webnovel

3.1

Mata Litany masih terpejam rapat apabila dia mendengar bunyi pintu biliknya dibuka seseorang. Namun dia tidak ambil peduli. Dia masih melayan matanya yang mengantuk kerana semalaman dia tidak dapat tidur.

Telinganya sempat menangkap bunyi tapak kaki melangkah masuk. Litany tahu tentu aunty nya datang mengejutkannya setiap pagi seperti selalu. Sejak kecil Hana lah pengganti arwah ibunya. Kadangkala jika dia bermalas-malasan agak lama di atas katil, wanita itu akan mengusik dengan menarik selimut yang membaluti tubuhnya. Kata Hana, anak dara tidak baik bangun tidur lewat nanti rezeki lari.

Tapi Litany tidak larat mahu melayan Hana yang baru masuk ke dalam biliknya. Tubuhnya terlalu lemah dan kepalanya pening. Mungkin kejutan semalam menjadi punca sehingga dia tidak dapat tidur dan akhirnya kesiangan begini.

Bunyi tirai langsir ditarik mengganggu tidurnya. Dia mengeluh kecil.

"Aunty tutup lah tirai tu. Biarkan Tany tidur lama sikit. Semalam Tany langsung tak dapat nak pejam mata langsung" keluh Litany tanpa membuka matanya.

Hana tidak bersuara. Litany lega sikit. Sangkanya Hana tidak kisah dengan permintaannya. Dia membalikkan tubuhnya. Namun tiba-tiba sahaja selimutnya ditarik ke bawah. Dia tidak sempat mahu menahannya.

"Aunty, please..." lemah suaranya namun terdengar manja.

Tak semena-mena pula tubuhnya diangkat. Tak sempat pula tu dia beriaksi. Buka-buka sahaja mata dia sudah berada dalam pelukan Alwiz. Dia ingin menjerit namun segera dia menekup mulutnya. Bimbang kalau ahli keluarganya yang lain mendengarnya. Sangat...dia sangat terkejut.

"Kau? Kau kenapa ada kat bilik aku!?" Ditampar kuat lengan sasa Alwiz itu. Suaranya separuh berbisik namun jelas nada geramnya.

Alwiz memandangnya dengan senyuman.

"Bilik kau tak kunci"

"Bohong! Aku ada kunci bilik aku semalam!" bantah Litany.

"Kau yakin ada kunci ke, hmm" Alwiz menjongket kening sebelah. Senyuman lelaki itu sinis.

Litany terpempan. Dia cuba mengingat saat dia masuk ke dalam biliknya semalam. Betul ke aku ada kunci pintu tu semalam? Atau aku sebenarnya memang lupa kunci? Ahh gasak lah!

"Tapi yang kau memandai masuk dalam bilik aku ni apahal pulak. Kau tak boleh masuk sesuka hati dalam bilik aku ni tahu tak!" Bengang betul Litany dengan sikap Alwiz.

Alwiz hanya ketawa kecil melihat gelagat Litany yang serba tidak kena itu.

"Macam kau tak biasa dengan aku. Dulu bukan setakat masuk. Tidur sekatil lagi tak apa pun" kecil sahaja suara Alwiz lebih kepada bisikan. Nakal kenyitan matanya.

Terbuntang mata Litany. Ditukul juga kepala lelaki ni oleh dia tak lama. Tak paham langsung apa yang dikatakan oleh lelaki itu. Mana nak tidur sekatil kalau jumpa pun tak pernah.

"Kau.." Litany masih ingin membantah namun kata-kata Alwiz membuatkannya rasa macam nak hantuk kepala ke dinding.

"Masih tak nak bangun dari riba aku, hmm. Atau kau nak aku angkat masuk bilik air pula. Hmm atau kau nak goda aku. Mana satu tu?" Pandangan lelaki itu turun ke tubuhnya. Matanya juga turut sama turun melihat ke tubuhnya. Tak semena-mena dia memukul keras kepala Alwiz.

"Dasar miang!!" Litany pantas masuk ke dalam bilik air. Macamana dia lupa yang dia tengah dengan baju tidur satin nya yang seksi sangat. Malunya dia!

Alwiz yang berada di luar tersenyum. Terhibur dia dengan wajah merona itu. Dia bukannya maksudkan sangat kata-kata nya tadi. Dia cuma sengaja ingin bermain sebentar dengan gadis itu. Dia tidak lah semiang itu. Hanya saja perasaan panas itu tetap saja menyerbu. Apalagi tatkala matanya tadi sempat melihat lekuk tubuh indah itu.

Dia menoleh ke arah potret besar gadis itu di atas kepala katil.

Senyuman riang Litany yang terpamer di dada potret menggetarkan perasaannya. Jangan senyum begitu Litany! Atau aku tak mampu melepaskan kau buat kali kedua, bisik hati kecil Alwiz.

.

.

.

Ketika dia turun untuk bersarapan, Alwiz dilihatnya sedang berbual-bual dengan emak saudaranya, Hana. Kedatangan Litany membuatkan kedua-duanya berhenti berbual. Suhana menoleh.

"Lambat bangun hari ni sayang," tegur Hana seraya tersenyum.

Litany tidak menjawab. Sebaliknya mata Litany memandang ke arah Alwiz yang terkelip-kelip memerhatikannya. Tatapan lelaki itu dibalas dengan pandangan sebal.

Litany menarik kerusi di hadapan Hana lalu segera duduk. Hidangan spageti yang terhidang di hadapan matanya kelihatan tidak langsung membuatkan seleranya naik, meskipun perutnya menggebu rasa lapar. Kehadiran Alwiz bersama mereka ketika ini benar-benar membuatkan selera makannya hilang.

"Tany tak masuk ofis ke hari ni?"

"Tak Aunty. Tany dah call Vicky, Tany nak cuti buat sementara waktu," jawab Litany seraya mengerling ke arah Alwiz yang berwajah selamba.

Hana terdiam mendengar kata-kata gadis itu. Dia memahami perasaan Litany. Kasih sayang Litany terhadap Al melebihi segala-galanya.

"Sabarlah sayang. Aunty yakin kita akan jumpa semula dengan Al nanti. Kita tunggu Daddy balik ya," pujuk Hana.

"Bila Tuan Arsen nak balik ke sini?" Tiba-tiba Alwiz membuka mulut.

Hana dan Litany serentak berpaling.

"Mungkin beberapa hari lagi. Dia ada urusan dengan pihak kedutaan dan pihak polis kat sana."ujar Hana.

"Saya harap Encik Arsen akan jumpa dengan Al" ujar Alwiz pula.

Litany yang sedari tadi diam itu menyita perhatian Hana.

"Tany, kenapa ni?" Soal Hana.

Litany segera tunduk memandang pinggan di hadapannya yang masih kosong.

"Aunty, I have something to tell you," ujar Litany.

Alwiz tergamam. Kata-kata gadis itu membuatkan jantungnya berdegup kencang. Apakah Litany mahu membongkarkan tentang siapa dirinya pada Hana? Benarkah gadis itu sudah nekad?

Hana menatap wajah anak gadis itu dengan perasaan hairan. Kata-kata Litany memancing minatnya untuk terus mendengar.

Perlahan-lahan Litany mengangkat wajahnya. Merenung ke arah Hana sesaat dua sebelum melontarkan pandangan ke arah Alwiz. Mata lelaki itu merenung tajam ke arahnya seolah-olah memberi amaran.

Jangan cakap apa-apa Litany. Think twice before you say something!

Litany tersentak. Bibir Alwiz langsung tidak bergerak. Tetapi kenapa dia mampu mendengar suara lelaki itu? Apakah aku benar-benar mendengar suaranya atau sememangnya aku sudah gila!?

Ingat tentang Aku adik kau. Dia bukan dengan aku sekarang ini, dan aku tidak boleh menjamin nyawa dia jika rancangan kami terganggu oleh kau!

Litany gugup menatap Alwiz. Wajah lelaki itu serius memandangnya. Entah kenapa dia yakin, suara yang muncul di kepalanya benar-benar suara Alwiz.

Entah mengapa Litany tiba-tiba keresahan. Dia teringatkan beberapa hari yang lalu bagaimana Alwiz yang berdiri hampir sepuluh kaki darinya tiba-tiba sahaja muncul di belakangnya tanpa apa-apa bunyi. Pergerakan lelaki itu cukup pantas. Bahkan tidak mampu ditangkap dengan mata kasar.

Semua ini membuatkannya rasa pelik tapi dia cepat-cepat membuang perasaan tidak enak itu. Tapi itu kejadian beberapa hari yang lalu. Bagaimana pula dengan yang sekarang ini? Apakah dia masih berani mengatakan yang semua ini hanyalah khayalan kosongnya?

Tapi peduli apa dia! Dia bahkan sudah pening kepala memikirkannya sendiri. Dia harus memberitahu perkara sebenar tidak kira apa yang akan dikatakan oleh Alwiz.

Namun bagai terkena renjatan elektrik, tubuhnya tiba-tiba menggigil kecil kala sentuhan sejuk Alwiz merayap dan bertaut dengan jemarinya. Kepalanya tiba-tiba terasa pening. Matanya memberat bagaikan dia sudah tidak tidur setahun. Dan tak sempat dia mentafsir apa yang terjadi dia sudah jatuh tak sedarkan diri.

Alwiz yang berada tepat di sebelah gadis itu sempat menarik tubuh longlai itu ke dalam pelukannya. Hana yang duduk berhadapan dengannya ditatap.

"Hapuskan!" Tepat anak mata wanita itu ditatap sebelum wanita itu juga langsung pingsan tak sedarkan diri.

Alwiz memejam matanya. Dia terpaksa lakukan ini. Hipnotis masa. Jika tidak pasti rancangan mereka akan hancur kerana tekad kuat Litany itu.

Dia menunduk melirik wajah yang tertidur di dalam pangkuannya itu.

"Kau masih tetap tidak berubah ya. Keras kepala macam dulu lagi rupanya. Maaf ya terpaksa lakukan ini. Kalau tak kau mungkin tak akan dapat jumpa dengan Al kembali"

Tubuh itu dicempung keluar menuju ke arah kereta. Dia perlu membawa gadis itu keluar. Setibanya di dalam perut kereta tubuh mungil itu diletak di kerusi sebelah pemandu sebelum dirinya turut ikut masuk ke seat pemandu dan memandu keluar dari pekarangan rumah agam itu. Entah ke mana dia ingin pergi.

Tidak lama memandu, kereta Audi itu sampai di suatu kawasan lapang yang dihampari rumput menghijau yang luas. Disitu dia membawa Litany.

Kala ingin mengangkat tubuh itu tak semena-mena dia menangkap sesuatu. Diselak baju yang menutupi bahu Litany itu. Tersentak dia.

Muncul urat-urat hitam yang menjalar di bahagian bahu Litany dan menjalar ke leher jenjang itu. Alwiz menggigit bibir. Macamana dia boleh melupakan yang tubuh itu lemah untuk menerima kekuatan nya. Dia lupa kalau mantra yang diletakkan Ratu Meralid di dalam tubuh itu menghalang mana-mana kuasa luar untuk masuk. Jika sampai urat-urat hitam itu tidak ditangani, risau nanti Ratu Meralid menyedarinya.

Tak berfikir panjang dia terus duduk di atas hamparan rumput menghijau itu dengan tubuh Litany dalam pangkuannya.

"Aktifkan!" Tiba-tiba anak mata Alwiz yang berwarna hitam pekat itu berubah kuning terang. Dia mengangkat jemarinya. Kuku-kuku tajam muncul di hujung jemarinya. Salah satu kukunya didekatkan di leher Litany sebelum menggores luka kecil. Darah merah pekat mengalir.

Segera tubuh itu diangkat sehala dengan bibirnya sebelum darah itu dijilat. Alwiz membuka lebar mulutnya sebelum menyesap luka yang dia gores itu. Darah itu sebenarnya beracun namun dia tidak peduli. Dia terus menyesap darah yang keluar sebelum berhenti. Diangkat wajahnya. Luka di leher Litany tak mengambil masa lama untuk sembuh dan pulih sepenuhnya seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Urat-urat hitam tadi juga kini sudah hilang.

"Uggh finally.." Alwiz hampir saja mengundang maut tadi. Ratu Meralid pasti tidak akan melepaskannya jika ini sampai diketahui. Lemah sekali rasanya dia kala ini.

"You have to share me your warmth Bella"

Wajahnya didekatkan di wajah itu.

"This is all your fault. So jangan salahkan aku kali ini kalau aku ambil sedikit kekuatan kau.."

Cupp

Bibirnya ditautkan dengan bibir merah basah itu. Disesap lembut. Ada sesuatu yang hangat mengalir masuk ke dalam tubuh Alwiz. Inilah dia cara untuk salurkan kekuatan mengikut dunianya. Tapi yang dia lakukan saat ini adalah menyalurkan kekuatan jiwa nya yang lemah.

Dan kehangatan itu disaksikan alam yang terbentang luas. Angin semilir bertiup lembut bagai mengiyakan perasaan sebentuk hati yang kini mulai bangkit. Kehangatan yang tersalur dari jiwa suci. Alam seakan-akan merestui perasaan indah itu.

.

.

.

.

Always support tau. Supaya semangat min nak up cerita ni❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️🥰