"Mel aku dah siap mandi, sekarang giliran kau"
Jes mengetuk pintu Mel kerana Mel belum keluar dari biliknya
"Mel?"
Mel membuka pintu.Jes terkejut melihat muka Mel yang pucat.
"kenapa muka kau pucat? ok ke?"
"emm..pening kepala je"
"Kau ambil cutilah hari ni aku risau tengok kau"
"Takpe aku ok je nanti aku makan ubat"
Jes meletakkan tanggannya di kepala Mel dan kepalanya terasa panas.
"Kau demam ke? panas kepala kau"
"Demam sikit je jangan risau sangatlah dengan aku ,aku nak pergi mandi dulu"
Jes mengangguk walaupun masih risau dan Mel berjalan menuju ke bilik mandi.
Setelah mereka bersiap dan sarapan,Jes bertanya lagi dengan Mel.
"Ok tak?kita berjalan kaki je ni"
"Ok je jomlah jalan nanti kita lambat"
Tiba2 Mel hampir rebah kerana migran tetapi sempat lengannya dipegang oleh Jes daripada jatuh.Jes membawa Mel masuk dan membaringkan Mel di tilamnya.
"Lebih baik kau cuti je hari ni Mel,kau penat sangat sebab itulah kau migran ,aku jaga kau ok"
"Takpe aku boleh juga jaga diri sendiri kau pergi je masuk kelas ,nanti aku ikut teksi pergi hospital.Tapi aku nak tidur jap"
"Tapi Mel.."
"Takpe pergi je"
"Ok tapi kalau ada apa2 call aku tau nanti aku risau pula"
"Ok Jes don't worry about me ,take care"
"Yelah aku jalan dulu tau nanti call aku juga bila kau sampai kat hospital risau aku nanti"
Mel menganggukkan kepalanya dan Jes berjalan meninggalkan Mel.
Jes turun bawah dan ternampak Alan iaitu boyfriendnya menunggang motor bersama perempuan lain iaitu jirannya.
Jes meletakkan tanggannya di dadanya.
"Alan..tak sangka awak buat macam ni pada saya"
Jes berjalan sambil mengusap air matanya yang mulai keluar.Bayangkan perasaan apabila diduakan pasti sahaja sakit hati..
Semasa Jes berlalu di depan rumah Amir,dia terserempak dengan Sam dan Amir.
"Morning Jes kenapa awak seorang je ?mana Mel?"
"Morning Sam,Mel tak masuk kelas hari ni sebab dia sakit ,tadi saya nak jaga dia tapi dia suruh saya masuk kelas je sekarang dia tengah rehat nanti dia pergi hospital"
"Sakit?"
"Haah dia demam tadi dan pening kepala"
"Dia dah makan ubat ke?"
"Dah tadi dia cakap"
"Oh erm yelah nanti boleh tak bawa saya lawat Mel?"
"Boleh je"
"Okay.. kenalkan ni Amir kawan saya"
Amir berjabat tangan dengan Jes dan memberikan senyuman manis pada Jes.Jes membalas senyumannya.
"Jomlah ikut kami berdua jalan kaki, kali ni kami berdua malas nak naik motor nak juga biasakan diri berjalan kaki"
Jes mengangguk.Amir mengajak Jes berjalan beriringan,manakala Sam berseorangan mengekori mereka dari belakang.
Amir juga mendapat peluang untuk berkenalan dengan Jes dan Jes gembira dapat berkawan dengan Amir kerana dapat menghilangkan rasa sedihnya tentang Alan.