"Pardon, ken ik u?" - Harris Rynold "I just love you the way you smile." - Airish Humaira Mengisahkan tentang seorang gadis muda polos yang bernama Nur Airish Humaira mahu mencari apa erti kehidupan padanya. Airish ingin mengharungi liku-liku kehidupan demi mencari cinta sejatinya. Namun dia memiliki personaliti Introvert, iaitu seorang yang pendiam menyebabkan dia sulit mencari kawan apatah lagi teman istimewa. Tetapi, adakah benar lelaki sejati wujud? Adakah benar-benar ada lelaki yang akan mencintainya seadanya? Tengku Harris Rynold, seorang jejaka tampan kacukan Belanda, pulang ke Malaysia selepas sekian lama berada di Amsterdam. Harris bertemu dengan Airish secara tidak sengaja di lapangan terbang dan terjadi suatu insiden yang memalukan di antara mereka. Airish terus berusaha melarikan diri daripadanya. Disangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Takdir mempertemukan mereka lagi dalam keadaan tidak diduga, namun entah mengapa semakin Airish mengelak, semakin Harris mendekat. "You have to marry me, but this is the contracted marriage only." - Harris Rynold Disebalik sikap dingin Harris, terselit sifat prihatin yang mendalam terhadap Airish namun dia tidak menyedarinya. "Sebab aku dah jatuh cinta dekat kau, baka!" - Airish Humaira "Airish, verlaat mij niet..." - Harris Rynold Namun, adakah kebahagiaan menjadi milik mereka? Pelbagai cabaran dan halangan terus menanti mereka. Mengapa Airish berasa seolah dia seperti seorang 'Cinderella' yang dicari oleh sang putera untuk memulangkan kembali kasutnya? Apakah Airish berjaya menemui cinta sejatinya? Temui jawapan kamu dalam bacalah novel ini :)
Airish kelihatan gelisah tatkala mengetahui bahawa telefon pintar di tangannya, bukanlah miliknya.
'Haish...Fon aku mesti tertukar dengan mat salleh tu!'
Airish termenung di lapangan terbang itu sambil berpikiran panjang.
"...Aduh, aku nak buat apa ni?" Gumamnya secara sendirian. Airish menggaru kepalanya yang tidak gatal.
***
Setelah berpikiran panjang, Airish memutuskan untuk mencari si jejaka misteri itu. Disebabkan ketiadaan telefon pintarnya, dia juga tidak dapat mengetahui lokasi abangnya, si Amir, berada di mana. Oleh itu, dia harus mencari telefon pintarnya terlebih dahulu.
"Mesti mamat itu tak jauh dari sini, dia kan baru je pergi..." Bisik Airish secara perlahan.
Selang sahaja beberapa langkah Airish berjalan sambil membawa bagasi besar miliknya, tiba-tiba dia terlanggar sesuatu benda di lantai.
* Bruk! *
"Aduh!!!"
Airish menjerit kesakitan, namun belum sempat dia terjatuh, seseorang datang menolong dan menangkap badannya.
!!!
Terbuntang mata Airish saat dia bertatapan dengan orang yang menangkapnya. Mata biru milik jejaka itu merenung dirinya secara mendalam.
'Mat salleh topi hitam tadi!'
"Be careful, miss. Whoops! —"
Belum sempat lelaki di hadapannya habis bicara, dia hilang keseimbangan menyebabkan pegangannya pada Airish terlepas sebelum kedua-duanya terjatuh ke atas lantai.
'Eh, eh, eh—!'
* Bruk! *
* Bam! *
"Aduh..."
"Damn..."
Airish dan jejaka itu serentak bergumam kesakitan. Ketika membuka matanya kembali, Airish terkejut apabila mat salleh itu berada mengiring di sebelahnya.
'Ehhh!!! Dekatnya!'
Secara refleks, Airish terbangun daripada jatuh terbaring dan langsung berdiri tegak seperti menyanyi lagu Negaraku.
Si jejaka asing itu juga turut bangun sambil mengibas-gibas pakaiannya dan mencapai topi hitam miliknya. Dia meletakkan topinya di atas kepala dan memperbetulkan kedudukan topi tersebut sebelum memandang kembali ke arah Airish yang memperhatikannya.
"...Th-Thank you, sir. Also, I'm sorry for all the trouble I caused you..." Ujar Airish sambil tergagap-gagap. Dia merasakan bahawa dia sudah melakukan kesalahan terhadap jejaka itu.
'Hiks, malang sungguh nasib aku harini...' Kata Airish di dalam hatinya.
Jejaka kacak itu hanya tersenyum apabila mendengarkan suara Airish yang tergagap sebelum membalas perlahan.
"It's okay, though it's not your fault."
Dia hanya mampu menunjukkan jari telunjuknya ke arah gula-gula getah yang melekat di atas lantai. Airish turut memandang ke arah yang ditunjukkan.
'Oh patutlah boleh jatuh tadi. Kurang asam! Budak mana yang makan gula-gula lepastu buang merata ni?!'
Airish hanya mampu tersengih menahan marah serta malu.
Si jejaka tampan itu menyambung kembali bicaranya. "Oh, by the way..."
Dia mengeluarkan telefon pintar milik Airish daripada poket seluarnya. "This is...your phone, right?"
Mata Airish terbuntang melihat telefon miliknya. Fon aku!
"Yes, that's mine! Oh! Also, this is yours, right?" Airish dengan pantas menjawab dengan nada ceria sebelum turut mengeluarkan dan memberikan kembali fon milik jejaka tampan itu.
"Yes, it is. Thank you."
"You're welcome. Thank you so much, too! I can't do anything without my phone."
Jejaka itu hanya ketawa kecil sebelum membalas pendek. "No problem."
Dia hanya tersenyum melihat gelagat Airish yang kelihatan kelakar baginya. Tatkala itu, mata si jejaka itu memandang ke arah bagasi milik Airish.
"Oh... Wait a second. Please wait here for a while. I will come back again."
"Alright. Wait...huh?" Belum sempat Airish menjawab habis perkataannya, si jejaka itu terus menghilang dengan pantas dari pandangan mata Airish.
'Uh-oh? Mamat tu dah kenapa?'
***
Selang beberapa minit, jejaka itu kembali sambil membawakan sebuah bagasi besar. Kelihatan seperti baru sahaja dibeli. Dia berjalan menuju ke arah Airish.
'Ehh!!! Biar betul mamat ni beli bagasi baru dekat lapangan terbang?'
* Pats! *
Sambil meletakkan bagasi berwarna kulit ungu itu, jejaka itu membetulkan topi hitam di kepalanya sebelum tersenyum.
"Here, it's for you."
"Huh?"
Mata Airish terkebil-kebil melihat bagasi itu sambil berulang-alik melihat wajah jejaka asing itu.
'Biar betul? Untuk aku? Dia ni dah kenapa? Okay tak ni?'
Pelbagai persoalan terus memenuhi benak fikiran Airish, namun dia tidak mampu mengutarakan persoalannya.
Melihat Airish yang termenung memerhatikannya, jejaka itu kembali mengulang ucapannya. "Yes, it's for you."
"Uh, it's okay, sir...I can still use my luggage." Airish menggeleng kepala sebelum menolak pelawaannya secara perlahan.
'Ish...mana boleh begini..tak sedap hati aku la kalau orang bagi beg free camni...'
Melihat penolakan daripada Airish menyebabkan dahi jejaka asing itu mengerut. Namun, jejaka tampan itu tetap tidak mengalah. Dia merenung ke arah Airish sebelum berkata panjang lebar.
"Hmm, just think that it's a gift from me. Take it. I bought it for you. It must be hard to carry your current luggage all along the way in the future with that condition. So, just use this new luggage. Well... sorry for the accident earlier, though."
Terkebil-kebil mata Airish mendengarkan penjelasan panjang lebar daripada jejaka di hadapannya. Dia seakan tidak tahu mahu membalas apa.
Suara lunak milik jejaka itu kembali mengulang perkataannya.
"Take it."
Melihat bagasi berwarna ungu di hadapannya dan wajah keikhlasan dari si jejaka itu menyebabkan Airish menerimanya dengan hati yang berat dengan perasaan yang bercampur-aduk.
"Thank you very much, sir. I hope you will have a nice day."
"You're welcome. I hope so, too."
Jejaka itu membalas sambil memberikan senyuman manis seraya bertanya kembali.
"Can I ask your name, miss?"
"Sure, I'm Airish...and you?"
"Call me Ryan."
Airish hanya mengangguk perlahan sambil memberikan senyuman. "Thank you, Ryan."
Dalam hatinya, hanya Allah sahaja yang tahu betapa malu, segan, dan pelbagai macam perasaan dirasakannya saat ini. Mahu sahaja Airish menyorok dalam bagasi itu juga saat ini.
Jejaka tampan bernama Ryan itu hanya mengenyitkan mata sebelum memandang ke arah telefon pintar miliknya.
"You're welcome, pretty girl. Oh. I must go now. Goodbye, Airish!"
Ryan melambaikan tangannya ala-ala mat salleh sebelum berpaling lalu menghilang dalam kerumunan orang ramai yang berjalan di sekeliling mereka.
"Goodbye..." Ujar Airish perlahan.
Seusai menghilangnya jejaka asing itu, Airish serasa mukanya terus membahang merah. Dia terduduk di situ sambil menekup muka dengan kedua belah tangannya. Kepanasan di mukanya serasa seperti terbakar kemerahan.
'Argh!!! Malunya!!!!!'
***