webnovel

Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya

Yun Luofeng, orang bijak dari Sekolah Perubatan Huaxia, telah mati kerana satu kemalangan, dan rohnya dipiindahkan ke dalam jasad Cik Sulung yang tidak berguna dari Kediaman General di Benua Longxia. Bukan sahaja sampah ini tidak berbakat dalam seni sastera dan seni pertahanan diri, tapi dia jenis orang yang cantik tapi tidak berotak, angkuh, dan keras kepala. Dia tidak rasa cukup walaupun dengan tunang yang sempurna seperti Putera Mahkota. Dia telah mencabul seorang lelaki secara paksa di tempat awam, membuatkan Putera Mahkota memutuskan pertunangan mereka. Namun, sampah itu tidak boleh menanggung kejutan itu lalu menggantung diri untuk menamatkan nyawanya. Setelah membuka matanya semula, dia bukan lagi Cik Sulung yang tidak berguna. Dengan perjanjian Kod Dewa Perubatan, dengan memiliki ruangan tumbuhan rohani, dan tangan ajaib yang mampu menghidupkan semula orang yang mati, kebolehan perubatannya pasti akan mengejutkan dunia! Dari keluarga Diraja dan bangsawan kepada pedagang dan keluarga lama yang berpengaruh, mereka semua akan bersaing untuk mengambil hatinya. Hinggakan Putera Mahkota,yang telah memutuskan pertunangan mereka, datang untuk merujuk semula hubungan mereka? Oleh kerana itu, seorang lelaki misteri yang akhirnya tidak dapat menahan lagi lalu menyatakan, "Siapa sahaja yang berani datang dan menyakiti wanita saya, silakan datang tapi tidak akan pulang!"

Xiao Qiye · Kỳ huyễn
Không đủ số lượng người đọc
1241 Chs

Pertandingan Perubatan (1)

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

"Xiao Mo, bagaimana dengan Pokok Kecil?"

Sejak hari itu, Yun Luofeng tidak pernah masuk ke dalam Dunia Kod Dewa lagi dan membiarkan Xiao Mo yang menjaga Pokok Kecil.

Xiao Mo diam seketika sebelum menjawab. "Dia sudah makan hampir semua herba dalam Dunia Kod Dewa."

Mendengar jawapan itu, Yun Luofeng menggosok dahinya yang tiba-tiba sakit. Nampaknya dia perlu dapatkan herba secepat mungkin.

"Saya dengar hadiah pertandingan perubatan adalah herba yang sangat bernilai." Mata Yun Luofeng bersinar. "Jadi saya mesti dapatkan herba itu untuk bagi Pokok Kecil makan."

"Kekeke." Suara kecil Pokok Kecil ketawa terdengar, seolah-olah telah mendengar kata-kata Yun Luofeng itu. Suaranya sampai ke dalam minda Yun Luofeng dan terdengar sangat gembira.

Yun Luofeng tersenyum dan tidak berkata apa-apa lagi sebelum masuk ke dalam biliknya.

Chương bị khóa

Hỗ trợ các tác giả và dịch giả yêu thích của bạn trong webnovel.com