webnovel

Kedinginan Rina

Rina Zafran seorang gadis yang dingin dan dia tidak mempunyai ramai kawan seperti orang biasa. Baginya, kawan hanyalah jenis manusia yang suka menyibuk hal orang. Entah bagaimana, Rina mula berkawan dengan seorang lelaki yang berumur 17 tahun. Sejak itu, mulalah hari Rina dan lelaki itu, Amirul Hakim

DaoistIOOAoB · Thanh xuân
Không đủ số lượng người đọc
4 Chs

Bab 3

"Adik suka abang?" suara Amirul terngiang-ngiang di kepala Rina membuatkan Rina memusingkan kepalanya untuk beberapa kali.

Pemandu van, Pak Cik Man, bertanya, "Kau dah kenapa pusing kepala tak tentu pasal. Mabuk ke?"

Semua murid di dalam van itu tergelak bersama kecuali Wei Xiang dan beberapa murid kaum cina lain.

Wei Xiang yang duduk disebelah Rina bertanya, "Apa maksud mabuk?"

Rina menjelaskan maksud mabuk kepada Wei Xiang dalam bahasa cina membuatkan lelaki itu juga menggelakkannya. Rina sudah agak ini yang akan berlaku. Jika diikutkan hati, dia tidak mahu menjelaskannya tetapi ini ilmu, tak baik kedekut ilmu. Jika Rina ada soalan bahasa cina yang tidak berapa difahaminya, Wei Xiang juga dicari.

"Dah habis gelak?" tanya Rina, melihatnya dengan pandangan kosong.

"Sorry, tapi apa yang Pak Cik cakap memang betul. Kau..." kata-katanya tidak mampu diteruskan dek gelak tawanya.

Di rumah Wei Xiang...

Selepas pertemuan keluarga, Wei Liang, abang kepada Wei Xiang duduk di sofa seraya melihat telefon bimbitnya. Kakak sulungnya pula berada dalam bilik.

Secara perlahan, Wei Xiang mendekati Wei Liang. Bahu Wei Liang ditolak membuatkan Wei Liang melihatnya dengan muka tidak puas hati. Wei Xiang menunjukkan bilik mereka kemudian Wei Xiang masuk ke dalam biliknya, sengaja membiarkan pintu bilik terbuka.

Wei Liang cuba mencerna apa maksud dari bahasa badan Wei Xiang itu. Selepas beberapa minit berfikir, barulah dia faham apa maksud Wei Xiang.

Pintu ditutup rapat selepas Wei Liang masuk ke dalam bilik mereka. Kelihatan Wei Xiang sedang duduk di katil menunggunya.

"Abang."

"Straight to the topic, please," pinta Wei Liang seraya melihat telefon bimbitnya.

"Aku nak tanya satu soalan ni."

Wei Liang menutup telefon bimbitnya lalu melihat muka adiknya, "Cakaplah."

"Kau pernah jatuh cinta?"

"Oh, adik aku dah suka seseorang!" kata Wei Liang dengan nada tingginya membuatkan Wei Xiang menutup mulutnya.

"Takpelah. Aku pergi tanya kakak je. Kalau tanya kau entah-entah-" Wei Xiang melihat Wei Liang, "Takpelah. Lupakan je apa aku nak cakap," tambahnya lagi.

"Entah-entah apa?" tanya Wei Liang.

Pintu bilik ditutup selepas dibuka. Wei Xiang melihat abangnya sebelum berkata, "Aku tak patut tanya kau soalan tentang cinta. Aku tahu kau tak berminat dengan perempuan tapi sebaliknya."

"Wei, aku bukan tak suka perempuan, aku takde perasaan dekat perempuan," kata Wei Liang, cuba mempertahankan dirinya.

"Bukan sama je ke?" Wei Xiang menyandarkan dirinya pada pintu yang tertutup rapat.

"Tak sama! Aku tak suka perempuan dan tak suka lelaki jugak!" kata Wei Liang seraya bangun dari posisi duduknya.

"Habis? Kau suka diri kau sendiri?"

"Ish kau ni! Aku dah janji dengan diri aku yang aku tak akan jatuh cinta dengan perempuan!"

"Kenapa kau buat kerja bodoh tu?"

"Lepas Shi Qi pergi, aku berjanji yang aku tak akan jatuh cinta dengan perempuan lain. Aku hanya akan suka dengan perempuan yang sebiji dengan Shi Qi je!"

"Aku faham. Cinta pertama kau dah pergi."

"Jangan risau, aku akan cuba cari perempuan yang sebiji dengan Kak Shi Qi untuk kau jatuh cinta dan tak akan bagi orang salah faham yang kau..."

"Gay," kata Wei Xiang lalu pergi ke bilik kakaknya pula.

"Aku bukan gay!" kata Wei Liang seraya membaling bantalnya ke arah Wei Xiang tetapi terlambat. Wei Xiang sempat keluar lalu menutup pintu bilik itu.

Wei Xing, kakak kepada Wei Liang dan Wei Xiang sedang bertungkus-lumus membuat kerja sekolahnya. Perhatian penuh cuba ditumpukan kepada kerja sekolahnya sehinggalah...

"Kak!" jerit Wei Xiang.

Wei Xing melihat Wei Xiang dengan muka tidak puas hatinya, "Apa?"

Wei Xiang menutup pintu bilik Wei Xiang lalu duduk di atas katilnya pula. Wei Xiang hanya melihat telatah adiknya.

"Nak tanya something, boleh?"

Wei Xing mula berminat dengan soalan yang akan diberikan oleh Wei Xiang. Buku-bukunya ditutup kemudian alat tulisnya dimasukkan ke dalam kotak penselnya sebelum dia berkata, "Tanyalah."

"Akak pernah jatuh cinta? Atau pernah bercinta dengan first love, gitu. Ada?"

Wei Xing cuba mengingat semula sebelum berkata, "Pernah dan memori itu waktu akak..." mata Wei Xing dikecilkan untuk mengingat semula beberapa perkara, "Ah! 14 atau 15 tahun."

"One year ago?"

"Mungkin," kata Wei Xing, tidak pasti dengan jawapannya sendiri.

"Ceritalah..." Wei Xiang menggoyangkan tangan Wei Xing membuatkan Wei Xing berasa rimas. Tangan Wei Xiang ditepis sebelum berkata, "Apa yang kau nak aku cerita?"

"Memory kau."

"Waktu itu..." Wei Xing memulakan ceritanya tetapi selepas perkataan 'itu', dia langsung tidak mengeluarkan sebarang suara.

"Lee Wei Xing!!" jeritan Wei Xiang itu memanng menyakitkan telinga. Roh Wei Xing yang sudah terbang ke mana rasa seperti sudah masuk semula ke dalam badannya.

"Okey, okey, aku cerita. Sekarang duduk kalau tak aku halau kau keluar!" ugut Wei Xing.

"Good," kata Wei Xing apabila Wei Xiang mendengar arahannya.

"Ada seorang lelaki ini, muka dia handsome gila. Dia pandai dalam semua mata pelajaran. Dia baik dengan sesiapa sahaja, tak kira kaum, agama dan bangsa. Setiap kali hari jadi dia, aku mesti akan bagi hadiah makanan kat dia. Bila difikirkan balik..."

"Sudahlah, pergi tidur."

Wei Xiang akur dengan arahan Wei Xing. Badannya kini berada di atas katil tetapi fikirannya sedang melayang. Patutlah setiap tarikh yang sama dalam setahun, dapur tu bau makanan...siapa lelaki yang mampu buat kakak singa aku ini jadi lembut macam arnab?

.....

Wei Liang masuk ke dalam bilik guru selepas diarah oleh Cikgu Kamil. Cikgu Faizal, guru disiplin sekolah ini hendak berjumpa dengannya. Bila difikirkan semula, kakinya mula menggeletar jika perlu berjumpa dengan Cikgu Faizal.

"Masuk."

Wei Liang masuk ke dalam biliknya selepas mendengar arahan dibalik bilik tersebut.

Tidak seperti yang Wei Liang sangka, seorang perempuan sedang duduk di hadapan meja Cikgu Faizal. Bibir diukir di muka Cikgu Faizal begitu juga dengan murid itu.

"Ya, cikgu. Kenapa cikgu panggil saya?" tanya Wei Xiang dengan sopan. Risau juga jika nadanya kedengaran marah, tak pasal-pasal kena rotan di depan gadis itu.

"Ini perkenalkan budak baru kelas kamu, nama dia Zheng Shu Qi. Shu Qi, ini Lee Wei Liang, ketua kelas."

Shu Qi mengangguk. Sebuah senyuman dihadiahkan kepada Wei Liang.

Zheng Shu Qi?