Hyper High School
Lapan buah kereta sports memasuki perkarangan sekolah dan di parking di tempat letak kereta.
Ramai pelajar2 sekolah menoleh ke arah kereta tersebut sehingga 8 jejaka beruniform sekolah keluar dari kereta.
Pelajar perempuan semua ternganga dan ada juga yang terjerit macam beruk terlepas.
"Wei..diorang tu pelajar baru kn?"
"Wahh!! Handsome lh diorang semua ni"
"Pelajar baru ke?"
"Aku rasa nak pengsen lh tengok muka handsome mereka tu"
8 pelajar baru itu menghiraukan saja apa yang baru mereka dengar dari mulut2 pelajar sekolah ni.
Langkah dituju ke bilik pengetua yang terletak kat sebelah block A. Sampai je depan pintu bilik pengetua, mereka hanya tercegat kat depan pintu.
"Bro..kau lh ketuk pintu tu" kata salah seorang daripada mereka sambil menolak bahu rakannya.
"Asal pulak aku? Kau ahh.." kata lelaki yang lain pulak.
"Dah..tak payah nak gaduh. Biar aku je yang ketuk" kata leader mereka semua.
Tok! Tok! Tok!
Lelaki itu pun mengetuk pintu sehingga ada satu suara yang menyahut dari dalam.
"Masuk" kata pengetua dari dalam.
"Assalamualaikum cikgu!" Kata pelajar2 baru itu serentak.
"Waalaikumsalam..ada apa ye jumpa cikgu pagi2 ni?" Soal pengetua hairan.
"Kami semua pelajar baru yang dipindahkan kat sekolah ni" kata salah satu dari pelajar lelaki itu.
"Ohh..jadi kamu semua ni pengawas dari sekolah Spark High School?" Tanya pengetua untuk kepastiaan.
Pelajar2 tersebut hanya menggangukkan kepala tanda betul.
"Kalau macam tu ni jadual dan nama kelas kamu semua" kata pengetua sambil menyerahkan sampul berwarna coklet kepada seorang pelajar di situ.
"Kalau takde pape lagi..kami minta diri dulu ye cikgu" kata leader pelajar baru itu.
Mereka pun berjalan menuju ke kelas yang tertera nama kelas mereka yang berada di block D.
Block D, di mana terletak semua kelas2 bagi semua pelajar2 tingkatan 5.
Sesampai je depan kelas, mereka mengetuk pintu dan menyerahkan sampul tadi kepada guru kelas yang ada di dalam.
"Ohh..jadi kamu berlapan ni murid baru dalam kelas saya?" Soal cikgu Amin.
"Haah cikgu" kata mereka serentak.
"Okey! Kalau macam tu cepat masuk dan kenalkan diri kamu" arah cikgu Amin.
Semua pelajar dalam kelas diam dan memberi perhatian di hadapan.
"Okey murid2 semua..hari ni kita ada 8 orang pelajar baru dalam kelas ni. Jadi saya nak kamu semua berkerjasama yang baik ye?" Kata cikgu itu panjang lebar.
Semua pelajar dalam kelas itu menggangukkan kepala.
"Okey..kamu semua boleh kenalkan diri kamu kepada pelajar2 dalam kelas ni" arah cikgu itu lagi.
8 pelajar lelaki tersebut berdiri di hadapan kelas dan memperkenalkan diri masing2.
"Nama aku Tengku Amirul Shah, panggil mirul je" kata leader mereka iaitu mirul.
"Tengku Izz Hairie, panggil Hairie"
"Tengku Raif Hazim, panggil Raif je"
"Tengku Haziq Haikal, panggil Haziq"
"Tengku Ashri Aiman, panggil Ashri"
"Tengku Ezwan Alief, panggil Ezwan"
"Tengku Zaril Ejaz, panggil Zaril"
"Tengku Aish Rayyan, panggil Rayyan je"
Pelajar perempuan di dalam kelas itu dah menjerit2 macam tak pernah nampak lelaki handsome sebelum ni terutama sekali 'Diva Girls' yang terdiri daripada 4 pelajar perempuan iaitu Syazwani (Wani), Qeelah (Qee), Najwa (Wawa) dan Zulaika (Eika).
"Dah2..semua diam!" Arah guru kelas 5Gold, Cikgu Amin.
"Korang berlapan boleh duduk kat meja belakang sekali" arah cikgu itu sambil menunjuk 8 buah meja kosong yang terdapat di belakang sekali.
Mereka pun melangkah di mana yang di tunjukkan sebentar tadi. Mereka mengambil tempat masing2.
Tapi ada sesuatu yang menggangu pikiran mereka semua.
"Psstt..psstt!"
"Kau nak apa Ziq?" Kata mirul sambil berbisik.
"Rul..kau tak hairan ke?" Soal Ziq sambil berbisik.
"Nak hairan apanya?" Berkerut dahi Mirul mendengar soalan kawan dia tu.
"Ishh kau ni..kau tak hairan ke? Kenapa meja kat depan kita ni kosong je? Kau tak rasa ke ada orang duduk kat meja di depan kita ni?" Banyal pulak soalan yang keluar dari mulut si Haziq ni.
Amirul memandang 8 buah meja kosong yang ada di depan mereka sebelum memandang semula ke arah Haziq.
"Betul juga apa yang kau cakap tu..kalau takde orang dah lama cikgu suruh kita duduk kat situ tapi ni kita duduk kat belakang sekali..so maknanya tempat tu dah ada orang dah" kata Mirul panjang lebar.
"Tu lah pasal..aku pun terpikir macam tu" Haziq bersetuju dengan apa yang di katakan oleh Mirul.
"Okey guys! Sila keluarkan buku mata pelajaran sej..."
"Sempat!!"
Belum sempat Cikgu Amin menghabiskan kata, ada satu suara yang memberhentikan cikgu itu untuk terus bercakap.
Seisi kelas memandang ke arah pintu kelas yang terdapat 8 orang pelajar perempuan yang tercungap2. Maybe lepas berlari kot.
"Kenapa korang semua lewat masuk kelas saya?!" Jerkah Cikgu Amin.
"Alaa cikgu ni..bukan selalu pun kitorang datang lambat" jawab Fiza dengan berani.
"Bukan selalu ye? Dah banyak kali dah kamu berlapan lewat masuk kelas saya!!" Jerit cikgu tu lagi
Yang lain semua diam termasuk Dark Knight (D'K). Tak berani nak masuk campur bila Cikgu Amin mengamuk.
"Perkara biasa lh tu" kata Dee dengan berani. Takde rasa takut dalam diri ahli D'R.
"Menjawab je keje kamu berlapan ni!! Kamu ingat ni sekolah atok korang ke hah?!!" Lagi sekali cikgu Amin menjerkah mereka berlapan.
"Memang sekolah atok kitorang pun" jawab Reen perlahan dan hanya dapat di dengari oleh ahli D'R yang lain.
"Sekarang saya nak kamu semua berdiri dalam kelas sepanjang kelas saya berjalan!" Arah Cikgu Amin selaku guru kelas mereka, juga guru disiplin sekolah.
Dark knight hanya memandang 8 gadis tersebut dengan wajah yang terkejut. Mereka memandang semua ahli kumpulan mereka sambil membuat isyarat.
'Aduhh..macam mana boleh satu sekolah ni? Satu kelas pulak tu' bisik hati Dark Knight.
8 gadis itu pun bergerak menuju tempat duduk mereka dan terhenti kerana perasan sesuatu. Serentak 8 gadis tu mendonggakkan kepala dan..
"Kauu!!.." jerit 8 gadis tu.
TBC..