webnovel

Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya

Yun Luofeng, orang bijak dari Sekolah Perubatan Huaxia, telah mati kerana satu kemalangan, dan rohnya dipiindahkan ke dalam jasad Cik Sulung yang tidak berguna dari Kediaman General di Benua Longxia. Bukan sahaja sampah ini tidak berbakat dalam seni sastera dan seni pertahanan diri, tapi dia jenis orang yang cantik tapi tidak berotak, angkuh, dan keras kepala. Dia tidak rasa cukup walaupun dengan tunang yang sempurna seperti Putera Mahkota. Dia telah mencabul seorang lelaki secara paksa di tempat awam, membuatkan Putera Mahkota memutuskan pertunangan mereka. Namun, sampah itu tidak boleh menanggung kejutan itu lalu menggantung diri untuk menamatkan nyawanya. Setelah membuka matanya semula, dia bukan lagi Cik Sulung yang tidak berguna. Dengan perjanjian Kod Dewa Perubatan, dengan memiliki ruangan tumbuhan rohani, dan tangan ajaib yang mampu menghidupkan semula orang yang mati, kebolehan perubatannya pasti akan mengejutkan dunia! Dari keluarga Diraja dan bangsawan kepada pedagang dan keluarga lama yang berpengaruh, mereka semua akan bersaing untuk mengambil hatinya. Hinggakan Putera Mahkota,yang telah memutuskan pertunangan mereka, datang untuk merujuk semula hubungan mereka? Oleh kerana itu, seorang lelaki misteri yang akhirnya tidak dapat menahan lagi lalu menyatakan, "Siapa sahaja yang berani datang dan menyakiti wanita saya, silakan datang tapi tidak akan pulang!"

Xiao Qiye · Kỳ huyễn
Không đủ số lượng người đọc
1241 Chs

Bertemu Yun Xiao Sekali Lagi (3)

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Dia boleh merasakan masa yang berlalu dan juga tahu dia telah menghabiskan masa beberapa bulan dalam Cermin Lompang ini.

Perkara paling utama kepada dia sekarang ialah untuk bergegas dan menghabiskan misi yang diberikan kepada dia oleh lelaki berjubah putih itu supaya dia boleh keluar dan berjumpa dengan Yun Xiao. Oleh itu, satu-satnya perkara dalam fikirannya ialah memberi yang terbaik untuk menyelesaikan misi dia!

Namun, lelaki berjubah putih itu nampaknya ada dendam dengan Yun Luofeng dan memberikan satu demi satu misi selepas dia menumpaskan tentera itu.

Tidak kira betapa Yun Luofeng mendesaknya, lelaki berjubah putih itu tidak berkata perkara lain.

Masa terus berlalu.

Apabila Yun Luofeng hampir rebah kerana terlalu letih, lelaki itu muncul di hadapannya sekali lagi.

Chương bị khóa

Hỗ trợ các tác giả và dịch giả yêu thích của bạn trong webnovel.com