webnovel

Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya

Yun Luofeng, orang bijak dari Sekolah Perubatan Huaxia, telah mati kerana satu kemalangan, dan rohnya dipiindahkan ke dalam jasad Cik Sulung yang tidak berguna dari Kediaman General di Benua Longxia. Bukan sahaja sampah ini tidak berbakat dalam seni sastera dan seni pertahanan diri, tapi dia jenis orang yang cantik tapi tidak berotak, angkuh, dan keras kepala. Dia tidak rasa cukup walaupun dengan tunang yang sempurna seperti Putera Mahkota. Dia telah mencabul seorang lelaki secara paksa di tempat awam, membuatkan Putera Mahkota memutuskan pertunangan mereka. Namun, sampah itu tidak boleh menanggung kejutan itu lalu menggantung diri untuk menamatkan nyawanya. Setelah membuka matanya semula, dia bukan lagi Cik Sulung yang tidak berguna. Dengan perjanjian Kod Dewa Perubatan, dengan memiliki ruangan tumbuhan rohani, dan tangan ajaib yang mampu menghidupkan semula orang yang mati, kebolehan perubatannya pasti akan mengejutkan dunia! Dari keluarga Diraja dan bangsawan kepada pedagang dan keluarga lama yang berpengaruh, mereka semua akan bersaing untuk mengambil hatinya. Hinggakan Putera Mahkota,yang telah memutuskan pertunangan mereka, datang untuk merujuk semula hubungan mereka? Oleh kerana itu, seorang lelaki misteri yang akhirnya tidak dapat menahan lagi lalu menyatakan, "Siapa sahaja yang berani datang dan menyakiti wanita saya, silakan datang tapi tidak akan pulang!"

Xiao Qiye · Kỳ huyễn
Không đủ số lượng người đọc
1241 Chs

Siapa Tipu Siapa? (3)

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Yun Luofeng dapat rasa…

Kalau dia pergi ke bawah tanah ini kali ini, kekuatannya akan meningkat! Dia mesti ambil risiko supaya Yun Xiao tidak perlu menunggu terlalu lama!

"Baiklah," suara Xiao Mo terdengar lagi, masih lagi menggigil tetapi kini lebih yakin, "kalau Tuan sudah buat keputusan begitu, saya akan ikut!"

'Semenjak kita disatukan dengan kontrak kita, saya akan sentiasa bersama Tuan dan tidak akan tinggalkan Tuan dalam hidup atau mati!'

"Xiao Mo, kamu tidak perlu paksa diri kamu," Yun Luofeng bermuram.

"Tuan, saya cuma takut terhadap makhluk yang berada di bawah tanah ini, tapi itu tidak bermakna saya dalam bahaya. Saya boleh atasi rasa takut ini. Lagipun, Tuan mungkin tidak akan dapat capai apa-apa tanpa saya."

Yun Luofeng geli hati lalu ketawa. Memang benar, sejak kebelakangan ini, Xiao Mo telah banyak membantu dia. Tanpa Xiao Mo, dia tidak akan dapat statusnya yang hebat hari ini!

Chương bị khóa

Hỗ trợ các tác giả và dịch giả yêu thích của bạn trong webnovel.com