webnovel

Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya

Yun Luofeng, orang bijak dari Sekolah Perubatan Huaxia, telah mati kerana satu kemalangan, dan rohnya dipiindahkan ke dalam jasad Cik Sulung yang tidak berguna dari Kediaman General di Benua Longxia. Bukan sahaja sampah ini tidak berbakat dalam seni sastera dan seni pertahanan diri, tapi dia jenis orang yang cantik tapi tidak berotak, angkuh, dan keras kepala. Dia tidak rasa cukup walaupun dengan tunang yang sempurna seperti Putera Mahkota. Dia telah mencabul seorang lelaki secara paksa di tempat awam, membuatkan Putera Mahkota memutuskan pertunangan mereka. Namun, sampah itu tidak boleh menanggung kejutan itu lalu menggantung diri untuk menamatkan nyawanya. Setelah membuka matanya semula, dia bukan lagi Cik Sulung yang tidak berguna. Dengan perjanjian Kod Dewa Perubatan, dengan memiliki ruangan tumbuhan rohani, dan tangan ajaib yang mampu menghidupkan semula orang yang mati, kebolehan perubatannya pasti akan mengejutkan dunia! Dari keluarga Diraja dan bangsawan kepada pedagang dan keluarga lama yang berpengaruh, mereka semua akan bersaing untuk mengambil hatinya. Hinggakan Putera Mahkota,yang telah memutuskan pertunangan mereka, datang untuk merujuk semula hubungan mereka? Oleh kerana itu, seorang lelaki misteri yang akhirnya tidak dapat menahan lagi lalu menyatakan, "Siapa sahaja yang berani datang dan menyakiti wanita saya, silakan datang tapi tidak akan pulang!"

Xiao Qiye · Kỳ huyễn
Không đủ số lượng người đọc
1241 Chs

Kepulangan Yun Xiao (6)

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

"Ayah! Sekejam-kejam seekor harimau, ia tidak akan makan anaknya sendiri. Ayah pasti akan dapat balasan kerana terlalu kejam dan tidak berhati perut!" Si Xuan menjerit meraung dan rambutnya yang cantik terhambur di belakangnya sambil dia merenung Si Qiong seperti orang gila.

"Kamu anak liar, kamu singgung Maharaja Hantu dan berani melafazkan kata-kata gila begitu?!" Si Qiong tampar tubuh Si Xuan sehingga tercampak. "Siapa suruh kamu singgung Maharaja Hantu? Jika bukan disebabkan kamu, saya tidak akan dipaksa untuk makan pil beracun. Kamu telah sakiti saya, tapi kamu berani memarahi saya? Balasan? Walaupun ada balasan, ia akan menimpa anak derhaka seperti kamu dahulu!"

Satu demi satu, kakinya memijak badan Si Xuan sehingga termuntah darah. Tulang rusuknya hancur dan dia terlalu kesakitan sehingga tidak dapat keluarkan bunyi pada mulutnya.

Chương bị khóa

Hỗ trợ các tác giả và dịch giả yêu thích của bạn trong webnovel.com