BUKU di tangan Arif dicampak ke atas lantai. Dia bengang kerana duit dana hospitalnya tiba-tiba sahaja telah habis. Dia begitu terkejut dengan berita yang disampaikan oleh Qayyum sebentar tadi.
"Awak tahu tak dana tu untuk pesakit kat sini?Allahuakhbar." Arif pening. Qayyum mengatur langkah ke arah meja kerja Arif. Dia meletakkan segelas air dan beberapa pil ubat untuk Arif meredakan kesakitan di kepalanya.
"Dah buat mesyuarat lembaga pengarah?" Qayyum mengangguk.
"Mesyuarat akan dijalankan pada pukul 2 petang nanti. Tuan nak saya turut serta mesyuarat tu?"
"No no. Doktor Yana akan join meeting tu so kita akan dapat information dari dia. Ikut Saya gi balai." Arif memakai jaket kulitnya dan terus keluar dari pejabat kerjanya. Kaki Arif laju berjalan untuk keluar dari hospital itu dan begitu juga Qayyum yang menurut langkah Tuannya.
BAM! Arif terlanggar seorang lelaki dalam kalangan 50 atau 60 an. Segera Qayyum membawa Arif keluar dari kawasan itu dengan tergesa-gesa. Arif terlanggar encik Hafiz iaitu bapanya sendiri.
"Tuan okey?" tanya Fendi sambil cuba memapah tuan pengarah itu.
"Sakit sikit. Aduh aduh. Tak ada adab ke main langgar je orang." marah encik Hafiz. Kakinya begitu sakit hingga dia tidak mampu untuk berdiri.
"Siapalah mak bapak dia tu. Tak reti ajar adab ke." Fendi menyambung kerjanya untuk mengurut kaki ketua pengarah itu. Dalam hatinya mahu sahaja dia menibai lelaki itu. Kalaulah encik Hafiz tahu yang melanggar dia itu adalah anak dia sendiri, mesti dia terdiam.
PANG! Naura ditampar oleh encik Abdul Dayyan saat masuk ke dalam rumah itu. Naura dan Adif terkejut dengan perbuatan encik Abdul Dayyan.
"Apa masalah abang eh? tampar-tampar anak? jangan sampai Saya yang nak tampar abanglah." Puan Khalidah membela anak tirinya. Segera tok wan menarik tubuh Naura untuk duduk di sofa. Adif masih terkejut dengan 'kejutan' itu.
"Kau dekat dengan keluarga bangsat tu Aku tak akan ampunkan kau. Pembunuh! Kau bunuh laki kau dan bini Aku mati sebab kau." Naura menahan air matanya. Adif seperti patung di hadapan pintu rumah itu.
"Cucu Aku mati bukan sebab dia. Arwah isteri kau mati bukan sebab dia. Kau dah didik anak kau dengan baik. Cukup baik sampaikan cucu Aku pilih dia untuk jadikan isteri. Kau tuduh dia bukan-bukan memang Aku tampar muka kau." Tok wan mengumpulkan kekuatan untuk membela semula hak Naura. Manakala Puan Khalidah cuba menenangkan anak tirinya yang masih terkejut itu.
"Kau! berambus! Berambus semua!" kepala Naura ditunjal oleh bapa kandungnya. Adif cuba bergerak untuk menyelamatkan Naura namun tubuhnya ditolak oleh encik Abdul Dayyan.
"Maafkan, Rina. Rina tak buat semua tu, ayah. Percayalah cakap Rina." rayu Naura sebelum bapanya menampar pipinya.
"Naura bangun. Jangan merayu dekat lelaki tak guna ni." ujar Puan Khalidah supaya Naura bangun dari mengesot. Naura degil. Dia masih merayu di kaki bapanya sambil memegang kaki kiri encik Abdul Dayyan.
"Akak..bangunlah kak. Adif hantar akak balik." pujuk Adif pula. Dia cuba kuatkan semangat untuk hadap ujian ini. Adif menarik lengan baju Naura untuk kakak iparnya bangun namun kepala Adif terhantuk saat encik Abdul Dayyan menolak tubuh Naura.
"Adif!" segera Naura dapatkan Adif yang dalam dunia sendiri. Adif meraung kesakitan kerana teringat akan sesuatu. Dia menjerit hingga memukul kepalanya dengan tangannya sendiri.
"Keluar! Keluar kau dari sini! Manusia ego macam kau tak layak jejak dalan rumah ni!" teriak Puan Khalidah. Kemarahannya semakin naik. Apa dia kisah kalau itu bekas suaminya ataupun dia mena ar nirik perhatian jiran-jiran disitu. Yang dia kisah keselamatan Naura dan Adif sahaja.
Encik Abdul Dayyan keluar juga dari rumah itu dengan langkah yang berat. Dia rasa bersalah kerana buat Adif begitu. Dia sudah menganggap Adif dan Arif seperti anak kandungnya sendiri. Ego. Semuanya ego dia yang begitu besar itu.
"RUMAH siapa ni kak?" soal Adif setelah membuka kasut di rumah yang begitu mewah itu. Makcik Wati terus menuju ke bilik kerja Arif untuk memaklumkan bahawa Naura sudah pulang.
"Rumah orang lah." senyum. Qayyum yang baru pulang dari membeli barang dapur terus mengukirkan senyuman kepada Adif yang baru tiba. Adif nampak tak biasa dengan keadaan disitu.
"Dahi kau asal?" soal lelaki memakai baju hoodie berwarna biru gelap itu. Adif tak percaya dengan apa yang dia lihat.
"Dahi kau asal? Aku tanya elok-elok ni." terus lelaki itu menarik pergelangan tangan Adif untuk duduk di sofa. Tanpa disuruh, makcik Wati mengambil kotak kecemasan untuk merawat luka di dahi Adif.
"Kau gaduh ngan siapa?" soal Arif dengan lembut. Kapas yang sudah dituang dengan minyak gamat terus disapu ke atas tempat luka itu. Air mata Adif mengalir.
"Asal nangis? Sakit ke?" laju Adif menggeleng. Dia tak sakit. Cuma dia terkejut dengan kejutan itu. Arif, abangnya yang disangka mati itu rupanya masih hidup bersama Naura.
Akhir sekali, Arif menampal plaster di tempat luka itu. Kelakuan Arif nampak sahaja seperti lelaki yang gagah namun dalam hatinya, mahu saja dia memeluk tubuh adiknya itu.
"Tuan, marilah makan. Puan dah lapar tu." panggil Qayyum yang sudah duduk di meja makan bersama makcik Wati dan Naura. Arif mengangguk perlahan.
"Jom makan." senyum. Adif mengelap air matanya dan terus bangun menuju ke meja makan. Semasa di meja makan, mereka semua gelak ketawa dengan cerita Qayyum yang membuat mereka ketawa terbahak-bahak.
"Nah teh tarik." Arif memberikan secawan teh tarik kepada Naura. Bau sahaja aroma teh tarik itu terus Naura berlari ke tandas. Arif tepuk dahi.
"Lupa dia pregnant." Arif tersengih. Segera dia mendapatkan Naura yang masih berada di dalam tandas. Adif tersenyum melihat layanan Arif terhadap kakak iparnya. Baik dan penyayang.
USAI menunaikan solat Isyak secara berjemaah, Adif meneguk air kopi buatan makcik Wati sebelum dia bergerak ke balkoni rumah itu. Kondominium yang mewah dan terletak di tingkat atas sekali itu sungguh indah ketika waktu malam. Bintang yang berkelipan membuatkan dia terlupa tentang kejadian pagi tadi.
"Adif, kenapa duduk seorang je kat luar?" sapa Naura sambil membawa pinggang yang berisi buah-buahan yang telah dipotong itu.
"Saja ambil angin." senyum. Arif turut hadir ke balkoni itu. Dengan mengenakan pakaian t-shirt hitam berlengan pendek dan berkain pelikat itu sudah cukup mampu menarik perhatian Naura pada malam itu.
"Selasa ni kan majlis pertunangan Dania tu? Kau ikut tak? kalau ikut ajak sekali Naura ngan Maisara tu." Adif mengambil tempat di bahagian tengah-tengah kawasan itu. Cawan kopi diletakkan di atas meja lalu dia mengunyah buah jambu yang masih segar itu.
"Malas lah. Jantan tu macam tak suka Aku je." ujar Adif.
"Jantan mana satu? bapak dia ke?" Adif menggeleng bagi menjawab soalan Arif.
"Zixuan tu lah. Entah dah masuk Islam ke belum jantan tu. Family Dania relax je tengok Adif rapat ngan Dania datang je jantan tu habis. Dia siap tuduh Dania perempuan tak ada maruah." kecil besar je Adif dengan perangai Zixuan tu. Ikutkan hati mahu sahaja dia berkahwin dengan Dania pada masa ini tapi Dania bukan sukakan dia pun.
"Zixuan bukan PA syarikat family si Taufiq ke? Zixuan Lim ke nama dia?" teka Arif.
"Mana abang kenal?"
"Hm selalu sangat nampak dia keluar ngan betina lain masa Aku ngan Qayyum gi keluar makan. Sekali sekala bertegur tu ada jugak tapi tak pernah pulak dia bawak keluar si Dania." Naura cuma jadi pendengar sahaja disitu. Nak masuk campur pun tidak tahu siapa gerangan Zixuan Lim tu. Hebat ke sampai keluarga Dania siap mahu jadikan lelaki itu menantu keluarga encik Ng?
'Parents si Zixuan kan masuk penjara sebab buat pesta dadah macam mana family Dania bole nak terima jantan tu? Sebab family Dania bukan calang-calang kau nak ajak gaduh. Latar belakang semua kena bersih tak boleh kotor."
"Aik? apa kau cakap ni? Haritu masa Aku jumpa Dania dia siap video call lagi dengan parents Zixuan. Kau nak kata jantan tu menipu ke?"
"Boleh jadi lah. But- better jangan kahwin dengan Zixuan tu. Dia bukan betul sangat. Boleh jadi dia kahwin dengan Dania sebab harta dan tubuh. Dia dapat je blah macam kedai baju. Kau beli patu blah. Nanti dah tak pakai buang." Adif terdiam. Naura pun turut berdiam. Apa akan jadi dengan nasib Dania? Tak akan mereka sanggup lepaskan Dania dengan begitu sahaja? Tidak.. Semestinya tidak.
"Naura nak masuk tidur dulu." ujar Naura seraya bangun dari kerusinya. Arif mengangguk lalu menghadiahkan senyuman tipis buat isterinya.
"Goodnight, sayang." Naura balas dengan senyuman di wajahnya. Wajah Arif kembali serius.
"Kau sukakan dia ke?"
"Siapa? Dania?" Arif mengangguk. Sekejap Adif mengangguk sekejap dia menggeleng. Dia sendiri tak pasti.
"Suka cakap. Belum jadi hak orang lagi tu." Adif buntu. Dia tak tahu sama ada mahu mengaku ataupun tidak.
"Ada lagi 2 hari je lagi. Hah pandai-pandailah kau nak confess ke tidak." sambung Arif lagi.
"Kalau Aku confess belum tentu dia nak. Beban dunia agaknya Aku ni." senyum. Arif kerut dahi.
"Hm lantak lah. So pasal mama. Macam mana?" Adif memasang wajah serius kalini. Kerusi itu diperbetulkan seketika. Anak mata berubah menjadi serius bahkan tangan Adif juga seperti mahu bicarakan sesuatu yang mampu buat Arif terkejut.
"Mama bunuh arwah mak kak Naura kan?" Arif terdiam. Macam mana? Macam mana Adif tahu hal itu? sedangkan dia cuba sedaya upaya untuk mengumpul kekuatan itu.
"Kak Naura dah tahu. Kenapa abang tak bagitahu dia?" Arif masih tak percaya dengan semua itu. Kalini Naura pula sudah tahu. Apakah? apa yang terjadi?
"Bagilah tahu dia hal sebenar. Adif dapat ingat sikit je kalini."