webnovel

Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya

Yun Luofeng, orang bijak dari Sekolah Perubatan Huaxia, telah mati kerana satu kemalangan, dan rohnya dipiindahkan ke dalam jasad Cik Sulung yang tidak berguna dari Kediaman General di Benua Longxia. Bukan sahaja sampah ini tidak berbakat dalam seni sastera dan seni pertahanan diri, tapi dia jenis orang yang cantik tapi tidak berotak, angkuh, dan keras kepala. Dia tidak rasa cukup walaupun dengan tunang yang sempurna seperti Putera Mahkota. Dia telah mencabul seorang lelaki secara paksa di tempat awam, membuatkan Putera Mahkota memutuskan pertunangan mereka. Namun, sampah itu tidak boleh menanggung kejutan itu lalu menggantung diri untuk menamatkan nyawanya. Setelah membuka matanya semula, dia bukan lagi Cik Sulung yang tidak berguna. Dengan perjanjian Kod Dewa Perubatan, dengan memiliki ruangan tumbuhan rohani, dan tangan ajaib yang mampu menghidupkan semula orang yang mati, kebolehan perubatannya pasti akan mengejutkan dunia! Dari keluarga Diraja dan bangsawan kepada pedagang dan keluarga lama yang berpengaruh, mereka semua akan bersaing untuk mengambil hatinya. Hinggakan Putera Mahkota,yang telah memutuskan pertunangan mereka, datang untuk merujuk semula hubungan mereka? Oleh kerana itu, seorang lelaki misteri yang akhirnya tidak dapat menahan lagi lalu menyatakan, "Siapa sahaja yang berani datang dan menyakiti wanita saya, silakan datang tapi tidak akan pulang!"

Xiao Qiye · Kỳ huyễn
Không đủ số lượng người đọc
1241 Chs

Bertemu Yun Xiao Sekali Lagi (6)

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Zilian tersenyum manis. "Saya hanya bergurau. Saya masih boleh bezakan apa yang penting. Walaupun sayang, tapi saya masih akan bunuh dia!"

Setelah mendapat pengesahan Zilian, Tok Ketua Sekta Tidak Terikat mula ketawa. Mereka begitu berani datang ke Gunung Phoeniz untuk membalas dendam kepada Maharaja Hantu kerana mereka mempunyai kad tersembunyi seperti Zilian!

Jika dengan kekuatan dia sahaja, Zilian pastinya tidak setanding dengan Maharaja Hantu. Namun, kuasa sebenar Zilian tidak terletak pada kekuatannya…

Zilian membuka tapak tangannya dan sebatang serunai jed tiba-tiba muncul. Serunai jed itu begitu berkilau, seperti batu jadeit. Ia begitu cantik sehingga orang tidak boleh mengalihkan pandangan mereka.

"Serunai Pengawalan Satwa Rohani?" Semua orang tergamam setelah melihat serunai yang dikeluarkan oleh Zilian. "Tok Ketua Sekta Tidak Terikat panggil dia sebagai Cik Zilian tadi, adakah dia ketua sekta di Sekta Penjinakan Satwa Rohani, Qin Zilian?"

Chương bị khóa

Hỗ trợ các tác giả và dịch giả yêu thích của bạn trong webnovel.com