webnovel

Love Blue Flowers

kehidupan Naura Airina sentiasa penuh dengan buku-buku yang ditulis oleh Arif Iskandar. Bahkan dia telah menjadikan Arif Iskandar sebagai idolanya. Hinggalah dia bertemu dengan Nazrul Hadif, adik Arif Iskandar yang merupakan seorang pelajar yang bekerja di kedai buku Naura Airina. Tanpa Naura sedari, Nazrul menyimpan perasaan terhadapnya namun Nazrul tidak mampu ungkapkan kata cinta itu kerana hati Naura sudah mengukirkan nama abangnya, Arif Iskandar. Saat kali pertama, Nazrul membawa Naura ke rumahnya. Arif sudah mula mengimpikan untuk menjadikan Naura suri hatinya tetapi dia seorang lelaki yang tidak pandai meluahkan perasaan. Tanpa berfikir panjang dia mengambil keputusan untuk berdiam diri sampailah dia sedia untuk memberitahu perasaanya itu.

Irlylune · Thanh xuân
Không đủ số lượng người đọc
52 Chs

Love Blue Flowers

NAURA terpaku, terkaku, jadi batu dihadapan pintu rumahnya saat dia melihat susuk tubuh Maira yang dibawa pulang oleh Adif. Hah dah boleh jadi hotel rumah ni kalau semua orang main keluar masuk tanpa izin.

"Sayang... jom Arif urutkan kaki tu ya." kata Arif seraya memaut lengan Naura untuk masuk ke kamar.

Maira menatap wajah Adif seketika sebelum anak matanya melihat sekeliling rumah mewah itu. Dinding yang berwarna hitam dan emas tambahan perabot yang nampak mewah menarik perhatian Maira yang dari keluarga tidak seberapa itu.

"Tetamu kau so layan dia. Aku nak solat dulu. Babai." Qayyum terus melulu masuk ke dalam kamarnya untuk menunaikan solat Zohor sebelum dia terlepas solat fardhu itu. Makcik Wati yang dari tadi menjadi mata-mata di ruang tamu terus membawa Maira ke bilik tetamu.

"Rehatlah dulu. Nanti kita makan tengah hari sama-sama." Pesan makcik Wati sebelum dia menutup pintu bilik Maira. Maira mengangguk perlahan sambil ukirkan senyuman.

Cepat-cepat makcik Wati membawa Adif ke halaman rumah untuk berbincang dengan adik majikannya. Adif yang tidak tahu apa-apa cuma mengikut sahaja langkah itu.

"Yang suka hati bawa dia dah kenapa?" Soal makcik Wati kepada Adif.

"Tak boleh ke? Bukan Adif bawa orang gila pun. Lagipun dia ada masalah itu yang bagi dia singgah sini." Makcik Wati tepuk dahi.

"Kau kena langgar dengan kereta ke tadi? Tak perasan ke muka perempuan tu sama dengan Putri yang nak rampas abang kau." Adif menggeleng. Hidung dan mulut Maira dan Putri nampak sama sahaja tapi dari segi pakaian dan sopan santun itu Maira dapat A+ berbanding Putri.

"Ada abang kamu layan dia macam pesakit tak tadi?" Adif menggeleng.

"Ada abang kamu layan dia macam tetamu?" Adif menggeleng lagi.

"Biasa doktor layan pesakit macam keluarga dia sendiri. Tapi kenapa Arif lain?"

"Manalah Saya tahu. Lagipun muka Maira ngan betina tu lain. Betina tu ada tahi lalat datang Maira ada lesung pipit kat pipi dia. Kan berbeza tu." Adif masih mahu menangkan Maira yang baru dia berjumpa berbanding makcik Wati.

"Hm lantak kamulah. Asalkan emosi Naura okey. Itu kalau diaorang bergaduh sebab rebutkan sesuatu hah memang makcik cari kau dulu." Kata makcik Wati sebelum masuk semula ke rumah. Adif dibelunggu rasa bersalah. Dia sudah silap langkah atau ini adalah langkah yang betul?

NAURA yang masih berbual bersama Qayyum di ruang tamu kembali diam saat Maira datang ke ruang tamu. Qayyum gigit bibir saat melihat Maira memakai baju t-shirt milik Naura yang dibeli oleh tok wan.

"Saya masuk bilik dulu ya. Tapi jangan lupa Saya nak detail tu esok okey?" Qayyum mengangguk tanda faham. Naura meninggalkan ruang tamu dengan hati yang berat apabila Arif pula duduk di sebelah Qayyum seraya memberikan segelas air kepada Maira.

'Naura fikir baik-baik. Putri tu dah insaf. Tu Putri ni Maira. Beza Naura." kata Naura untuk menenangkan fikirannya.

Tetapi kenapa wajah mereka berdua sangat seiras? Tak akanlah itu Putri yang menyamar jadi Maira? T-tapi suara mereka berdua lain. Husnuzon dalam dunia ni ada 7 manusia yang seiras dengan kita jadi tak mustahil kalau wajah Maira seiras dengan Putri.

TOK WAN memukul belakang cucunya, Arif setelah mendengar penjelasan daripadanya. Susah payah dia bazirkan air mata buat cucu tersayang rupanya hidup lagi.

"Suka buat perkara tanpa berfikir kan. Tak fikir perasaan tok wan ke? hah?" marah tok wan. Arif senyum.

"Senyum-senyum. Cucuk mata tu baru tau." kata si ibu pula dengan nada senang hati. Pada mulanya dia rasa marah tapi selepas dia melihat wajah ceria Naura kemarahannya mula reda kerana dia tahu senyuman dan wajah yang ceria itu datangnya pada Arif. Ariflah yang mampu ceriakan anak tirinya.

"Dania mana? Kenapa tak datang sekali dengan cucu angkat tok wan?" Soal tok wan yang baru sedar kehadiran Dania tiada disamping mereka. Semua anak mata tertumpu kepada Adif yang masih berselera memakan biskut di sebelah Naura.

"Dia...dengan tunang dia kot." Tok wan dan puan Khalidah mengangguk perlahan dan mereka terkejut.

"Lah dah tunang? Dengan siapa? Bila? Kenapa tiba-tiba?" Berbuih mulut tok wan dan puan Khalidah menyoalkan soalan yang sama kepada Adif.

"Entah." nampak dari wajah Adif, dia kelihatan tidak berdaya lagi walaupun jawapan itu dijawab sambil ukirkan senyuman.

Jauh Naura fikirkan siapa sebenarnya Maira tu. Kenapa muka gadis itu sebiji seperti Putri? Adakah itu memang takdir ataupun apa? Tapi Putri dan Maira nampak berbeza apabila mereka senyum. Personaliti juga berbeza. Putri tidak pernah bersopan santun dihadapan suaminya bahkan semua orang tetapi Maira lain. Dia...nampak selesa dengan persekitaran baharu dan senang untuk berbual.

MASUK SAHAJA ke dalam rumah, Maisara terkejut saat melihat wanita tidak dikenali mendekati Arif yang lena tidur di atas sofa. Tanpa berfikir panjang, Maisara mencubit lengan wanita itu dengan kuat.

"Auch. Sakitlah gila." balas wanita itu sambil mengusap kesan cubitan di lengan kanannya. Terus Maisara kerut dahi. Putri?

Maisara menarik tangan Putri untuk masuk ke dalam bilik makcik Wati. Sakit pula hati dia dengan perangai betina miang ni. Yang Arif pun satu dah ada bilik pergi tidur dekat luar dah kenapa?

"Woi mak kau kirim salam." latah makcik Wati yang sedang menyiang ikan di dapur. Terkejut sia saat Maisara mencucuk perlahan badan belakangnya.

"Anak mana makcik angkut ni?" tanya Maisara tanpa menggunakan perkataan yang sopan. Eh sebentar. Perlu ke bertindak sopan dengan wanita yang menganggu rumah tangga orang.

Makcik Wati meletak pisau yang penuh dengan kesan darah ikan ke dalam singki. "Adif bawa. Nama dia Maira." balas makcik Wati dengan nada biasa. Wajahnya tegang saat melihat Maira disitu.

"Maira? Nama penuh?"

"Maira... Maira Karina." tergagap-gagap gadis itu mahu memberitahu namanya. Sampaikan Maisara dan makcik Wati berasa curiga.

"Maira atau Putri?" soal Maisara yang sengaja mengusik Maira.

"Maira Karina. Maira Karina binti Mazlan." kata Maira lagi bagi menyakinkan Maisara.

Bunyi pintu ruang tamu mematikan perbualan mereka bertiga di dapur. Terus Maisara berlari ke arah Naura untuk memberitahu hal yang terjadi. Maira mengikut jejak langkah Maisara dan dia berjaya menarik semula tangan Maisara.

"Asal? Takut?" tanya Maisara dengan senyuman sinis.

"Kau bagitahu dia. Nyawa dia yang akan melayang."

"Kau dekat dengan family ni lagi memang Aku hancurkan kau." balas Maisara dengan begitu yakin. Berpuluh kali dia menyelamatkan Naura setakat gadis macam Maira ni kalau dipijak hilang terus.

Maisara kembali semua ke ruang tamu sambil mengukirkan senyuman manis. Manis sangat kerana dia sudah bertemu dengan musuhnya. Bagi dia siapa sahaja yang membawa masalah kepada Naura, dia akan ajar cukup-cukup.

"Kau gi mana? Dah nak maghrib baru balik."

"Cari kedai. Kesian dekat Alif ngan Bat tu sampai sekarang tak ada kerja." Maisara mengangguk perlahan. Kepalanya pening kerana keluar sepanjang hari bersama Qayyum.

Arif yang sudah lama terjaga dari tidur mula mengurut kepala Naura dengan penuh perhatian. Maira yang berdiri di belakang ruang tamu menahan kemarahan.

"Bila betina tu nak keluar dari sini?" tanya Maisara kepada Qayyum yang duduk disebelahnya.

"Esok katanya. Adif dah jumpa rumah sewa untuk dia." entah kenapa Maisara tidak senang dengan kehadiran gadis itu. Ya memang wajah dia mirip sekali dengan Putri tetapi Adif tindaklah bengap mana untuk menerima kehadiran gadis itu kedalam rumah ini.

Arif dan Naura diam sahaja. Mereka nampak...tidak seperti dulu. Akrab dan mesra. Yang ada sekarang cuma... senyum, pegang tangan dan tidak bercakap semasa di ruang tamu, meja makan, halaman rumah. Tidak langsung. Semasa makan pun mereka diam.

"Why has the condition of this house changed? Tak mesra macam dulu. Penuh dengan diam. Bisu. Bila disoal jawabnya sepatah. Apa masalah ni?" kalini Maisara membuka mulutnya bagi membicarakan hal itu dengan serius.

"The situation is still the same. Nothing has changed." balas Naura dan terus masuk ke bilik. Maisara dan Qayyum terpaku. Hah sudah apa hal ni? Gara-gara Arif ataupun Maira? Siapa dan kenapa?