ujian yang Mairah hadapi. Mairah selalu mempersoalkan tentang qada dan qadar Allah. Yang Mairah tahu waktu itu cuma kenapa kenapa dan kenapa.

Terlalu perit

Tetapi hebatnya percaturan Allah Mairah ada ternampak satu video yang lebih kurang 5 minit sahaja. Dan satu ayat yang mairah takkan lupakan adalah "Allah uji sebab dia sayangkan kita dia rindu akan rintihan kita."

Dan korang tahu tak?

Masyallah hebat sungguh percaturanNya dari situ Mairah belajar sesuatu yang dariNya ujian itu diturunkan buat kita dan kepadaNya ujian itu kembali.

Apa maksud dia?

Maksudnya jika kita dilanda ujian maka segeralah berbalik semula kepadanya.