Someone POV....
Saat melihat butir-butir jernih yang menitis jatuh dari mata bernetra indah itu membuat sebentuk hati di dalam berdegup tidak keruan. Sakit. Itu yang dirasakan nya saat ini.
"What is your name"
Aku sengaja bertanya seperti itu kepada gadis yang ada di sebelah ku dengan harapan dia menoleh ke arah ku.
Dan seperti yang ku duga. Gadis itu menoleh. Saat melihat dia ingin menyeka air mata yang sejak tadi
jatuh membasahi pipinya, segera aku menghentikan tindakan nya.
Jemarinya ku paut lembut. Namun aku tidak ingin dia mengetahui apa yang akan aku lakukan setelah ini.
Matanya kutenung. Aku yang memang sejak lahir terlahir dengan kemampuan istimewa iaitu memanipulasi minda orang lain kugunakan ke atas gadis itu.
Setelah memastikan nya seolah-olah berada di dunia mimpi, aku pun mengalihkan pandangan.
Dengan getaran di dada yang tak kunjung padam, aku menarik rapat wajah nya ke wajah ku. Sempat amelihat mata indah yang berair itu. Mata indah yang selalu ku rindukan sejak lama. Ya dia gadis yang pernah hadir dalam hidup ku suatu ketika dulu.
Namun banyak perkara yang terlalu pahit berlaku sehingga menyebabkan semua memori dan moment yang kami lalui padam di ingatannya. Lebih tepat lagi seseorang telah mengunci ingatan lalunya.
Sehingga lah aku merasakan dunia ku kosong setelah ketiadaan nya. Hidup ku terlalu sepi untuk dilalui. Aku coba melupakannya dengan harapan hati ini tenang namun sebaliknya yang terjadi. Aku sengsara. Sangat sengsara menanggung rindu.
Terasa jasad ini hidup dengan jiwa yang mulai mati. Perasaan ini juga mulai terkubur jauh.
Air mata yang masih saja mengalir itu membuat hati ini sakit. Entah sejak terakhir bila aku melihat nya menangis. Aku tahu dia gadis yang kuat. Dia tidak akan semudah itu untuk mengalirkan air mata. Tapi jika dia menangis, aku tahu dirinya sangat tersakiti. Yang bahkan aku sendiri tidak mampu menghadapi kesakitan yang dihadapinya.
Pedih merenggut tangkai hati. Tidak sampai hati melihat dirinya terus tersakiti seperti itu. Hati ku lemah. Ya aku tahu, aku akan menjadi selemah ini jika berhadapan dengan gadis yang pernah mewarnai hidup ku.
Please don't cry.... please. Don't let me see you in pain again like that. Aku berbisik melalui mindtalk.
Perlahan aku mendekatkan wajah ku ke wajahnya. Kedua-dua belah kelopak matanya ku kecup penuh kasih. Ku hapus jejak air mata di wajahnya. Ku perlakukan dengan sangat perlahan dan lembut seolah-olah dia adalah barangan kaca yang mudah pecah jika diperlaku dengan kasar.
Setelah itu sekali lagi aku menatap ke dalam anak matanya. Ku tenung lama seraut wajah lembut dan bersih itu. Wajah yang berjaya mencuri sekeping hati ini.
Setiap inci wajahnya kutenung tidak puas. Aku tersenyum. Ya aku terpesona. Terpesona dengan tatapan lembutnya dan aku tergoda. Tergoda dengan bibir tipisnya yang terukir cantik yang sering terlakar senyuman. Aku jatuh dalam pesonanya.
Dia gadis sempurna. Sangat sempurna sehingga aku tidak tahu dimana kekurangan nya.
Dia mempunyai alis nipis dan bulu mata yang lentik dan lebat. Hidung nya mancung. Dia mempunyai netra indah yang sangat indah berwarna biru laut. Wajahnya berbentuk oval. Tapi dia mempunyai warna rambut yang berbeza dengan warna rambut manusia biasa. Rambut nya panjang berwarna putih. Namun tetap saja tidak mengurangi kecantikan yang dimiliki oleh nya malah semakin cantik.
Aku menghela nafas. Rasanya berat untuk mengalih kan pandangan dari wajah cantik itu.Dengan keterpaksaan aku mengembalikan kesadaran nya dari dunia khayalan yang ku ciptakan.
Terlihat wajah nya yang bingung setelah kesedaran pulih. Namun aku hanya berdiam diri setelah menjarakkan wajah ku dari wajah nya.
----------------------------------------------
"Hei, can you hear me lady" lelaki yang duduk di seat sebelah nya melambaikan tangan di hadapan wajahnya.
Litany tersentak dari lamunan nya. Seolah-olah baru tersedar dari sebuah mimpi yang begitu panjang. Kepala nya yang sedikit pusing dipegang.
Apa yang baru sahaja berlaku tadi? Suara misteri itu dan sentuhan lembut yang tidak jelas ku rasakan. Litany terus berteka-teki sendiri.
Suara yang memujuknya agar tidak lagi menangis. Entah kenapa perasaan nya tenang saat....entah lah dia sendiri pun tidak tahu apa yang sudah berlaku dalam masa beberapa saat yang lalu.
Wajah lelaki di sebelah nya direnung. Kenapa dia merasakan seperti lelaki itu baru sahaja ya hadir di dalam mimpi yang entah apa itu mimpi atau tidak. Dia menggeleng perlahan menepis segala fikiran yang bukan-bukan.
Sepertinya ada yang dia lewat kan beberapa saat yang lalu. Tapi apa dia? Wajah lelaki di sebelah nya sekali lagi ditenung.
"What wrong with my face?" Kedengaran tawa kecil meniti di bibir lelaki itu. Melihatkan dirinya yang asyik merenung wajah lelaki itu.
Litany mendelik malas. Eeeits tak de hal aku nak tengok apa ada masalah ke tak muka kau tu. Jangan nak perasan sangat lah. Kembali Litany memalingkan mukanya ke arah jendela flight itu.
"Btw my name is Alwiz," ujar lelaki itu sambil menghulurkan tangan.
Litany kembali menoleh. Alwiz? Nama yang aneh untuk seorang lelaki Thailand. Dia melirik lelaki itu dengan wajah berkerut. Lelaki itu turut memerhatikannya. Lekuk di pipi lelaki itu muncul lagi. Litany melarikan anak matanya. Terpana atau mungkin juga terpesona dalam sekelip mata.
"Do I look like a monster?" Soal lelaki itu bersama sisa-sisa tawanya.
"What are you talking about ha?" Tanya Litany terpinga-pinga.
"Then, why do you look at me like that? Am I that scary?" Mata lelaki itu menujah ke wajahnya.
Litany tergamam. Dia dapat mendengar gelak ketawa lelaki itu bergema semula. Eh scary erk...memang aku takut kat kau. Takut kau ikut mampus kalau aku bagi kau sebijik penumbuk nanti!
Dia menarik nafas panjang. Entah kenapa dia semakin kurang senang dengan sikap lelaki itu. Selebihnya rasa tidak selesa kerana lelaki itu seolah-olah melayannya seperti seorang budak kecil. Gila! Bisik hati kecilnya.
"At least tell me your name. You do have a name right," Alwiz terus memujuk.
Litany melarikan pandangan nya. Pertanyaan lelaki itu dibuat acuh tak acuh. Perjalanan ini tentu akan mengambil masa yang lama. Mungkin lebih lama dari yang dijangkakan, dengan adanya lelaki yang sangat dibencinya di samping nya itu, keluh Litany gelisah.
.
.
.
.
.
.