webnovel

Bab 9

Di pagi hari ahad, Safiyah duduk di salah satu bangku panjang di suatu taman reakreasi, menghayati pemandangan mesra di antara matahari dan manusia. Orang ramai melakukan riadah sepertimana hari-hari yang biasa dengan pakaian sukan masing-masing. Safiyah pula anggun dan cantik memakai blaus berwarna biru seiring dengan warna tudungnya.

Dia hanya duduk termenung memandang orang yang bermain basikal, jogging dan bermain sukan-sukan yang lain. Dia cuba membayangkan Mardhiyah menjadi seperti orang-orang itu, mampu tertawa dan bersukan menghibur jiwa masing-masing.

Secara tiba-tiba, seorang lelaki duduk di bangku yang sama. Safiyah menoleh. Terlihat, lelaki itu tampan dengan rambut panjangnya yang terikat kemas di bahagian belakang. Segak berpakaian hoodie hitam dan berseluar pendek berwarna hitam. Safiyah seakan mengenal lelaki itu. Dia memerhatikan pula lebih dalam wajah lelaki tersebut.

Lelaki itu menoleh membuatkan kedua mata mereka saling bertatapan. Kedua mata lelaki itu yang seakan bercelak membuatnya hanyut dalam buaian rasa sepertimana malam hari yang sebelum ini. Lelaki itulah yang menyalakan rokok dan membuatnya terpukau. Membuatnya merasakan keindahan dalam masa yang sama membuatnya juga merasakan ketakutan.

"Doktor?" lelaki itu tersenyum kecil.

Safiyah kembali tersedar. Wajah yang berubah merah ditundukkan.

"Kita jumpa lagi." lelaki itu tergelak kecil.

"Haah." Safiyah tersipu malu.

"Doktor buat apa dekat…"

"Panggil Fiy aje. Malu pula kalau panggil doktor." Safiyah kembali menoleh.

Lelaki itu menangguk.

"Aku Sufi. Maaf kalau aku menakutkan kau lagi."

"Eh tak. Aku… erm…"

"Kau baru habis sukan?"

Safiyah menggeleng. Ada pula kita habis sukan dengan baju macam ni. Nak ngorat lah tu. Gumam hati Safiyah. "Aku tunggu kawan. Dia kata nak ambik seseorang." Safiyah tersenyum kecil.

"Oh… kena tinggal la ni?"

Wajah Safiyah berubah masam. Perkataan itulah yang mengambarkan dirinya ketika itu.

"Haah. Dia kata nak jumpa orang tu dekat sini. Orang tu pula nak minta ambik la… apa la. Tinggallah aku sorang-sorang. Aku tak pandai bersukan. Pandai duduk macam ni aje. Termenung."

"Banyakkan bersabar ya." Sufi tersenyum kecil.

Mendengar ayat itu membuatkan Safiyah tertunduk malu. Tanpa dia sedar, dia sudahpun melepaskan bebelan kecil pada seseorang yang dia tidak kenali.

"Sufi… buat apa dekat sini?" Safiyah menoleh kembali.

"Jalan-jalan… cari ketenangan."

"Ohhh…" Wajah Safiyah berubah sayu semula. Ketenangan yang Sufi inginkan itu juga adalah ketenangan yang dia inginkan. Namun selagi masalah Mardhiyah tidak berakhir, ketenangan itu terletak di awang-awangan.

"Kau ada masalah? wajah kau berubah suram macam tu?" soal Sufi.

Safiyah yang tersedar kembali itu menggelengkan kepalanya.

"Kau nak jalan-jalan dekat taman ni?" soal Sufi lagi.

Safiyah menoleh bersama kedua matanya yang membesar.

"Jom." Sufi berdiri daripada duduknya.

Safiyah secara tiba-tiba juga ikut berdiri tanpa sebarang bicara. Sufi mengukir langkah dalam masa yang sama dia juga mengikuti pergerakan Sufi daripada belakang. Kini, kedua insan mula berjalan bersama-sama bagai sepasang merpati tanpa ikatan.

Kedua mata Safiyah hanya dilemparkan ke arah tasik yang terletak di tengah taman. Dia ingin membuka satu cerita bersama Sufi, namun wajahnya yang masih kemerah-merahan itu menandakan jiwanya masih merasakan sesuatu yang asing di antara mereka berdua.

"Kau doktor psikiatri kan?" Sufi menyoal.

Safiyah tersenyum kecil. Akhirnya, Sufi membuka cerita.

"Haah… dekat rumah sakit yang kita jumpa tu." jawab Safiyah.

"Dah berapa tahun?"

"Ermmm… masuk tahun ni, dah empat tahun. Aku dah kerja dekat tempat tu dari aku student praktikal lagi."

"Oh…" Sufi menganguk-angguk. "Susah jadi doktor psikiatri?"

Safiyah memuncungkan bibirnya.

"Susah juga tapi… kita minat kan. So, tak ada lah jadi beban sangat."

"Biasanya, orang yang berpengetahuan tentang penyakit mental ni tahu tentang psikologi. Betul ke?" Sufi ingin mendapatkan kepastian.

Safiyah menggeleng kecil menafikan persoalan Sufi itu.

"Tak semestinya, sebab aku belajar lebih dalam tentang kesihatan mental, psikologi tu pula lebih kepada corak pemikiran manusia atau organism hidup. Ada juga lah belajar tapi tak dalam sangat."

"Ingat sama." Sufi tergelak kecil.

"Sufi… kerja apa?"

Sufi menoleh semula.

"Aku kerja kilang. Kilang komputer."

Safiyah mengangguk-angguk. Kerja kilang? Asal tak jadi model? Soal hatinya. "So, weekend macam ni Sufi tak kerja?"

"Tak. Isnin sampai jumaat aje."

"Mmm… sama lah. Sufi selalu datang sini?"

"Boleh la. Kalau ada mood, datanglah. Aku selalu jalan-jalan dekat pantai. Kenapa?"

Safiyah mengetap bibirnya. "Aku pun… suka pantai."

"Oh, baguslah. Kalau kau nak aku teman kau jalan-jalan dekat pantai boleh aje. Kita minat benda yang sama. Tapi kalau kau dah ada yang punya tak boleh juga."

"Eh tak ada. Aku masih… sendiri." nada suara Safiyah berubah perlahan.

Sufi tergelak kuat.

"Kau cantik, asal tak cari?"

Safiyah memuncungkan bibirnya kembali. Kau hensem, asal tak cari pula? gumam hatinya lagi. "Bukan tak cari. Tak nak cari. Susah nak percaya lelaki sekarang." jawab Safiyah.

"Haah… betul juga kan."

Safiyah pula yang tergelak kuat mendengar ucapan Sufi itu.

"Kau lelaki tau. Aku complaint pasal kaum kau. Kenapa kau sokong pula?"

Sufi tersenyum kecil.

"Aku tak sokong, aku membenarkan benda yang betul tau."

"Eleh… dalam hati mesti kata yang lain kan?" Safiyah tersenyum sinis.

"Betulah apa kau kata tu. Lelaki zaman sekarang susah nak percaya termasuk aku sendiri."

"Ya lah tu. Maksudnya, kau pun sama la macam lelaki gatal yang lain?"

"Wuuu… kejap, tak boleh juga kata macam tu. Sebenarnya yang bermasalah ni manusia tak kira lelaki atau perempuan. Ada aje perempuan gatal. Kan?"

"So? Nak kata perempuan la yang ada masalah?" Safiyah menaikkan keningnya.

"Bukanlah…" Sufi tergelak.

"Jawab-jawab. Defend your self." usik Safiyah dengan senyumannya yang semakin melebar.

"Maksud aku, lelaki susah untuk dipercayai sebab macam-macam perkara. Bukan setakat gatal. Ada juga lelaki yang suka menipu, tapi dia menipu sebab dia ingin membahagiakan orang yang dia sayang. Contohnya, sepasang suami isteri yang hidup susah. Lepastu, dia bawa pulang makanan yang cukup untuk anak dan bini dia makan aje bukan untuk dia. Bini dia tanya, abang dah makan? Suami dia jawablah dah, sedangkan suami dia tu belum makan. Dia menipu untuk mengenyangkan perut orang yang dia sayang. Suami dia tak boleh dipercayai kan?"

"Hey! Tu bukan maksud aku tau."

Sufi tergelak kuat hingga kedua langkah kakinya terhenti.

"Pandai-pandai aje dia mainkan situasi." Safiyah tersenyum manis.

Sufi melihat ada sebuah bangku panjang tidak jauh dari kedudukannya. Dia bergerak menghampiri bangku tersebut.

"Aku penatlah." Sufi bergerak duduk di atas bangku itu.

"Penat menipu." Safiyah bergerak duduk di samping Sufi.

"Senang cerita, tak payah la nak tentukan sangat siapa yang salah. Serahkan aje pada takdir. Tuhan lebih tahu apa yang terbaik untuk kehidupan kita." Sufi tersenyum kecil.

Safiyah hanya mendiamkan diri memandang tasik yang terbentang di hadapannya itu. Serasa, ada sebuah rasa yang membuatkannya selesa bersama Sufi hingga membuatkannya lupa dengan masalah yang menghantui mindanya selama ini. Namun jiwanya masih memberikan satu persoalan, apakah rasa itu?

"Sufi… kalau kau nak pergi pantai… bawa aku sekali boleh?"

"Ai… kata tak percaya lelaki…" Sufi menaikkan keningnya.

"Anggap aje kau bukan lelaki."

Sufi tergelak kembali.

"Macam mana nak bawa, aku ada motor aje."

"Tak boleh?"

"Mana boleh, kau kan perempuan aku lelaki."

"Aku datang la sendiri nanti. Dekat pantai nanti kita jumpa." Safiyah mengeluarkan telefon pintarnya. Dia menekan sesuatu pada skrin telefon itu.

"Nah! Ambik nombor aku."

Sufi mencapai telefon itu.

Dring! Dring!

Telefon pintar milik Safiyah menerima panggilan masuk secara tiba-tiba.

"Ada orang call kau la. Tasya nama dia." Sufi menghulur semula telefon tersebut.

"Tasya!" Safiyah mencapai telefon itu.

Butang hijau ditekan.

Ting!

"Hah! Kenapa?"

"Wei, kau kat mana?"

"Dekat taman ni lah. Dah kau tinggal aku seorang-seorang."

"Datang parking sekarang. Emergency."

"Kenapa emergency pula tiba-tiba?"

"Datang dekat sini dulu. Dalam perjalanan nanti aku cerita."

"Ish! Ya lah. Kejap."

Ting!

Wajah Safiyah berubah masam memandang Sufi.

"Kenapa muka kau masam macam tu?"

"Tak ada apa-apa. Sorry, aku gerak dulu. Ada emergency." Safiyah berdiri daripada duduknya.

"Ohhh… tak apa."

Safiyah berjalan pantas menuju ke tempat letak kereta. Tanpa dia sedari, hajatnya untuk memberikan Sufi nombor telefon miliknya itu pun sirna.

Setibanya Safiyah di kawasan letak kereta, dia menepuk dahinya apabila teringat yang dia terlupa untuk memberikan nombor telefon miliknya kepada Sufi.

"Aduh… Tasya!!!"

"Apa yang Tasya?" Tasya muncul secara tiba-tiba bergerak mendekati Safiyah.

Safiyah menoleh.

"Kau lah. Sekarang, apa emergency yang kau kata tu?"

Tasya tersenyum kecil.

"Kau tipu ke?" Safiyah berubah tegang,

"Alah Fiy… sorry la."

"Tasya!!!"

Tasya tergelak kuat.

"Kau kenapa ni, macam orang putus cinta."

"Memang!" Safiyah menghentak kakinya.

"Wow… pintu hati kau dah terbuka."

Safiyah memuncungkan bibirnya.

"Malaslah, benda dah jadi. Mana kak Suraya kau tu?"

Tasya melepaskan keluhan.

"Dia tak jadi datang la, dia kata dia ada urusan lain."

Safiyah memejamkan kedua matanya. Perasaan geram ditahan demi menyelematkan suasana. Sungguh, jiwanya terlalu terkesan meninggalkan Sufi begitu sahaja tanpa suatu kesimpulan. Ingin dia pulang semula mencari dimanakah kedudukan Sufi. Namun tempoh masa yang dia ambil untuk bergerak ke kawasan letak kereta itu sudahpun menggambarkan yang Sufi tidak lagi berada di tempat yang sama.

"Habis sekarang?" Safiyah kembali tenang.

"Alah Fiy… jangan la marah. Please. Kita pergi makan aiskrim. Aiskrim Strawberry. Nak?"

Safiyah menghela nafas yang panjang.

"Jom lah."

Tasya tersenyum kecil dikala aiskrim mampu menenangkan kemarahan sahabatnya itu.