webnovel

Mengeluh?

Seperti yang kita tahu manusia ini lebih banyak mengeluh dari bersyukur. Betul tak? Mairah juga tak terkecuali dan kita ni mengeluh macam Allah tak pernah bagi satu nikmat pun kepada kita.

Sampaikan kita tanya Allah kenapa Dia uji kita macam ni. Contohnya:

"Ya Allah kenapa lah kau uji aku macam ni?"

"Ya Allah aku tak larat nak hadap benda ni. kenapa aku Ya Allah, Kenapa bukan dia Ya Allah?"

Yang kita tahu cuma kenapa, kenapa dan kenapa.

Ingatlah wahai anak cucu adam bahawa Allah takkan menguji kita kalau kita tak mampu buat benda tu. Right?

Kadang kadang kita mengeluh bila tengok orang dapat barang yang mewah sedangkan kita tak.

"Haih bila la aku nak dapat semua benda yang dia dapat ni?"

"Kenapa dia lagi pandai daripada dia ni."

Tengok kita asyik mengeluh tapi kita tak berusaha pun untuk dapatkan benda yang kita nak tu.

Dan kita tak pernah pun mensyukuri nikmat yang dah sedia ada yang Allah berikan kepada kita. Seperti apa nikmat tu?

Cuba tengok, kawan kita ni dia selalu dapat barang mahal mahal tapi dia tak pernah pun merasai kasih sayang ibu sedangkan kita? Ya memang betul kita tak pernah dapat barang barang mahal, tapi kita dapat kasih sayang daripada ibu. Ha tengok setiap orang ada rezeki masing masing kan? Allah ni tak kejam dengan kita. Mungkin kita tak dapat barang yang kita nak, tapi kita dapat kasih sayang yang ada sesetengah orang memang tak dapat pun.

Mairah pun ada cerita sendiri tau.

Dulu Mairah ni suka sangat mengeluh time solat mengeluh, time buat kerja mengeluh , senang cakap buat semua benda nak mengeluh tau.

Tapi bila mairah mula belajar bersyukur akan setiap memberian yang telah Dia berikan dekat mairah secara automatik perasaan nak mengeluh tu hilang dan hati mairah rasa tenang dan damai je.