webnovel

Maid itu isteriku

Rayyan Shah nama yg tidak asing lagi di kota metropolitan ini.Dia adalah seorang lelaki daripada keluarga yg kaya dan seorang yg kacak serta berkaliber. Anis Alisha pula seorang gadis kampung yg pergi ke bandar untuk mencari kerja.Dia merupakan anak sulung daripada 3 orang adik beradik. Dia tidak suka bercouple kerana prinsip hidupnya itu "single is better" Haishhh, susah betullah nk cari kerja kat KL ni! Kalau aq tau macam ni, baik aq duduk kat kampung je.Mmm, kalau aku jadi bibik okay tak eh? -Anis Alisha- Ma, bibik kat rumah kita ni dah tua lh, kalau Ryan upah maid baru boleh tak? Muda-muda baru boleh buat kerja cepat. "Memang boleh sangat lh tu Ryan, tapi jangan kamu jatuh cinta dengan maid tu pula" Amaran telah diberikan kepada Ryan daripada mamanya. -Rayyan Shah- Suatu hari,Rayyan tercegat melihat orang yg berada dihadapannya, iaitu maid baru nya itu. Suatu perjumpaan telah membuatkan hati seseorang berdebar? Apakah yg telah membuatkan Rayyan jatuh cinta pada Alisha?

Ftinsuraya · Tổng hợp
Không đủ số lượng người đọc
7 Chs

Bab 4

Di Syarikat Armada Corporation. Ryan sibuk mengemas fail-fail projek yang perlu diuruskan di almari.

"Ma, Ryan dah besarlah. Taulah Ryan nak uruskan company kita ni. Mummy tak payah nak sibukkan diri tolong Ryan kat office ni" Ryan membebel kepada mummynya.

"Alah kamu ni Ryan, mama nak tolong sikit pon tak boleh. Degil betullah kamu ni. Ni mesti ikut perangai daddy kamu kan" kata Datin Rossa sambil menjeling anaknya.

Ryan : Alah, Ryan pun anak mama jugak.

Datin Rossa : ....

Ryan : Alalala mama ni. Dah tua-tua pun nak merajuk. Hehe. Yelah yelah Ryan bagi mama tolong Ryan kay?

Datin Rossa : Mmmmm, macam ni lah baru anak mama. Baik!

Datin Rossa memicit pipi anak bujangnya itu.Sambil mengemas office, mereka berdua berbual mesra.

"Mmmmm, ma" Ryan mengangkat keningnya.

"Ye"...

"Kalau Ryan nak upah maid baru boleh tak?" Ryan melihat muka mamanya.

"Tiba-tiba je Ryan nak upah maid baru ni kenapa pula. Mama tengok maid kita, Kak Hasnah tu elok je buat kerja. Bukannya dia ada 'complain' pun" Datin Rossa membebel.

"Alaaaa, saje je. Lagipun kalau kita ada maid yang baru kan boleh meringankan beban Kak Hasnah" Ryan tersegih.

"..."

"Kita upah yang muda tau. Muda-muda baru senang nak buat kerja" Ryan meyakinkan mamanya.

"Bagus sangatlah tu Ryan. Tapi jangan sampai kamu bercinta pulak dengan maid baru tu" Datin Rossa memberikan amaran awal kepada Ryan.

"Baik boss!" Ryan mentabik kepada mamanya.

"Dah, dah. Cepat siapkan kemas ni. Nanti kita pergi lunch okay" Datin Rossa menepuk lengan anaknya itu.

"Kay, tapi tunggu Ryan kemas semua fail-fail ni tau" Ryan memandang mamanya.

"Mmmmm"

————————————————————————

"Ma, jom pergi makan. Ryan dah lapar lah" Ryan menepuk-nepuk perutnya.

"Haishh, kamu ni. Ada je masalahnya. Tadi kan mama dah ajak kamu pegi lunch tapi tak nak" Datin Rossa tersegih.

"Yelah....yelah... salah Ryan. Jom Ma, kita pegi lunch" Ryan mencebik.

Sedang mereka ralit dalam perbualan. Tiba-tiba, terdengar bunyi ketukan daripada pintu office tersebut.

"Tokk....tok.....tokkk...."

Datin Rossa menoleh kearah pintu.

"Masuk" Ryan menegaskan suaranya.

"Maaf jika saya mengganggu boss, tapi saya ada dokumen penting yang perlu boss tandatangan" kedengaran suara perempuan disebalik pintu yang terbuka.

Seorang perempuan masuk ke dalam bilik tersebut sambil memegang dokumen yang banyak.

"Ouh, kamu rupanya Sofia. Lisa mana. Kenapa kamu pula yang hantar kat saya dokumen-dokumen ni?" Ryan mengangkat keningnya sambil kebingungan.

"Lisa ambil cuti harini, kan saya dah bagitau dekat boss pagi tadi" Sofia tersenyum.

"Ryan, ni bukan ke kerani yang dekat kaunter tadi?" Datin Rossa bertanya.

"Ye, Ma... ni Sofia. Biasanya Lisa yang 'handlekan' semua ni. Diakan secretary Ryan. Tapi, dia tak ada" Ryan menjawab pertanyaan mamanya.

"Ouh"....

"Boss, saya nak bagitau yang dalam 30 minit lagi boss ada meeting dengan shareholders baru" Sofia memperingatkan bossnya.

"Haah lah, macam manalah saya boleh terlupa ni" Ryan menepuk dahinya.

Sofia tersenyum melihat gelagat bossnya itu.

"Ma, sorrylah.... kita tak dapat lunch sama-sama. Padahal Ryan dah lapar ni. Ma pergi lunch dulu eh, nanti jelah Ryan lunch. Haishhh..." Ryan mengeluh.

"Takpe lah. Ryan pergilah siap-siap ye" Datin Rossa menepuk bahu anaknya.

"Kay..... Lain kali eh kita pergi lunch" Ryan memujuk mummynya.

"Mmmmmmmmmmm"

Datin Rosaa keluar daripada office bersama Sofia. Ryan pun menyiapkan dirinya untuk menghadiri meeting.