webnovel

Love Blue Flowers

kehidupan Naura Airina sentiasa penuh dengan buku-buku yang ditulis oleh Arif Iskandar. Bahkan dia telah menjadikan Arif Iskandar sebagai idolanya. Hinggalah dia bertemu dengan Nazrul Hadif, adik Arif Iskandar yang merupakan seorang pelajar yang bekerja di kedai buku Naura Airina. Tanpa Naura sedari, Nazrul menyimpan perasaan terhadapnya namun Nazrul tidak mampu ungkapkan kata cinta itu kerana hati Naura sudah mengukirkan nama abangnya, Arif Iskandar. Saat kali pertama, Nazrul membawa Naura ke rumahnya. Arif sudah mula mengimpikan untuk menjadikan Naura suri hatinya tetapi dia seorang lelaki yang tidak pandai meluahkan perasaan. Tanpa berfikir panjang dia mengambil keputusan untuk berdiam diri sampailah dia sedia untuk memberitahu perasaanya itu.

Irlylune · Thanh xuân
Không đủ số lượng người đọc
52 Chs

Love Blue Flowers

HARINI, hari pertama Adif masuk ke Universiti di Malaysia. Kata Puan Aina, asalkan ada Dania di sisi Adif untuk menjaga anak terunanya maka dia tiada masalah. Dania memakai pakaian yang sopan semasa menghadiri ke kelas. Adif cuma memakai baju kemeja berlengan panjang dan berkasut converse sahaja.

"Kau lapar tak?" soal Adif dengan lembut kepada Dania yang baru tiba dihadapannya. Dania mengangguk laju.

"So jom kita makan nasi ayam. Aku belanja."

"Aku nak lauk. Nasi ayam tu Aku dah makan semalam." Hah sudah mana pula Adif nak cari makanan berlauk? Sudahlah dia belum kenal pasti lagi kawasan disitu.

"Kau tak tahu eh?" Adif menggeleng. Dania tayang senyuman manisnya sebelum membuka pintu kereta Honda Civic nya.

"Aku bawak. Jom ah." Adif melangkah masuk ke dalam perut kereta itu lalu segera memakai tali pinggang keledar sebelum mereka bergerak.

Dania menguatkan suara radio untuk dia mendengar berita pada harini. Adif pula membaca bukunya. Semenjak ini Adif kerap membaca buku dan kerap bersama Dania. Dia masih dalam fasa melupakan Naura yang kini menjadi kakak iparnya..

Nada dering telefon pintar Dania terus Adif mengangkat panggilan itu. Dania terkejut. Apa hak Adif untuk mengangkat panggilan itu? APA?

"Hello?" Adif mulakan perbualan dengan memasang riak wajah kosong.

"Boleh Saya bercakap dengan cik Diana Ng?" soal pemanggil tersebut. Adif memandang wajah Dania yang masih fokus kepada pemanduannya.

"Cik Dania dalam tandas. Boleh Saya tahu siapa bercakap?" Dania gelak sinis. Dia dalam tandas? Yang sedang bawa kereta tu siapa? hantu?

"Ayah dia. tut.. tut.." panggilan dimatikan. Adif melihat semula skrin telefon itu namun.. tiada pula tertulis Ayah ataupun papa. Yang ada cuma nombor yang tidak disimpan.

"Siapa?" soal Dania.

"Dia kata ayah kau. Asal kau tak save nombor ayah kau?" Dania kerut dahi.

"Aku tak panggil dia ayah. Aku panggil dia daddy. I kept my daddy's numberlah. Anak mana main call ni?" Adif angkat bahu. Bukan urusan dia pun.

"I don't know why cause that's none of my business." balas Adif dengan berlagak. Ceh! poyo mamat ni!

MAISARA meletakkan kek berkrim di atas meja makan sebelum dia mengambil air orennya. Baru 2 hari dia tidak membuka kedai tak sangka pula pelanggan makin ramai. Katanya mereka rindukan kek Maisara. Uish makin kaya agaknya Maisara kalau hari-hari begini.

"Cik Maisara." panggil Alif yang terjengul kepalanya di pintu kedai.

"Apa lu?" Potonglah. Masa dia nak makanlah ada yang datang.

"Ada orang nak jumpa cik Maisara." balas Alif dengan senyuman. Maisara mengerutkan dahinya. Dia terus pergi ke kedai Naura untuk melihat manusia mana yang berani mengacau masa dia makan.

"Encik Taufiq? Boleh Saya bantu?" soal Maisara dengan nada sombong. Malas pula dia nak menghadap lelaki ni. Dari haritu asyik melihat dia sahaja.

"I just want to know what time your shop opens? Sebab Saya ada hal penting ni." Naura dan Arif yang duduk di kedai sebelah ataupun perpustakaan yang bersebelahan dengan kedai buku Naura, cuma perhatikan gerak geri Taufiq dari jauh.

"Kawan awak nak usyar Mai pun takut-takut." bisik Naura.

"Dia mana pernah bercinta. Ni datang kawan sayang yang macam singa. Belum apa-apa dah sombong. Mana tak takut." terus dia menyuapkan macaron yang dibeli di cafe Maisara ke dalam mulut Naura. Naura gemar benar dengan makanan yang manis. Arif layankan sahaja kehendak isterinya.

Maisara melihat jam di dinding. Dia menutup kedai buat seketika cuma untuk berehat semasa menunaikan solat Zohor. "Hm lagi 15 minit Aku buka. Kau nak beli apa?"

"Saya nak beli kek oreo." Maisara terus masuk ke kedainya semula untuk membungkus pesanan Taufiq.

"One piece ke encik Taufiq?" soal Maisara dengan sopan. Taufiq.. terpesona. Eh tidak!

"4." balas Taufiq dalam nada yang bergetar. Gigil kah bang? HSHSH.

Sempat Maisara meletakkan sekali 2 bungkus macaron kedalam plastik tersebut. Dia kembali ke kedai Naura untuk memberikan Taufiq pesanan lelaki itu.

"16 ringgit. Kek ni sedap ya jadi jangan nak complain pasal harga pula." Taufiq mengangguk perlahan dan memberikan duit yang secukupnya kepada Maisara.

"Terima kasih sila datang lagi." bukan Maisara yang cakap tetapi Alif dan Batrisya. Lupa pula. Alif dan Batrisya juga pekerja Maisara.

"Mai!" panggil Naura sebelum Maisara melangkah pergi. Maisara mengatur langkah ke arah meja kecil itu. Arif masih bersama isterinya dan ditangannya juga ada pen dan kertas untuk mencatat idea yang baru masuk.

"Muka kau asal garang sangat?" tanya Arif dengan suara serak-serak basah. Maisara memeluk tubuhnya.

"Memang macam ni lah muka Aku. Kau nak Aku letak muka 20 sen ke?" balas Maisara. Suara Maisara seperti mahu mengajak Arif bergaduh sahaja.

Maisara kembali ke kedainya dengan hati yang berat. Dia menyesal pula melayan pelanggannya dengan begitu. Taufiq datang sebagai pelanggan dan bukan untuk menggoda dia. Maisara apa kau dah buat?

TAUFIQ memberikan plastik kek itu kepada pembantunya. Dia masuk ke dalam pejabat dengan perasaan gembira. Gembira dapat bertemu dengan gadia berkaca mata, Noralia Maisara. Gadis yang melayan dia dengan kasar dan selalu membuatkan Taufiq tertanya.

Ketukan dipintu yang kuat menarik perhatian Taufiq yang masih berada di meja kerjanya. Pintu dibuka tanpa Taufiq mengarah. Susuk tubuh gadis memakai blazer dan berseluar jeans membuatkan Taufiq terdiam.

"Akak.. cari Taufiq ke?" tanya Taufiq kepada Aliya Natasha iaitu kakak kandungnya. Pertemuan yang benar-benar membuatkan dia terkejut itu mampu membuatkan Taufiq pengsan agaknya.

"Kau ke yang bagitahu papa yang Aku nak ke luar negara?" suara Aliya sedikit meninggi pada haritu. Marah dia kepada adiknya sudah membuak.

"Tak.." jawab Taufiq dalam ketakutan. Mata Aliya seperti mahu menikam dia sahaja.

"Kau tahu tak bila kau hidup ni menyusahkan Aku? Kau tahu tak Aku dah tak ada apa-apa lagi? Kerja tu je Aku ada. Bila Aku nak bukak gallery kat luar negara tu tak bagi pula. Eh apa plan kau dengan papa?" makin berani Aliya menolak bahu adiknya. Jangan kata tolak dulu Aliya juga pernah menampar wajah Taufiq tanpa pengetahuan papanya, Encik Taqiuddin.

"Sumpah Taufiq tak tahu kak." balas Taufiq lagi. Aliya menarik lengan blazernya sehingga paras siku.

"Aku tak tahu apa function kau hidup. Aku tak rasa kau layak hidup. Sebab kau lah punca mak Aku mati. If you want to see me happy ... please leave my life." terketar tangan Taufiq saat kakaknya berkata begitu. Pergi dari hidup dia? maksudnya.. mati?

"Kakak nak Taufiq mati ke apa? Kalau nak sangat Taufiq mati anytime tuhan bole ambil nyawa Taufiq. Atau senang citer akak bunuh Taufiq." Aliya gelak sinis.

"You talk without using your brain or what? If Aku bunuh kau dah sah papa benci Aku. Syarikat papa bankrupt. Kerjaya Aku musnah. Apa lagi kau nak musnahkan hidup Aku?"

"Bila kau datang je kat dunia ni..memang Aku benci kau. Marah Aku dekat kau makin menimbul. Kira beruntung Aku tak pijak muka kau depan papa." kata Aliya lagi. Kalini dia menampar perlahan pipi Taufiq sebelum berlalu pergi.

Taufiq terduduk di atas lantai. Tak kuat dia untuk berdiri megah dihadapan orang lain. Malu dan takutnya dia pada Aliya makin menjadi. Dia mahu menangis namun dia perlu kuat. Dia tak nak sesiapa tahu akan masalah dia. Biarpun papanya mahupun Arif.