webnovel

Antara Dendam & Sayang ( Part 2 )

Di Bilik Naeun

"Naeun....Naeun.... Tolong Unni na...". "Unni? kenapa unni pergi dulu? bagitahu sapa yang bunuh unni?" tanya Naeun ingin tahu. "Kawan… mereka ada masalah men…". Tok..Tok.. "Adik! buka pintu!" panggil Suho dengan cemas. Naeun terbangun dari tidur, mendengar Suho memanggil dia pun membuka pintu biliknya.

"Adik..." kata Suho dengan lembut. "Seungyeon unni… dah tiada didepan mata kita..." Naeun menunduk ke bawah sambil menangis, Suho menarik adik-adiknya dalam pelukannya.

Naeun menggelamun di luar tingkap biliknya kerana tak sanggup kehilangan kakak kesayangannya, kesedihan itu membuatkan dendam semakin menguasai dirinya kepada Namjoo dan Yoona. "Tunggu lah kalian. aku akan pastikan kalian diseksa demi Seungyeon unni" Kemarahan Naeun menjadi mengerikan.

2 bulan kemudian selepas kematian Seungyeon, Naeun berubah sikap yang tidak disangka oleh abang-abang dan kakaknya. "Adik... mari makan" panggil Eunhye. "Tak mahu" balas Naeun keluar dari rumah. mereka semakin risau dengan perangainya.

"Agaknya dia tak terima kenyataan kematian Seungyeon" kata Chanyeol sedih. "Kita tak boleh biar dia jadi macam tu. takut jadi masalah lain" risau Suho memikir cara untuk selesaikan masalah diri Naeun.

"Aku malas nak pergi sekolah lah..." fikir Naeun sambil bersiar-siar disekitar jalan raya, kaki Naeun tiba-tiba terhenti selepas melihat dua sosok tubuh yang tidak asing lagi. "Dasar orang gila" bisik hatinya, dia mengambil peluang itu untuk mengekori mereka.

kakinya tak henti-henti mengikuti langkah mereka akhirnya sampai di penginapan mereka. "Wey! aku lapar! masak ramen kat aku" kata Yoona mengeluh kasar. "Pemalas!" kutuk Namjoo kerana terpaksa memasak ramen. Ting... tong...

"Pergi tengok sapa datang tu" suruh Yoona malas.

PANG!!!

Bunyi cawan jatuh membuatkan Yoona ingin tahu apa terjadi, dia pun menuju depan pintu rumahnya, matanya terbeliak "Na...Naeun..?" terkejut Yoona. "Kenapa?..." tanya Naeun memandang mata Namjoo dan Yoona. "Tak...tak ada apa" jawab Namjoo dengan sedikit gentar.

"Kenapa awak berdua macam takut?" tanya Naeun senyum sinis mendekati mereka, mereka melangkah ke belakang. mata Naeun melihat peralatan dapur yang ada ditepinya, dia mengambil salah satu antara peralatan itu. "Agaknya macam ni lah pisau yang kalian gunakan untuk bunuh Seungyeon unni ni kan.. jadi aku akan gunakan pisau ni untuk..." Naeun mengengam pisau itu menuju ke atas arah mereka dan....

"AKU AKAN BUNUH KALIAN SEKARANG!!!"

Setelah 15 tahun….

"Cik... cik dah dibebaskan" kata Pengawai polis, Naeun masih tak percaya apa yang didengarinya. Naeun di beri keampunan lebih awal kerana berkelakuan baik. Pengawai tersebut membawa Naeun ke pintu keluar. kelihatan 3 orang sedang menunggu dirinya didepan pintu. senyumnya mula memacar di wajah Naeun "Suho, Chanyeol oppa! Eunhye!" jerit Naeun teruja terus memeluk mereka.

"Adik sayangku dah balik!" seronok Eunhye. "Adik oppa ni!" Suho mecium pipi Naeun. "Naeun! Suho oppa ajak pergi family holiday minggu depan" kata Chanyeol mangangguk-angguk memegang bahu Naeun.

"Betul ke?". "Ya... dah lama tak pergi" jawab Suho. "Hrmm... Seungyeon dah tak ada bersama dengan kita tapi dia dah bersemandi dengan tenang disana" senyum Naeun memandang ke langit. mereka pun saling berpelukkan antara satu sama lain.

"Dah dah..jom kita balik rumah dulu…" kata Suho dengan senyum.

Waktu Malam Di Rumah Mereka,

Mereka mengemas keperluan mereka untuk pergi bercuti di Seoul namun hanya Naeun masih tergegat atas katilnya. "Naeun…kenapa ni? Ada masalah kah?" risau Eunhye.

"Tak ada apa… unni tidur lah dulu" nada suaranya terasa pelik. "Ok… selamat malam" ucap Eunhye lalu berbaring atas katil. Naeun memandang wajah Eunhye dengan lama sekali, dia turun dari katil melangkah perlahan-lahan ke bilik Suho dan Chanyeol, dia memerhatikan wajah kedua abangnya dengan tenang .

Setelah itu dia melangkah turun ke dapur. Dia melihat sekeliling ruang dapur, tangannya mencapai sesuatu dalam laci… tajam…. "Adik akan bawakan adik-beradik kita kat unni.. tunggu sekejap na seungyeon unni" kata Naeun dengan senyum. "Aku akan ikut sekali…. sama-sama kita pergi kat Seungyeon unni na… Omma dan appa pun ada di sana dengan unni juga tau… hahaha".

Tamat...

Hai! Apa khabar?

Saya blueberry, gembira berjumpa dengan anda semua! Ini kali pertama saya mengarang cerita ini di tempat terbuka seperti app webnovel ini.. saya harap kalian menyukai novel saya serta jalan ceritanya dan saya juga ingin meminta maaf jika terdapat kesalahan ketika membacanya dan saya seorang OKU pendengaran.

Sekian Terima kasih...

Novel ini hanyalah cerita rekaan...

Teruskan mengundi yaa...

Blueberry_Armycreators' thoughts