Malangnya..." Xiao Mo diam seketika. "Ayah saya tidak akan suka kamu!"
Yao Mengqi melopong. Dia mendongak memandang Xiao Mo sambil matanya berkelip bingung.
'Kenapa?'
Dia telah membela dan mempertahankan Xiao Mo ketika dia dibuli dan mengeluarkan kata-kata yang elok, bukankah sepatutnya budak ini mahukan ibu yang akan melindunginya?
Akan tetapi, kenapa budak ini berkata sebegitu kejam?
"Ayah saya cuma mencintai Ibu saya seorang. Kamu fikir kamu boleh menandingi ibu saya hanya dengan personaliti dan karisma yang baik sahaja?" Xiao Mo menyeringai.
Perempuan ini terlalu angkuh. Dia awal-awal lagi sudah salah faham dan menyangka Xiao Mo dibuli cuba untuk mempertahankannya. Justeru itu, Xiao Mo tidak berkata apa-apa. Namun, perempuan ini tidak sedar diri dan ingin menggantikan tempat Yun Luofeng?
'Jangan berangan!'
Mendengar kata-kata Xiao Mo itu, Yao Mengqi tidak marah, malah dia semakin berasa kasihan terhadap Yun Xiao dan Xiao Mo.
Hỗ trợ các tác giả và dịch giả yêu thích của bạn trong webnovel.com