webnovel

Hanya si Dia

Pada minggu pertama bulan puasa, Wanie menjadi isteri Afif. Pertama kali Wanie baru kenal Afif dan pertama kali Wanie jatuh cinta. Baru beberapa minggu Wanie sah jadi isteri Afif, Wanie selalu kena pukul dengan suaminya, Afif. "Sayang dah letak ubat? Macam tak surut ja abang tengok." - Afif "Kan abang buang ubat tu semalam." - Wanie "Sayang... Apa gunanya abang?" - Afif "Abang Fif pernah kah jadi macam ni sebelum ni?" - Wanie "Ini kali pertama baba tengok anak baba macam itu Wanie. Ini kali pertama." - Tuan Shariz Puan Fatimah yang tak sanggup melihat menantunya kena dera dengan anaknya, Afif. Di cuba pujuk anaknya untuk berhenti dari memukul isterinya. "Jangan pukul isteri kamu lagi Fif. Ummi merayu." - Puan Fatimah "Izinkan abang perbetulkan kesilapan abang." - Afif "Abang buat hanya untuk sayang. Abang buat untuk kembalikan senyuman sayang." - Afif "Abang akan usaha buat sayang senyum dekat abang." - Afif Afif yang duduk sendirian di luar rumah, termenung jauh. Di ingat kembali kata-kata terakhir isterinya. "Abang.. Sayang dah tak boleh bertahan dengan abang.. Selama ni, sayang masih bertahan, sebab sayang nak kasih sayang abang.. Tapi.. Abang tetap pukul sayang.. Abang cakap abang cintakan sayang.. Tapi.. Cinta abang adalah pukul sayang ke? Sayang nak kasih sayang abang.. Itu sahaja abang.. Hanya itu." - Wanie

CikRose · Thành thị
Không đủ số lượng người đọc
20 Chs

Bab 12

Afif peluk isterinya yang sudah lena dalam pelukannya, selepas kejadian usikannya tadi. Wanie paksanya temannya tidur, katanya.

"Abang kena teman Wanie.. Siapa suruh usik. Sampai Wanie terlena pun ok. Nanti abang balik lah balik bilik abang dengan kak Illa." Wanie menarik lengan Afif menuju masuk dalam biliknya.

"Lama pun tak apa.." Jawabnya sambil terukir senyum. Wanie menggeleng.

"Tak boleh.. Nanti kak Illa rindu abang. Hari ni kan hari pertama dia tidur sini." Wanie senyum kepada suaminya, Afif memandang lama isterinya yang sudah terbaring atas katil. Afif duduk di birai katil dan dia baringkan badannya dan mengiring di belakang Wanie. Di peluk pinggang isterinya, Wanie menoleh kepalanya melihat Afif yang senyum kepadanya.

"Tak pernah-pernah abang peluk sayang waktu tidur? Dah kenapa?" Wanie memandang wajah Afif dengan wajah yang binggung.

"Abang rasa.. Lain.. Sebab tu.. Abang peluk sayang." Jawabnya sambil melihat seluruh wajah isterinya, lengannya di eratkan di pinggang isterinya. Wanie mengiring menghadap Afif. Di peluk pinggang Afif seperti mana Afif peluknya. Dia pejam matanya.

"Abang teman Wanie sampai sayang lena." Wanie berkata sebelum dia diam. Afif mencium dahi isterinya lama. Sungguh.. Sungguh dia rasa lain. Rasa macam.. Ini kali terakhir dia dapat tidur dengan isterinya. Kenapa perlu ada perasaan tu? Afif masih cium dahi Wanie. Memang dia rasa lain, dia tak mampu lepaskan ciumannya. Rasa sebak kalau dia lepaskan ciumannya kini. Perasaan apa ni? Tanpa Afif sedar, dia terlena dengan keadaan begitu.

◇◆◇◆◇◆◇

Afif buka matanya perlahan, dia melihat sekeliling putih.. Tempat apa ni? Barang apa pun tiada. Dia duduk di atas katil. Ya.. Hanya katil dan lorong yang dia duduk kini. Lorong yang hujung sebelah kanannya hingga hujung sebelah kiri. Tiada lorong lain, tetiba mata Afif melihat di sebelahnya. Wanie yang sedang tidur lena, Afif baring semula di sebelah isterinya.. Di tatap lama wajah isterinya yang sedang tidur.

Tangan kanannya di angkat dan di tolak sedikit rambut yang menghalang wajah Wanie. Rambut tadi di selit di tepi telinga kiri. Afif senyum di hadapan Wanie, dia dekatkan wajahnya dengan wajah isterinya, perlahan-lahan dia bawa wajahnya dan..

Cup.

Ciumannya hinggap di bibir Wanie, Afif senyum sambil melihat wajah isterinya.

"Sayang.. Andaikan abang boleh putarkan balik masa. Abang nak layan sayang dengan baik, macam mana abang janji dengan abah. Tapi, abang tersangkut dengan hati abang. Abang tak dapat nak sayangkan sayang lebih dari abang sayang Illa. Illa gadis yang pertama abang cinta dan Illa.." Afif terdiam apabila melihat air mata isterinya mengalir. Perlahan-lahan mata Wanie buka. Afif memandang lama wajah isterinya.

"Abang.. Sayang hanya minta sikit sahaja. Sayang nak kasih sayang abang. Itu sahaja abang. Hanya itu sahaja sayang inginkan." Afif memandang wajah isterinya yang menangis.

◇◆◇◆◇◆◇

Afif terus terjaga dari mimpinya. Matanya memandang Wanie yang masih lena. Di pandang wajah isterinya yang lebam di bawah pipi. Di usap perlahan wajah Wanie, dengan tetiba air matanya jatuh. Afif memeluk isterinya erat sambil air matanya. Dia pejam matanya lama.

'Kenapa dengan Wanie aku tak boleh nak kawal perasaan aku. Aku suka tengok dia sakit dan pada masa ynag sama aku benci tengok dia nangis di sebabkan aku. Aku tak nak dia benci aku, dan.. Aku tak nak dia cintakan aku. Aku tak tahu.. Apa yang aku nak dari gafis ni. Sejujurnya aku nak bersama dengan Wanie tapi.. Bukan sebagai isteri. Tapi sebagai apa? Sebagai apa Fif? Kau dah seksa dia.. Kau pukul dia.. Kau buat dia macam tak wujud dalam hidup kau. Dia nak kasih sayang kau. Itu ja Fif. Hanya itu yang dia nak..' Afif berkata dalam hatinya sambil air mata yang tak henti-henti mengalir dengan keadaan begitu juga Fif terlena.

↪↩↪↩↪↩↪↩

Afif duduk di kerusi meja makan sambil melihat empat wanita yang sedang berperang di dapur untuk sahur terakhir mereka. Matanya hanya melihat isterinya, Wanie yang berjalan sana sini dan kadang-kadang mengarah Ira ambil sesuatu.

Ira dan Puan Fatimah datang menghidang makanan yang sudah di masak oleh chef Wanie. Ya.. Wanie yang masak, awal pagi lagi Wanie bangun masak dan ada juga makanan yang tidak habis semalam di panaskan. Afif yang dari awal meneman isterinya itu, tapi tidak di ganggu. Hanya duduk di kerusi makan. Dia pun tadi terangguk-angguk menahan tidur, setelah isterinya menegur tidur dalam bilik. Dia tak nak, dia nak teman isterinya itu. Tapi Wanie masih melarang. Selepas Afif mengusiknya dengan perkataan hantu, Wanie akur juga. Dengan ayat itu juga lah dia guna untuk isterinya.

Walaupun Wanie tahu hantu tak ada, tapi fikirannya asyik membayangkan yang bukan-bukan, sebab itu dia akur Afif nak temannya. Illa yang sebelah Wanie cuba untuk menolong Wanie tapi benda lain pula yang jadi. Tapi pinggan yang di pegang Wanie pecah. Semua mata memandang ke arah Illa dan Wanie. Afif yang sememangnya lihat dua orang isterinya dari tadi bangun dari kerusi dan menuju ke arah isteri-isterinya.

Wanie menunduk untuk membersihkan kaca yang pecah, Illa juga turut menunduk dan cuba menolong Wanie.

"Kak tak apa, Wanie boleh buat." Wanie berhentikan tangan Illa yang juga hendak tolongnya.

"Akak buat, akak minta maaf."

"Eh, tak payah kak, Wanie boleh buat."

Illa yang degil juga nak tolong Wanie dan Wanie masih membantah, Afif yang berdiri memandang kedua isterinya hairan.

"Nanti tangan akak luka." Wanie masih melarang.

"Akak risaukan Wanie."

"Wanie ok kak, kalau tangan akak luka. Wanie yang kena." Kata Wanie serius. Afif memandang Wanie yang terus membersihkan kaca yang bersepah. Illa terdiam, dia hanya melihat pergerakan tangan Wanie. Ya. Dia sedar tu, Afif tak akan marahnya tapi Wanie, Wanie yang Afif akan salahkan. Puan Fatimah, Tuan Sharix dan Ira memandang kedua pasangan melihat Wanie. Wanie bangun dan menuju ke arah tong sampah kecil. Dia mencapai pula penyapu dan 'cedok' sampah. Dia kembali di tempat tadi yang di mana pinggan tersebut pecah, apabila Wanie hendak menyapu kaca-kaca yang kecil, Afif menghalang.

"Maafkan abang." Wanie pandang suaminya dan berkerut dengan kata-kata suaminya.

"Ya.." Jawab Wanie acuh tak acuh. Afif memandang Illa yang turut memandangnya.

↪↩↪↩↪↩↪↩

Wanie melambai tangannya ke arah kereta keluarga Afif yang mula hilang dari pandangannya. Afif yang di sebelah Wanie memandang isterinya sebelum di peluk pinggang Wanie. Wanie memandang suaminya pelik.

"Awat?" Tanya Wanie sambil melihat senyuman Afif. Wanie mengerut dahinya.

"Tak ada apa.. Jom pusing-pusing satu rumah." Afif menunjukkan ibu jarinya ke belakang menunjukkan ke arah rumahnya.

"Pusing satu rumah ja? Ingatkan nak pusing benda lain." Wanie melepaskan pelukan Afif dan berjalan meninggalkan suaminya yang cuba faham maksudnya. Afif memandang isterinya dengan lidahnya menolak pipi kirinya.

"Tak padan dengan puasa dia ni." Afif lari mengejar isterinya. Wanie yang sedikit lagi nak masuk dalam rumah terus lari ke belakang rumah apabila melihat Afif berlari ke arahnya. Wanie dengan jeritan menuju ke taman dan tiba-tiba seseorang ada di belakang rumah, Wanie terkejut, Afif yang melihat tubuh isterinya yang tercegat di situ, terus peluk tubuh isterinya. Afif memandang isterinya yang tidak kisah dengan kehadirannya, matanya turut memandang hadapan.

Afif yang nampak tubuh lelaki berdiri di tepi kolam renang tersenyum. Di pandang isterinya yang juga turut memandangnya. Senyuman mereka terukir serentak. Mereka berdua berjalan perlahan-lahan menuju ke belakang lelaki tersebut. Afif dan Wanie mula nak tolak lelaki itu.

"Abang jaga-jaga." Jeritan dua orang adik beradik dari belakang mengejutkan Aiman. Aiman pusing perlahan-lahan dan dia..

Bushhhh.

Wanie dan Afif gelak besar melihat Aiman yang sudah masuk dalam kolam. Aiyin dan Aenin turut ketawa dan berlari anak menuju ke arah pasangan suami isteri. Dan tetiba..

Bushhhh.

Afif dan Wanie turut masuk dalam air setelah dua adik beradik itu menolak. Wanie dan Afif memandang tajam dua beradik itu. Mereka berdua menuju ke tepi kolam. Afif menolong isterinya naik, Wanie yang dapat naik ke atas darat. Memandang dua adik beradik itu.

"Wanie no!" Kata dua orang adik-beradik itu.

"Salah orang hampa nak kenakan." Wanie gelak besar. Wanie menghampiri Aiyin dan Aenin dan dia tolak dua adik-beradik itu masuk dalam kolam.

Ketawa besar lah Afif dan Aiman melihat Aiyin dan Aenin. Wanie duduk di tepi kolam, Afif menyambut isterinya turun masuk dalam kolam. Mereka berlima main air dalam kolam, dan paling parah. Tiga lawan dua. Air kolam di Baling mereka bertiga iaitu Aiyin, Aenin dan Wanie ke arah Afif dan Aiman. Bulan puasa mereka boleh main air.