webnovel

MID-SEM BREAK

SEMINGGU usaha Amanda tidak menjadi sia-sia setelah dia berjaya memujuk Rasha untuk mengikuti trip mereka ke Switzerland. Riyanti turut masuk campur dalam memujuk Rasha sehingga membuat Rasha terpaksa akur. Rasha rasa bersalah kerana tiket kapal terbang ditanggung semua oleh Riyanti termasuklah sedikit duit belanja.Raidi dan isterinya pula tiada masalah untuk membenarkan Rasha mengikuti trip itu. Jadi pada akhirnya, mereka pun sudah berada disana. Untuk tempat tinggal, mereka tidak perlu risau kerana ada villa keluarga Argion disana ditambah pula villa itu memang kosong dan hanya ditempati oleh beberapa orang pembantu rumah yang dikhaskan untuk menjaga villa itu.Ketika sampai disana juga mereka dijemput oleh pemandu keluarga Argion. Sebelum pergi ke villa, mereka dibawa Argion untuk singgah sebentar di rumah datuk dan neneknya. Dia ingin menyapa kedua orang tua itu. Mereka juga pasti merindui dia."Mand, jadi kak Gio aslinya orang Swiss lah ya?" Soal Rasha berbisik. Biarpun sudah agak lama mengenali mereka, jujur dia hanya tahu sedikit mengenai keluarga mereka.Amanda mengangguk. "Ya, kakeknya orang Swiss tapi neneknya orang Indo. Terus papanya kak Gio setelah beristeri dia memilih untuk pindah ke Indo dan berbisnes di Indo kerana isterinya juga asli Indo."Rasha membulatkan mulutnya tanda faham. "Dari namanya aja udah bisa ketebak kok Gio itu bule. Argion Daryl Ford." Ujar Mahesa yang terdengar perbualan mereka."Oh! Rasha baru tahu full name kak Gio. Kalau nama fullnya kak Esa apa?""Kalau aku biasa aja sih nama nya. Mahesa Kalingga Adiwijaya.""Wah! Keren juga nama kakak. Aku aja baru tahu." Amanda menyampuk. Dia hanya tahu Mahesa dari keluarga Adiwijaya tapi tidak pernah mengetahui nama panjang lelaki itu. Abangnya pula tidak pernah berminta untuk bercerita mengenai kawan-kawannya. "Kalau kak Iefan pula? Tanya Rasha. Dia jadi curios kerana nama mereka sangat menarik baginya."Kalau kak Iefan mah, Aditama Iefan Rahendra." Jawab Amanda dengan sedikit excited. Pasal Iefan, semuanya Amanda boleh jawab dengan mudah. "Nama abang kamu ga mau tau?" Sambungnya lagi.Rasha tersengih. "Kalau nama abang, aku dah tau. Aditya Sagara. Kau pula Amanda Sabiru. Gampang!" Usik Rasha. Kemudian mereka ketawa mendengar Rasha yang tiba-tiba menggunakan perkataan Indonesia."Kok tiba-tiba bahas nama sih? Aneh banget kalian. Ya udah yuk, pindah ke villa. Gue udah pamit ke kakek sama nenek gue. Terus nanti kata kakek gue, malam akhir kita nanti kita dinner rame-rame disini ya." Argion yang dari tadi sibuk akhirnya selsai dan membawa mereka ke villa keluarga mereka.***MUSIM salji di Switzerland pada ketika itu membuatkan negara itu semakin indah. Argion membawa mereka melawat beberapa tempat sepanjang mereka disana dan sudah pasti yang wajibnya adalah mencuba 'snow sport'. Bodmi Arena, tempat bermain ski popular di Grindelwand.Riuh bunyi ketawa mereka sepanjang bermain ski sehingga tidak peduli dengan rasa penat. "Ah! Seronoknya!" Teriak Rasha."Suka?" Soal Sagara yang berdiri di sebelah Rasha. Dia yang dari tadi cuba mengajar Rasha bermain ski sehinggalah Rasha sudah boleh bermain ski sedikit. Rasha hanya mengangguk, menjawab Sagara. Sagara pula tersenyum lebar. "Kalau kamu suka, aku bisa bawa kamu kesini setiap tahun. Tapi ada satu syarat." Sambungnya."Hah? Apa syaratnya?" Soal Rasha, mengerut dahi. "Hehehe... Syaratnya, nikah sama aku." Jawab Sagara selamba."HEH!" Tangan Rasha laju memukul bahu Sagara. Kepalanya berpusing-pusing melihat sekeliling. Nasiblah mereka yang lain agak jauh dari mereka berdua. Sagara pula ketawa lepas. Senang melihat muka Rasha yang semakin kemerahan, menahan malu. Tiba-tiba saja diajak nikah.Setelah penat bermain mereka pun dibawa Argion kembali ke pekan Grindelwald. Tiba di pekan, Amanda dan Rasha terus sibuk mengambil gambar masing-masing. Pekan itu agak sunyi, tapi begitu tenang. Kemudian mereka memasuk salah satu café yang ada disana.Selesai membuat pesanan, mereka pun duduk menunggu. "Kalian pengen beli apa-apa ga sebelum pulang ke Bern lagi?" Soal Argion memecah keheningan."Ada kedai souvenir tak kat sini?" Rasha menyoal kembali.Argion mengangguk. "Ada, itu diseberang aja. Nanti kita kesana deh.""Yeay!" Soraknya tapi dengan nada berbisik. Kemudian mengeluarkan dompetnya. Mengira baki duit. Risau nanti terlebih bajet pula.Mereka pun ke kedai yang dikatakan Argion tadi. Rasha rambang mata memilih. Banyak pilihan dan semuanya cantik-cantik. Tidak lama, mata tertuju pada satu patung kayu berukiran orang salji. Lama berdiri disana. Berfikir. Beli atau tidak?"Kalau kamu mau, ambil aja. Nanti aku bayarin yang itu." Sagara tiba-tiba berdiri dibelakangnya dan kemudian mencapai patung kayu itu. Dia segera ke kaunter sebelum Rasha menghalangnya untuk membayar.Rasha pula terkebil-kebil melihat Sagara. Dia tidak sempat menjawab apa-apa. Dia kemudian pergi ke kaunter untuk membayar barang-barang yang sudah dia ambil. "Nah!" Sagara menghulurkan patung itu setelah mereka keluar dari kedai itu."Terima kasih. Rasha tak minta pun tapi, terima kasih." Senyuman Rasha lebar. Gembira sebenarnya kerana dia sangat menginginkan patung itu cuma tadi was-was takut bajetnya terlebih dari yang dirancang.***HARI kelima disana, Rasha diserang flu. Mungkin tidak terbiasa dengan musim disana. Hari itu pula mereka merancang untuk mengelilingi Bern kerana hari sebelum-sebelumnya mereka sudah pergi ke tempat yang agak jauh."Sha, kamu ga apa-apa?" Tanya Amanda yang melihat muka Rasha agak kemerahan. Tiada jawapan, dia mendekati Rasha. Dia memegang dahi Rasha. "Panas banget. Kamu demam, Sha. Aku kebawah bentar ya. Cari ubat."Amanda berlari kebawah dan terus menuju ke dapur. Membuka setiap cabinet dapur villa itu tapi tidak menemukan ubat. Dia terpaksa keluar mencari manusia manusia lain di villa itu."ABANG!!" Teriaknya setelah melihat mereka tiada di ruang tamu. Tapi tiada jawapan. "Miss, Mr Ford and his friends sitting outside the backyard." Ujar salah satu pembantu rumah Argion. "Thanks!" Jawab Amanda dan terus berlari ke kawasan belakang villa itu."Amanda, kamu kenapa?" Iefan kehiaran meilhat Amanda yang berlari menuju ke arah mereka. Amanda menarik nafas panjang sebelum mula bercakap. "Kak Gio, aku cari obat kok ga ada?" Hanya itu keluar dari mulutnya. Kerana penat berlari.Sagara mengerut dahi. "Kamu sakit Mand?" Soalnya dan terus berdiri, berjalan ke arah Amanda. Belum sempat Amanda menjawab, dia memegang dahi Amanda. "Ga panas kok. Kamu butuh ubat untuk apa?" Tanyanya lagi."Ih! Bukan aku. Rasha. Dia demam deh kayaknya. Badannya panas banget. Terus dia ga bisa jawab aku. Pokonya dia keliatan lesu banget.""Aduh! Mand, kata pembantunya obat demam udah abis. Aku juga kemarin sempat minta." Argion menyampuk. "Gimana kalau kita bawa Rasha ke hospital aja?" Sambungnya lagi.Amanda kemudian naik. Beberapa minit kemudian, dia turun. Kali ini mereka berada diruang tamu. "Kata Rasha, dia ga apa-apa. Cuma butuh obat. Udah aku paksa juga tapi tetap ga mau. Tapi dia juga udah bisa bangun kok.""Ya udah. Nanti aku suruh salah satu pembantunya ke pharmacy aja." Argion terus memanggil salah satu pembantunya dan kemudia memberi arahan. Sagara pula menghulurkan beberapa not duit kepada wanita itu."Kalau kalian mau jalan, jalan aja. Nanti gue disini aja jagain Rasha." Ujar Sagara tidak mahu menyekat perjalanan kawan-kawan dan adiknya."Erm gimana kalau hari ini kita istirahat aja? Lagian masih ada berbaki 2 harikan sebelum pulang Bali. Besok bisa tuh kita jalan keliling Bern. Terus lusanya kita shopping nyari baju untuk dinner keluarga Ford." Cadang Argion.Mahesa pula bersetuju dengan Argion. "Iya. Gue setuju. Terus nanti malam kita manggang ayam yuk. Seru juga tuh main di backyard.""Amanda ga pa-pa ga jalan dulu hari ini? Aku bisa bawa kamu jalan kalau kamu mau?" Tanya Iefan. Amanda mengeleng. "Ga pa-pa kak. Lagian kasian Rasha." Iefan mengangguk."Ya udah kalau gitu, sekalian aja Gio suruh pembantu kamu beli ayam dan bahan lainnya. Kasian nanti bolak balik orangnya." Sambung Sagara.Pada akhirnya malam itu mereka hanya makan dirumah dan berseronok dirumah. Amanda sibuk makan. Argion dan Mahesa sibuk bermain dart manakala Sagara dan Iefan sibuk bermain chess.Rasha yang dari tidur pun terbangun. Dia melirik kearah jam dinding didalam bilik itu. "Usih! Lama aku tidur. Dah jam 9 dah." Dia bergegas bangun, membersihkan diri dan kemudian turun ke ruangan bawah. Perutnya juga agak lapar. Rasha cuba mencari keberadaan kawan-kawannya. Ruang tamu tiada, dapur juga tiada.Kemudian dia menuju ke bahagian belakang villa itu selepas mendengar bunyi riuh ketika memasuki dapur. Dan ya, mereka masih disana. Dia berdiri di depan pintu. Mencium aroma ayam panggang yang baginya sangat wangi itu. Menggoda sungguh!"Loh, Rasha! Udah baikan belum?" Sagara terus menghampiri Rasha kemudian memengang pipi Rasha menggunakan kedua tapak tangan nya. "Abang! Tangan abang sejuklah." Ujar Rasha terus menepis tangan Sagara."Oops! Sorry, refleks. Hehehe... Kamu lapar ya? Bentar ya aku ambil ayamnya buat kamu. Mau berapa? Dua cukup?" Tanyanya lembut."Eh tak apa, Rasha ambil sendiri.""Sha, kamu duduk aja. Nanti aku ambilin ya." Sagara membawa Rasha duduk disebelah Amanda. Kemudian baru mengambil ayam dan sosej untuk Rasha. "Di makan abis ya, setelah itu makan obatnya lagi biar benar benar sembuh. Tadi kamu minum obat pagi ya? Udah boleh makan obat lagi nanti. Jangan lupa ya."Rasha mengangguk, kemudian mencicip makanan yang dibawa Sagara. Amanda pula tersenyum-senyum. Dia menarik Sagara mendekatinya. "Caring banget! Jadian aja belum." Usiknya kemudian ketawa. Sagara mendengus kasar kemudian meninggalkan dua wanita kesayangannya itu. Dia kembali bermain chess bersama Iefan."Sha, kamu belum suka sama abang aku?" Tanya Amanda terus terang. Rasha tersentak. Dia batuk kecil. "Amanda, jangan tanya soalan pelik-pelik please.""Ga aneh kok soalan aku. Abang udah perhatian banget tuh ke kamu. Udah berapa kali nyuruh aku check keadaan kamu. Kamu belum ada rasa ya?"Rasha mengeluh halus. "Hmm... Sejujurnya, aku memang dah selesa dah dengan abang Gara tapi, aku masih takut." Dia menunduk. Traumanya masih belum sembuh. "Aku takut nanti, abang Gara tak boleh nak terima aku punya trust issue. So better, aku sembuhkan dulu diri aku baru aku nak mula bercinta balik." Rasha menyambung.Amand mengangguk. Dia faham, Rasha takut menyakiti hati abangnya hanya kerana belum ada kepercayaan sepenuhnya. "Ya udah, ga usah dibahas dulu deh kalau gitu. Jadi gimana? Seru ga Switzerland?""Of course lah! Thanks to oma." Mereka berdua pun bercerita tentang keseronakkan masing-masing sepanjang di Switzerland. Memang tidak di nafikan seronok. Menaiki train, bermain ski, melihat salji, tasik dan sebagainya, bagi Rasha semuanya sangat indah.